VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, January 29, 2024

Tiada Obligasi

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih dah banyak kali gua citer sejak hari tue lagi... Tapi ramai orang buat-buat lupa... Mereka taknak amik tahu yang kerugian paling besar kalu berlaku sistem kontrak adalah pihak Kerajaan tiada obligasi untuk menyediakan surat GL (Guarantee Letter) bagi pesara yang kontrak...

Jadi... anak / isteri / suami / ayah / ibu .... tidak berhak untuk dapat GL bagi kos rawatan di Hospital Kerajaan .... Ini satu kerugian yang besar...

Hahaha ... sokong lah lagi...



Friday, January 26, 2024

Padan Muka

Kerajaan Madani nih prihatin la sangat...

Hahaha... padan muka la wei...



Tuesday, April 4, 2023

Jangan Abai Mogok Doktor Kontrak

Kah Kah Kah

Mereka ingat dengan mengugut untuk pemecatan akan menyebabkan Mogok Doktor Kontrak ini dapat disenyapkan.. Mereka ingat dengan tekanan semua ini dapat dikekang.... Mereka ingat dengan dokongan J-KOM yang ntah apa-apa tue... Mogok Doktor Kontrak dapat dihalang...

Kah Kah Kah...

Mereka lupa.... Mereka tetap lupa.....  bahawasanya tindakan sebegini akan menyebabkan api dalam sekam lebih membara..... fire down below.....

Tunggu masa jer nak meledak... tunggu masa jer akan berlaku sesuatu... Impak Mogok Doktor Kontrak nih sebenarnya akan memakan mereka sendiri... akan menyebabkan kuasa mereka runtuh.... Bila dinasihat takmo nak dengar.... memanglah payah...

Nasib la ....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Jangan Abai Mogok Doktor Kontrak


Thursday, January 5, 2023

Zakar Bionik?

Kah Kah Kah ...

Korang nak guna ka??? Adehh... gua tak tahan nak gelak nih...
Ke bionic kan apakah ini???

Kah Kah Kah ...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Pasukan penyelidik di China menggunakan tisu buatan untuk memulihkan fungsi ereksi dalam babi sekali gus pencapaian bagi membaiki kerosakan yang berlaku pada zakar manusia.

“Bidang ini tidak mendapat perhatian tetapi keperluannya adalah besar,” kata Xuetao Shi selaku penulis kajian berkenaan yang disiarkan dalam jurnal saintifik, Matter, semalam.

Dianggarkan 50 peratus lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun mengalami pelbagai tahap kegagalan ereksi, kata pasukan penyelidik berkenaan, manakala lima peratus menghidap penyakit Peyronie’s.

Penyakit Peyronie’s yang biasanya disebabkan oleh kecederaan semasa melakukan hubungan seks, melibatkan kerosakan pada gentian tisu zakar dikenali sebagai tunica albuginea yang berfungsi mengekalkan ereksi.

Parut pada tisu tersebut boleh menyebabkan kesakitan atau zakar mengecil dan mungkin memerlukan rawatan pembedahan.

Pasukan penyelidik China itu berkata, tisu daripada tubuh digunakan untuk menghasilkan gentian bagi menggantikan tunica albuginea yang rosak tetapi tisu itu kadang kala ditolak oleh sistem imunisasi manusia.

Bagaimanapun, pasukan berkenaan kini berjaya menghasilkan tunica albuginea buatan (ATA) yang meniru daya elastik tisu semula jadi, menggunakan bahan dinamakan hidrogel.

Dalam kajian itu, pasukan penyelidikan berkenaan menguji tisu ATA pada babi yang mempunyai kecederaan pada tunica albuginea dan hasilnya amat positif.

Monday, January 2, 2023

Cari Alasan Dan Dalil Nampaknya

Kah Kah Kah ...

Macam la kita tatau strategi depa.... Sengaja buat camnie sebab nak bagi alasan nak bawak masuk Jururawat warga asing leteww... Agenda puak-puak bangsat nih dah kita boleh baca dah... Itu hari dah siap depa mention dah... alasan kononnya Jururawat tempatan takdak...

Adehh.... bagi gaji macam haram ... sapa nak masuk... pastu banyak cekadak....

Walhal ramai jer jururawat lepas IPTS yang tengah menganggur takder kerja la nih... berapa banyak lambakan student di IPTS macam Masterskill dan sebagainya yang sangkut PTPTN sebab amik kursus kejururawatan nih.....

Sial jer kan...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Isu kesesakan untuk mendapatkan rawatan kini berlarutan di kebanyakan hospital swasta terutama di Lembah Klang apabila ramai mendakwa terpaksa menunggu berjam-jam untuk kemasukan ke wad. Lebih memeritkan apabila terdapat pesakit yang terpaksa menunggu antara lapan hingga 24 jam selepas hospital swasta telah mencapai kapasiti maksimum had katil. 

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Datuk Dr. Kuljit Singh ketika dihubungi turut mengakui berlaku kesesakan untuk kemasukan ke wad di premis kesihatan. Katanya, antara punca kesesakan ialah ramai pesakit terutama warga tua yang mendapatkan rawatan.

Malah kesesakan juga disebabkan oleh kurangnya kakitangan kejururawatan terlatih di hospital swasta.

Monday, April 11, 2022

16 Petua Hilangkan Batuk Berpanjangan

16 Petua Hilangkan Batuk Berpanjangan

Katanya terdapat 16 petua bagaimana nak hilangkan batuk berpanjangan. Cuma tak pasti yang mana satu yang terbaik. Boleh la dicuba untuk hilangkan batuk.

#Petua #Batuk #BatukKering #Kahak #TB #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Friday, July 16, 2021

Maut selepas buat rawatan peluh

Maut selepas buat rawatan peluh

Jangan main-main ambil perkhidmatan kesihatan di klinik tak bertauliah dan berdaftar.. tambah lagi kalau doktor yang mengendalikannya juga tidak bertauliah. Boleh jadi maut. Boleh mati.

Ini kes maut selepas buat rawatan peluh. Tak pasai-pasai je selepas bius terus kena serangan jantung. Ini akibat dari penggunaan Steroid.... dan mesti jantung akan failed... Umur muda lagi dah maut sebab sakit jantung.

So jangan cari pasai.

#Steroid #BinaBadan #Kecergasan #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Tuesday, July 13, 2021

6 Jenis Vaksin Diterima : Arab Saudi iktiraf vaksin SINOVAC untuk urusan Haji dan Umrah.

6 Jenis Vaksin Diterima : Arab Saudi iktiraf vaksin SINOVAC untuk urusan Haji dan Umrah.

Alhamdulillah... Akhirnya Arab Saudi iktiraf juga vaksin SINOVAC untuk urusan Haji dan Umrah... Ada 6 jenis vaksin yang dah masuk dalam senarai. Pfitzer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Jansses, Sinopharm dan Sinovac.

Kita berharap agar segala urusan jemaah Haji dan Umrah dipermudahkan dan diselesaikan dengan teratur.

#HajiUmrah #ArabSaudi #Iktiraf

Monday, July 12, 2021

California dilanda cuaca panas mencecah 54.4 darjah Celsius

California dilanda cuaca panas mencecah 54.4 darjah Celsius

Cuaca panas telah melanda pantai barat Amerika Syarikat... suhu mencecah 54.4 darjah Celcius amat merbahaya. Penggunaan elektrik meningkat dan kekurangan air akibat dari kemarau makin meruncing.

Alhamdulillah kita di Malaysia belum pernah alami sebegini... Alhamdulillah... harapnya kita kekal selamat tak akan kena suhu panas mencecah 54.4 darjah Celsius.

#CuacaPanas #Kemarau #California

Saturday, January 2, 2021

Kata Kunci : Vaksin

Ada dua perkara penting dalam mendasari 2020 dan 2021.

Dua perkataan ini telah menyebabkan pasaran global dan ekonomi dalam perjalanan roller coaster pada tahun 2020 dan dua perkataan serupa akan menetapkan nada pada tahun 2021.

Covid-19 dan vaksin akan tetap menjadi tema utama yang membentuk tahun 2021, yang dijuluki sebagai tahun pemulihan ketika ekonomi muncul dari kemunduran wabak.

Vaksin secara harfiah adalah satu suntikan di lengan yang diperlukan sekarang kerana memberikan bukan hanya kekebalan kepada Covid-19, tetapi juga kunci utama untuk butang reset untuk membuka kembali ekonomi dan sempadan negara sepenuhnya.

Berbagai negara telah mengalami penutupan dan pelonggaran sekatan pergerakan secara bertahap, hanya untuk menerapkan penutupan semula ketika kes melonjak atau ketika ada wabah baru.

Bahkan sebelum strain Covid-19 baru ditemukan di United Kingdom pada bulan Disember, pemerintah di seluruh dunia telah bingung memikirkan antara membuka kembali ekonomi atau memperbaharui operasi standard.

Ini semua memeritkan dan kata kuncinya adalah Vaksin



Saturday, December 19, 2020

Haramkan VAPE Kata Majis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC)

Benda ni gua memang setuju... Rokok ka Vape ka... apa sahaja yang memudaratkan diri memang gua mintak kerajaan Malaysia haramkan ... Sebab dalam Islam, kita diharamkan memudaratkan diri sendiri mahupun orang lain...


“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. (Surah al-Baqarah : 195)


Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), “Apakah yang dihalalkanbagi mereka?” Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik.” (Surah al-Maidah : 4)


Dan dia (Muhammad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (Surah al-A’raaf : 157)


“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Jadi bila MCTC mencadangkan agar Kerajaan Malaysia mengharamkan VAPE ... ini memang confirm gua akan sokong... Gua akan tetap sokong... sebab isu ni dah nyata dalam Al Quran dan Hadith... Takkan la korang yang nak bekap sangat Rokok dan Vape nih tak percaya akat Al Quran dan Hadith kot??

Takkan la taknak ikut Islam dan Sunnah Nabi.... 

Benda simple je... Takkan la tabley ikut... kata sayang kat Nabi... kata beriman dengan Al Quran .... siap bising dan marah kalu orang kata diri munafiq bagai... Hahaha... tapi ayat Al Qurand dan Hadith Nabi takmo nak ikut.... Adoilah..

Baca fatwa Mufti lar..





Saturday, July 13, 2013

Rakyat Malaysia Bakal Dijangkiti Selsema Burung

Ini idea bodoh. Ini idea yang memang tidak boleh digunapakai. Tindakan sebegini seumpama sengaja mendedahkan rakyat Malaysia kepada bahaya. Rakyat Malaysia bakal dijangkiti penyakit selsema burung jika permit impot ayam ini dilaksanakan. Susah nak kawal ayam yang diumpot. Macam mana Timbalan Menteri Kesihatan boleh beri cadangan sebodoh ini. Pelik.


BALIK PULAU - Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini menyokong saranan kerajaan membuka permit import ayam bagi mengatasi kenaikan harga ayam di pasaran.

Beliau berkata harga ayam menjadi mahal setiap kali bulan puasa dan menjelang musim perayaan dan tindakan itu mampu menurunkan harga ke tahap asal iaitu antara RM7 dan RM7.50 sekilogram.

"Saya pelik kenapa harga ayam mahal terutama di Balik Pulau iaitu RM10 sekilo dan ini di luar kemampuan serta membebankan pengguna," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Harga 2013 di tapak Pasar Ramadan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Lailanor Ibrahim dan Pengarah Pejabat KPDNKK negeri Mohd Salleh Ma'amor

Minggu lepas, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan membuka permit import ayam bulat dari negara luar seperti Thailand, Eropah dan Australia bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap ayam bersih menjelang musim perayaan Aidilfitri bulan depan.

Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata pelaksanaan Ops Harga 2013 merupakan langkah penguatkuasaan bagi menangani isu kenaikan harga barang keperluan dan persediaan menghadapi musim perayaan.

Beliau amat berpuas hati dengan tindakan peniaga yang mematuhi peraturan dengan meletakkan tanda harga serta pengendalian makanan secara bersih di tapak Pasar Ramadan.

Sementara itu, Mohd Salleh berkata sehingga hari ini, KPDNKK Pulau Pinang mengesan 90 kes atas pelbagai kesalahan mengikut peruntukan undang-undang Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta 50 kes mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972.

Katanya jumlah kompaun yang dikenakan terhadap peniaga adalah sebanyak RM7,500 bagi kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan RM4,300 bagi kes mengikut Akta Timbang Sukat 1972.

Mohd Salleh berkata Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa bagi tahun ini dijangka dikuatkuasakan mulai 1 Ogos sehingga 15 Ogos. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah