VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Rasuah. Show all posts
Showing posts with label Rasuah. Show all posts

Sunday, August 10, 2025

Untung Jadi Warga Asing Kat Malaysia Ni

Pergh...

Untung betul kan??Menag jadi warga asing kira dapat lesen besau la kan... Hahaha

Buat apa-apa pun tadahal.. hahaha

Friday, November 15, 2024

Makin Kantoi Sekor Sekor

Adoilah.... sekor lembu bawak lumpur... semua terpalit.... betul-betul lah lembu.... hahaha

Apa nak jadi la dengan Malaysia... penuh lenbu diangkat jadi pemimpin... yang paling atas semua lembu... Hahaha


Seorang ahli perniagaan, yang mengaitkan pentadbiran Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dengan videonya mengenai dakwaan rasuah, kini mendedahkan rakaman keempat.

Rakaman itu mencadangkan bahawa pemimpin kanan negeri tahu berkaitan dakwaan imbuhan terhadap wakil-wakil rakyat.

Rakaman itu memaparkan Timbalan Ketua Menteri Shahelmey Yahya, yang juga menteri kerja raya Sabah.

Ahli perniagaan itu, yang mengaku menawarkan rasuah kepada ahli politik sebagai balasan kepada sokongan mendapatkan lesen pelombongan, memberitahu Malaysiakini bahawa video itu adalah versi suntingan.

Dia sekali lagi menegaskan sedia menyerahkan rakaman penuh lapan video kepada pihak berkuasa jika permohonannya mendapatkan pelindungan dan kekebalan diberikan

Monday, January 22, 2024

Berlakon Suci

Kah Kah Kah... 

Ayat Ponorogo nih memang lawak.. bab berlakon suci dier memang nombor 1... Numero Uno... 

Tidak timbul soal tamak susulan keputusan Umno Selangor menolak tawaran ahli majlis pihak berkuasa tempatan, kata Zahid Hamidi.

“Tidak timbul soal tamak dalam perkara ini kerana kami ada 22 ketua-ketua bahagian.

“Jadi kalau ada yang dapat dan ada pula yang tak dapat adalah lebih baik semua tak dapat,” kata presiden Umno.

Terdahulu, Umno Selangor memutuskan untuk menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis PBT di Selangor.

Mereka sebaliknya mahu 373 jawatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri itu.

Difahamkan terdapat 288 kerusi ahli majlis PBT keseluruhan di Selangor.

Wednesday, January 17, 2024

Janganlah Marah

Hehehe... relaks... bertenang..

Kerajaan hari nih mana ader kes rasuah... sebab semua yang ader kes dilepaskan... jadi mana ader rasuah..

So... janganlah marah... hahahaha

Kerajaan Madani nih semuanya suci... Mana ada terlibat rasuah


Friday, September 8, 2023

Kurang 1 Pertuduhan Je

Hahaha...

Mamat Bekas Ketua Polis Daerah nih kurang 1 pertuduhan jer berbanding Ahmad Zahid Hamidi... Hahaha... Takkan mamat nih sangkut dan dikira bersalah kot nanti...

Patut mamat nih pon boleh lepas nanti... guna jer la peguam yang dasat... guna jer la kambing hitam macam Ahmad Zahid Hamidi yang gunakan Mejar Mazlina tue...

Hahahaha...

Takkan la kan kes kecik macam ini boleh sangkut dan kena hukum... bukan banyak pun.... Hahaha

Sikit jer pertuduhan dia... Kurang 1 jer dari kes Zahid Hamidi


Thursday, September 7, 2023

Ingat Senang Ka Nak Lepaskan Kuasa?

Kah Kah Kah...

Sekarang kami orang DAP sudah jadi Menteri... Kami ada kuasa... Kami boleh buat apa kami suka... 

Syed Saddiq, Lu apa tau... Lu takdak kuasa... Lu bukan Menteri... Parti lu pun pengundi tak pandang.

Ingat senang ka kami DAP nak lepaskan kuasa??? - Nga Kor Ming

DAP sudah berada di puncak kuasa, sori la takkan nak lepaskan kuasa.


Tuesday, September 5, 2023

Kumpulan Peguam Pun Tak Percaya

Kredibiliti Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim memang dah jatuh ke lantai... malah lebih hina lagi bilamana ianya sudah boleh diinjak-injak diatas lecah...

Bayangkan ... bila kumpulan peguam jenayah pun tak percaya benda nih boleh berlaku...

Bila sudah ada prima facie... dan bila dalam proses awal pembelaan diri... tetiba Pendakwaraya tarik balik kes... tarik handbrake....  tidak mahu meneruskan pendakwaan...

Adoilah... ini semua kelaku pelik... menghabiskan duit rakyat dan masa mahkamah....

DNAA nih memang pelik....  huhuhu

Kerajaan Sembang Kari


Sunday, August 6, 2023

Cash Is King

Kah Kah Kah..

Sebijik tiru program Najib Razak... Hahaha.... betul la orang selalu cakap... kalu nak badan wangi... berkawan la dengan penjual minyak wangi.... Hahaha.... nih berkawan penyamun dan penyakau... maka tidak dapat tidak tetap akan berperangai sebijik macam penyamun dan penyakau ja...

Dok bagi gula-gula... macam la itu semua datang dari poket depa.... Hahaha... giler siot...

Gula-Gula Pilihanraya



Thursday, August 3, 2023

Kompom Lepas La Ahmad Zahid Hamidi

Pergh.... Plot twist la pulak...

Sekarang semua sudah twist... sekarang semua kesalahan bagi kes Ahmad Zahid Hamidi dipersalahkan kepada Mejar Mazlina nampaknya... Hahaha... saksi semua sudah twist cerita... Berapa sudah kena bayar gua tatau la...

Apa susah... kambing hitam boleh dibayar semuanya... Hahaha... Kompom lepas la Ahmad Zahid Hamidi ini macam.... Hahahaha... setel semua.... pergh...

WalaNON dan Bangsa Slurpp mesti akan seronok membekap lepas nih... Hahaha

Sure selamat Ahmad Zahid Hamidi sebab ada kambing hitam


Wednesday, August 2, 2023

Simpan Sini Buat Sejarah

Kah Kah Kah....

Berat nak kata la.... tapi itulah kenyataannya.. Sebab semua kes Ahmad Zahid Hamidi dalam Yayasan Akal Budi nih dah dalam mode kambing hitamkan Mejar Mazlina ... semua dipersalahkan kepada Mejar Mazlina nih... konon buat kerja tak betul la...

So.. gua simpan sini keratan akhbar nih... mana tau boleh jadi sejarah... Kah Kah Kah

Ahmad Zahid Hamidi Bakal Bebas?


Wednesday, July 26, 2023

Datuk Penjenayah?

Kah Kah Kah....

Collect tue collect la... siasat dan dakwa kasik habis... dan pastikan ader jatuh hukuman... Jangan buat macam sebelum nih... semuanya last-last jadi kerja tak habis... 

Ramai lagi yang sangkut... tengok sama dalam geng yang ada dalam parti... tu semua pon tabley pakai gak... Hahaha...

Datuk Celaka


Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dan dua rakan kongsinya ditahan dalam operasi besar-besaran yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia - Multi Agency Task Force (MATF), di sekitar Kuala Lumpur, Isnin lepas.

Menurut sumber, dalam serbuan yang dilakukan serentak di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan melibatkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi itu, wang tunai berjumlah RM38 juta dan emas seberat anggaran 200 kilogram, dianggar bernilai RM60 juta telah dirampas.

Katanya turut disita 17 kereta mewah antaranya berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz.

“Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kerana disyaki terlibat dengan rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

Tuesday, July 25, 2023

Samseng Punya Kementerian

Kah Kah Kah...

Bukan setakat Menterinya yang samseng dan sombong... Kementerian dier pon sama... Hahaha... Inilah kementerian paling menghabiskan duit ja.... pulangan tak banyak... hahaha

Ngarut Betul


Monday, July 17, 2023

Sembang Propa PMX

Dei.... Sembang propa tagune sekupang pun... Ada fakta... heret saja pi masuk Mahkamah... tahan, siasat dan dakwa... tak payah sembang atas pentas depan microfon jer... tak payah sembang depan wartawan...

Gunakan sepenuhnya undang-undang...  Tue yang dok jadi TPM tue... bila lagi.... slow sangat proses bicaranya...

Yang dalam parti sendiri pun bukan semuanya bersih.... yang bercakap pun bukannya bersih gak... Hahaha

Walk the talk la wei...

Siasat dan dakwa la... apa mau tunggu lagi


Thursday, July 13, 2023

Maaflah Sebab Terpaksa Gelak

Kah Kah Kah....

Tiap kali ader keluar kenyataan camnie... memang gua gelak...  Satunya sebab sampai ke hari ini PDRM dan AG tak pernah submit arahan untuk Interpol keluarkan Nota Merah (Red Notice) terhadap Jho Low nih .... tak pernah langsung.... sebab kalu ader keluar Red Notice... mesti akan terpapar dalam lama web Interpol...

Interpol tak pernah ader hidden Red Notice... semua Red Notice adalah public...  itu ja nak khabor...

Keduanya... dalam kes penahanan Jasmine Loo Ai Swan nih... dia ditahan di dalam Malaysia.... makna kata ianya bukan dikutip dari lokasi di luar negara... macam mana boleh IGP kata mereka dah pantau lama dan kutip dari luar negara...

Hahaha.... kalu ikut saluran biasa... perlu ader proses ekstradiksi ... dan ini terkait perundangan.... dan PDRM setakat nih memang takder laksanakan Black Ops di luar negara.... sebab kalu nak kutip dari luar negara dan bawak balik tanpa proses ekstradiksi... semuanya kena buat secara Black Ops...

Hahahaha... please lar... bukan la nak memperlekehkan Cawangan Khas (SB) ... cuma mereka tak buat Black Ops... itu perlu guna team lain...

Hehehehe



Monday, July 10, 2023

Tak Perlu Rosmah Pun ...

Kah Kah Kah...

Syarikat Global Royalty tue dah memang gah satu dunia... Raja Monaco dan Raja Brunei pun pelanggan dier... malah Raja Sweden pun katanya pelanggan utama selain dari Queen Elizabeth dulu tue...

Jadi,... syarikat nih tak perlu Rosmah pun untuk melariskan barangan jualannya... depa dah self reliance.... Self sustained...

Adoilah... Apa la ader ngan Rosmah Mansor...



Friday, June 9, 2023

Apalah Nasib Pekerja?

Betul... gua setuju pembekuan aset dan dana nih dilakukan oleh SPRM...  setuju sangat...

Cumanya.... apalah nasib kakitangan syarikat bila akaun bank syarikat pon kena beku... apa jadi dengan diorang... gaji, elaun dan emolumen diorang macam mana?? Macam mana pulak dengan vendor dan pembekal syarikat tersebut... sure sangkut gak payment...

Macam mana vendor dan pembekal serta kontraktor nih nak bayar gaji kakitangan mereka...

Ianya efek berantai bhai... memang memberikan masalah...

Ader kawan gua kena macam nih... setahun lebih akaun syarikat tempat dier bekerja di bekukan SPRM...  diorang terumbang ambing... takder pendapatan... takder income... keluarga jadi bermasalah... terpaksa meminjam sana sini... nak berhenti kerja... susah nak dapat kerja baru.. kalu dapat pun gaji tak memadai...

Huhuhu ... yang bermasalah tue yang kat atas... yang jadi mangsa ni semua orang bawah... huhuhu

Kesian pekerja yang makan gaji


Jawab, Jangan Tak Jawab

Hahaha...

Sekarang bulu tangkis berada di sebelah jaring Fahmi Fadzil.... Adakah dier nak smash atau nak buat rally?? Hahaha... kita tengok apa dalil dan dalih yang dier nak bawak.. takkan nak harapkan JKOM yang tolong jawabkan... kalu tidak boleh jawab... ini dah kira salahguna kuasa... 

Hahahaha

Jawab Cepat


Friday, June 2, 2023

Lalang Itu Normal

Hahaha...

Ini lawak.... Abang la sangat... Hahaha... biasa la nak hidup.... Apa-apa pun boleh selamat kalu kena kawtim yang betul cara.... Hahaha... macam contoh jadi saksi pendakwa ka...

Hahahaha....

Lawak sungguh lar..

Cara menyelamatkan diri


Wednesday, May 31, 2023

Jeng Jeng Jeng ...

Pergh... Mati mengejut eh...

Tak sampai sebulan pun.... Huhuhuhu....  Dulu Penyiasat Persendirian PI Bala pun mati sudden masa kes Altantuya ... Huhuhu

psssst.... jangan tanya gua aaa...



Wednesday, May 17, 2023

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah