VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts
Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts

Sunday, June 4, 2023

Ini Macam Lah

Kah Kah Kah...

MCA pulang paku buah keras kat DAP ... Hahaha.. jenuh la DAP nak taichi... Hahahaha....
Semua isu pasai pakai Songkok sebagai aksesori Istiadat di Istana Negara.... Hahaha

Yeah... mari kita tengok...

DAP kena tiaw ngan MCA


Monday, April 17, 2023

Bila Puad Lebih Kepoh

Kah Kah Kah ...

Puad... Puad.... Kepoh lebih pasai apa?? Takkan nak tunjuk juara supaya boleh dapat jawatan kot?? Hahaha.... Lawak aaa Puad ...

Apa yang Lim Kit Siang cakap tue betul la... Kerajaan Perpaduan memang buang masa dok layan sangat usaha nak bagi bebas Najib Razak... Walhal ianya bukan menguntungkan Kerajaan Perpaduan pun.... Najib Razak dah kena hukum... ikut la prosesnya...

Tak payah la nak memaksa YDP Agong untuk bebaskan Najib Razak... 

Kalu pun Najib Razak bebas.... lagi banyak la undi akan lari ke Perikatan Nasional.... percayalah... oh yer... Puad Zarkashi nih apa tau... sama bangang macam WalaNON dan Bangsa Slurpp... hahahaha

P/S : Melayu pulak yang lebih bekap Arab sampai akaun gua kena gam 30 hari lagi.... Hahaha.... Lawak betul la Bangsa Melayu.... lebih Arab dari Arab.... 

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Puad Zarkashi Menyalak Lebih


Tuesday, December 6, 2022

Mimpilah ...

Mimpilah para pemimpin PAS/PN nak letak jawatan kalu terbukti dana dari hasil judi... Hahaha

Takkan punya... hahaha... Akan ader dalil dan dalih yang akan menyebabkan depa kekal dalam jawatan dan kuasa.... Hahahaha



Tuesday, November 15, 2022

Sloth Memang "Slow"

Sloth memang "slow" ... segala segi pergerakan sloth memang lambat... lambat pickup bak budak-budak raver cakap la...

Hahaha... gua citer tindakan sloth ...  sebagai satu metafora....

Dalam satu senario politik hari ini... Ismail Sabri nampaknya tak sedar yang dalam senarai calon BN yang ader... memang tak cukup kumpulan Ismail Sabri didalamnya... memang tak cukup geng...

Kalu BN menang pada PRU15 nih... (nak menang mender boleh sampai simple majoriti) ... tetap gak team dier tak cukup.... yang cukup adalah team Ahmad Zahid Hamidi.... hehehe

Mana cukup korum.... hehehe



Veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Ismail Sabri Yaakob benar-benar percaya dia akan dicalonkan lagi sebagai perdana menteri jika BN menang dalam pilihan raya umum Sabtu ini.

Sedangkan, kata Lim, dia tidak lagi mempunyai “kaki” dan “tangan” setelah beberapa menteri dalam kabinetnya dicantas daripada senarai calon BN.

“Adakah Ismail sedang menjadi naif atau dia hanya bodoh?” soal Lim.

Sunday, December 27, 2020

Adham Baba Mahu Dicampakkan Kemana?

Tak beragak la Lim Kit Siang nih biler mencadangkan Mantan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefky Ahmad dilantik mengetuai Majlis Nasional Menangani Covid-19... kalu buat camnie... Menteri Kesihatan sedia ada iaitu Adham Baba mahu dicampakkan kemana?

Adoilah... 

Jatuhlah air muka Adham Baba nih.... dah memang la kita tau yang dier memang lembab... memang lemau... memang tabley pakai... tapi jangan la sisihkan dier..

Kesian kat dier... nanti jadi kera sumbang la... Hahaha...

Patut Adham Baba nih kita letak jer jadi yang handle unit keselematan dan jaga Kementerian Kesihatan ja... Hahaha.... Kan Kan Kan




Sunday, March 10, 2013

Anwar Ibrahim Juga Adalah Perogol?

Macam mana Anwar Ibrahim mahu jadi PM. Dia adalah agen Filipina, Sulu, Israel, Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Myanmar, India, Vietnam, China, Rusia dan macam-macam lagi. Mestilah Putrajaya tolak idea Anwar Ibrahim untuk jadi PM. Tambah pulak Anwar Ibrahim adalah peliwat dan penzina kalau ikut cakap-cakap pencacai UBN. Cuma satu sahaja yang belum dichopkan keatas Anwar Ibrahim iaitu digelar perogol. Siapa agaknya selepas ini yang akan mengaku dia dirogol oleh Anwar Ibrahim?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata beliau bersedia untuk menghadapi serangan fitnah baru dibawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno termasuk cubaan melabel beliau sebagai dalang insiden warga Filipina menceroboh Lahad Datu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu tegas Anwar, walaupun sejak akhir-akhir ini banyak tipu muslihat BN dan Umno satu-persatu terbongkar, namun ia tidak bermakna cubaan mereka untuk menghancurkan karier politik beliau akan terhenti.

"Cara media perdana mainkan saya (kaitkan) isu Lahad Datu, saya akan hadapinya, namun undur tidak sekali.

"...tipu muslihat mereka terbongkar satu persatu, saya tak rancang pun, tapi ALLAH tunjukkan.

"...muncul (isu klip video) Lingam, kemudian (ahli perniagaan permaidani) Deepak, (penyiasat bebas) Bala dan terkini bapa Saiful Bukhari, beliau sendiri minta maaf kepada saya dan keluarga," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelima pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, lewat malam tadi.

Menurut Anwar, pendedahan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim tidak diketahuinya malah ia juga tidak dirancang kerana beliau yakin ia adalah pertolongan ALLAH dan berkat doa yang tidak putus-putus daripada rakyat.

Pagi semalam sambutan yang serupa diadakan di Pulau Pinang.

Di Georgetown, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, dari awal lagi beliau menegaskan bahawa tidak bersalah.

"Mahkamah juga membuat keputusan yang sama apabila ia membebaskan saya tahun lepas," kata Anwar.

"Bagi saya, tiada apa yang berubah kerana dari awal lagi saya telah menegaskan bahawa saya tidak bersalah, bahawa ini adalah satu fitnah yang berniat jahat," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa baru-baru terbongkar lagi usaha yang dilakukan BN apabila dana sebanyak RM1.2 juta dibayar kepada seorang penulis berbangsa Yahudi semata-mata untuk memburuk-burukkan dan memfitnah beliau menggunakan pengaruh individu tersebut.

"Dua minggu lalu terbongkar lagi tipu daya Umno apabila wang jutaan ringgit dibayar kepada penulis berbangsa Yahudi untuk membuat kerja-kerja memfitnah dan mencemarkan nama Anwar.

"...dakyah dibongkarkan penulis akhbar New York Times," dakwanya.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut hadir pada majlis terbabit mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak diberikan mandat dan tidak dipilih oleh rakyat.

Menurut beliau, Najib hanya mendapat mandat daripada Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi secara lantikan terus sekali gus ia tidak menjunjung semangat demokrasi yang kerap kali diuar-uarkan pemimpin BN.

Kata Kit Siang, Najib bukan Perdana Menteri yang sah kredibilitinya dipertikaikan banyak pihak susulan beliau mengambil masa yang lama untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-13.

"Buat pertama kali dalam sejarah negara ini yang nasih tidak laksana pilihan raya selepas lima tahun atau habis penggal.

"...mungkin Najib takut dengan ramalan Prof Rahman jadi kenyataan BN apabila hayat BN akan berakhir," katanya.

Selain itu, beliau yakin sekiranya rakyat bersatu padu nescaya kawasan "fixed deposit" Umno-BN di beberapa negeri akan dapat dipecahkan.

"Bukan senang nak ambil alih Putrajaya, tapi ia boleh dicapai, jika rakyat bersatu padu, kita boleh pecahkan fixed deposit Johor, Sabah dan Sarawak," tegasnya.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah