VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Sunday, August 6, 2023

Friday, July 28, 2023

Kerusi Bakal Goyang Di DUN Kelantan

Kah Kah Kah ...

Ini ramalan ja .... sekadar untuk korang berfikir ja..

N1 - Pengkalan Kubur (PAS mungkin kalah kali ini)
N4 - Wakaf Baru (PAS mungkin kalah kali ini)
N6 - Chempaka (PAS mungkin kalah kali ini)
N9 - Kota Lama (PAS mungkin kalah kali ini)
N10 - Bunut Payong (PAS mungkin kalah kali ini)
N11 - Tendong (PAS mungkin kalah kali ini)
N15 - Gual Periok (PAS mungkin kalah kali ini)
N16 - Apam Putra (PAS mungkin kalah kali ini)
N21 - Pantai Irama (PAS mungkin kalah kali ini)
N23 - Melor (PAS mungkin kalah kali ini)
N25 - Kok Lanas (UMNO mungkin kalah kali ini)
N27 - Gual Ipoh (UMNO mungkin kalah kali ini)
N28 - Kemahang (PAS mungkin kalah kali ini)
N31 - Semerah (PAS mungkin kalah kali ini)
N35 - Kemuning (PAS mungkin kalah kali ini) 
N37 - Air Lanas (UMNO mungkin kalah kali ini)
N38 - Kuala Balah (UMNO mungkin kalah kali ini)
N40 - Guchil (PAS mungkin kalah kali ini)
N42 - Dabong (PAS mungkin kalah kali ini)
N43 - Nenggiri (UMNO mungkin kalah kali ini)
N44 - Paloh (UMNO mungkin kalah kali ini)



Saturday, July 8, 2023

Bukan Ke Memang Dah Kelantan Pun Selangor Ni?

Hehehehe...

Rasanyer ramai orang Kelantan dan Terengganu duduk di Selangor dan KL .. Kalu ko baling satu batu.... mesti akan jatuh atas kepala orang berketurunan Kelantan atau Terengganu di Selangor nih... Benda dah lama berlaku,.. puluhan tahun...

Jadi apa sembang Ahmad Shabery Cheek nih....

Masa PRU14 dulu pon di Kemaman.... malam sebelum buang undi ... ramai orang UMNO blah dari UPU UMNO .... sampai kalah la Ahmad Shabery Cheek nih .... sebab katanya ... duit tak turun kat diorang.... Hahahaha




Saturday, June 17, 2023

Macamlah Boleh Menang

Hahahaha....

PH dan BN nak bertanding guna logo sendiri?? Hahaha... Ini lawak....  PH di Kelantan apa ader?? BN pulak... jenuh aaa...

Alamat bungkus lar... Hahaha

Kelakar Sungguh


Sunday, May 7, 2023

Bongoknya Ahli Parlimen Nih

Gila....

Time panas camnie... kalu terjadi kebakaran... mana nak cekau air kalu air dalam pili bomba pun digunakan untuk membekalkan air kepada penduduk setempat...

Tindakan Siti Zailah nih memang bongok... Macam mana la dia nih boleh jadi Ahli Parlimen... Bongok betul... Eloklah kena siasat, tangkap dan dakwa serta dijatuhkan hukuman seberat-berat yang boleh...

Bangang lar...

Bongok punya YB Kelantan nih


Thursday, December 1, 2022

Siapa Nak Bayar Air Kotor...

Sudah la dapat air kotor... berlumpur dan berkeladak..  malah kadang-kadang tu ... lebih angin dari air.... lepas tue kena bayar bil air macam biasa,...

Kalu gua pon tidak la nak bayar... 

Sebab dalam banyak keadaan terpaksa beli air botol dan air mineral... huhuhu.... jahanam...

Tu pon tidak.. masih ramai lagi yang nak undi kerajaan yang gagal menguruskan bekalan air bersih untuk rakyatnya sendiri.. Kerajaan Negeri yang asyik dok nak salahkan Kerajan Pusat... walhal urusan air dan sebagainya adalah urusan Kerajaan Negeri....

Pengurusan dan tadbir urus pun failed... tetap gak ramai yang dok undi untuk kekalkan Kerajaan Negeri yang gagal.... huhuhu.... bangang aaa...



Wednesday, October 26, 2022

Perang Di Kelantan Dan Terengganu ...

Kelantan dan Terengganu adalah kuasa dominan Melayu...  dan ikut daripada sejarahnya.... hanya ada dua (2) parti yang dominan di Kelantan dan Terengganu...

UMNO selaku tonggak utama komponen dalam BN yang Ultra Melayu dan PAS yang katanya membawa dasar Islam sebagai pencabar Utama ... Malah dalam banyak keadaan PAS lebih menguasai padang permainan politik di Kelantan dan Terengganu...

Jadi...

Di Kelantan dan Terengganu walaupun ada Pakatan Harapan melalui Parti PKR dan AMANAH ... tapi ianya tidak terlalu signifikan... mungkin hanya kuat dan boleh bertahan di satu dua tempat... tapi kalu nak menguasai negeri tue.. lupakan saja lah... Hahaha

So... dalam keadaan baru-baru nih ujudnya Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional yang mana UMNO dan PAS telah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi didalamnya maka mahu tidak mahu akan ader pertelagahan dan perang sesama UMNO dan PAS di Kelantan dan Terengganu..

Kedua-dua parti ini nak menguasai politik Negeri... bayangkan kalu UMNO memang majoriti kerusi Parlimen di Kelantan dan Terengganu pada PRU15 nih... agaknya apa akan jadi pada next PRN Kelantan dan Terengganu?? Adakah akan ader perubahan kepimpinan negeri?? Itu satu persoalan...

Yang lagi menarik untuk kita perhatikan adalah... apa kempen yang akan dibawa oleh PAS untuk menangkis serangan UMNO dalam PRU15 di Kelantan dan Terengganu nih?? Nak kata akan melondehkan semua cerita tentang UMNO ... mesti akan ader kontradik... pengundi (terutama yang atas pagar dan Undi 18) pastinya akan kata ... eh.. bukan dulu PAS jugak yang bersetuju dengan semua yang UMNO buat...

Hahaha... nampak sangat la PAS dan UMNO sebenarnya takder bahan nak membahan sesama sendiri.. sebab dua-dua dilihat sama jer pernah tidur sekatil... Hahaha... Maybe PAS dan UMNO hanya akan berkempen menyerang Pakatan Harapan jer di Kelantan dan Terengganu... walhal semua orang tahu... PH langsung tak signifikat di Kelantan dan Terengganu..

So... mari kita layan aper retorik yang PAS dan UMNO nak canangkan pada PRU15 nih bagi negeri Kelantan dan Terengganu... Hahaha

Penipu vs Penyamun


Saturday, December 26, 2020

Betulkah Buka Kilang Tanpa Lesen?

Tetiba je Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serbu satu kilang penghasilan arang (jenis bricket) di Kawasan Perindustrian Gua Musang.. Tetiba je..

Pergh... macam mana la pemilik kilang tu boleh dapat tanah untuk memulakan operasi kilang penghasilan arang di kawasan perindustrian Gua Musang... takkan la main pacak ja kilang kat situ..... biasanya bukan mudah mana-mana syarikat nak dapat tapak dalam kawasan perindustrian...

Kena melalui banyak kerenah birokrasi... pi mohon dan isi borang dengan pihak berkuasa tempatan.. PBT akan semak kesesuaian... lulus kalu baru bayar "premium" sewaan kepada PBT... dan barulah boleh bukak dan bangunkan premis diatas tanah yang diminta... Tanah tu pon sewaan setahun-setahun...

Tambah lagi... PBT akan semak apa jenis kilang yang nak dibangunkan kat situ... bukan sesuka hati jer bukak kilang yang tak sama seperti apa yang diisi dalam borang permohonan kawasan perindustrian tue...

Lainlah kalu kilang tue berada ditanah persendirian... maka logik la kalu berlaku kilang haram tanpa lesen.... sebab susah sikit nak pantau apa yang berlaku di tanah persendirian... Huhuhu... apa ingat senang ka kalu tanpa maklumat awam nak pantau kesalahan di tanah persendirian???

Apa pun... pada pandangan gua... apa yang berlaku dalam kes ini adalah lebih kepada "paw" ... Ada la yang tak puas hati bilangan "paw" yang dapat.... atau ader "paw" yang tak dibayar secukupnya... huhuhu



Pengarah Perhutanan Kelantan Abdul Khalim Abu Samah berkata, serbuan dilakukan oleh Unit Perindustrian dan Pengusahasilan bersama Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Selatan (PHJKS) selepas menerima maklumat.

Menurutnya dalam serbuan pada 11.30 pagi itu, pihaknya menyita sebanyak 77 tanur atau dapur arang, jentera dan lebih 130 tan arang bermutu tinggi yang nilainya dianggarkan melebihi RM500,000.

Beliau berkata ketika serbuan, tiada tangkapan dilakukan kerana pihak pengurusan kilang memberikan kerjasama namun nama pengurus kilang telah dimasukkan dalam laporan polis yang dibuat oleh pihak jabatan untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan maklumat awal, kilang ini sudah beroperasi sejak lapan bulan lepas dan arang yang dihasilkan adalah untuk pasaran luar negara seperti Australia, Kuwait dan Turki untuk tujuan pemanasan pada musim sejuk, selain untuk pasaran tempatan juga,” katanya.

Jelasnya, kilang itu dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Enakmen Industri Berasaskan Kayu (EIBK) iaitu tiada seseorang dibenarkan menempat, mendiri, membina, mengendali, menyelenggara tanpa kebenaran (lesen) yang dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri dan ditandatangani oleh Pengarah JPNK.

Wednesday, December 23, 2020

Ini Lawak Paling Lejen

Walaupun cerita nih berlaku pada September 2020 ... tapi ianya tetap boleh diklasifikasikan sebagai lawak paling lejen sepanjang zaman...

Hahahaha

Mana tidaknya.... failed handle 3 negeri ... satu negeri tu selama 30 tahun.... tapi ader hati nak ngajar orang lain bab ekonomi dan macam mana nak kembangkan ekonomi serta bawa masuk pelaburan asing... Hahahaha... Lawak pecah perut nih...

Lejen...




Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kertas cadangan langkah-langkah yang boleh diambil kerajaan bagi memulihkan ekonomi pasca Covid-19 khususnya melalui peluang kerjasama dengan negara-negara Islam di rantau Timur Tengah.

Kertas cadangan yang mengandungi syor dan saranan tersebut diserahkan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Thursday, September 29, 2016

Geng Lebai Pun Kaki Kencing?

KahKahKah.

Geng Lebai kalau nak menipu memang lawak. Sebab fakta kelaut selalunya. Nak buat macam mana. Harap imej Lebai sahaja lebih tapi lembab akal.

KahKahKah.

Ali (bukan nama sebenar) berusia 29 tahun. Dapat lot tanah untuk usahakan Durian Kunyit. Banyak pulak tu. Tapi mengaku katanya dah lama dalam bidang balak dan perhutanan ni. Katanya 12 tahun dah terlibat dalam bidang ni.

KahKahKah.

29 tahun umur tapi dah 12 tahun terlibat dalam bisnes balak dan hutan. Ada 44 syarikat yang dapat macam-macam peluang bisnes di Kelantan. 29 tahun umur tu.

KahKahKah.

Maknanya masa dia umur 17 tahun dah ada syarikat berkaitan balak dan perhutanan ni. Hebat Geng Lebai ni. Kita tau lah dia mungkin tak ada ambil SPM. Mungkin dia masuk sekolah pondok. Zuhud betullah dia.

KahKahKah.

17 tahun tu.

Ali: Bukan 18, tapi 9 kelulusan saja

Sementara itu, menjawab dakwaan Husam, Ali dalam tulisan di Facebooknya pula memberitahu, dakwaan syarikatnya mendapat 18 kelulusan projek adalah tidak benar, bohong dan berniat jahat.

Menurut Ali, 29, beliau yang telah terlibat dalam bidang pembalakan selama 12 tahun hanya pernah mendapat sembilan kelulusan sahaja termasuk semasa zaman bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ali turut menjelaskan 44 buah syarikatnya menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang dan bukan semuanya berkaitan pembalakan.

"Apa yang saya boleh katakan, ini adalah jalan saya dalam mencari rezeki."

SUMBER



Sunday, June 2, 2013

Perang Dalam Stadium?

Gaduh, Baling Mercun, Baling bom asap. Baling botol dan plastik air kencing. Semua ini adalah asam garam dalam Stadium setiap kali perlawanan bolasepak. Hooligan tidak mengenal etnik dan negara. Negara maju pun ada buat perkara sama. Negara mundur pun tidak terkecuali. Adakah kali ini kita berpeluang melihat sesuatu yang jelik ini. Adakah akan berlaku perang dalam Stadium? Aduyai.

1 Jun 2013.

PASUKAN berstatus bintang, Johor Darul Takzim (JDT) berjaya melangkah ke pentas final Piala FA walaupun tewas 1-2 di tangan Pahang pada pertembungan separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pada pusingan pertama di Stadium Larkin, JDT menang 1-0 menumpaskan Pahang untuk agregat 2-2 dan layak berdasarkan peraturan gol tempat lawan. Keputusan itu akan menyaksikan pertemuan antara JDT dengan kelantan pada perlawanan akhir pada 29 Jun ini.

Selepas ketinggalan 0-2 kepada Pahang, JDT bangkit mengikat kedudukan agregat 2-2 apabila pemain tengah JDT, Andre Francisco berjaya menjaringkan gol pada minit ke 48. Ternyata, jaringan gol tunggal pemain itu sudah cukup memadamkan dua gol awal yang diperolehi Pahang menerusi Matias Conti.

Pun begitu, skuad Fandi Ahmad terpaksa berdepan asakan bertubi-tubi anak-anak Dollah Salleh sepanjang 45 minit permainan. Selepas tewas 0-1 di Stadium Larkin pada perlawanan separuh pertama 25 Mei lalu, Pahang berjaya memperoleh gol seawal minit kedua menerusi pemain importnya, Matias Conti hasil hantaran luar kotak penati Amirul Hadi Zainal.

JDT yang seolah-olah hilang rentak pada awal permainan terus diberi tekanan apabila Pahang menambah satu lagi gol pada minit ke-40 juga menerusi Matias Conti hasil hantaran Amrul Hadi tepat ke gawang gol lawan.

Tersentak dua gol Pahang, JDT cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun kekentalan benteng pertahanan yang dikawal rapi pemain pasukan tuan rumah berjaya mengekang kemaraan jentera serangan skuad Harimau Selatan sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT yang pada mulanya turun dengan aksi suram, mula bangkit dengan melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang lawan. Dan akhirnya, gol yang dicari pasukan pelawat terhasil selepas pemain importnya, Andrezinho berjaya menyudahkan hantaran Norshahrul Idlan Talaha pasda minit ke-47 sekali gus menggamatkan suasana stadium.

Tiga minit berselang, JDT berpeluang menambah gol kedua apabila Leonel Nunez mengejutkan seketika pasukan Pahang menerusi tendangan percuma tetapi sekadar melewati palang gol. Pahang cuba menghidupkan peluang ke final tetapi penyudah Gopinathan hanya sia-sia pada minit ke-77.

Akhirnya, kegagalan Tok Gajah mencari tambahan jaringan membuatkan mereka gigit jari sebaliknya membenarkan JDT membuat perhitungan terakhir menentang juara bertahan, Kelantan

Sunday, March 10, 2013

Siapa Sultan Sebenarnya?

Ramai sungguh yang mengaku sebagai Sultan Sulu yang sebenar. Sudah terlalu ramai. Sama macam Kesultanan Melaka. Ramai juga yang mengaku Sultan Melaka. Malah di Kelantan dahulu pun ada seorang yang telah menabalkan seorang Sultan Kelantan yang lain. Agak-agaknyalah semua Sultan yang ada didalam Malaysia pun bukan Sultan sebenar. Macam Sultan Johor. Bukannya dari susur galur Sultan tapi Temenggung.


Manila: Seorang lagi lelaki mendakwa Sultan Sulu dan wakilnya mendakwa dia pewaris sebenar takhta Sulu.

Wakil Datu Abunasser Sultan Badaruddin D Mohammad Bataraza semalam mendakwa dia adalah Sultan Sulu sebenar daripada keturunan isteri pertama Sultan Sulu Jamalul Alam. Jamalul Alam didakwa sultan yang menandatangani perjanjian menyerahkan Sabah kepada Syarikat Borneo Utara.

Menurut dokumen yang diserahkan kepada akhbar Philippines Inquirer, wakil Abunasser berusaha untuk mendapatkan Presiden Benigno Aquino mengiktirafnya sebagai Sultan Sulu sebenar sejak 25 Julai 2012. Mereka juga menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, meminta bantuannya untuk mengiktiraf Abunasser sebagai sultan sebenar.

Bekas koresponden Inquirer, Arturo Sampana yang mendakwa dirinya menjadi jurucakap Abunasser berkata, Sultan Sulu yang sebenar itu bersembunyi, tetapi akan muncul di khalayak ramai dalam masa beberapa hari lagi untuk menuntut takhta yang didakwa milik beliau.

Menurut Sampana, Abunasser adalah anak keempat daripada lima beradik. Ibunya ialah Puteri Aishah Almarhum dan Datu Mohammad Bataraza. Aishah ialah anak Puteri Sharifah Zainab, atau Puteri Indok, isteri Sultan Sulu Badaruddin II yang ‘memerintah’ dari 1881 hingga 1884.

Menurutnya, Badaruddin II adalah pengganti Sultan Jamalul Alam. Apabila dia mati kerana diracun, keluarganya, termasuk Aishah, bersembunyi.

Menurut Sampana, Jamalul Kiram III, yang mendakwa Sultan Sulu dan pengikutnya yang diburu pasukan keselamatan Malaysia di Sabah, hanyalah keturunan daripada isteri kedua Jamalul Alam.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah