VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label E-Wallet. Show all posts
Showing posts with label E-Wallet. Show all posts

Friday, October 28, 2022

Jenuh Kalu Camnie

Hahaha...

Kalu dapat pengundi macam nih memang lah jenuh... Hahaha... ader special request tue... Hahaha...

Teringat gua masa kes PRK Ijok masa Khalid Ibrahim bertanding dulu... pengundi kat sana dapat mesin jahit, dapat microwave, dapat mesin basuh, dapat rice cooker, dapat sterika ... Itu tak masuk lagi barang dapur gula besar dan minyak masak...

Hahaha...

Cash jangan citer la... turun macam air hujan.... Hahaha ... takder sapa nak bagi top-up TouchNGo atau Boost ka?? Tak pon modal e-wallet Grabpay ka...... hahaha



Tuesday, January 18, 2022

RFiD : Kemudahan Atau Masalah?

Sekarang kecoh dengan isu RFiD yang katanya telah menyebabkan jem di banyak Plaza Tol. Isu yang ketara adalah pelekat RFiD yang dipasang pada kenderaan tidak dapat berfungsi dengan baik sama ada kedudukannya tidak tepat atau ada kecacatan signal frekuensi pelekat RFiD tersebut.

Apa yang nyata. Sistem MyRFiD ini nampaknya banyak kecacatan dan masalah. Mari saya ulaskan secara layman.

#RFiD #MyRFiD #TouchNGo #TnG
#Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Monday, December 21, 2020

Lesen Bank Digital Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) nampaknya sudah bersedia untuk mengeluarkan tender untuk lima (5) lesen bank digital Malaysia kepada syarikat / konsortium yang berminat pada 2021

Antara syarat yang ditetapkan oleh BNM adalah penender mestilah
  • Mempunyai kewangan tunai yang kukuh
  • Mempunyai kemampuan prasarana teknologi
  • Mempunyai kemampuan keselamatan yang termaju
  • Mempunyai kemampuan beroperasi secara kendiri
Jadi... banyak pihak nampaknya berminat untuk terlibat dan memiliki lesen bank digital ini... Khabarnya ada pihak asing pun akan bekerjasama dengan pihak tempatan secara konsortium bagi lesen bank digital ini.

Gua dengar... pihak yang terlibat dengan payment gateway, payment processing, e-commerce platform dan e-wallet sedang dalam proses perbincangan.... ini belum lagi termasuk dengan pihak telekomunikasi dan ISP.. Malah pihak Koperasi macam ANGKASA pun berminat dengan lesen bank digital ni nampaknya..

Semoga dengan adanya lesen bank digital ni... maka urusniaga perbankan berteknologi tinggi akan dapat beroperasi dengan jayanya di Malaysia yang akhirnya akan melonjakkan lagi ekonomi dan peluang pekerjaan di Malaysia.

Harapnya lah...



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah