VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, November 6, 2023

Jangan Menangis

Sedih, pilu, geram dan marah semuanya bercampur baur...

Tipu la kalu kata dalam diri ini takder perasaan simpati dan empati...

Tapi itu la...  bertabahlah... Ada sebab Allah Taala takdirkan macam ni...



Tuesday, March 14, 2023

Abdul Hadi Awang Pun Tiada Tauliah Di Terengganu

Kah Kah Kah...

Abdul Hadi Awang pun rupanya tiada tauliah mengajar agama di Terengganu... Hahahaha... samseng betul la Ahli Parlimen Marang nih.... sampaikan boleh lawan arahan Sultan Terengganu.... Hahaha... derhaka betul la.... Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Rupa-rupanya hanya ada seorang wakil rakyat di Terengganu memiliki tauliah untuk berceramah atau memberi kuliah sama ada di masjid atau surau negeri terbabit.

Itu pun, menurut Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), diberikan kepada wakil rakyat terbabit atas kapasitinya sebagai exco yang bertanggungjawab bagi portfolio agama.

Yang Dipertua Maidam Shaikh Harun Shaikh Ismail (gambar atas) berkata wakil rakyat yang memiliki tauliah daripada badan agama berkenaan ialah Mohd Nor Hamzah.

Adun Bukit Payung itu merupakan exco pembangunan insan, dakwah dan penerangan Terengganu. Dengan tauliah yang ada dia boleh memberi ceramah atau kuliah di negeri berkenaan.

Menurut Shaikh Harun selain daripada Mohd Nor, tiada mana-mana Adun, ahli parlimen atau senator dari Terengganu yang memiliki tauliah daripada Maidam.

“Tauliah yang dimiliki Mohd Nor itu diberikan atas kapasiti exco kerajaan negeri yang menjaga hal ehwal agama,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Dalam Senyap ....

Huhuhuhu

Dalam senyap ... dalam terang.... elemen-elemen LGBT dan pluralisma sedang diterapkan dalam Malaysia.... Nampak ketara sejak kebelakangan ini... seingat gua la... sejak lima enam tahun ini.. walaupun dulu mereka cuba buat secara belakang tabir...

Huhuhu....

Gua takut.... dimana yang akan mendatang nanti.... elemen LGBT dan Pluralisma nih makin menjadi-jadi... Kita perlu tangani dengan baik... dengan tuntas dan dengan bertamadun...

Walau apa pun tindakan kita.... kita perlu memikirkan kesan langsung terhadap masyarakat kita untuk jangkamasa yang panjang...

Itu penting... amat penting...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Isu Panas


Saturday, December 31, 2022

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun ...

Dari Allah Taala kita semua datang dan kepadaNYA lah kita dikembalikan.


Bekas Pope Benedict, yang menjadi paus (pope) pertama gereja Katolik dalam 600 tahun meletak jawatan pada 2013, meninggal dunia pada hari Sabtu, lapor Reuters.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun di sebuah biara terpencil di Vatican tempat dia tinggal sejak berundur, kata jurucakap Vatican.

Vatican berkata jasadnya akan dibaringkan mulai Isnin di Basilika St Peter. Vatican mempunyai istiadat terperinci apabila seorang paus Kristian meninggal dunia tetapi tiada yang diketahui umum untuk bekas paus.

"Dengan kesedihan, saya memaklumkan kepada anda bahawa Pope Emeritus, Benedict XVI, meninggal dunia hari ini pada 9.34 pagi di Biara Mater Ecclesiae di Vatican," kata jurucakap Matteo Bruni pada satu kenyataan.

Monday, November 28, 2022

Lemah dan Lembab Tindakan

Ader Ostad Ostajah Laki Bini dalam TikTok dok banyak merapu dan mengarut nih...

PseudoScience Watch taknak serang ka?? Nak harap Unit Dakwah JAKIM Malaysia bertindak serupa macam tunggu kucing bertanduk.

Biasa kalu yang lain laju ja... Bab yang ini takkan la kot double standard.... Hahaha....

#pseudosciencewatch #pseudoscience #tiktok #merapu #karut #sesat #jakim #pdrm




Tuesday, November 22, 2022

Satu Penjajaran Semula Politik

Tidak dapat tidak... kita mesti ingat bahawa adalah bahaya untuk terus menerus menggunakan elemen seperti perkauman dan keagamaan dalam urusan kenegaraan.... Ianya sememangnya sesuatu yang bahaya... boleh mencetuskan kegusaran awam dan kacau ganggu...

Tapi kita faham... bagi sesetengah parti politik dan orang perseorangan.... dua perkara ini adalah mainan utama mereka...  Mereka memang menggambil pendekatan "Bumi Hangus" ..... pada mereka.. kalau mereka tidak dapat, biarlah orang lain juga tidak dapat...

Gila aaa cara nih... 

Dalam semua keadaan... kita mesti mengutamakan Negara... apa-apa yang menggugat sistem demokrasi berparlimen dan sistem kenegaraa mesti kita sekat dan tentang... Kita tak boleh membiarkan bara terus menyala dalam sekam... kerana bara ini biasanya akan menjadi api yang kecil pada permulaan... dan seterusnya menjadi marak yang tidak terkawal..

Jadi... satu penjajaran semula politik amat perlu kita laksanakan demi Malaysia yang tercinta ini... kalau kita nak melangkah jauh dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang dan terbilang.. kita kena mengorak langkah awal menuju kepada kestabilan... kita kena buat penjajaran politik yang matang dimana elemen perkauman dan agama dikawal dengan sebaiknya...

Mana-mana penghasut perkauman dan agama kita tangkap dan dakwa... Mereka ini tidak patut berada di dalam Malaysia nih... kita wajar ubah undang-undang kita agar Malaysia boleh mengambil tindakan paling tegas kepada penghasut perkauman dan agama nih...

Adalah terbaik jika kita boleh membuang kerakyatan kepada mana-mana penghasut perkauman dan agama nih..

Hasut perkauman dan agama nih ... kita "revoke" jer kerakyatan mereka tue... Setel masalah



Thursday, September 15, 2022

Dasuki Abd Rani Sudah Meroyan

Dasuki Abd Rani.... Dia yang buat fitnah lalu kalah di Mahkamah, Hakim pulak yang masuk Neraka .... Adoilah....

Bukan sahaja Presiden didapati GILA .... anak buah Presiden pun sama naik GILA ... huhuhu



Tuesday, March 22, 2022

Zakat Pendapatan Dari Sudut Pandang Berbeza

Ini pandangan gua. Sori gua tak bawak dalil bagai... tapi gua bawak rasional. Bukanlah gua nak menidakkan pembayaran zakat.. Bukanlah gua menentang zakat.. Malah gua lagi sokong Institusi Zakat.

Cuma gua mentakrifkan zakat pendapatan nih mengikut rasional setempat dan masa kini. Apa itu takrifan asnaf... Apa itu tafsiran simpanan... Apa itu tafsiran lebihan pendapatan.. Apa itu batas miskin....

Korang nak berhujah bagai... dipersilakan di ruangan komen.

#Zakat #Asnaf #Miskin #MiskinBandar #Fakir #LembagaZakat #Pendapatan #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Thursday, March 17, 2022

Viral Sebab Sikap Jelik dan Bermulut Puaka

Rosaknya masyarakat kita nih nampaknya... Makin hari makin banyak akhlak jelik diviralkan ... malah siap jadi ikutan orang ramai lagi... Malu semacam sudah tiada tempat dalam hati.

Malu itu adalah sebahagian dari iman... Kalu tiada malu, bermakna imannya sudah tiada. Nauzubillah.

#KakLong7e #MaluApaBossku #NajibRazak #Celupar #AzwanAli #AzminAli #TajuddinAbdRahman #TVAlHijrah #Tausiyah #Ustaz #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Tuesday, December 14, 2021

Sembang Pasai Diri Sendiri Ke?

Lawak sungguh lar... Sembang dalam Parlimen tentang bahaya taasub.... Tentang taasub pada guru... Aper pun macam sembang pasai diri sendiri jer... Hahaha...

Kutuk diri sendiri ke tue?? Timbalan Menteri Agama dari PAS nak bercerita pasai taasub melampau pada guru menjadi punca ajaran sesat... setahu semua orang ... PAS la yang kerap taasub kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang...

Itu kot punca jadi ajaran sesat ..... hahaha



Saturday, September 11, 2021

Ini Realiti Hidup...

Payah sebenarnya nak bagi nasihat... Tambah lagi kalu lu bukan sapa-sapa...

Sapa mau dengar... Walaupun nasihat lu tu realistik dan benar... tapi sure orang takmo dengar... orang takmo amik port... Naya ja...

Kan kan kan...



Wednesday, July 14, 2021

Ustaz Abdul Somad (UAS) belajar agama tinggi tapi tidak beramal.

Ustaz Abdul Somad (UAS) belajar agama tinggi tapi tidak beramal.

Perangai macam nih bukan Ustaz Abdul Somad sorang ja ader.. ramai lagi dikalangan Alim Ulama, Mufti, Ustad dan Lebai... Memang ramai... berlajar agama bukan main tinggi... tapi tidak beramal... tambah-tambah yang datang dari Indonesia...

Macam hampeh aaa...

Ustaz macam Ustas Abdul Somad (UAS) ni la yang ramai pengikut dan pentaksub suka follow... pelik... yang follow dan taksub nih bukan amik cakna nak nasihat ka kalu ada nampak benda tak betul yang dibuat...

Main ikut ja... sesat lagi menyesatkan la tindakan Ustaz Abdul Somad ni.. UAS pernah bergejala, tapi tak jalani ujian saringan Covid-19 .... apa dier ingat Covid-19 nih sakit biasa-biasa jer ka? UAS nih tatau ka yang Covid-19 ni adalah wabak? Wabak itu kena la ikut aturan kesihatan oleh Pemerintah Indonesia... UAS nih tatau ka hukum mengikut arahan Pemerintah? Takkan tak berlajar kot? Itulah ... berilmu tapi tak beramal.

Bangang punya Ustaz lar camnie.

Adoilah...

#UstazAbdulSomad #UAS #Pendakwah

Tuesday, December 29, 2020

Dimana Silapnya Malaysia?

Tuan/Puan yang saya hormati.

Tulisan saya kali ini sebenarnya akan menjadi satu titik perbalahan diantara kita semua. Ya saya faham bahawa penulisan ini seakan mencabar puak-puak yang telah dan sedang mempromosikan kefahaman taksub dan ekstrem dalam Malaysia.

Ok. Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum (multi-racial) dan ini telah dibuktikan dengan kita melihat percampuran adat, budaya dan bahasa pelbagai kaum serta ras-ras yang ada didalamnya. Contoh di Kuala Lumpur, kita boleh temui 1 Dunia. Ada semua bangsa (mungkin bangsa Inuit Eskimo sahaja yang tiada) ada... 

Oleh itu sistem pendidikan kita sewajarnya menjadi satu penghubung yang baik bagi semua kaum dan bangsa ini. Disini saya melihat bahawa kita perlukan satu bentu sistem pendidikan yang berteraskan pelbagai kaum. Untuk itu wajarlah sistem pendidikan rendah dan menengah kita diubah menjadi satu sistem yang telus (transparent) bagi membentuk sebuah sistem negara bangsa.

Ada baiknya saya menamakan sistem persekolahan yang baharu ini dengan nama "Sekolah Malaysia" dimana di peringkat rendah kita namakan sebagai "Sekolah Rendah Malaysia" manakala di peringkat menengah kita namakan dengan "Sekolah Menengah Malaysia".

Apa yang boleh kita ketengahkan dalam usaha membentuk sistem "Sekolah Malaysia" ini.

Antaranya, kita mestilah memastikan semua sekolah selain "Sekolah Malaysia" ini ditutup sepenuhnya dan ditukarkan kepada sistem "Sekolah Malaysia". Sepatutnya tiada lagi sekolah vernakular, sekolah agama dan sekolah pondok. Semuanya jadi satu sistem sahaja. Dan juga sistem "personal home school" serta swasta ditarikbalik pengesahannya. Kita tidak boleh ada macam-macam sistem yang tidak piawai.

Semua guru-guru dan tenaga pengajar (aliran akademik atau aliran agama) pelu dilatih, diuji dan ditauliahkan untuk menjadi pendidik. Tiada lagi jalan pintas (shortcut). Tiada lagi pilihan. Mana-mana guru atau tenaga pengajar yang tidak bertauliah didapati mengajar boleh diambil tindakan keras seperti denda dan penjara. Tak kisah la nak mengajar secara persendirian, mereka perlu dapat tauliah mengajar dan mesti pernah dilatih di Maktab/Kolej Perguruan.

Sesi persekolahan kita perpanjangkan dengan sesi sebelah pagi adalah sesi "Sekolah Malaysia" yang piawai. Sesi persekolahan sebelah petang pula adalah sesi pilihan (Sesi Agama, Sesi Kaum/Bangsa). Mana-mana pelajar diwajibkan memilih semua sesi petang ini. Dalam sesi Agama Islam misalnya, pelajaran tentang Syariah, perbankan Islamik, hafazan Al Quran, ilmu Hadith, Bahasa Arab dan yang berkaitan adalah diwajibkan kepada semua pelajar beragama Islam.

Begitu juga sebaliknya bagi agama lain mengikut kesesuaian. Bagi sesi Kaum/Bangsa pula, sesi persekolahan sebelah petang dijadikan tempat untuk mencanai bangsa dan kaum dari segi bahasa, tulisan malah budaya dengan lebih mendalam. Diwajibkan kepada semua mengikut etnik mereka. Namun dalam sesi waktu pagi semua elemen kaum dan bangsa juga ada diterapkan kepada semua pelajar supaya mereka peka dengan keberadaan dan kesamaan sesama warganegara.

Matapelajaran teras yang bukan sahaja wajib lulus dalam peperiksaan bertulis tetapi termasuk juga peperiksaan lisan adalah Matapelajaran Kenegaraan/Patriotisma/Sivik. Ini perlu jadi teras paling utama bagi semua pelajar. Dan ianya juga adalah satu syarat penting untuk melayakkan pelajar menyambung pelajaran di peringkat tinggi seperti di IPTA/IPTS.

Malah ianya wajar kekal sebagai satu matapelajaran utama di sepanjang tempoh belajar di IPTA/IPTS. Semua semester perlu ada matapelajaran Kenegaraan/Patriotisma/Sivik ini. Dan syarat untuk memperolehi Sijil, Diploma, Masters dan Doktor Falsafah mestilah lulus peringkat kepujian bagi matapelajaran ini.

Tidak dinafikan kepentingan program "Khidmat Negara" yang kita perlu ubah konsep perlaksanaannya supaya rakyat lebih boleh bercampur gaul dengan baik dan bijak. Kita perlu jadinya mandatori kepada semua rakyat tanpa mengira status sosial atau agama. Ianya wajib. 

Mereka boleh pilih waktu bila mereka hendak ambil program "Khidmat Negara" ini (dari umur 18 tahun sampai umur 30 tahun). Mana-mana orang yang tidak mahu ambil program ini, Kerajaan Malaysia boleh menggantung (atau boleh membatalkan jika tetap engkar tidak mahu sertai selepas berumur 30 tahun) taraf kerakyatan pelaku tersebut. 

Dengan cara ini kita akan dapat melahirkan bangsa yang bermaruah, bijak bernegara dan patriotik kepada Malaysia. Ini penting jika kita nak kekalkan kestabilan dan keamanan di Malaysia.

Walau siapa pun anda, walau apa pun pilihan kecenderungan politik dan agama anda. Malaysia perlu diutamakan. Perlembagaan Malaysia perlu menjadi yang utama diantara yang utama. 

Maju dan Makmurlah Malaysia Negara Berdaulat



Saturday, March 9, 2013

Kutipan Zakat Bertambah Lagi

Jangan kena songlap sudahlah

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyasar kutipan zakat meningkat kepada RM120 juta pada tahun ini berbanding RM113 juta tahun lepas.

Timbalan Yang Dipertua MAIK Datuk Kamaruddin Mohd Zain berkata kutipan itu diperoleh daripada dua sumber utama iaitu zakat perniagaan dan pendapatan individu, termasuk potongan gaji pegawai kerajaan setiap bulan.

"Kutipan sebesar itu membolehkan lebih ramai rakyat miskin di Kelantan dapat dibantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat sebanyak RM2,000 kepada ibu tunggal, Norbaini Zakaria, 41, di Kampung Bukit Abal hari ini.

Beliau berkata setakat ini, seramai 43,000 rakyat yang termasuk dalam 17 kumpulan asnaf (miskin) layak menerima bantuan itu, membabitkan peruntukan lebih RM100 juta.

Katanya, ini termasuk memberi wang pendahuluan kepada 10,000 pelajar universiti iaitu peringkat ijazah sebanyak RM2,500 dan diploma RM1,700 seorang, yang membabitkan peruntukan RM22.8 juta.

Kamaruddin berkata wang itu juga bagi membantu 30 pesakit kronik mendapat rawatan di hospital kerajaan dan swasta masing-masing sebanyak RM100 sebulan.

Turut dibantu 200 Orang Asli yang memeluk Islam dan dalam keadaan uzur di pedalaman Kelantan masing-masing sebanyak RM250 sebulan bagi meringankan beban mereka.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah