VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Akta Racun. Show all posts
Showing posts with label Akta Racun. Show all posts

Saturday, April 8, 2023

Salah Sebab Tak Boleh Dicukai

Kah Kah Kah...

Kat Malaysia nih... apa sahaja yang tak boleh Kerajaan Malaysia nak kenakan cukai... maka benda tu adalah benda salah.... contoh... Cryptocurrency.... sebab tak boleh dikenakan cukai... jadi ianya adalah haram... satu lagi adalah Judi Haram... sebab depa tak dilesenkan dan dikenakan cukai... maka haram la...

Tapi bila premis judi tue berlesen.. dan dicukai... terus la jadi halal macam Magnum, Toto dan Damacai...

Hahahaha...

Sama macam Vape nih la.... sebab tak boleh nak cukai... tu yang diharamkan dan diletak dibawah Akta Racun... tapi la nih... hahahaha..... sudah jadi Halal.... sebab boleh dicukai... Hahaha... mampoih aaa..

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyuarakan rasa kecewa terhadap Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berhubung langkah kerajaan untuk mengecualikan nikotin daripada Akta Racun.

Menurut presidennya Dr Muruga Raj Rajathurai, Dr Zaliha dalam satu mesyuarat pada Rabu lalu mengakui bahawa keadaan itu bukanlah ideal kerana Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 masih belum diluluskan.

Namun, Dr Zaliha "dengan berat hati" telah meluluskan pengecualian nikotin itu bagi membuka jalan agar cecair vape - termasuk yang mengandungi nikotin - dicukai bermula 1 April.

Tuesday, November 8, 2022

Cakap Sanusi Ni Gua Sokong

Banyak-banyak benda yang Sanusi Md Nor cakap nih... yang ini paling gua sokong...

Memang patut Malaysia jadi juara dalam pengeluaran produk ketum untuk pasaran komersial bagi kegunaan syarikat farmaseutikal... Betul...

Ketum memang kita tau ader banyak khasiatnya dalam bidang farmasi dan perubatan.. malah kesan alkoloid yang ada pada ekstrak ketum boleh memberikan impak kepada pertumbuhan sel kanser dan penyakit berkaitan otak.

Dah ada banyak kajian yang dibuat sampaikan di Universiti kat Finland dan Norway pon depa dah buat kajian benda nih... 

Cuma yer la... Kerajaan kita lembab buat keputusan benda nih... Benda bawah Akta Racun jer... bukan Akta Dadah Berbahaya.... itu pon jenuh nak buat keputusan... Adoilah... last-last negara lain yang untung...

Nasib baik la Kartel Sinaloa tak tanam Ketum nih di Mexico ... ataupon Kartel Medillin atau Kartel Clan del Golfo tak tanam Ketum nih di Columbia.... Kalu tidak depa la yang lead sales dan ekspot kat seluruh dunia... 

Skrang nih kartel Khun Sa di Myanmar masih ngan Popi dan Ganja... nasib baik dier tak tanam Ketum lagi.... hahahaha

So... Sanusi... apa lagi... kena pastikan penanaman dan pengeluaran ketum secara komersial nih dibenarkan oleh Kerajaan la... cepat sebelum orang lain paw benda nih..



Saturday, December 19, 2020

Haramkan VAPE Kata Majis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC)

Benda ni gua memang setuju... Rokok ka Vape ka... apa sahaja yang memudaratkan diri memang gua mintak kerajaan Malaysia haramkan ... Sebab dalam Islam, kita diharamkan memudaratkan diri sendiri mahupun orang lain...


“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. (Surah al-Baqarah : 195)


Mereka bertanya kepadamu (Muhammad), “Apakah yang dihalalkanbagi mereka?” Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik.” (Surah al-Maidah : 4)


Dan dia (Muhammad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (Surah al-A’raaf : 157)


“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Jadi bila MCTC mencadangkan agar Kerajaan Malaysia mengharamkan VAPE ... ini memang confirm gua akan sokong... Gua akan tetap sokong... sebab isu ni dah nyata dalam Al Quran dan Hadith... Takkan la korang yang nak bekap sangat Rokok dan Vape nih tak percaya akat Al Quran dan Hadith kot??

Takkan la taknak ikut Islam dan Sunnah Nabi.... 

Benda simple je... Takkan la tabley ikut... kata sayang kat Nabi... kata beriman dengan Al Quran .... siap bising dan marah kalu orang kata diri munafiq bagai... Hahaha... tapi ayat Al Qurand dan Hadith Nabi takmo nak ikut.... Adoilah..

Baca fatwa Mufti lar..





Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah