VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Friday, December 18, 2020

Shopee Tidak Proaktif Bab Cetak Rompak

Shopee dah banyak kali buat camnie... Banyak kali berlaku pelanggaran Akta Hakcipta yang dibuat oleh Shopee.. Bukan setakat pakaian sukan cetak rompak yang dijual serta dipromosi dalam Portal Jualan Shopee tanpa ada sekatan... tapi sampaikan kepada produk digital pon kena.

Pernah ada kes bebulan-bulan selamber jer orang jual produk perisian cetak rompak dalam Shopee secara terang-terangan... setelah di komplen berkali-kali... tiada tindakan tuntas yang dibuat... hanya sekadar membatalkan akaun penjual tersebut sahaja.... tiada satu pun penjual yang dibawa ke muka pengadilan....

Setakat batal satu akaun penjual yang diadukan sahaja.. walhal pada masa yang sama berlambak lagi penjual lain yang buat benda yang sama didalam portal jualan Shopee.

Tak boleh kah Shopee ambil tindakan tegas dengan mendakwa (atau membenarkan pihak lain mendakwa) para pelaku cetak rompak nih... Apa yang nak sangat dilindungkan...

Tambah lagi pihak berkuasa nampaknya semacam bersekongkol dengan Shopee dalam isu ini. Tiada desakan atau tindakan dari pihak berkuasa untuk memastikan Shopee bertegas dalam bab cetak rompak nie... Takkan kot sebab ada kepentingan lain??

Ader kabel ka???




No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah