VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Tuesday, December 29, 2020

Haji 1442 Belum Dapat Keputusan

Ibadah Haji 1442 masih sesuatu yang belum pasti sama ada boleh dilaksanakan atau tidak. Tabung Haji (TH) sebenarnya masih belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan dengan urusan ibadat haji untuk tahun 2021M/1442H, dari pihak berkuasa Arab Saudi.

YB Menteri (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri) dan pengurusan kanan TH dijangka akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Haji Arab Saudi dan Menteri Agama Arab Saudi pada awal tahun hadapan

Orang ramai digalakkan untuk merujuk hanya kepada TH bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan rasmi berkenaan ibadah haji. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) TH di 03-62071919.

Berikutan penularan pandemik Covid-19, kerajaan sebelum ini memutuskan ibadat haji tahun ini ditangguh ke tahun hadapan.



Dimana Silapnya Malaysia?

Tuan/Puan yang saya hormati.

Tulisan saya kali ini sebenarnya akan menjadi satu titik perbalahan diantara kita semua. Ya saya faham bahawa penulisan ini seakan mencabar puak-puak yang telah dan sedang mempromosikan kefahaman taksub dan ekstrem dalam Malaysia.

Ok. Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum (multi-racial) dan ini telah dibuktikan dengan kita melihat percampuran adat, budaya dan bahasa pelbagai kaum serta ras-ras yang ada didalamnya. Contoh di Kuala Lumpur, kita boleh temui 1 Dunia. Ada semua bangsa (mungkin bangsa Inuit Eskimo sahaja yang tiada) ada... 

Oleh itu sistem pendidikan kita sewajarnya menjadi satu penghubung yang baik bagi semua kaum dan bangsa ini. Disini saya melihat bahawa kita perlukan satu bentu sistem pendidikan yang berteraskan pelbagai kaum. Untuk itu wajarlah sistem pendidikan rendah dan menengah kita diubah menjadi satu sistem yang telus (transparent) bagi membentuk sebuah sistem negara bangsa.

Ada baiknya saya menamakan sistem persekolahan yang baharu ini dengan nama "Sekolah Malaysia" dimana di peringkat rendah kita namakan sebagai "Sekolah Rendah Malaysia" manakala di peringkat menengah kita namakan dengan "Sekolah Menengah Malaysia".

Apa yang boleh kita ketengahkan dalam usaha membentuk sistem "Sekolah Malaysia" ini.

Antaranya, kita mestilah memastikan semua sekolah selain "Sekolah Malaysia" ini ditutup sepenuhnya dan ditukarkan kepada sistem "Sekolah Malaysia". Sepatutnya tiada lagi sekolah vernakular, sekolah agama dan sekolah pondok. Semuanya jadi satu sistem sahaja. Dan juga sistem "personal home school" serta swasta ditarikbalik pengesahannya. Kita tidak boleh ada macam-macam sistem yang tidak piawai.

Semua guru-guru dan tenaga pengajar (aliran akademik atau aliran agama) pelu dilatih, diuji dan ditauliahkan untuk menjadi pendidik. Tiada lagi jalan pintas (shortcut). Tiada lagi pilihan. Mana-mana guru atau tenaga pengajar yang tidak bertauliah didapati mengajar boleh diambil tindakan keras seperti denda dan penjara. Tak kisah la nak mengajar secara persendirian, mereka perlu dapat tauliah mengajar dan mesti pernah dilatih di Maktab/Kolej Perguruan.

Sesi persekolahan kita perpanjangkan dengan sesi sebelah pagi adalah sesi "Sekolah Malaysia" yang piawai. Sesi persekolahan sebelah petang pula adalah sesi pilihan (Sesi Agama, Sesi Kaum/Bangsa). Mana-mana pelajar diwajibkan memilih semua sesi petang ini. Dalam sesi Agama Islam misalnya, pelajaran tentang Syariah, perbankan Islamik, hafazan Al Quran, ilmu Hadith, Bahasa Arab dan yang berkaitan adalah diwajibkan kepada semua pelajar beragama Islam.

Begitu juga sebaliknya bagi agama lain mengikut kesesuaian. Bagi sesi Kaum/Bangsa pula, sesi persekolahan sebelah petang dijadikan tempat untuk mencanai bangsa dan kaum dari segi bahasa, tulisan malah budaya dengan lebih mendalam. Diwajibkan kepada semua mengikut etnik mereka. Namun dalam sesi waktu pagi semua elemen kaum dan bangsa juga ada diterapkan kepada semua pelajar supaya mereka peka dengan keberadaan dan kesamaan sesama warganegara.

Matapelajaran teras yang bukan sahaja wajib lulus dalam peperiksaan bertulis tetapi termasuk juga peperiksaan lisan adalah Matapelajaran Kenegaraan/Patriotisma/Sivik. Ini perlu jadi teras paling utama bagi semua pelajar. Dan ianya juga adalah satu syarat penting untuk melayakkan pelajar menyambung pelajaran di peringkat tinggi seperti di IPTA/IPTS.

Malah ianya wajar kekal sebagai satu matapelajaran utama di sepanjang tempoh belajar di IPTA/IPTS. Semua semester perlu ada matapelajaran Kenegaraan/Patriotisma/Sivik ini. Dan syarat untuk memperolehi Sijil, Diploma, Masters dan Doktor Falsafah mestilah lulus peringkat kepujian bagi matapelajaran ini.

Tidak dinafikan kepentingan program "Khidmat Negara" yang kita perlu ubah konsep perlaksanaannya supaya rakyat lebih boleh bercampur gaul dengan baik dan bijak. Kita perlu jadinya mandatori kepada semua rakyat tanpa mengira status sosial atau agama. Ianya wajib. 

Mereka boleh pilih waktu bila mereka hendak ambil program "Khidmat Negara" ini (dari umur 18 tahun sampai umur 30 tahun). Mana-mana orang yang tidak mahu ambil program ini, Kerajaan Malaysia boleh menggantung (atau boleh membatalkan jika tetap engkar tidak mahu sertai selepas berumur 30 tahun) taraf kerakyatan pelaku tersebut. 

Dengan cara ini kita akan dapat melahirkan bangsa yang bermaruah, bijak bernegara dan patriotik kepada Malaysia. Ini penting jika kita nak kekalkan kestabilan dan keamanan di Malaysia.

Walau siapa pun anda, walau apa pun pilihan kecenderungan politik dan agama anda. Malaysia perlu diutamakan. Perlembagaan Malaysia perlu menjadi yang utama diantara yang utama. 

Maju dan Makmurlah Malaysia Negara Berdaulat



Monday, December 28, 2020

MAEPS Tambah Katil?

Demm... MAEPS tambah katil... untuk tampung sampai 3000 pesakit COVID-19..

Pergh... ingatkan makin menurun kadar jangkitan baru COVID-19... tapi rupanya makin banyak... sampai dengar khabar... suruh kuarantin jer dirumah.... nanti kalu dah clear sikit... ambulan dari hospital akan mari amik... Fuhh...

Sampai camtue skali kroniknya...

Apa cerita nih wei Adham Baba.... takkan tidur lagi... Hari-hari tak kurang dari 1000 kes.... giler aaa... ader hari sampai 2000++ kes.... bangang ka apa nih... Tu lagi gua nampak ramai berpusu-pusu pi sana sini bercuti...  Dalam keadaan yang bahaya nih pon masih ader yang bertumpu dikawasan ramai orang...

Tak kisah la pakai pelitup muka ka aper ka.... ingat virus tu jalan lenggang kangkung ka.... adoilah...

Masak aaa camnie... ini macam kalu gua tak nampak graf jangkitan harian akan berkurang walaupun vaksin dah start bagi kat orang.... huhuhu... sori aaa tak nampak... sebab dari apa yang gua perhatikan ... graf dier dah exponential... dan bergerak secara eksponen... memang kalu cecah tak setel sampai bulan Mac 2021... kompom graf akan naik 2x ganda...

Naya bhai... Naya...

Dengar kata pulak... Maybe kena tingkatkan kapasiti katil di MAEPS sampai 10000 orang.... pergh...



Sunday, December 27, 2020

My E-Food Bakal Saingi Food Panda

My E Food Bakal saingi FoodPanda. Vendor amat dialu-alukan. My E Food bagi RM1300 (driver) RM1200 (rider) ikuti temubual dengan En Shahrizat CEO 


#ehailing #ehailingfm #myefood #phailing

eHailingFM (online radio for e-hailing / rideshare / on-demand apps community)
https://www.ehailing.fm

Connect: https://bit.ly/3khNWYt

Adham Baba Mahu Dicampakkan Kemana?

Tak beragak la Lim Kit Siang nih biler mencadangkan Mantan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefky Ahmad dilantik mengetuai Majlis Nasional Menangani Covid-19... kalu buat camnie... Menteri Kesihatan sedia ada iaitu Adham Baba mahu dicampakkan kemana?

Adoilah... 

Jatuhlah air muka Adham Baba nih.... dah memang la kita tau yang dier memang lembab... memang lemau... memang tabley pakai... tapi jangan la sisihkan dier..

Kesian kat dier... nanti jadi kera sumbang la... Hahaha...

Patut Adham Baba nih kita letak jer jadi yang handle unit keselematan dan jaga Kementerian Kesihatan ja... Hahaha.... Kan Kan Kan




Saturday, December 26, 2020

Betulkah Buka Kilang Tanpa Lesen?

Tetiba je Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serbu satu kilang penghasilan arang (jenis bricket) di Kawasan Perindustrian Gua Musang.. Tetiba je..

Pergh... macam mana la pemilik kilang tu boleh dapat tanah untuk memulakan operasi kilang penghasilan arang di kawasan perindustrian Gua Musang... takkan la main pacak ja kilang kat situ..... biasanya bukan mudah mana-mana syarikat nak dapat tapak dalam kawasan perindustrian...

Kena melalui banyak kerenah birokrasi... pi mohon dan isi borang dengan pihak berkuasa tempatan.. PBT akan semak kesesuaian... lulus kalu baru bayar "premium" sewaan kepada PBT... dan barulah boleh bukak dan bangunkan premis diatas tanah yang diminta... Tanah tu pon sewaan setahun-setahun...

Tambah lagi... PBT akan semak apa jenis kilang yang nak dibangunkan kat situ... bukan sesuka hati jer bukak kilang yang tak sama seperti apa yang diisi dalam borang permohonan kawasan perindustrian tue...

Lainlah kalu kilang tue berada ditanah persendirian... maka logik la kalu berlaku kilang haram tanpa lesen.... sebab susah sikit nak pantau apa yang berlaku di tanah persendirian... Huhuhu... apa ingat senang ka kalu tanpa maklumat awam nak pantau kesalahan di tanah persendirian???

Apa pun... pada pandangan gua... apa yang berlaku dalam kes ini adalah lebih kepada "paw" ... Ada la yang tak puas hati bilangan "paw" yang dapat.... atau ader "paw" yang tak dibayar secukupnya... huhuhu



Pengarah Perhutanan Kelantan Abdul Khalim Abu Samah berkata, serbuan dilakukan oleh Unit Perindustrian dan Pengusahasilan bersama Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Selatan (PHJKS) selepas menerima maklumat.

Menurutnya dalam serbuan pada 11.30 pagi itu, pihaknya menyita sebanyak 77 tanur atau dapur arang, jentera dan lebih 130 tan arang bermutu tinggi yang nilainya dianggarkan melebihi RM500,000.

Beliau berkata ketika serbuan, tiada tangkapan dilakukan kerana pihak pengurusan kilang memberikan kerjasama namun nama pengurus kilang telah dimasukkan dalam laporan polis yang dibuat oleh pihak jabatan untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan maklumat awal, kilang ini sudah beroperasi sejak lapan bulan lepas dan arang yang dihasilkan adalah untuk pasaran luar negara seperti Australia, Kuwait dan Turki untuk tujuan pemanasan pada musim sejuk, selain untuk pasaran tempatan juga,” katanya.

Jelasnya, kilang itu dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Enakmen Industri Berasaskan Kayu (EIBK) iaitu tiada seseorang dibenarkan menempat, mendiri, membina, mengendali, menyelenggara tanpa kebenaran (lesen) yang dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri dan ditandatangani oleh Pengarah JPNK.

Friday, December 25, 2020

Ebit Lew Juga Yang Kedepan

Payah... Wakil Rakyat? Hahaha... itu semua gampang jer..

Diorang bukan wakil rakyat... bukan wakil kepada rakyat... diorang wakil kapitalis dan wakil tembolok diorang sendiri ja..

Pendakwah yang juga usahawan terkenal negara, Ebit Lew membiayai sewa rumah kepada pasangan India yang tinggal di dalam kereta bersama tiga anaknya di Pulau Pinang, selepas kediamannya terbakar April lalu. 

Menurut Ebit yang turut dikenali sebagai Ustaz Ebit, S Ganesh bekerja sebagai pengawal keselamatan dan keluarganya terpaksa menumpang mandi di tandas awam.

Jelasnya, amat menyedihkan apabila empat beranak berkenaan terpaksa tidur di dalam kereta dan terpaksa mencatu makanan.

"Sedihnya rasa, saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta.



Wednesday, December 23, 2020

Ini Lawak Paling Lejen

Walaupun cerita nih berlaku pada September 2020 ... tapi ianya tetap boleh diklasifikasikan sebagai lawak paling lejen sepanjang zaman...

Hahahaha

Mana tidaknya.... failed handle 3 negeri ... satu negeri tu selama 30 tahun.... tapi ader hati nak ngajar orang lain bab ekonomi dan macam mana nak kembangkan ekonomi serta bawa masuk pelaburan asing... Hahahaha... Lawak pecah perut nih...

Lejen...




Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kertas cadangan langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan bagi memulihkan ekonomi pasca Covid-19 khususnya melalui peluang kerjasama dengan negara-negara Islam di rantau Timur Tengah.

Kertas cadangan yang mengandungi syor dan saranan tersebut diserahkan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Komisyen RM300 Juta? Siapa Dapat?

Huntung lar... 

Huntung lar buat kerja atas angin dalam pembekalan vaksin Covid-19 ... jadi orang tengah ja ngan syarikat Pfizer... tapi boleh makan sampai RM300 juta... pergh... sempoi... sempoi... sempoi baq hang... itu semua bidak share berapa orang tue.. takkan makan sorang kot? Hahaha...

Kalu makan sorang tu yang geng penyamun lain pun sakit hati... Sebab penyamun lain pun nak gak share... tambah macam si penyamun Pasir Salak tue yang terkenal makan komisyen dan tumbuk rusuk... huhuhu

Makan tak ngajak... Hahaha...

Adoilah...



Oh yer... Pontian dan Pasir Salak nih salah nilai... Bajet pembelian vaksin tu bukan 5 bilion... tapi 3 bilion... lain kali jangan tido dalam Parlimen aaa.... takkan hanya terjaga biler tak dapat nak rasa sikit hasil penyamunan vaksin covid-19 nih.... 

Hahahaha

Tuesday, December 22, 2020

Paul Yong Ingat Dia Akan Selamat

Sekarang nih tengah top siri Queen Of Gambit ditayangkan kat saluran Netflix di Malaysia... ramai yang layan... 

Gua jer belum layan walaupun gua minat permainan Chess. Chess ini adalah satu permainan strategi. Untuk menang,,, kita biasa korbankan bidak-bidak askar jer.... aper ader hal... sebab bidak-bidak askar nih nyawa dier murah... tak macam kuda, bishop atau castle...

Hahaha...

Paul Yong nih dulunya ADUN DAP Perak... tapi pasai dier sudah sangkut kes rogol... dier pikir mau selamat ... terus dier umum keluar dari Parti.. bagi alasan DAP tu bukan bermatlamat untuk kepentingan Malaysia... dier umum bebas... tapi menyokong Perikatan Nasional ...

Ini semua Paul Yong buat sebab dia ingat dia akan selamat.. selamat dari kena hukuman ... berpeluang digugurkan kes rogol dier.... Hahaha... dier lupa... bahawa dier nih cuma sekadar bidak-bidak askar jer dalam permainan chess... bidak yang takder harga... hahaha... Murah sangat...

Hahaha... orang tak heran pun...

Dan percayalah... dier akan sangkut punya... dier akan disabitkan bersalah dan dihukum.... Hahahaha... hilang seekor pun bukan ader efeknya... Hahaha

Padan muka dier..



Monday, December 21, 2020

Lesen Bank Digital Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) nampaknya sudah bersedia untuk mengeluarkan tender untuk lima (5) lesen bank digital Malaysia kepada syarikat / konsortium yang berminat pada 2021

Antara syarat yang ditetapkan oleh BNM adalah penender mestilah
  • Mempunyai kewangan tunai yang kukuh
  • Mempunyai kemampuan prasarana teknologi
  • Mempunyai kemampuan keselamatan yang termaju
  • Mempunyai kemampuan beroperasi secara kendiri
Jadi... banyak pihak nampaknya berminat untuk terlibat dan memiliki lesen bank digital ini... Khabarnya ada pihak asing pun akan bekerjasama dengan pihak tempatan secara konsortium bagi lesen bank digital ini.

Gua dengar... pihak yang terlibat dengan payment gateway, payment processing, e-commerce platform dan e-wallet sedang dalam proses perbincangan.... ini belum lagi termasuk dengan pihak telekomunikasi dan ISP.. Malah pihak Koperasi macam ANGKASA pun berminat dengan lesen bank digital ni nampaknya..

Semoga dengan adanya lesen bank digital ni... maka urusniaga perbankan berteknologi tinggi akan dapat beroperasi dengan jayanya di Malaysia yang akhirnya akan melonjakkan lagi ekonomi dan peluang pekerjaan di Malaysia.

Harapnya lah...



Tariff Baru Bil Elektrik 2021

Dalam kata nak suruh TNB tak buat pemotongan elektrik sepanjang 1 Januari 2021 sampai 31 Mac 2021 ... tetiba boleh plak Menteri Tenaga dan Sumber Alam, Shamsul Anuar Nasarah kata Kerajaan Malaysia akan umumkan tariff baru bil elektrik 2021..

Kalu tariff baru nih makin rendah... okeh la...

Tapi dalam keadaan bawang dan cili merah pon naik harga berkali ganda... takkan la Tariff TNB akan turun... yer dak... tak logik sangat la... memang tak logik...

Tak pernah dalam sejarah tetiba Kerajaan Malaysia umum tariff elektrik yang dibekalkan oleh TNB turun harga.... tak pernah bhai... jangan mimpi lar... Hahaha... Kalu umumkan jugak... itu makna Kerajaan nak beli insuran la.... hahaha... kalu nak berlaku pun mesti dah dekat nak PRU...

Hahahaha... Dalam keadaan sekarang... jangan mimpi lar...


“Tarif elektrik kita akan umumkan dalam minggu ini...minggu ini. Tunggu,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), di sini, pada Isnin.

Apa Nak Jadi Dengan Golongan Agama Ni?

Satu demi satu perkara kelucahan berlaku tersabit dengan puak-puak berlabel agama nih...

Bukan sahaja dengan berlainan jantina... tapi dengan sesama jantina pun ader yang berlaku... malah kalu kita nak kisahkan cerita semua tue... rasa jijik pon ader... adoilah... tak tahu dah nak kata aper...

Sesama laki bini pon ader kes yang jijik yang dah terhidang jadi bahan bukti di Mahkamah Syariah.... macam-macam... Gua nak tulis pon terasa geli geleman dan jijik... gua tatau la orang lain... tapi bukan gua... gua bukan jenis nak menulis terlalu "graphics" nih...

Aper pon... semua ini berlaku ader sebabnya... kenapa Allah Taala membukakan hijab-hijab nih... Akhir zaman bhai... depa kata zaman la Allah Taala tak bayar cash... jangan bhai bersangkaan begitu.. mana ko tau aper planning Allah Taala...

Kalu Allah Taala nak bagi cash pon... ka taknak bagi cash pon... itu semua perogeratif Allah Taala... suka Allah Taala la nak buat camana... Allah Taala tu Khaliq, Allah Taala tu Tuhan, Allah Taala tu Maha Pencipta... urusan Allah Taala biarlah Allah Taala yang tentukan... kita nih mahkluk jer... level hamba pulak tue...

Kepada yang bawak label agama.... akhlak tu kena jaga... itu ja gua nak khabor... 




Seorang pengurus madrasah, Syamsul Zaman Sukri, 32, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, atas dakwaan melakukan kelucahan melampau.

Ketika pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan majistret Wan Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam, tertuduh kelihatan tenang dan memahami tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Dalam kertas pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahril Ramli, tertuduh didakwa mencabul seorang lelaki berusia 30 tahun.

Tertuduh yang dikenali dengan gelaran 'Ustaz budak' di Kelantan didakwa bertindak mencium pipi kiri, mengeselkan kemaluan pada paha mangsa dan memegang kemaluan mangsa dalam kejadian jam 1.15 pagi di sebuah hotel di Kota Bharu, pada 16 Disember lalu.

Sembang Kari Saekor Menteri

Biler citer bab pemotongan bil letrik.... konon sampai bulan Disember 2020 takkan ader potongan masa tu oleh TNB... konon sebab PKP... tapi bulan Disember nih... kat area perumahan gua ramai yang dapat surat merah TNB...

Tetiba jer Menteri Tenaga dan Sumber Asli boleh kata dalam Parlimen... untuk takder pemotongan berlaku bagi perkhidmatan TNB mulai 1 Januari 2021....

Adoilah... yer la takder pemotongan.. sebab bulan 12 dah buat pemotongan....

Sembang kari bagi la kat Menteri Malaysia nih....  Setakat sembang kari saekor Menteri...



Bekalan elektrik di premis pengguna domestik di Semenanjung dan Sabah yang mempunyai tunggakan kurang daripada enam bulan tidak akan dipotong sepanjang tempoh 1 Jan hingga 31 Mac 2021, umum Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah hari ini.

Beliau berkata inisiatif itu hasil kerjasama dan persetujuan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang bakal memberi manfaat kepada 6.94 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 500,000 pengguna domestik di Sabah yang layak.

"Kategori pengguna ini akan diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2021," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, di Putrajaya hari ini.

Shamsul Anuar berkata pengguna yang mempunyai tunggakan melebihi enam bulan pula boleh berunding dengan pihak TNB dan SESB untuk membuat pembayaran secara ansuran bagi mengelakkan pemotongan bekalan elektrik.

"Kita faham kesan kepada TNB tapi kita juga faham apa yang sedang dihadapi rakyat. Maknanya kita mengambil jalan tengah untuk menjaga kewangan di TNB dan melihat keperluan dan kepentingan rakyat," katanya.

Sunday, December 20, 2020

Adnan Mansor Menganjingkan Mahkamah

Pergh... 

Siap Adnan Mansor boleh buat kenduri depan Istana Kehakiman tue... Menganjing tahap Dewa Jalan Duta betul lar Adnan Mansor nih... Buat depan Istana Kehakiman... tau la dier dah selamat tak kena hukum kes rasuah jutaan RM tu.... tu sampai nganjing depan Mahkamah lagi tue.. Takder sorang pon sound... siap respek giler ader la.... bodoh betul lar...

Ingat kalo anak sapa-sapa boleh buat ka kenduri depan Istana Kehakiman nih??

Adoilah... itu pon korang tabley nak tangkap lagi apa permainan Adnan Mansor nih... Gua sekali tengok jer dah boleh baca idea dier... Ini menganjing namanya... bukan setakat menganjing Mahkamah... tapi menganjing SPRM lagie... adoilah....

Takkan benda sesimple ini lu orang tabley perasan... adoilah... Bukan takder PICC punya hall untuk buat majlis kenduri dan resepsi.. banyak lagi tempat boleh buat.... taman tasik ka.... wetland ka... tapi tak... dier buat gak kat depan Istana Kehakiman.. depan Mahkamah yang bebaskan dier dari kes rasuah baru nih....

Celaka siot nganjing tahap dewa jalan duta...




Bertahun Kita Mengalami Banjir

Boleh dikatakan setiap hujung tahun memang akan ada pesta banjir. Ya kita seperti sudah sedia maklum yang bertahun kita mengalami banjir. Ada yang banjir kilat, ada yang banjir biasa dan ada yang banjir besar.

Persoalan sekarang ni...

Apa tindakan kita untuk mengelakkan banjir yang berulang?

Di luar negara mereka buat rumah ikut "terrain".... ikut rupa bentuk bumi... jadi mereka tak main tarah jer bukit dan tambak mana sahaja paya dan tempat berair... Lepas tu tak buat "monsoon drain" cuma sekadar buat longkang kecik biasa jer...

Itu yang jahanam tue... Adoilah 

Bila nak nak belajar macam mana nak handle alam ini dengan lebih baik... sebab itulah negara kita mengalami banjir yang kekadang tu sampai abis satu bandar... satu pekan... macam yang berlaku di Kuantan dan Rantau Panjang...

Planning kita banyak silap selama nih...

Saturday, December 19, 2020

Baru Ada Akal.

Huhuhu.... baru ada akal... Ingatkan masih tak sedar diri... aper pon sudah terlambat... kerosakan sudah besar... nak repair agak payah... memang payah... melainkan Anwar Ibrahim kena buat satu permohonan maaf kepada semua penyokong dan pengundi atas pagar...

Kalu tidak... 

Lupakan lah hasrat nak menang dalam PRU15... Lupakan sajer la.... tak guna nak kempen lebih-lebih.. silap-silap masa sesi ceramah mungkin akan kena baling ngan telur busuk... maybe la....  jangan la nak marah kalu kena camtue...

Masa tengah ader kuasa takmo dengar nasihat... masa baru jatuh kuasa pun takmo dengar nasihat... masa nak amik balik kuasa pon takmo dengar nasihat.... La nih baru nak dengar nasihat.... baik tak payah la... hahaha... teruskan jer la dapatkan nasihat dari puak-puak yang penuh keliling tue...  depa lagi tau depa kata...

Hahaha.... padan muka je la...

Memang padan muka... elok bungkuih jer la.... hahahaha



Haramkan VAPE Kata Majis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC)

Benda ni gua memang setuju... Rokok ka Vape ka... apa sahaja yang memudaratkan diri memang gua mintak kerajaan Malaysia haramkan ... Sebab dalam Islam, kita diharamkan memudaratkan diri sendiri mahupun orang lain...


“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. (Surah al-Baqarah : 195)


Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), “Apakah yang dihalalkanbagi mereka?” Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik.” (Surah al-Maidah : 4)


Dan dia (Muhammad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (Surah al-A’raaf : 157)


“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Jadi bila MCTC mencadangkan agar Kerajaan Malaysia mengharamkan VAPE ... ini memang confirm gua akan sokong... Gua akan tetap sokong... sebab isu ni dah nyata dalam Al Quran dan Hadith... Takkan la korang yang nak bekap sangat Rokok dan Vape nih tak percaya akat Al Quran dan Hadith kot??

Takkan la taknak ikut Islam dan Sunnah Nabi.... 

Benda simple je... Takkan la tabley ikut... kata sayang kat Nabi... kata beriman dengan Al Quran .... siap bising dan marah kalu orang kata diri munafiq bagai... Hahaha... tapi ayat Al Qurand dan Hadith Nabi takmo nak ikut.... Adoilah..

Baca fatwa Mufti lar..





TLDM Lakar Sejarah Lantik Anggota Wanita Sebagai Laksamana Pertama

Pergh...

Ini memang jadi sejarah... Sepanjang 86 tahun TLDM diujudkan... inilah kali pertama anggota wanita dalam perkhidmatan TLDM dinaikkan pangkat menjadi Laksamana Pertama. Satu level yang agak tinggi yang dahulunya hanya anggota lelaki sahaja yang dapat menggapainya.

Terbaiklah...



Rohana, 57, antara empat pegawai kanan dinaikkan pangkat dalam majlis disempurnakan Panglima TLDM Mohd Reza Mohd Sany di KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak.

Mohd Reza berkata, pemilihan Rohana membuktikan kemampuan serta kredibiliti wanita itu diiktiraf pengurusan tertinggi TLDM selain sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kemampuannya selama 36 tahun berkhidmat.

“Beliau memegang jawatan pengarah kanan materiel di markas TLDM dan juga asisten ketua staf (AKS) J4 (Logistik) di Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) secara tidak langsung meletakkan dirinya berdiri sama tinggi bersama barisan tertinggi kumpulan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) yang sebelum ini dipelopori lelaki,” katanya selepas majlis pemakaian pangkat pegawai kanan TLDM itu.

Rohana, ibu kepada empat anak berasal dari Tanjong Karang, Selangor mula menyertai TLDM pada 20 Dis 1984 ditauliah sebagai Lt Muda TLDM cawangan bekalan dan urusetia pada 6 Dis 1986.

Kerjaya beliau sebagai pegawai berkepakaran bekalan dan urusetia bermula pada 1988 dengan jawatan pertama sebagai pegawai kawalan rumah stor di depot besar bekalan TLDM.

Rohana memegang beberapa jawatan penting antaranya pegawai memerintah KD Sultan Abdul Aziz Shah; pegawai staf 1 hal ehwal wanita Angkatan Tentera Malaysia dan pegawai memerintah depot bantuan barat.

Beliau turut bertanggungjawab terhadap keperluan perolehan aset penting dalam menentukan Op Benteng dapat dilaksana lebih efisien.

Sementara itu, Rohana berkata selama beliau berkhidmat dalam TLDM ini merupakan satu pengiktirafan besar buat dirinya.

“Saya harap ada ramai lagi calon wanita dapat ikut jejak langkah saya. Ruang sememangya tersedia buat wanita dalam TLDM ini untuk berkembang,” katanya.

Friday, December 18, 2020

McD Pun Bayar Zakat

Apa kata puak-puak yang sembang boikot McD tu....

McD pun bayar zakat gak lar... Korang yang bising nak boikot bagai tue silap-silap tak bayar zakat pon... Huhuhu... sembang ja lebih... siap sampai nak runtuhkan McD lagi...

Hahaha.... lawak siot...

Aper pon tahniah kepada McD sebab berusaha untuk membayar zakat... dan prihatin untuk employed pekerja OKU dalam premis McD .... tak macam banyak kompeni lain... haram nak employed pekerja OKU.... malah premis pun tak mesra OKU...

Aper daa....






Takkanlah Ahmad Maslan Akan Sangkut?

Ahmad Maslan berdepan kes memberi kenyataan palsu kepada SPRM dan tidak melaporkan dana yang masuk kepada LHDN.

Kes ini berat sebenarnya... boleh menyebabkan Ahmad Maslan dihukum penjara dan denda yang agak besar. Ini boleh menyebabkan dirinya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen,

Persoalan sekarang ini... aderkah Muhyiddin Yassin nak membahayakan kedudukan politiknya? Aderkah dia nak membiarkan Ahmad Maslan disabitkan kesalahan dan dihukum? Dalam keadaan sekarang ini yang mana Kerajaan PN hanya mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang cukup makan sahaja bilangannya, tak mungkin Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin sanggup untuk mengambil risiko.

Pastinya kita akan dapat lihat kes ini sama ada akan dikurangkan hukuman (jika sabit pertuduhan) atau ianya akan dibuang kes... "dilepaskan tapi tidak dibebaskan" ... macam yang dah biasa dah dibuat semenjak dua menjak nih... 

Huhuhuhu...

It's well predicted and forecasted.




Shopee Tidak Proaktif Bab Cetak Rompak

Shopee dah banyak kali buat camnie... Banyak kali berlaku pelanggaran Akta Hakcipta yang dibuat oleh Shopee.. Bukan setakat pakaian sukan cetak rompak yang dijual serta dipromosi dalam Portal Jualan Shopee tanpa ada sekatan... tapi sampaikan kepada produk digital pon kena.

Pernah ada kes bebulan-bulan selamber jer orang jual produk perisian cetak rompak dalam Shopee secara terang-terangan... setelah di komplen berkali-kali... tiada tindakan tuntas yang dibuat... hanya sekadar membatalkan akaun penjual tersebut sahaja.... tiada satu pun penjual yang dibawa ke muka pengadilan....

Setakat batal satu akaun penjual yang diadukan sahaja.. walhal pada masa yang sama berlambak lagi penjual lain yang buat benda yang sama didalam portal jualan Shopee.

Tak boleh kah Shopee ambil tindakan tegas dengan mendakwa (atau membenarkan pihak lain mendakwa) para pelaku cetak rompak nih... Apa yang nak sangat dilindungkan...

Tambah lagi pihak berkuasa nampaknya semacam bersekongkol dengan Shopee dalam isu ini. Tiada desakan atau tindakan dari pihak berkuasa untuk memastikan Shopee bertegas dalam bab cetak rompak nie... Takkan kot sebab ada kepentingan lain??

Ader kabel ka???




Thursday, December 17, 2020

MUDA Bila Nak Lulus? Nak Tunggu Sampai TUA Ke?

MUDA tak lulus lagi? Takkan nak tunggu sampai Tua?? ,,

Hahaha.... 90 hari pun tak boleh nak lulus ke?? Adoilah... kesian betul

“Perikatan Nasional: lulus dalam 3 hari (kebetulan sempat untuk pilihan raya Sabah).
“Bersatu: lulus dalam 30 hari (sungguhpun Najib-BN memerintah!)
“Muda: belum lulus walaupun sudah 90 hari.
“Nampak sangat berat sebelah. Takkan demokrasi di bawah PN lagi teruk dari BN?”

Kesiankan... ROS nih pun main politik jugak ke?





Alhamdulillah... Feri Pulau Pinang Kekal Beroperasi.

126 Tahun dulu Perkhidmatan Feri Pulau Pinang dilancarkan dan dikendalikan dengan baik sepanjang ianya beroperasi oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang. Ianya cukup lama, bersejarah dan ikonik. Dalam dunia ni hanya ada 3 sahaja perkhidmatan Feri yang sebegini.

  1. Perkhidmatan Feri Selat Inggeris
  2. Perkhidmatan Feri Hong Kong (Star Ferry : 1888)
  3. Perkhidmatan Feri Pulau Pinang (1894)

Jadi ... memang ianya bersejarah, ikonik dan menjadi tumpuan pelancong... bagi sesiapa yang pernah ke Hong Kong menggunakan feri, pastinya akan teruja bila mendapat pengalaman yang sama ketika menaiki feri Pulai Pinang (Talang, Undan, Rimau dan sebagainya) dari Butterworth, Seberang Prai menuju ke Pulau Pinang.. Boleh lihat Skyline dan bentuk landscape pulau yang seakan sama macam Hong Kong.

Jadi memang tak patutlah ada usaha-usaha dan cadangan bodoh yang nak menamatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang bertaraf lagenda tu...

Cukup tak patut. Saya berharap agak perkhidmatan feri ini terus kekal selama yang boleh dan diperbaiki perkhidmatannya... 

Malah tidak ketara kalu kita boleh memanfaatkan perkhidmatan feri khas Pulau Pinang untuk pelancongan waktu malam bertemakan "Night View" siap dengan restoran didalamnya berserta dengan mini musical showmanship. Boleh ja caj harga yang berpatutan... malah saya berani jamin akan banyak permintaan sewaan untuk diadakan majlis makan malam, perkahwinan dan jamuan makan.

Percayalah.

RM6.083 Bilion Telah Dibayar, Barang Tak Sampai?

Gila aaa.

Duit dah dibayar sebanyak RM6.083 Bilion... tapi satu barang pon tak sampai... Kontrak harga barangan tue aderlah RM9 bilion.... Maybe PosLaju atau GDEX lambat nak antar barang kot... Hahaha....

Duit rakyat tue bhai.... Order 6 bijik kapal LCS ... satu pon tak dapat.... harga macam lahanat punya la mahal... barang tak siap... Bangang ker aper bayar dah sampai banyak tu....

Ini kalu kat China... sure ader yang dah mampos kena tembak sebab khianat kepada negara.... huhuhu

Berita : Kapal tak sampai: PAC akan panggil Zahid Hamidi



7 Suspek Palsukan Keputusan Covid-19

Gila lah.

Sampai ada yang sanggup buat sindiket memalsukan keputusan ujian Covid-19. Siap bekerjasama dengan klinik lagi. Adoilah.

Buat duit betul la diorang ni. Bijak cara nak buat duit ni.

Punyalah terdesak. Patut sistem dokumentasi Covid-19 nih buat online jer.. boleh semak kat online guna IC Number... dan guna QRCode serta OTP.



Wednesday, December 16, 2020

UMNO Kata Nak Tarik Balik Sokongan?

Kah Kah Kah...

Itu hari berdegar-degar aku dengar Najib Razak dan Zahid Hamidi kata nak tarik balik sokongan kepada PN kalau i-Sinar KWSP masih lagi ada banyak syarat masa pengeluaran. 

Siap kata anytime je nak pull the plug.

Sekarang sudah senyap ke? Pasai apa? Pasai ader deal belakang tabir ka? Atau ada benda lain yang sangkut. Kah Kah Kah.

Macam Pondan kat lorong belakang Ibu Pejabat PAS jer... kah kah kah



Sunday, December 13, 2020

Anwar Ibrahim Salah Percaturan

Hahaha...

Kita semua sedia maklum yang Anwar Ibrahim telah membuat percaturan yang salah dengan tidak membuat undi belah bahagi pada pengundian dasar Bajet 2021 tempohari.

Walau apa pun alasan Anwar Ibrahim yang berbangga kononnya dia ada cukup bilangan (enough number) yang strong, formidable and convincing.... tapi itu semua adalah sembang kari ja semata-mata... Nak tipu dan kelentong siapa lah lagi Anwar Ibrahim ni...

Sekarang ni... apa yang patut dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah mengaku kesilapannya dan membuat satu pernyataan maaf di umum.

Itu pun kalau dia nak buat la...



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah