VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label KKM. Show all posts
Showing posts with label KKM. Show all posts

Saturday, April 8, 2023

Salah Sebab Tak Boleh Dicukai

Kah Kah Kah...

Kat Malaysia nih... apa sahaja yang tak boleh Kerajaan Malaysia nak kenakan cukai... maka benda tu adalah benda salah.... contoh... Cryptocurrency.... sebab tak boleh dikenakan cukai... jadi ianya adalah haram... satu lagi adalah Judi Haram... sebab depa tak dilesenkan dan dikenakan cukai... maka haram la...

Tapi bila premis judi tue berlesen.. dan dicukai... terus la jadi halal macam Magnum, Toto dan Damacai...

Hahahaha...

Sama macam Vape nih la.... sebab tak boleh nak cukai... tu yang diharamkan dan diletak dibawah Akta Racun... tapi la nih... hahahaha..... sudah jadi Halal.... sebab boleh dicukai... Hahaha... mampoih aaa..

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyuarakan rasa kecewa terhadap Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berhubung langkah kerajaan untuk mengecualikan nikotin daripada Akta Racun.

Menurut presidennya Dr Muruga Raj Rajathurai, Dr Zaliha dalam satu mesyuarat pada Rabu lalu mengakui bahawa keadaan itu bukanlah ideal kerana Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 masih belum diluluskan.

Namun, Dr Zaliha "dengan berat hati" telah meluluskan pengecualian nikotin itu bagi membuka jalan agar cecair vape - termasuk yang mengandungi nikotin - dicukai bermula 1 April.

Wednesday, April 5, 2023

Ada Pula Bajetnya?

Kah kah kah...

Itu hari kata kalu nak serapkan doktor kontrak seramai 4000 orang... akan menyebabkan kerajaan berbelanja sebanyak RM10 Bilion setahun.... macam la gaji seorang doktor kontrak ni adalah RM208 ribu sebulan.... Hahaha... kencing ja tue...

Nih siap nak kata akan serapkan seramai 12,800 doktor kontrak ....

Berapa pulak belanjanya.... Hahaha... lebih dari RM30 bilion kan.... ada pula bajetnya???? 

Hahahaha.... kalu bab sembang gempak.... bagilah kat Anwar Ibrahim nih... hahaha... semua akan digempakkan... harga pon boleh dibloatedkan ... macam takder rasa bersalah.... Hahaha... Lebih RM30 bilion tue...  ader ke bajetnya?

Dana mana pulak nak kutip???

Sembang... Sembang....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD



Tuesday, April 4, 2023

Jangan Abai Mogok Doktor Kontrak

Kah Kah Kah

Mereka ingat dengan mengugut untuk pemecatan akan menyebabkan Mogok Doktor Kontrak ini dapat disenyapkan.. Mereka ingat dengan tekanan semua ini dapat dikekang.... Mereka ingat dengan dokongan J-KOM yang ntah apa-apa tue... Mogok Doktor Kontrak dapat dihalang...

Kah Kah Kah...

Mereka lupa.... Mereka tetap lupa.....  bahawasanya tindakan sebegini akan menyebabkan api dalam sekam lebih membara..... fire down below.....

Tunggu masa jer nak meledak... tunggu masa jer akan berlaku sesuatu... Impak Mogok Doktor Kontrak nih sebenarnya akan memakan mereka sendiri... akan menyebabkan kuasa mereka runtuh.... Bila dinasihat takmo nak dengar.... memanglah payah...

Nasib la ....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Jangan Abai Mogok Doktor Kontrak


Saturday, February 11, 2023

Makin Jahanam Jadinya

Payah aaa...

Kalu tak berhati-hati... puak-puak lahanat nih akan gunakan macam-macam cara untuk dapatkan mileage bagi industri Vape nih... Pegawan KKM kena la berhati-hati...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) mendakwa seorang daripada individu yang menghadiri pertemuan dengan dua pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), adalah pemegang jawatan sebuah firma produk tembakau.

Ini susulan kenyataan KKM sebelum ini yang menafikan bahawa dua pegawai kanannya dikatakan telah bertemu wakil daripada industri tembakau, yang melanggar Artikel 5.3 Artikel 5.3 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC) dan polisi berkaitan.

Sebaliknya, KKM pada 2 Februari lalu, menjelaskan bahawa dua pegawai kementerian itu telah dikunjungi dua individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai pemilik syarikat basikal Putrajaya dan syarikat percetakan.

Menerusi kenyataan media yang dihantar, MCTC juga melampirkan gambar individu berkenaan yang juga adalah presiden sebuah NGO berkaitan industri vape.

Menurut laman Facebook NGO itu, ia memperkenalkan pertubuhan tersebut sebagai organisasi bukan mencari keuntungan yang ditubuhkan untuk tujuan mengawal selia industri vaping di Malaysia.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam memperjuangkan vape sebagai alternatif yang berdaya maju dan "lebih sihat" berbanding merokok.

Monday, January 2, 2023

Cari Alasan Dan Dalil Nampaknya

Kah Kah Kah ...

Macam la kita tatau strategi depa.... Sengaja buat camnie sebab nak bagi alasan nak bawak masuk Jururawat warga asing leteww... Agenda puak-puak bangsat nih dah kita boleh baca dah... Itu hari dah siap depa mention dah... alasan kononnya Jururawat tempatan takdak...

Adehh.... bagi gaji macam haram ... sapa nak masuk... pastu banyak cekadak....

Walhal ramai jer jururawat lepas IPTS yang tengah menganggur takder kerja la nih... berapa banyak lambakan student di IPTS macam Masterskill dan sebagainya yang sangkut PTPTN sebab amik kursus kejururawatan nih.....

Sial jer kan...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Isu kesesakan untuk mendapatkan rawatan kini berlarutan di kebanyakan hospital swasta terutama di Lembah Klang apabila ramai mendakwa terpaksa menunggu berjam-jam untuk kemasukan ke wad. Lebih memeritkan apabila terdapat pesakit yang terpaksa menunggu antara lapan hingga 24 jam selepas hospital swasta telah mencapai kapasiti maksimum had katil. 

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Datuk Dr. Kuljit Singh ketika dihubungi turut mengakui berlaku kesesakan untuk kemasukan ke wad di premis kesihatan. Katanya, antara punca kesesakan ialah ramai pesakit terutama warga tua yang mendapatkan rawatan.

Malah kesesakan juga disebabkan oleh kurangnya kakitangan kejururawatan terlatih di hospital swasta.

Wednesday, June 8, 2022

Doktor Gigi Haram

Bahayanya khidmat Doktor Gigi Haram. Risiko yang boleh menyebab nyawa melayang.

#doktorgigi #braces #pendakapgigi #haram #kkm

#BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Sila layari laman blog saya di https://kakibelasah.blogspot.com/

Friday, March 25, 2022

Status Vaksinasi Dibatalkan?

Biar betul.. takkan la boleh dibatalkan atau hilang status vaksinasi lengkap? Kata itu hari vaksinasi ni tidak dipaksakan. Ianya voluntary.

La nih nampak macam di paksa kan pulak. Adoilah.

2 juta dijangka hilang status 'vaksinasi lengkap' minggu depan

#MySejahtera #Vaksinasi #Sinovac #PPV #KKM #DosPenggalak #Booster #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Tuesday, January 11, 2022

Anti Vaksin Tapi Sanggup Bayar Untuk Sijil Vaksin

Gila...

1900 orang dah guna servis Doktor ini.... dan buat bayaran untuk pemvaksinan serendah RM400 ... Bayangkan Doktor ini dah collect duit sebanyak RM760 ribu... Hebat

Itu pada harga terendah...

Kalu dikira pada harga RM600 .... Doktor ini dah collect sebanyak RM1.14 juta tue...

Masyuk.... memang masyuk.... Yang lawaknya... Doktor nih anti-vaksin... tapi dok giler buat bisnes atas vaksin... hahaha... dan mangsa pon anti-vaksin gak.... dan bodoh pi bayar duit untuk buat sijil vaksin palsu... adoilah....

Hahahaha.... bodo betul lar ...



Tuesday, January 4, 2022

Bila Tukang Masak Tiada Sijil Pengendalian Makanan

Biasa kalu pengendali makanan tidak terlatih dan tidak memiliki sijil latihan ini... dan juga tidak mengambil suntikan Typhoid .... kompaun boleh dikeluarkan oleh Pegawai Kesihatan dibawah Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) ini merupakan Peraturan yang digubal mengikut peruntukan Seksyen 34 di bawah Akta Makanan 1983 dan telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009.

Kesalahan yang dilakukan sama ada oleh tuan punya, pemunya, penghuni premis makanan, pengendali makanan, penyedia makanan, pengendali mesin menjual makanan, serta seseorang yang mengangkut makanan menggunakan kenderaan boleh didenda maksimum RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Antaranya adalah berkaitan kesalahan daripada segi amalan pengendali makanan, reka bentuk dan bangunan dan peralatan yang digunakan.

Ini bukan main-main tuan... ini perkara besar... sebagai contoh... dalam konsep kenduri secara gotong-royong.. katalah ader seorang pengendali yang ada TB atau Taun ... yang mungkin dia sendiri tidak sedar ... atau dia kerap ke tandas ... kemungkinan besar makanan yang disediakan akan mengandungi virus E-Coli atau Salmonella .. atau juga virus Cholera .... atau lain-lainnya...

Silap-silap boleh membawa maut .... tambah lagi kalu ader Pencemaran Silang... adoilah...

Sebab itu sebagai pengendali makanan atau tukang masak dan sebagainya... pastikan mereka yang terlibat telah lulus latihan pengendalian makanan dan telah mengambil suntikan Typhoid.... Jangan benarkan geng-geng yang tiada benda-benda macam nih kendalikan makanan... Tak kira la siapa pengendali makanan itu... waima YB, ADUN, Ahli Parlimen, Menteri atau Permaisuri sekali pun...

Ini kritikal la bhai...




Monday, December 27, 2021

Bala Atau Ujian?

Semalam bila berbicara tentang ujian yang menimpa mangsa banjir.... puak Walaun PAS kata benda tu adalah bala....  so... sebab malas nak bertekak berlawan hujah dengan orang bodoh terutamanya walaun.... gua senyap ja la...

La nih bila Tuan Ibrahim Tuan Man dikatakan positif akibat dari Covid-19 ... maka gua terpaksa lag gunapakai analogi Walaun PAS .. bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man nih bukan terkena ujian... tapi bala...

Huhuhu... nasib lar... Walaun PAS yang suruh cakap Ujian tu Bala...

Setahu gua Bala dalam PAS adalah yang dok cerita dier jumpa Nabi dalam mimpi.... Itu Bala... Senator Bala.... Hahahaha



Monday, August 23, 2021

Kalau Tak Scam Macam Tak Sah Hidup

Hahaha....

Data pun fabricated.... siap ubahsuai... siap ejast... Hahaha... Esok nak turun berapa ribu pulak... Hahaha

Sekadar nak create "Feel Good Factor"



Tuesday, August 3, 2021

I Love MY : Macamlah Kita Tak Tahu Ianya Bodek

Kah Kah Kah...

Depa ingat depa buat nih kita tak boleh paham... Kah Kah Kah.... lawak sungguh la...

Benda simple macam nih orang boleh paham la... Ini bodek... Ini double meaning... dan ini memang sah bodek.... Ini bukan cerita patriotik... ini bodek.... sohih bodek..

Bodek Muhyiddin Yasin (Mahiaddin Md Yasin) ...  Durio memang sedang bodek Muhyiddin Yasin...

1 Love MY .... hahahahahaha... lawak la




Friday, July 23, 2021

15 Doktor Letak Jawatan Sertamerta (HARTAL)

Makin ramai doktor yang mengambil keputusan meletak jawatan secara serta merta 24 jam. Semua kejadian doktor letak jawatan serta merta nih berlaku di Hospital Awam.

Hartal Doktor Kontrak, yang melobi kepada kerajaan agar kakitangan perubatan bertaraf kontrak dilayan dengan lebih baik.

Jadi Kerajaan buat derk macam tue ja... buat tak kisah. Sampai bila? Sampai semua doktor letak jawatan ke?

#HartalDoktor #DoktorKontrak #KKM #Hartal

Tuesday, July 20, 2021

Betullah Terbukti Kejadian Picagari Kosong Itu Ada Terjadi (VIRAL)

Betullah Terbukti Kejadian Picagari Kosong Itu Ada Terjadi (VIRAL)

Nampak gayanya kejadian suntikan picagari kosong itu benar-benar lah berlaku yer? Kejadian Picagari kosong dalam proses Vaksinasi. Ingatkan sekadar sembang kosong je. Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) semacam mengiyakan.

Kalau tidak takkan Dr Adham Baba akan mengatakan macam ini... kejadian suntikan picagari yang kosong.

Adoilah... macam mana la perkara suntikan vaksin menggunakan picagari kosong ini boleh berlaku. Tiada SOP ke? Tiada pemantauan ka??

#AdhamBaba #SuntikanKosong #PicagariKosong #Mengaku

Sunday, July 18, 2021

Penting Diri : Macam Mana Boleh Terlepas Rentas Negeri?

Penting Diri : Macam Mana Boleh Terlepas Rentas Negeri?

Macam mana lah boleh terlepas rentas negeri atas alasan bodoh? Memang mereka nih pentingkan diri sendiri jer.. Last-last bawa penyakit sebarkan kepada orang lain. Jangan la rentas negeri rentas daerah dengan cara tipu.

Bodoh. Pentingkan diri sendiri. Patut elok mati ja satu keluarga orang spesis bodoh pentingkan diri macam ni... Supaya tak menjangkitkan orang lain dimasa depan. Jangan la rentas negeri tanpa kebenaran. Jangan la rentas negeri rentas daerah dengan cara tipu.

#BalikKampung #BalikRaya #PentingDiri #RentasNegeri #RentasDaerah

Friday, July 16, 2021

Viral : Pemilik Rumah Bonda ditahan reman

Viral : Pemilik Rumah Bonda ditahan reman

Okay... benda ni dah dalam siasatan Polis.. Polis pon dah reman pemilik Rumah Bonda (RB) bagi kes siasatan terhadap Bella. So... kita semua tak payah nak memandai-mandai..

Kalau PDRM dah selesaikan siasatan... dan kertas dah sampai ke tangan Peguam Negara (AG)... maka kita tunggu urusan selebihnya... Jangan nak jumping to conclusion.... blame sana blame sini...

Relaks... bertenang... Bella pun dah selamat dibawah kawalan JKM dan pemantauan pihah Hospital. Bab Rumah Bonda nih kita tunggu ja flow selanjutnya

#Justice4Bella #JusticeForBella #RumahBonda #SyedAzmi #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Maut selepas buat rawatan peluh

Maut selepas buat rawatan peluh

Jangan main-main ambil perkhidmatan kesihatan di klinik tak bertauliah dan berdaftar.. tambah lagi kalau doktor yang mengendalikannya juga tidak bertauliah. Boleh jadi maut. Boleh mati.

Ini kes maut selepas buat rawatan peluh. Tak pasai-pasai je selepas bius terus kena serangan jantung. Ini akibat dari penggunaan Steroid.... dan mesti jantung akan failed... Umur muda lagi dah maut sebab sakit jantung.

So jangan cari pasai.

#Steroid #BinaBadan #Kecergasan #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Celaka : Lari Tinggalkan Kosmetik Timbang Kilo Seludup

Celaka : Lari Tinggalkan Kosmetik Timbang Kilo Seludup

Bab kosmetik timbang kilo / berjadual / kosmetik haram nih cukup banyak pihak yang terlibat. Syarikat kosmetik ala MLM di Malaysia cukup ramai yang menggunakan bahan kosmetik haram dan ubat terlarang yang diseludup dari luar negara untuk perniagaan mereka.

Syarikat ternama pun terlibat sama. Syarikat Selebriti... syarikat Instafamous... syarikat Influencer malah syarikat milik Ustaz pun ada terlibat. Ini semua celaka. Membahayakan nyawa dan kesihatan orang lain. Siap ada yang mempunyai racun berjadual.

#TimbangKilo #Kosmetik #Seludup #Kelantan #Instafamous #Influencer #Selebriti #Ustaz

Wednesday, July 14, 2021

Ustaz Abdul Somad (UAS) belajar agama tinggi tapi tidak beramal.

Ustaz Abdul Somad (UAS) belajar agama tinggi tapi tidak beramal.

Perangai macam nih bukan Ustaz Abdul Somad sorang ja ader.. ramai lagi dikalangan Alim Ulama, Mufti, Ustad dan Lebai... Memang ramai... berlajar agama bukan main tinggi... tapi tidak beramal... tambah-tambah yang datang dari Indonesia...

Macam hampeh aaa...

Ustaz macam Ustas Abdul Somad (UAS) ni la yang ramai pengikut dan pentaksub suka follow... pelik... yang follow dan taksub nih bukan amik cakna nak nasihat ka kalu ada nampak benda tak betul yang dibuat...

Main ikut ja... sesat lagi menyesatkan la tindakan Ustaz Abdul Somad ni.. UAS pernah bergejala, tapi tak jalani ujian saringan Covid-19 .... apa dier ingat Covid-19 nih sakit biasa-biasa jer ka? UAS nih tatau ka yang Covid-19 ni adalah wabak? Wabak itu kena la ikut aturan kesihatan oleh Pemerintah Indonesia... UAS nih tatau ka hukum mengikut arahan Pemerintah? Takkan tak berlajar kot? Itulah ... berilmu tapi tak beramal.

Bangang punya Ustaz lar camnie.

Adoilah...

#UstazAbdulSomad #UAS #Pendakwah

Tuesday, July 13, 2021

Lebihan Kain Kafan sebagai bendera putih

Sedih betul bila membaca berita tentang perkara ini... Sampaikan terpaksa menggunakan lebihan Kain Kafan sebagai bendera putih. Bayangkanlah Kain kafan jadi bendera putih buat Orang Asli yang kesusahan.

Sudah lah Tok Batik mereka sekarang berada di Hospital akibat Covid-19. Kesian sungguh la. Sampai terpaksa guna lebihan Kain Kafan untuk dibuat sebagai bendera putih.

#BenderaPutih #OrangAsli #KainKafan

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah