VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Monday, December 21, 2020

Sembang Kari Saekor Menteri

Biler citer bab pemotongan bil letrik.... konon sampai bulan Disember 2020 takkan ader potongan masa tu oleh TNB... konon sebab PKP... tapi bulan Disember nih... kat area perumahan gua ramai yang dapat surat merah TNB...

Tetiba jer Menteri Tenaga dan Sumber Asli boleh kata dalam Parlimen... untuk takder pemotongan berlaku bagi perkhidmatan TNB mulai 1 Januari 2021....

Adoilah... yer la takder pemotongan.. sebab bulan 12 dah buat pemotongan....

Sembang kari bagi la kat Menteri Malaysia nih....  Setakat sembang kari saekor Menteri...



Bekalan elektrik di premis pengguna domestik di Semenanjung dan Sabah yang mempunyai tunggakan kurang daripada enam bulan tidak akan dipotong sepanjang tempoh 1 Jan hingga 31 Mac 2021, umum Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah hari ini.

Beliau berkata inisiatif itu hasil kerjasama dan persetujuan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang bakal memberi manfaat kepada 6.94 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 500,000 pengguna domestik di Sabah yang layak.

"Kategori pengguna ini akan diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2021," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, di Putrajaya hari ini.

Shamsul Anuar berkata pengguna yang mempunyai tunggakan melebihi enam bulan pula boleh berunding dengan pihak TNB dan SESB untuk membuat pembayaran secara ansuran bagi mengelakkan pemotongan bekalan elektrik.

"Kita faham kesan kepada TNB tapi kita juga faham apa yang sedang dihadapi rakyat. Maknanya kita mengambil jalan tengah untuk menjaga kewangan di TNB dan melihat keperluan dan kepentingan rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah