VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Komisyen. Show all posts
Showing posts with label Komisyen. Show all posts

Thursday, July 4, 2024

Dah Terbongkang Nanti Semua Tak Mengaku

Bila dah terbongkang nanti, sekor pun takmo bertanggungjawab. Semua lepas tangan. Ajer gambang aaa.

Ini semua bangkai tuan/puan ... Bangkai... bangsat nih semua sure akan lari punya nanti.... huhuhu



Friday, March 25, 2022

Status Vaksinasi Dibatalkan?

Biar betul.. takkan la boleh dibatalkan atau hilang status vaksinasi lengkap? Kata itu hari vaksinasi ni tidak dipaksakan. Ianya voluntary.

La nih nampak macam di paksa kan pulak. Adoilah.

2 juta dijangka hilang status 'vaksinasi lengkap' minggu depan

#MySejahtera #Vaksinasi #Sinovac #PPV #KKM #DosPenggalak #Booster #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Friday, January 15, 2021

Beli Vaksin Demi Komisyen?

Pihak Gamaleya National Center of Epidemiology and Microbiology (GAMALEYA) dari Russia telah pun mengeluarkan Vaksin untuk Covid-19 atas nama Sputnik V... Ianya adalah berasaskan kepada teknologi Human Adenovirus dan bukannya mRNA.

Dan ianya telah diletakkan harga pada USD10 satu dos (tidak termasuk kos penghantaran dan pemerolehan).

Tapi...

Tapi nampaknya Kerajaan Malaysia tidak mahu nak memilih vaksin ini kerana katanya pihak Pfizer dan BioNTech dari USA dan SinoVac dari China punya vaksin Covid-19 yang berasaskan mRNA adalah lebih bagus. 

Persoalannya sekarang ini... adakah terbukti vaksin berasaskan mRNA jauh lebih baik berbanding vaksin berasaskan Human Adenovirus??

Atau sekadar harga vaksin Covid-19 dari Gamaleya tidak dapat dimark-up harga untuk komisyen orang tengah tak macam vaksin dari Pfizer, BioNTech atau Sinovac yang mudah di mark-up harga???

Ini kerana yang lain memang tak pamerkan harga sebenar mereka di laman web tak macam GAMALEYA ... hahaha



Wednesday, December 23, 2020

Komisyen RM300 Juta? Siapa Dapat?

Huntung lar... 

Huntung lar buat kerja atas angin dalam pembekalan vaksin Covid-19 ... jadi orang tengah ja ngan syarikat Pfizer... tapi boleh makan sampai RM300 juta... pergh... sempoi... sempoi... sempoi baq hang... itu semua bidak share berapa orang tue.. takkan makan sorang kot? Hahaha...

Kalu makan sorang tu yang geng penyamun lain pun sakit hati... Sebab penyamun lain pun nak gak share... tambah macam si penyamun Pasir Salak tue yang terkenal makan komisyen dan tumbuk rusuk... huhuhu

Makan tak ngajak... Hahaha...

Adoilah...



Oh yer... Pontian dan Pasir Salak nih salah nilai... Bajet pembelian vaksin tu bukan 5 bilion... tapi 3 bilion... lain kali jangan tido dalam Parlimen aaa.... takkan hanya terjaga biler tak dapat nak rasa sikit hasil penyamunan vaksin covid-19 nih.... 

Hahahaha

Tuesday, April 7, 2015

9M-1GB : Makin Misteri Cerita Nahas Ini

Allah Taala jua lah yang menentukan segalanya. DIA yang memperlihatkan sesuatu. Dia yang menguasai sesuatu. Yang pasti ada sesuatu yang Allah Taala takdirkan kita semua tahu. Jika tidak berlaku nahas ini, mungkin sampai bila-bila kita tidak tahu.

Semalam saya membawa persoalan ini dan ianya tiada jawapan tuntas dari mana-mana pihak berkuasa. Jika wanita ini bekerja di Malaysia, siapa majikannya. Jika ada majikan, bagaimana tiada seorang pun wakil dari majikannya tampil untuk pengecaman mahupun membawa waris. Ini menunjukkan ada sesuatu yang rahsia dan misteri dalam cerita insiden nahas ini. Apa kaitan Aidana Baizeiva dengan mana-mana individu dalam nahas ini. Atau adakah Aidana Baizeiva mempunyai kaitan dengan keluarga Najib Razak.

Pening saya memikirkannya. Nampaknya Malaysia makin banyak terlibat di Asia Tengah dan Eropah seperti di Krygyztan, Kazakhstan, Mongolia, Ukraine. Adakah ianya melibatkan pemerolehan senjata? Adakah ianya melibatkan minyak mentah? Adakah ianya melibatkan elemen komisyen dan rasuah? Hanya Allah Taala dan pelaku sahaja yang tahu.


KUALA LUMPUR - Mayat dua mangsa kemalangan helikopter di Semenyih Sabtu lepas masih belum dituntut.

Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL), sehingga jam 6 petang hari ini, pihak pengurusan belum menerima laporan tentang kehadiran waris terdekat mangsa bagi menjalankan proses pengecaman dan penuntutan mayat.

Katanya, wakil dari Kedutaan Kyrgyzstan hadir kira-kira pukul 10.30 pagi di bilik mayat HKL bagi membantu siasatan ke atas satu daripada mayat berkenaan, seorang wanita yang disebut sebagai 'pembantu operasi' dari negara berkenaan.

"Bagaimanapun pihak pengurusan tidak dapat memberi sebarang pengesahan sehingga kemunculan waris terdekat dan disusuli proses bagi pengesahan mayat berkenaan," kata jurucakap itu.

Dipercayai usaha sedang dibuat bagi menghubungi waris mangsa itu.

Beliau berkata, wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat yang hadir semalam untuk proses pengecaman mayat dan dokumentasi juruterbang warga negara itu Kapten Clifford William Fournier, telah menghubungi waris mangsa.

Kedutaan AS ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberikan sebarang maklumat mengenai ketibaan waris berkenaan atas alasan privasi. - Bernama




Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah