VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label LHDN. Show all posts
Showing posts with label LHDN. Show all posts

Thursday, July 27, 2023

Syok La LHDN

Kah Kah Kah...

Nak dapat RM100 ... kena masuk update rekod dalam LHDN... Dan LHDN lagi mudah la nak pantau semua yang lari bayar cukai selama nih... Hahahaha ...

Dapat dah data 10 juta orang.... berapa kerat ja yang bayar cukai pendapatan selama nih... Hahaha...

Mudah kerja.... RM1 bilion tue nak cekau mana??? Hahaha ... Beli undi ka??

Modal nak carik mana untuk sediakan RM1 Bilion nih?


Wednesday, July 26, 2023

Datuk Penjenayah?

Kah Kah Kah....

Collect tue collect la... siasat dan dakwa kasik habis... dan pastikan ader jatuh hukuman... Jangan buat macam sebelum nih... semuanya last-last jadi kerja tak habis... 

Ramai lagi yang sangkut... tengok sama dalam geng yang ada dalam parti... tu semua pon tabley pakai gak... Hahaha...

Datuk Celaka


Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dan dua rakan kongsinya ditahan dalam operasi besar-besaran yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia - Multi Agency Task Force (MATF), di sekitar Kuala Lumpur, Isnin lepas.

Menurut sumber, dalam serbuan yang dilakukan serentak di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan melibatkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi itu, wang tunai berjumlah RM38 juta dan emas seberat anggaran 200 kilogram, dianggar bernilai RM60 juta telah dirampas.

Katanya turut disita 17 kereta mewah antaranya berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz.

“Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kerana disyaki terlibat dengan rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

Saturday, March 11, 2023

Judi di Malaysia: Pandangan Islam

Perjudian adalah aktiviti yang popular di Malaysia, dengan pelbagai bentuk perjudian tersedia di negara ini seperti loteri, lumba kuda dan permainan kasino. Bagaimanapun, perjudian merupakan isu kontroversi di Malaysia terutamanya dari perspektif Islam. Dalam catatan blog ini, gua akan membincangkan perjudian di Malaysia dan pandangan Islam mengenai isu tersebut.


Perjudian di Malaysia

Perjudian dikawal di Malaysia di bawah Akta Rumah Perjudian Biasa 1953 dan Akta Pertaruhan 1953. Kerajaan membenarkan beberapa bentuk perjudian, seperti loteri dan lumba kuda, di bawah peraturan dan lesen yang ketat. Bagaimanapun, perjudian kasino adalah haram di Malaysia, dan kerajaan mengambil pendirian tegas terhadap aktiviti perjudian haram.

Di sebalik usaha kerajaan untuk mengawal selia perjudian, aktiviti itu tetap menjadi hobi popular di Malaysia, dengan ramai orang menyertainya atas pelbagai sebab seperti hiburan, sosialisasi, dan harapan untuk memenangi wang.

Pandangan Islam tentang Perjudian

Ajaran Islam melarang berjudi dan menganggapnya sebagai dosa. Al-Quran secara jelas melarang perjudian, dengan menyatakan bahawa ia adalah "suatu perbuatan keji syaitan" (5:90) dan "dosa besar" (2:219). Selain itu, Nabi Muhammad (saw) melarang berjudi dalam sabdanya, dengan menyatakan bahawa "sesiapa yang bermain dadu telah menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya" (Sahih Bukhari).

Ulama Islam menganggap judi sebagai satu bentuk riba (riba) dan haram (dilarang). Perjudian melibatkan mempertaruhkan wang atau barang berharga lain atas hasil yang tidak pasti, yang dianggap sebagai satu bentuk eksploitasi dan ketidakadilan. Selain itu, perjudian boleh membawa kepada ketagihan, masalah sosial, dan kemusnahan kewangan, yang semuanya dianggap berbahaya dan bertentangan dengan nilai Islam.

Pandangan Islam tentang Loteri dan Bentuk Perjudian Lain

Ulama Islam mempunyai pendapat yang berbeza tentang loteri dan bentuk perjudian lain yang melibatkan beberapa tahap peluang atau ketidakpastian. Sesetengah ulama berpendapat bahawa loteri adalah haram kerana ia melibatkan risiko wang untuk keputusan yang tidak pasti. Yang lain berpendapat bahawa loteri dibenarkan selagi hasilnya digunakan untuk tujuan kebajikan atau untuk kebaikan awam.

Namun, kebanyakan ulama Islam bersetuju bahawa aktiviti perjudian yang melibatkan penipuan, penipuan, atau eksploitasi adalah haram dan dilarang. Selain itu, aktiviti perjudian yang membawa kemudaratan kepada diri sendiri atau orang lain, seperti ketagihan, kemusnahan kewangan atau masalah sosial, juga dianggap haram dan dilarang.

Kesimpulan

Kesimpulannya, perjudian merupakan isu kontroversi di Malaysia khususnya dari perspektif Islam. Walaupun kerajaan membenarkan beberapa bentuk perjudian di bawah peraturan dan lesen yang ketat, ajaran Islam melarang perjudian dan menganggapnya sebagai dosa. Ulama Islam berbeza pendapat tentang loteri dan bentuk perjudian lain yang melibatkan beberapa tahap peluang atau ketidakpastian, tetapi kebanyakan bersetuju bahawa aktiviti perjudian yang melibatkan penipuan, penipuan, atau eksploitasi adalah haram dan dilarang.

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Tuesday, December 27, 2022

Benda Biasa SOGO Buat

Setiap hari... setiap minggu... setiap bulan... setiap tahun...

Di SOGO sentiasa ader SALES .. ader jualan murah... katanya la...  Hahahah
Tak pernah lagi singgah SOGO takder SALES atau JUALAN MURAH.... Hahahaha... 

Mimpi la SOGO tak buat SALES atau JUALAN MURAH....
Itu baru SOGO ... belum JUSCO ...belum PARKSON ... belum THE STORE... belum EMPORIUM ... belum tempat lain....

HAHAHA... pakat kena kencing jer la.... HAHAHAHA.

Jualan Murah

Keterujaan orang ramai untuk berbelanja pada musim perayaan dan cuti hujung tahun mendorong sesetengah pasar raya memanipulasi jualan harga runtuh semata-mata untuk memperdayakan pengguna. 

Modus operandi pasar raya tersebut adalah dengan meletakkan pelekat diskaun sehingga 70 peratus kononnya barangan yang dijual itu boleh dibeli pada harga rendah berbanding harga asal. 

Bagaimanapun, menerusi pendedahan pekerja pasar raya, tawaran diskaun yang diberikan itu adalah palsu semata-mata kerana harga yang dibayar oleh pengguna adalah harga sebenar...

Friday, November 11, 2022

Tiada Kata Secantik Bahasa

Tiada kata secantik bahasa ..... bak bait-bait dalam lirik lagu P.Ramlee

Special bhai... bukan calang-calang kata-kata pujangga ini.... menggambarkan sesuatu yang sacred... yang mulia... yang anggun... yang above the all...

Tak macam kata-kata bangang dari seorang Lobai... Lobai yang tak berani nak berterus terang,... tak berani nak telus... tak berani yang menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat... Kalu alim ulama pon tak amanah dalam urusan dunia... macam mana nak lead orang awam...

Kalu pemimpin pun tak telus... camana nak rakyat yang telus..
Patut orang macam nih... LHDN kena scrutiny lebih lanjut.... siasat dan dedah... mesti ader something yang disembunyikan... mesti ader harta yang tak sah taraf... mesti ader sesuatu...

Kalu orang yang bersih... dier takder hal nak dedahkan apa-apa pun...

By the way.... seorang yang berpegang pada agama .... lidahnya dan kata-katanya pasti sentiasa dikawal oleh agamanya...  

#LHDN #PRU15 #GE15 #Declaration #Aset #Harta #Rasuah #Rahsia #LariCukai



Friday, November 4, 2022

Lawak Punya Scrut

Gua kalu mamat Aliff Ahmad dari Scrut buat status memang selalu gua gelak jer... 

Nak marah lebih pon tabley... sebab kawan... Hahaha.... cuma sekadar nak ingatkan... Gua takder hal lu nak scrut harta dan aset bersih Rafizi Ramli.... elok gak la lu scrut dan dedahkan tue... sungguh... supaya rakyat lebih tau... berapa nilai yang Rafizi Ramli declare ... berbanding nilai sebenar....

Dan biler Scrut dedahkan nilai sebenar yang jauh lebih rendah dari nilai yang Rafizi Ramli dedahkan tue.. sebenarnya... itu menguntungkan Rafizi Ramli.... sebab dengan cara itu Rafizi Ramli dapat kurangkan nilai dan bayaran yang kena bayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ..

Kan bagoosh... bukan bertambah cukai yang kena... tapi berkurang ... hanya sebab Scrut nilaikan lebih rendah.... selamat bhai... selamat.... Hahaha ... nak kata Rafizi Ramli tipu pun takleh jugak... sebab dier declare lebih tinggi... dan Scrut nilaikan lebih rendah... Hahahaha...

Bijak sebenarnya strategi Rafizi Ramli tue...

Cuma satu jer la... eh.... Bila pulak Aliff Ahmad nak dedahkan nilai aset puak-puak UMNO dan BERSATU nih... dedahkan la.... takkan tak berani nak dedahkan... takkan Interepo dan Scrut tue tak mampu nak detect semua aset, pendapatan dan nilai syarikat serta tunai dalam tangan puak-puak UMNO dan BERSATU nih...  Takpon try la scrut pemimpin MIC dan MCA ..... Hahaha

Payah sangat... buat la untuk Pemimpin PAS sama... baru la orang respek dan salute sama SCRUT dan INTEREPO ..... Hahaha

Ada brani??? Ker sembang je lebih???

Jangan Scrut gua... gua orang miskin. Takdak harta didaftarkan atas nama gua.


Thursday, August 4, 2022

Lesap RM100k Tanpa TAC/OTP

Lesap RM100k Tanpa TAC/OTP

Pelik kes mamat nih... macam mana scammer dier boleh buat transaksi besar tanpa trigger AMLATFA2001 ?? Transaksi lebih RM40k setiap satunya. Bank mana yang dier pakai aaa?

#scam #LHDN #kenatipu #scamLHDN #amla #khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Sila layari laman blog saya di https://kakibelasah.blogspot.com/

Sokong saya dengan cara SUBSCRIBE channel YouTube ini

Friday, February 25, 2022

Bangunan LHDN Melaka Ditutup Sementara Akibat Retakan Pasca Gempabumi Sumatera

Nampaknya kesan dari Gempabumi di Sumatera pada pagi tadi telah mengakibatkan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Melaka terpaksa ditutup sementara akibat berlakunya retakan pasca gempabumi.

Tindakan menutup sementara ini dilaksanakan dengan nasihat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka. Tidak dapat dikenalpasti berapa lama pejabat ini akan ditutup. Walau apa pun semua urusan berkaitan cukai boleh dibuat di lokasi cawangan LHDN yang lain.

Bangunan LHDN Melaka Retak Akibat Kesan Gempabumi Di Indonesia

#Gempabumi #LHDN #Retakan #Sumatera #CawanganDiTutup #Cukai

Tuesday, July 27, 2021

LHDN Tidak Berhati Perut Tekan Rakyat Dikala PKP

Ini realiti.... LHDN memang tidak berhati perut tekan rakyat dikala PKP... Langsung tak fikir tentang masalah rakyat...

Langsung tak fikir apa yang rakyat sedang alami...

Adoilah

#LHDN #Cukai #PembayarCukai

Tuesday, July 6, 2021

Cukai Kecemasan

Kenakan ‘cukai kecemasan’ pada 50 orang terkaya di Malaysia

Sepatutnya ini yang didahulukan dibuat oleh Kerajaan Malaysia. Bukannya membiarkan rakyat Malaysia berharap hidup dengan dana KWSP dibawah i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra

Kerajaan kena proaktif. LHDN kena cargas.

#CukaiKecemasan #BantuanSaraHidup #iCitra #CukaiOrangKaya

Saturday, January 30, 2021

Betapa Karutnya Sistem APDM Dan KWAPM

Kecoh hari nih cikgu-cikgu susah nak update data Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sebab banyak ibubapa yang letak status "tidak bekerja" dalam sistem APDM.



Masalahnya.... Kalu ibu bapa buat pilihan status "tidak bekerja" nih dalam APDM ... dan secara otomatik pada ruangan Pendapatan kenalah tick "Tiada Pendapatan/Tidak Bekerja" ...  dan takkan la nak letak ader nilai kat situe... betul dak...??

Tapi...

Kalu tak letak nilai dalam ruangan pendapatan.... maka sistem KWAPM takkan dapat baca data tue... 

Aper ke bodoh sistem yang nak link data tue... dah tick "Tiada Pendapatan/Tidak Bekerja" ... mestila terpaksa tak isi ruangan RM tue...

Adoilah....

Friday, December 18, 2020

Takkanlah Ahmad Maslan Akan Sangkut?

Ahmad Maslan berdepan kes memberi kenyataan palsu kepada SPRM dan tidak melaporkan dana yang masuk kepada LHDN.

Kes ini berat sebenarnya... boleh menyebabkan Ahmad Maslan dihukum penjara dan denda yang agak besar. Ini boleh menyebabkan dirinya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen,

Persoalan sekarang ini... aderkah Muhyiddin Yassin nak membahayakan kedudukan politiknya? Aderkah dia nak membiarkan Ahmad Maslan disabitkan kesalahan dan dihukum? Dalam keadaan sekarang ini yang mana Kerajaan PN hanya mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang cukup makan sahaja bilangannya, tak mungkin Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin sanggup untuk mengambil risiko.

Pastinya kita akan dapat lihat kes ini sama ada akan dikurangkan hukuman (jika sabit pertuduhan) atau ianya akan dibuang kes... "dilepaskan tapi tidak dibebaskan" ... macam yang dah biasa dah dibuat semenjak dua menjak nih... 

Huhuhuhu...

It's well predicted and forecasted.




Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah