VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Nikotin. Show all posts
Showing posts with label Nikotin. Show all posts

Saturday, April 8, 2023

Salah Sebab Tak Boleh Dicukai

Kah Kah Kah...

Kat Malaysia nih... apa sahaja yang tak boleh Kerajaan Malaysia nak kenakan cukai... maka benda tu adalah benda salah.... contoh... Cryptocurrency.... sebab tak boleh dikenakan cukai... jadi ianya adalah haram... satu lagi adalah Judi Haram... sebab depa tak dilesenkan dan dikenakan cukai... maka haram la...

Tapi bila premis judi tue berlesen.. dan dicukai... terus la jadi halal macam Magnum, Toto dan Damacai...

Hahahaha...

Sama macam Vape nih la.... sebab tak boleh nak cukai... tu yang diharamkan dan diletak dibawah Akta Racun... tapi la nih... hahahaha..... sudah jadi Halal.... sebab boleh dicukai... Hahaha... mampoih aaa..

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyuarakan rasa kecewa terhadap Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berhubung langkah kerajaan untuk mengecualikan nikotin daripada Akta Racun.

Menurut presidennya Dr Muruga Raj Rajathurai, Dr Zaliha dalam satu mesyuarat pada Rabu lalu mengakui bahawa keadaan itu bukanlah ideal kerana Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 masih belum diluluskan.

Namun, Dr Zaliha "dengan berat hati" telah meluluskan pengecualian nikotin itu bagi membuka jalan agar cecair vape - termasuk yang mengandungi nikotin - dicukai bermula 1 April.

Saturday, December 19, 2020

Haramkan VAPE Kata Majis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC)

Benda ni gua memang setuju... Rokok ka Vape ka... apa sahaja yang memudaratkan diri memang gua mintak kerajaan Malaysia haramkan ... Sebab dalam Islam, kita diharamkan memudaratkan diri sendiri mahupun orang lain...


“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. (Surah al-Baqarah : 195)


Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), “Apakah yang dihalalkanbagi mereka?” Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik.” (Surah al-Maidah : 4)


Dan dia (Muhammad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (Surah al-A’raaf : 157)


“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Jadi bila MCTC mencadangkan agar Kerajaan Malaysia mengharamkan VAPE ... ini memang confirm gua akan sokong... Gua akan tetap sokong... sebab isu ni dah nyata dalam Al Quran dan Hadith... Takkan la korang yang nak bekap sangat Rokok dan Vape nih tak percaya akat Al Quran dan Hadith kot??

Takkan la taknak ikut Islam dan Sunnah Nabi.... 

Benda simple je... Takkan la tabley ikut... kata sayang kat Nabi... kata beriman dengan Al Quran .... siap bising dan marah kalu orang kata diri munafiq bagai... Hahaha... tapi ayat Al Qurand dan Hadith Nabi takmo nak ikut.... Adoilah..

Baca fatwa Mufti lar..





Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah