VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Monday, December 21, 2020

Apa Nak Jadi Dengan Golongan Agama Ni?

Satu demi satu perkara kelucahan berlaku tersabit dengan puak-puak berlabel agama nih...

Bukan sahaja dengan berlainan jantina... tapi dengan sesama jantina pun ader yang berlaku... malah kalu kita nak kisahkan cerita semua tue... rasa jijik pon ader... adoilah... tak tahu dah nak kata aper...

Sesama laki bini pon ader kes yang jijik yang dah terhidang jadi bahan bukti di Mahkamah Syariah.... macam-macam... Gua nak tulis pon terasa geli geleman dan jijik... gua tatau la orang lain... tapi bukan gua... gua bukan jenis nak menulis terlalu "graphics" nih...

Aper pon... semua ini berlaku ader sebabnya... kenapa Allah Taala membukakan hijab-hijab nih... Akhir zaman bhai... depa kata zaman la Allah Taala tak bayar cash... jangan bhai bersangkaan begitu.. mana ko tau aper planning Allah Taala...

Kalu Allah Taala nak bagi cash pon... ka taknak bagi cash pon... itu semua perogeratif Allah Taala... suka Allah Taala la nak buat camana... Allah Taala tu Khaliq, Allah Taala tu Tuhan, Allah Taala tu Maha Pencipta... urusan Allah Taala biarlah Allah Taala yang tentukan... kita nih mahkluk jer... level hamba pulak tue...

Kepada yang bawak label agama.... akhlak tu kena jaga... itu ja gua nak khabor... 




Seorang pengurus madrasah, Syamsul Zaman Sukri, 32, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, atas dakwaan melakukan kelucahan melampau.

Ketika pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan majistret Wan Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam, tertuduh kelihatan tenang dan memahami tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Dalam kertas pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahril Ramli, tertuduh didakwa mencabul seorang lelaki berusia 30 tahun.

Tertuduh yang dikenali dengan gelaran 'Ustaz budak' di Kelantan didakwa bertindak mencium pipi kiri, mengeselkan kemaluan pada paha mangsa dan memegang kemaluan mangsa dalam kejadian jam 1.15 pagi di sebuah hotel di Kota Bharu, pada 16 Disember lalu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah