VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Monday, December 26, 2022

Bergambar Salah, Tak Bergambar Salah...

Payah... semuanya serba Salah... 
Bergambar Salah, Tak bergambar Salah....

Ucap pun Salah...


Bintang Liverpool, Mohamed Salah menerima kritikan hebat di media sosial oleh penyokong Muslim selepas dia menyiarkan foto keluarganya bersebelahan pokok Krismas.

Salah yang juga seorang Muslim turut berkongsi tulisan '#MerryChristmas' bersama foto itu di akaunTwitter dan Instagramnya.

Pemain berusia 30 tahun itu dan keluarganya - isteri Magi dan anak mereka Makka dan Kayan berpakaian pijama dalam foto terbabit.

Namun ciapan Salah tidak disenangi penyokong Muslim dengan kebanyakan kritikan dihantar dari luar United Kingdom.

Seorang peminat berkata: "Saya akan berhenti mengikuti anda dan tidak menyokong Liverpool kerana anda meraikan Krismas bersama penganut agama itu."

Seorang lagi berkata: "Saya menjadi penyokong Liverpool sejak kecil lagi tetapi kini saya berhenti menyokong kerana anda meraikan Krismas. Anda baru sahaja kehilangan saya sebagai peminat Mo Salah. Selamat tinggal!"

"Mo Salah, saya suka awak sebagai peminat Madrid. Saya anggap anda pemain hebat dan sering menjadi inspirasi saya. Tetapi selepas ciapan ini saya tidak lagi anggap anda sebagai contoh.

"Anda mengecewakan saya. Jika anda tidak memadamkan ciapan ini, saya tidak akan mengikuti anda lagi," kata seorang lagi peminat.

Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan penyerang Mesir itu apabila menganggap dia pemain terhebat Afrika.

"Kepada kami anda adalah gabungan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Kylian Mbappe. Nikmatilah," kata mereka.

Seorang lagi peminat berkata: "Ucapan Krismas paling ditunggu-tunggu."

Salah dijangka tampil dalam kesebelasan skuad Jurgen Klopp pada aksi pertama Liga Perdana sejak Piala Dunia dengan kunjungan ke Aston Villa pada Boxing Day.

Tuesday, December 22, 2020

Paul Yong Ingat Dia Akan Selamat

Sekarang nih tengah top siri Queen Of Gambit ditayangkan kat saluran Netflix di Malaysia... ramai yang layan... 

Gua jer belum layan walaupun gua minat permainan Chess. Chess ini adalah satu permainan strategi. Untuk menang,,, kita biasa korbankan bidak-bidak askar jer.... aper ader hal... sebab bidak-bidak askar nih nyawa dier murah... tak macam kuda, bishop atau castle...

Hahaha...

Paul Yong nih dulunya ADUN DAP Perak... tapi pasai dier sudah sangkut kes rogol... dier pikir mau selamat ... terus dier umum keluar dari Parti.. bagi alasan DAP tu bukan bermatlamat untuk kepentingan Malaysia... dier umum bebas... tapi menyokong Perikatan Nasional ...

Ini semua Paul Yong buat sebab dia ingat dia akan selamat.. selamat dari kena hukuman ... berpeluang digugurkan kes rogol dier.... Hahaha... dier lupa... bahawa dier nih cuma sekadar bidak-bidak askar jer dalam permainan chess... bidak yang takder harga... hahaha... Murah sangat...

Hahaha... orang tak heran pun...

Dan percayalah... dier akan sangkut punya... dier akan disabitkan bersalah dan dihukum.... Hahahaha... hilang seekor pun bukan ader efeknya... Hahaha

Padan muka dier..



Wednesday, March 13, 2013

Shabery Cheek Perasan Dia Hebat

Bukan pegawai sukan sahaja yang suka buat perangai sebegini. Menteri pun ada juga buat sebegini. Ingat dulu Azalina Othman Said melancung masa ada event sukan. Siap angkut pegawai sukan sekali. Senyap sahaja. Tiada tindakan. Kalau sudah kepala busuk. Badan pun akan busuk juga.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kesal dengan sikap pengurus pasukan basikal Malaysia yang didakwa leka makan angin di Taj Mahal pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di New Delhi, India.

Katanya, jika benar dakwaan itu, pengurus berkenaan sangat tidak bertanggungjawab dan memalukan negara.

“Saya harap perkara ini tidak benar, pengurus pergi untuk bantu atlet bukan tinggalkan atlet dan sempat pergi melancong.

“Mereka pergi dengan pembiayaan kerajaan jadi jika berita ini benar, ia telah menyalahgunakan wang rakyat,” katanya mengulas mengenai dakwaan terdapat pengurus pasukan basikal Malaysia keluar makan angin ke Taj Mahal sehingga penyampaian pingat emas untuk pelumba negara dilakukan tanpa diiringi lagu Negaraku.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sepetang Ahli Parlimen Kemaman Bersama Tenaga Pengajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, semalam.

Perkara itu didedahkan oleh jaguh lumba basikal kebangsaan, Azizulhasni Awang yang meluahkan kekecewaan itu menerusi laman sosial Twitter dan Facebooknya.

“Tiada lagu kebangsaan untuk pingat emas pertama Malaysia kerana (rakaman) audio ada dengan pengurus pasukan kita. Tak munasabah!” Keluh pelumba berasal dari Dungun itu dalam laman sosial tersebut.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan mengenai perkara itu.

“Pada pandangan saya, pengurus pasukan itu wajar dihantar pulang dengan segera ke negara ini dan Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan perlu mengambil tindakan tegas jika dakwaan terhadapnya itu betul,” katanya.

Monday, March 11, 2013

Garisan Penamat Sudah Hampir Untuk Chong Wei

Saya rasa langkah Chong Wei sudah makin sampai ke penamat. Mungkin lima enam kali pertandingan sahaja lagi. Kena cari pengganti cepat. Masa berlalu pantas. Malaysia bakal ketandusan pemain. Apa kata BAM? Adakah BAM sudah sama dengan FAM? Sama bodohnya?


IMPIAN pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk melakar hatrik dalam Kejohanan All England sekali lagi tidak kesampaian apabila kecundang di tangan pemain China, Chen Long malam tadi.

Tahun lepas, Chong Wei gagal meraih gelaran hatrik apabila terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan pada bahu kanan ketika aksi final menentang Lin Dan.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di National Indoor Arena, Birmingham itu, pemain pilihan pertama ini tewas 17-21 dan 18-21 dalam masa sejam.

Ketiadaan seteru utamanya, Lin Dan nyata gagal dimanfaatkan Chong Wei untuk memburu gelaran ketiga setelah memenanginya pada tahun 2010 dan 2011.

Dalam saingan perseorangan wanita, Baun Tine dari Denmark dinobatkan pemenang selepas mengalahkan Ratchanok dari Thailand 21-14, 16-21 dan 21-10.

Sementara itu, gandingan China, Wang Xiaoli/Yu Yang mengalahkan rakan senegara, Chenh Shu/Zhao Yunlei 21-18, 21-10 untuk menjulang kejuaraan dalam acara beregu wanita.

China turut mengungguli acara beregu lelaki apabila Liu Xiaolong/Qiu Zihan menewaskan Endo Hiroyuki/Hayakawa Kenichi dari Jepun 21-11 dan 21-9.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah