VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Gua Musang. Show all posts
Showing posts with label Gua Musang. Show all posts

Tuesday, October 25, 2022

48 Tahun Dapat YB Yang Tak Berguna

48 Tahun bukan masa yang singkat... Ianya adalah masa yang cukup lama ... kalu budak yang lahir 48 tahun dulu... bukan setakat dah beranak ramai... tapi silap-silap dah bercucu...

Itulah lamanya masa bagi seorang Wakil Rakyat berkhidmat bagi kawasan Gua Musang...  YB Tengku Razaleigh .... seorang Kerabat Diraja Kelantan yang menjadi wakil rakyat di kawasan itu...

Tapi ... selama 48 tahun lah orang Gua Musang khususnya Orang Asli / Asal disana mendapat YB yang tak berguna .... tak boleh diharap.. tak boleh pakai...  tak berkhidmat dan tidak memberi apa-apa manfaat kepada Orang Asli / Asal di kawasan konstituennya... kawasan Parlimen nyer...

Dan adalah diharapkan Orang Asli /Asal agar sedar dan nampak apa yang berlaku... apa yang telah lama mereka disogokkan... dan sudah lama mereka dianaktirikan...

Berubahlah..



Saturday, December 26, 2020

Betulkah Buka Kilang Tanpa Lesen?

Tetiba je Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serbu satu kilang penghasilan arang (jenis bricket) di Kawasan Perindustrian Gua Musang.. Tetiba je..

Pergh... macam mana la pemilik kilang tu boleh dapat tanah untuk memulakan operasi kilang penghasilan arang di kawasan perindustrian Gua Musang... takkan la main pacak ja kilang kat situ..... biasanya bukan mudah mana-mana syarikat nak dapat tapak dalam kawasan perindustrian...

Kena melalui banyak kerenah birokrasi... pi mohon dan isi borang dengan pihak berkuasa tempatan.. PBT akan semak kesesuaian... lulus kalu baru bayar "premium" sewaan kepada PBT... dan barulah boleh bukak dan bangunkan premis diatas tanah yang diminta... Tanah tu pon sewaan setahun-setahun...

Tambah lagi... PBT akan semak apa jenis kilang yang nak dibangunkan kat situ... bukan sesuka hati jer bukak kilang yang tak sama seperti apa yang diisi dalam borang permohonan kawasan perindustrian tue...

Lainlah kalu kilang tue berada ditanah persendirian... maka logik la kalu berlaku kilang haram tanpa lesen.... sebab susah sikit nak pantau apa yang berlaku di tanah persendirian... Huhuhu... apa ingat senang ka kalu tanpa maklumat awam nak pantau kesalahan di tanah persendirian???

Apa pun... pada pandangan gua... apa yang berlaku dalam kes ini adalah lebih kepada "paw" ... Ada la yang tak puas hati bilangan "paw" yang dapat.... atau ader "paw" yang tak dibayar secukupnya... huhuhu



Pengarah Perhutanan Kelantan Abdul Khalim Abu Samah berkata, serbuan dilakukan oleh Unit Perindustrian dan Pengusahasilan bersama Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Selatan (PHJKS) selepas menerima maklumat.

Menurutnya dalam serbuan pada 11.30 pagi itu, pihaknya menyita sebanyak 77 tanur atau dapur arang, jentera dan lebih 130 tan arang bermutu tinggi yang nilainya dianggarkan melebihi RM500,000.

Beliau berkata ketika serbuan, tiada tangkapan dilakukan kerana pihak pengurusan kilang memberikan kerjasama namun nama pengurus kilang telah dimasukkan dalam laporan polis yang dibuat oleh pihak jabatan untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan maklumat awal, kilang ini sudah beroperasi sejak lapan bulan lepas dan arang yang dihasilkan adalah untuk pasaran luar negara seperti Australia, Kuwait dan Turki untuk tujuan pemanasan pada musim sejuk, selain untuk pasaran tempatan juga,” katanya.

Jelasnya, kilang itu dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Enakmen Industri Berasaskan Kayu (EIBK) iaitu tiada seseorang dibenarkan menempat, mendiri, membina, mengendali, menyelenggara tanpa kebenaran (lesen) yang dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri dan ditandatangani oleh Pengarah JPNK.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah