VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label PBT. Show all posts
Showing posts with label PBT. Show all posts

Monday, January 22, 2024

Berlakon Suci

Kah Kah Kah... 

Ayat Ponorogo nih memang lawak.. bab berlakon suci dier memang nombor 1... Numero Uno... 

Tidak timbul soal tamak susulan keputusan Umno Selangor menolak tawaran ahli majlis pihak berkuasa tempatan, kata Zahid Hamidi.

“Tidak timbul soal tamak dalam perkara ini kerana kami ada 22 ketua-ketua bahagian.

“Jadi kalau ada yang dapat dan ada pula yang tak dapat adalah lebih baik semua tak dapat,” kata presiden Umno.

Terdahulu, Umno Selangor memutuskan untuk menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis PBT di Selangor.

Mereka sebaliknya mahu 373 jawatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri itu.

Difahamkan terdapat 288 kerusi ahli majlis PBT keseluruhan di Selangor.

Monday, June 19, 2023

Ada Judi Halal Ke Selama Ni?

Kah Kah Kah...

Ini lawak ... tak abis-abis buat lawak... Adoilah... sakit perut gua...
Korang nih patut masuk Maharaja Lawak Mega la... 

Ada judi halal ke selama ni?

Tutup Premis Judi Halal Ka?


Tuesday, January 5, 2021

Banjir Di Malaysia, Apakah Salah Pemaju?

Di negara asing, mereka membina rumah mengikut kontour mukabumi. Jarang sangat berlaku mereka meratakan bukit untuk menambak kepada kawasan yang lembah (atau paya).

Tetapi itu yang berlaku di Malaysia. Sebab itulah kita mudah dapat banjir sebab kawasan takungan air sudah kita tambak dengan tanah dari kawasan bukit.

Lepas itu kita amat kurang membina “monsoon drain” (bersaiz 6 kaki lebar dan 4 kaki dalam). Pemaju perumahan biasanya cuma membuat longkang biasa je (paling hebat sekadar 1 kaki lebar dan 2 kaki dalam)

Berapa banyak kawasan perumahan yang kecil-kecil yang dibangunkan oleh pemaju (walaupun tanah yang dimiliki oleh pemaju tersebut agak besar) sekitar 20 hingga 30 rumah yang tidak ada “retention pond” atau “monsoon drain”. Pemaju bermain dengan isu teknikaliti semasa membangunkan projek.

Sebab kalu projek perumahan itu sampai 100 buah rumah, pemaju kena menyediakan taman permainan dan “retention pond”. Inilah yang nak dielakkan oleh pemaju perumahan...

Yang penting duit masyuk... peduli apa dengan kemudahan awam dan keselamatan dari bencana banjir... Tambak sahaja tanah lembah mana yang mahu... Boleh buat perumahan baru...

PBT pulak senang disogok. Setel semuanya...

Lepas tu kecoh banjir... Hujan lebat lebih 12 jam terus banjir kilat tahap dewa jalan duta....

Bangkai betul lar.






Saturday, December 26, 2020

Betulkah Buka Kilang Tanpa Lesen?

Tetiba je Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serbu satu kilang penghasilan arang (jenis bricket) di Kawasan Perindustrian Gua Musang.. Tetiba je..

Pergh... macam mana la pemilik kilang tu boleh dapat tanah untuk memulakan operasi kilang penghasilan arang di kawasan perindustrian Gua Musang... takkan la main pacak ja kilang kat situ..... biasanya bukan mudah mana-mana syarikat nak dapat tapak dalam kawasan perindustrian...

Kena melalui banyak kerenah birokrasi... pi mohon dan isi borang dengan pihak berkuasa tempatan.. PBT akan semak kesesuaian... lulus kalu baru bayar "premium" sewaan kepada PBT... dan barulah boleh bukak dan bangunkan premis diatas tanah yang diminta... Tanah tu pon sewaan setahun-setahun...

Tambah lagi... PBT akan semak apa jenis kilang yang nak dibangunkan kat situ... bukan sesuka hati jer bukak kilang yang tak sama seperti apa yang diisi dalam borang permohonan kawasan perindustrian tue...

Lainlah kalu kilang tue berada ditanah persendirian... maka logik la kalu berlaku kilang haram tanpa lesen.... sebab susah sikit nak pantau apa yang berlaku di tanah persendirian... Huhuhu... apa ingat senang ka kalu tanpa maklumat awam nak pantau kesalahan di tanah persendirian???

Apa pun... pada pandangan gua... apa yang berlaku dalam kes ini adalah lebih kepada "paw" ... Ada la yang tak puas hati bilangan "paw" yang dapat.... atau ader "paw" yang tak dibayar secukupnya... huhuhu



Pengarah Perhutanan Kelantan Abdul Khalim Abu Samah berkata, serbuan dilakukan oleh Unit Perindustrian dan Pengusahasilan bersama Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Selatan (PHJKS) selepas menerima maklumat.

Menurutnya dalam serbuan pada 11.30 pagi itu, pihaknya menyita sebanyak 77 tanur atau dapur arang, jentera dan lebih 130 tan arang bermutu tinggi yang nilainya dianggarkan melebihi RM500,000.

Beliau berkata ketika serbuan, tiada tangkapan dilakukan kerana pihak pengurusan kilang memberikan kerjasama namun nama pengurus kilang telah dimasukkan dalam laporan polis yang dibuat oleh pihak jabatan untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan maklumat awal, kilang ini sudah beroperasi sejak lapan bulan lepas dan arang yang dihasilkan adalah untuk pasaran luar negara seperti Australia, Kuwait dan Turki untuk tujuan pemanasan pada musim sejuk, selain untuk pasaran tempatan juga,” katanya.

Jelasnya, kilang itu dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Enakmen Industri Berasaskan Kayu (EIBK) iaitu tiada seseorang dibenarkan menempat, mendiri, membina, mengendali, menyelenggara tanpa kebenaran (lesen) yang dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri dan ditandatangani oleh Pengarah JPNK.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah