VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Wednesday, January 24, 2024

Kenapa Ibubapa Pilih MRSM Dan SBP?

(1) Data -data pendidikan terkini menunjukkan berlumba -lumba ibu bapa bumiputera mahu menghantar anak-anak mereka ke MRSM dan SBP. Jumlah permohonan berkali-kali ganda berbanding tempat yang disediakan. https://shrtm.nu/qVe

(2) Semakin ramai ibu bapa Bumiputera menghantar anak-anak ke Sekolah Cina. Sejak lima tahun lalu, kadar enrolmen murid bumiputera di sekolah Cina telah meningkat dari 18 peratus (2017) kepada 21 peratus murid (2022). Pada tahun 2010, kadar murid bumiputera di sekolah Cina hanya 10 peratus. https://shrtm.nu/qVh

(3) Ibu bapa yang berkemampuan pula semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Antarabangsa. Dulu hanya ibu bapa yang betul-betul kaya sahaja tetapi sekarang ada ibu bapa yang sanggup ambil pinjaman semata-mata untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa. https://shrtm.nu/qVi

(4) Sebahagian ibu bapa yang beragama Islam lebih suka menghantar anak-anak ke sekolah Tahfiz Swasta. Hinggakan bilangan sekolah tahfiz swasta tumbuh seperti 'cendawan selepas hujan' di negara ini, termasuklah pusat tahfiz yang tidak berdaftar.https://shrtm.nu/qVj

(5) Trend terkini juga menunjukkan semakin ramai ibu bapa yang berpendidikan tinggi membuat keputusan mengamalkan pendidikan 'homeschooling' untuk anak-anak mereka. https://shrtm.nu/qVk

(6) Rumusan: Seboleh mungkin, semakin ramai ibu bapa mahu 'mengelak atau'by pass' daripada menghantar anak-anak ke sekolah harian biasa samada sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Soalan: Mengapa semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk 'by pass' sekolah harian (SK dan SMK)? 

  • Apakah kerana mereka kurang percaya pada keupayaan sekolah harian? 
  • Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tiada mencapai kualiti yang diharapkan? 
  • Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tidak mampu memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak mereka? 
  • Apakah ibubapa merasakan sekolah harian kebangsaan terlalu Islamik? 
  • Apakah ibu bapa merasakan sekolah harian kebangsaan tidak mengembirakan dan terlalu membebankan anak-anak mereka? 
  • Apakah semakin ramai ibu bapa sekarang yang melihat sekolah harian ibarat seekor 'dinosour'? Walaupun bersaiz besar tetapi sudah 'ketinggalan zaman?. Semakin hari semakin 'pupus' (baca:kepercayaan) ibu bapa?

Kita boleh berbeza pandangan. Tetapi data-data yang ada mengesahkan semakin ramai ibu bapa yang telah 'by pass' sekolah harian kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian.



Sunday, May 7, 2023

Impak dalam Industri terkait isu kualiti seorang Jurutera Awam dari Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.

Pengenalan

Dalam era globalisasi dan pesatnya pembangunan infrastruktur di seluruh dunia, keperluan akan jurutera awam yang berkualiti semakin meningkat. Jurutera awam memainkan peranan penting dalam membantu membina infrastruktur yang selamat, bermutu dan lestari. Oleh itu, kualiti pendidikan jurutera awam di Malaysia menjadi sangat penting. Artikel ini akan membincangkan impak dalam industri berkaitan dengan isu kualiti seorang jurutera awam dari institusi pengajian tinggi Malaysia.

Penilaian Kualiti Jurutera Awam

Pembangunan infrastruktur memerlukan penyediaan perancangan yang terperinci, pemilihan bahan dan teknologi yang sesuai, serta pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan projek-projek tersebut. Oleh itu, kualiti jurutera awam menjadi faktor yang penting dalam menjamin kelancaran pembangunan infrastruktur. Kualiti jurutera awam boleh dinilai dari pelbagai aspek, antaranya ialah:

1. Keupayaan teknikal - Kemahiran teknikal merupakan aspek yang paling penting dalam menilai kualiti jurutera awam. Keupayaan untuk merancang, mengatur dan melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur adalah sangat penting. Jurutera awam yang berkualiti harus mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelesaikan masalah teknikal yang rumit.

2. Kemahiran komunikasi - Jurutera awam yang berkualiti perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran ini membolehkan jurutera awam berinteraksi dengan rakan sekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan lain dengan mudah dan efektif.

3. Kemahiran kepimpinan - Kepimpinan adalah aspek penting dalam bidang kejuruteraan. Jurutera awam yang berkualiti perlu mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi untuk dapat memimpin pasukan projek dengan berkesan dan membimbing ahli pasukan projek untuk mencapai objektif projek yang telah ditetapkan.

4. Etika profesional - Etika profesional menjadi faktor penting dalam menilai kualiti seorang jurutera awam. Jurutera awam yang berkualiti harus mempunyai etika yang tinggi dan menjunjung tinggi nilai-nilai profesionalisme dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

Impak terhadap Industri

Isu kualiti seorang jurutera awam dari institusi pengajian tinggi Malaysia mempunyai impak yang besar terhadap industri. Jika kualiti pendidikan yang diberikan oleh institusi pengajian tinggi tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan, jurutera awam yang dilahirkan dari institusi tersebut mungkin mempunyai kekurangan dalam kemahiran teknikal, komunikasi, kepimpinan dan etika profesional. Hal ini boleh menjejaskan kelancaran pembangunan infrastruktur dan reputasi industri kejuruteraan di Malaysia.

Isu kualiti jurutera awam juga boleh mempengaruhi kebolehpasaran graduan dalam industri.

Oleh itu, sebagai tindak balas terhadap isu kualiti yang dihadapi oleh jurutera awam, Institusi Pengajian Tinggi perlu mempertingkatkan lagi program pengajian mereka untuk memastikan jurutera yang dihasilkan memenuhi keperluan industri. Ini termasuklah memperkenalkan kursus-kursus terkini dalam bidang kejuruteraan, menyediakan kemudahan yang berkualiti untuk pengajaran dan pembelajaran, dan menyediakan latihan yang cukup bagi pelajar.

Selain itu, kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan industri juga perlu ditingkatkan untuk memastikan program pengajian mencerminkan keperluan industri dan memenuhi keperluan pasaran kerja. Industri juga boleh memberikan maklum balas terhadap program pengajian yang ditawarkan dan menyediakan peluang latihan dan kerja bagi graduan.

Kementerian Pengajian Tinggi juga perlu berperanan dalam memastikan institusi pengajian tinggi menyediakan program pengajian yang berkualiti dan memenuhi keperluan industri. Mereka boleh melakukan penilaian dan penyelidikan tentang kualiti program pengajian yang ditawarkan dan memberikan panduan dan arahan kepada institusi pengajian tinggi untuk memperbaiki program pengajian.

Selain itu, kerajaan juga perlu memberikan sokongan dalam bentuk pelancongan pelajar dan bantuan kewangan untuk institusi pengajian tinggi untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang tinggi. Ini akan membantu meningkatkan lagi reputasi institusi pengajian tinggi dan memastikan graduan mereka mempunyai kualiti yang baik dan memenuhi keperluan pasaran kerja.

Kesimpulannya, kualiti seorang jurutera awam amat penting dalam memastikan projek-projek pembinaan dan infrastruktur negara berjalan dengan lancar dan selamat. Oleh itu, institusi pengajian tinggi perlu mempertingkatkan lagi program pengajian mereka untuk memastikan jurutera yang dihasilkan memenuhi keperluan industri dan memenuhi keperluan pasaran kerja. Industri juga perlu berperanan dalam menyediakan maklum balas dan peluang latihan dan kerja bagi graduan. Kerajaan juga perlu memberikan sokongan dan bantuan dalam bentuk pelancongan pelajar dan bantuan kewangan kepada institusi pengajian tinggi. Dengan kerjasama yang baik antara institusi pengajian tinggi, industri, dan kerajaan, kita dapat memastikan jurutera awam Malaysia mempunyai kualiti yang baik dan dapat bersaing di pasaran global.



Monday, November 7, 2022

Bangang Punya Ostajah

Berapa ramai orang Melayu nak anak diorang jadi Ostad dan Ostajah. Antar sekolah pondok sekolah tahfiz bagai. Alasan carik akhirat itu lagi penting. Boleh tarik mak bapak masuk syurga senang sikit.

Adoilah. Bukannya tak boleh belajar akademik biasa sambil belajar bab agama... tapi tak.... lupakan terus ilmu dunia... demm.

Pastue bising takder Doktor perempuan nak handle kes bersalin.



Thursday, October 27, 2022

Maaflah Sebab Terpaksa Tidak Bersetuju

Mohammad Agus Yusoff adalah orang akademik. Orang akademik bacaannya selalu sekata. Bacaannya hanya sekadar apa yang dilihat dan apa yang boleh dipegang datanya. Tidak lebih dari itu. Nak katakan orang akademik nih turun buat analisis tanpa prejudis dan tanpa diketahui oleh subjek yang dikaji itu memang susahlah..

Sebab orang akademik nih setiap kali kajian pun mereka akan dedahkan siapa mereka dan pastinya akan ada bias daripada subjek yang dikaji dan juga dikalangan data yang dicerakinkan. Pastinya golongan sasaran bagi kajian mereka ini dalam kelompok yang boleh dijangka dan diagak kecenderungannya.

Sebab itu bila gua baca penulisan Mohammad Agus Yusoff kali nih... gua gelak... maaflah sebab terpaksa gelak... bukan apa... dari penulisan dier sahaja dah kelihatan apa yang sebenarnya dikaji olehnya ... dan dapatannya hanya sekadar lingkungan itu sahajalah... benda yang boleh dijangka..

Terutamanya pada frasa ayat dibawah ini

"Mahathir mampu melonjakkan swing sokongan Melayu kepada PH. Kerjasama dengan Mahathir mampu mengelakkan pertandingan di kerusi yang sama."

Tentang benda nih... Mohammad Agus Yusoff telah terkhilaf... Swing sokongan orang Melayu kepada PH yang dikatakan boleh dilonjakkan itu pada gua adalah pada "Pre PRU14" ... selepas Langkah Sheraton... orang Melayu sudah tidak hairan kepada Mahathir Mohamed. Respon dikalangan para pengundi atas pagar mengatakan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Mahathir Mohamed. 

Mahathir Mohamed sudah hilang touch nya...  Mahathir Mohamed sudah tidak di hormati sepenuhnya... Memang ada yang hormat... tapi bukan dikalangan pengundi atas pagar.. Sekadar penyokongnya sahaja yang kini berada dalam Parti Pejuang dan beberapa lagi yang diluar... Tapi dikalangan orang UMNO.... mereka sudah lama menolak Mahathir Mohamed.

Orang PAS lagi la tak suka pada Mahathir Mohamed. Mereka sudah lama berpatah arang berkerat rotan dengan Mahathir sejak dari zaman Fadhil Noor dan Nik Aziz lagi... pastinya susah orang PAS (Melayu) nak bantu berikan undi dan sokongan kepada Mahathir Mohamed.

Maaf cakap... yang kekal ego adalah Mahathir Mohamed. Dan pastinya Mahathir Mohamed sudah mencongak untung rugi Parti Pejuang dalam Gerakan Tanah Air (GTA) yang besar kemungkinan akan banyak hilang wang pertaruhan (deposit) pada PRU15 yang akan hadir pada 19 November ini.

Gua bercakap dari sudut pandang marhaen mustad'afin yang berada diatas pagar dan sekadar nak bagitau satu ja... Belum pernah ada mana-mana calon Pilihanraya di Malaysia yang boleh menang secara solid hanya daripada sokongan ahli dan penyokong parti mereka sahaja. Semua mesti perlu dapatkan sokongan sekurang-kurangnya 20% daripada para pengundi atas pagar yang tidak berparti ataupun yang sekadar tidak partisan pada PRU15 kali ini....

Maaf... tulisan gua panjang sikit nih.



Tuesday, December 29, 2020

Dimana Silapnya Malaysia?

Tuan/Puan yang saya hormati.

Tulisan saya kali ini sebenarnya akan menjadi satu titik perbalahan diantara kita semua. Ya saya faham bahawa penulisan ini seakan mencabar puak-puak yang telah dan sedang mempromosikan kefahaman taksub dan ekstrem dalam Malaysia.

Ok. Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum (multi-racial) dan ini telah dibuktikan dengan kita melihat percampuran adat, budaya dan bahasa pelbagai kaum serta ras-ras yang ada didalamnya. Contoh di Kuala Lumpur, kita boleh temui 1 Dunia. Ada semua bangsa (mungkin bangsa Inuit Eskimo sahaja yang tiada) ada... 

Oleh itu sistem pendidikan kita sewajarnya menjadi satu penghubung yang baik bagi semua kaum dan bangsa ini. Disini saya melihat bahawa kita perlukan satu bentu sistem pendidikan yang berteraskan pelbagai kaum. Untuk itu wajarlah sistem pendidikan rendah dan menengah kita diubah menjadi satu sistem yang telus (transparent) bagi membentuk sebuah sistem negara bangsa.

Ada baiknya saya menamakan sistem persekolahan yang baharu ini dengan nama "Sekolah Malaysia" dimana di peringkat rendah kita namakan sebagai "Sekolah Rendah Malaysia" manakala di peringkat menengah kita namakan dengan "Sekolah Menengah Malaysia".

Apa yang boleh kita ketengahkan dalam usaha membentuk sistem "Sekolah Malaysia" ini.

Antaranya, kita mestilah memastikan semua sekolah selain "Sekolah Malaysia" ini ditutup sepenuhnya dan ditukarkan kepada sistem "Sekolah Malaysia". Sepatutnya tiada lagi sekolah vernakular, sekolah agama dan sekolah pondok. Semuanya jadi satu sistem sahaja. Dan juga sistem "personal home school" serta swasta ditarikbalik pengesahannya. Kita tidak boleh ada macam-macam sistem yang tidak piawai.

Semua guru-guru dan tenaga pengajar (aliran akademik atau aliran agama) pelu dilatih, diuji dan ditauliahkan untuk menjadi pendidik. Tiada lagi jalan pintas (shortcut). Tiada lagi pilihan. Mana-mana guru atau tenaga pengajar yang tidak bertauliah didapati mengajar boleh diambil tindakan keras seperti denda dan penjara. Tak kisah la nak mengajar secara persendirian, mereka perlu dapat tauliah mengajar dan mesti pernah dilatih di Maktab/Kolej Perguruan.

Sesi persekolahan kita perpanjangkan dengan sesi sebelah pagi adalah sesi "Sekolah Malaysia" yang piawai. Sesi persekolahan sebelah petang pula adalah sesi pilihan (Sesi Agama, Sesi Kaum/Bangsa). Mana-mana pelajar diwajibkan memilih semua sesi petang ini. Dalam sesi Agama Islam misalnya, pelajaran tentang Syariah, perbankan Islamik, hafazan Al Quran, ilmu Hadith, Bahasa Arab dan yang berkaitan adalah diwajibkan kepada semua pelajar beragama Islam.

Begitu juga sebaliknya bagi agama lain mengikut kesesuaian. Bagi sesi Kaum/Bangsa pula, sesi persekolahan sebelah petang dijadikan tempat untuk mencanai bangsa dan kaum dari segi bahasa, tulisan malah budaya dengan lebih mendalam. Diwajibkan kepada semua mengikut etnik mereka. Namun dalam sesi waktu pagi semua elemen kaum dan bangsa juga ada diterapkan kepada semua pelajar supaya mereka peka dengan keberadaan dan kesamaan sesama warganegara.

Matapelajaran teras yang bukan sahaja wajib lulus dalam peperiksaan bertulis tetapi termasuk juga peperiksaan lisan adalah Matapelajaran Kenegaraan/Patriotisma/Sivik. Ini perlu jadi teras paling utama bagi semua pelajar. Dan ianya juga adalah satu syarat penting untuk melayakkan pelajar menyambung pelajaran di peringkat tinggi seperti di IPTA/IPTS.

Malah ianya wajar kekal sebagai satu matapelajaran utama di sepanjang tempoh belajar di IPTA/IPTS. Semua semester perlu ada matapelajaran Kenegaraan/Patriotisma/Sivik ini. Dan syarat untuk memperolehi Sijil, Diploma, Masters dan Doktor Falsafah mestilah lulus peringkat kepujian bagi matapelajaran ini.

Tidak dinafikan kepentingan program "Khidmat Negara" yang kita perlu ubah konsep perlaksanaannya supaya rakyat lebih boleh bercampur gaul dengan baik dan bijak. Kita perlu jadinya mandatori kepada semua rakyat tanpa mengira status sosial atau agama. Ianya wajib. 

Mereka boleh pilih waktu bila mereka hendak ambil program "Khidmat Negara" ini (dari umur 18 tahun sampai umur 30 tahun). Mana-mana orang yang tidak mahu ambil program ini, Kerajaan Malaysia boleh menggantung (atau boleh membatalkan jika tetap engkar tidak mahu sertai selepas berumur 30 tahun) taraf kerakyatan pelaku tersebut. 

Dengan cara ini kita akan dapat melahirkan bangsa yang bermaruah, bijak bernegara dan patriotik kepada Malaysia. Ini penting jika kita nak kekalkan kestabilan dan keamanan di Malaysia.

Walau siapa pun anda, walau apa pun pilihan kecenderungan politik dan agama anda. Malaysia perlu diutamakan. Perlembagaan Malaysia perlu menjadi yang utama diantara yang utama. 

Maju dan Makmurlah Malaysia Negara Berdaulat



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah