Monday, July 12, 2021
California dilanda cuaca panas mencecah 54.4 darjah Celsius
Cuaca panas telah melanda pantai barat Amerika Syarikat... suhu mencecah 54.4 darjah Celcius amat merbahaya. Penggunaan elektrik meningkat dan kekurangan air akibat dari kemarau makin meruncing.
Alhamdulillah kita di Malaysia belum pernah alami sebegini... Alhamdulillah... harapnya kita kekal selamat tak akan kena suhu panas mencecah 54.4 darjah Celsius.
#CuacaPanas #Kemarau #California
Monday, December 21, 2020
Tariff Baru Bil Elektrik 2021
Dalam kata nak suruh TNB tak buat pemotongan elektrik sepanjang 1 Januari 2021 sampai 31 Mac 2021 ... tetiba boleh plak Menteri Tenaga dan Sumber Alam, Shamsul Anuar Nasarah kata Kerajaan Malaysia akan umumkan tariff baru bil elektrik 2021..
Kalu tariff baru nih makin rendah... okeh la...
Tapi dalam keadaan bawang dan cili merah pon naik harga berkali ganda... takkan la Tariff TNB akan turun... yer dak... tak logik sangat la... memang tak logik...
Tak pernah dalam sejarah tetiba Kerajaan Malaysia umum tariff elektrik yang dibekalkan oleh TNB turun harga.... tak pernah bhai... jangan mimpi lar... Hahaha... Kalu umumkan jugak... itu makna Kerajaan nak beli insuran la.... hahaha... kalu nak berlaku pun mesti dah dekat nak PRU...
Hahahaha... Dalam keadaan sekarang... jangan mimpi lar...
Sembang Kari Saekor Menteri
Tetiba jer Menteri Tenaga dan Sumber Asli boleh kata dalam Parlimen... untuk takder pemotongan berlaku bagi perkhidmatan TNB mulai 1 Januari 2021....
Adoilah... yer la takder pemotongan.. sebab bulan 12 dah buat pemotongan....
Sembang kari bagi la kat Menteri Malaysia nih.... Setakat sembang kari saekor Menteri...
Bekalan elektrik di premis pengguna domestik di Semenanjung dan Sabah yang mempunyai tunggakan kurang daripada enam bulan tidak akan dipotong sepanjang tempoh 1 Jan hingga 31 Mac 2021, umum Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah hari ini.
Beliau berkata inisiatif itu hasil kerjasama dan persetujuan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang bakal memberi manfaat kepada 6.94 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 500,000 pengguna domestik di Sabah yang layak.
"Kategori pengguna ini akan diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2021," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, di Putrajaya hari ini.
Shamsul Anuar berkata pengguna yang mempunyai tunggakan melebihi enam bulan pula boleh berunding dengan pihak TNB dan SESB untuk membuat pembayaran secara ansuran bagi mengelakkan pemotongan bekalan elektrik.
"Kita faham kesan kepada TNB tapi kita juga faham apa yang sedang dihadapi rakyat. Maknanya kita mengambil jalan tengah untuk menjaga kewangan di TNB dan melihat keperluan dan kepentingan rakyat," katanya.
Friday, July 19, 2013
Main Dalam Gelap
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.
Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.
Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.
"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.
Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.
Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama
Thursday, July 11, 2013
Bil Elektrik Naik Lagi
Kerajaan Persekutuan masih mengkaji cadangan untuk memindahkan peningkatan kos bahan api kepada pengguna, justeru tiada rancangan untuk menaikkan tarif elektrik buat masa ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (kanan) berkata, kerajaan masih perlu menentukan beberapa isu utama di sebalik mekanisme Fuel Cost Pass Through (FCPT) sebelum melaksanakannya.
Isnin lalu, timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan mekanisme FCPT tahun depan sebagai proses menentukan tarif elektrik lebih berkesan kepada pengguna.
Ditanya berhubung perkara itu, Maximus berkata: "Itu soalan yang kerajaan akan putuskan... Saya fikir beliau sudah membetulkan kenyataan.
"Dan isu sama ada kita mahu memindahkannya kepada pengguna, berapa dan bila, itu keputusan yang akan dibuat oleh kabinet."
Popular Posts
-
1MDB Batalkan Pertuduhan Terhadap Riza Aziz Hangpa bayangkan la... ini punya kes pon boleh lepas... huhuhuh
-
Sebenarnya... China belum teruji kekuatannya dari segi peperangan secara besar-besaran. Memang dah lama China bersedia dengan kelangkapan pe...
-
Pada awal abad ke-20, nelayan Jerman di atas kapal Seastorm membuat penemuan luar biasa di Laut Utara: megalodon hidup, makhluk yang diperca...
-
Sebenarnya ada banyak cara nak jemur kasut bagi kering. Ada yang jemur direct kepada Matahari... ada yang letak atas bumbung rumah atau kere...
-
Kebelakangan ini, nama “Bluesky” semakin kerap disebut di media sosial, mencetuskan pertanyaan ramai. Bluesky merupakan alternatif kepada X,...