Pergh...
Ini memang jadi sejarah... Sepanjang 86 tahun TLDM diujudkan... inilah kali pertama anggota wanita dalam perkhidmatan TLDM dinaikkan pangkat menjadi Laksamana Pertama. Satu level yang agak tinggi yang dahulunya hanya anggota lelaki sahaja yang dapat menggapainya.
Terbaiklah...
Mohd Reza berkata, pemilihan Rohana membuktikan kemampuan serta kredibiliti wanita itu diiktiraf pengurusan tertinggi TLDM selain sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kemampuannya selama 36 tahun berkhidmat.
“Beliau memegang jawatan pengarah kanan materiel di markas TLDM dan juga asisten ketua staf (AKS) J4 (Logistik) di Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) secara tidak langsung meletakkan dirinya berdiri sama tinggi bersama barisan tertinggi kumpulan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) yang sebelum ini dipelopori lelaki,” katanya selepas majlis pemakaian pangkat pegawai kanan TLDM itu.
Rohana, ibu kepada empat anak berasal dari Tanjong Karang, Selangor mula menyertai TLDM pada 20 Dis 1984 ditauliah sebagai Lt Muda TLDM cawangan bekalan dan urusetia pada 6 Dis 1986.
Kerjaya beliau sebagai pegawai berkepakaran bekalan dan urusetia bermula pada 1988 dengan jawatan pertama sebagai pegawai kawalan rumah stor di depot besar bekalan TLDM.
Rohana memegang beberapa jawatan penting antaranya pegawai memerintah KD Sultan Abdul Aziz Shah; pegawai staf 1 hal ehwal wanita Angkatan Tentera Malaysia dan pegawai memerintah depot bantuan barat.
Beliau turut bertanggungjawab terhadap keperluan perolehan aset penting dalam menentukan Op Benteng dapat dilaksana lebih efisien.
Sementara itu, Rohana berkata selama beliau berkhidmat dalam TLDM ini merupakan satu pengiktirafan besar buat dirinya.
“Saya harap ada ramai lagi calon wanita dapat ikut jejak langkah saya. Ruang sememangya tersedia buat wanita dalam TLDM ini untuk berkembang,” katanya.
No comments:
Post a Comment