VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Sunday, September 28, 2014

PEGASUS GOLD SCAM

Mulai hari ini, blog ini akan menerjah dan mendedahkan kegiatan scam dan penipuan berasaskan pelaburan / perniagaan berbilang tingkat  / piramid serta mana-mana skim yang mengarut. Jadi bersedialah untuk menerima hakikat bahawa skim yang anda sertai mungkin akan didedahkan disini.



Untuk permulaan ini, saya akan menerjah mengenai pelaburan PEGASUS GOLD. Memang ramai dikalangan rakyat Malaysia mahu jadi kaya dengan cara duduk diam dapat duit. Tetapi bila bercerita tentang pelaburan EMAS, anda perlu lihat dalam konteks yang lebih luas.

Tiada cara dalam pelaburan emas dimana apabila anda beli EMAS dan berikan kepada syarikat untuk memegang emas anda dan anda akan diberikan dividen atau bonus bulanan (ROI). EMAS bukanlah satu barangan yang boleh menggandakan dirinya sendiri. Jika anda menanam pokok durian, anda boleh dan layak mendapat ROI setiap kali musim kerana pokok InsyaAllah akan mengeluarkan hasil.

Tapi EMAS tidak mampu untuk mengeluarkan hasil dan beranak pinak.

Hanya dengan menggunakan sistem pajakan EMAS di mana-mana sistem pajak gadai sahaja yang boleh membuatkan EMAS boleh mendatangkan ROI.

Oleh yang demikian, lupakan sajalah cerita kononnya syarikat PEGASUS GOLD boleh memberikan pulangan ROI 10% sebulan hanya dengan membenarkan pihak syarikat menyimpan EMAS anda. Ini semua mengarut. Jangan sampai anda hilang kesemuanya. Cukup-cukuplah terkena dengan skim GENNEVA ataupun VGMC / EGMC.

Tidak kisahlah walau Mahathir Mohamed sendiri yang merasmikan. Ini semua mengarut.

Wednesday, September 17, 2014

PapaGomo Sudah Dikenalpasti?

Kah Kah Kah.

Apa lagi yang ingin diperkatakan. Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah PapaGomo.

Jadi lepas ini, bersedialah dengan saman yang akan berlambak berkunjung tiba. Tahniah.

Kah Kah Kah.



Mahkamah Persekutuan hari ini menegaskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah penulis blog kontroversi Papagomo.

Mahkamah oleh itu menolak permohonannya untuk merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung saman terhadapnya oleh ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Wan Muhammad Azri dikehendaki membayar RM300,000 atas kenyataan fitnah yang dibuatnya terhadapnya oleh Abdul Razak.

Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan dirinya adalah Papagomo.

Keputusan hari ini dibuat oleh panel lima hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Ma’arop.

Saturday, September 6, 2014

Ini Ahli PAS Cawangan Mana?

Kah Kah Kah.

Ahli PAS pun guna songkok tinggi kah di Penang? Pelik bin ajaib. Lagi pelik bila ada ahli PAS yang berfikiran agama suku politik suku. Tambah lagi bila ada ahli PAS yang tidak tahu apakah kegunaan Khutbah Jumaat. Nampak sangat jahilnya. Mungkin dia tidak dapat tarbiah dari Tuan Guru Hadi Awang?

Kah Kah Kah.


GEORGETOWN - Seorang ahli Pas Kawasan Tanjong membuat laporan polis berhubung tindakan seorang khatib yang menyampaikan khutbah yang mengutuk tindakan polis serta kerajaan terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, semalam.

Ariff Ibrahim, 42, mendakwa perbuatan khatib terbabit yang mengutuk tindakan yang dikenakan kepada PPS sepatutnya tidak berlaku.

“Ianya seolah-olah menghasut jemaah yang datang mendengar khutbah supaya membenci polis serta kerajaan, sedangkan umumnya kita mengetahui bahawa PPS adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah.

“Sepatutnya khatib terbabit tidak perlu bercakap mengenai soal politik dalam khutbahnya kerana khutbah sepatutnya diisi dengan pengisian yang lebih bermanfaat dan bukannya berkaitan dengan soal politik,” katanya.

Menurutnya kejadian tersebut berlaku sebuah masjid di pusat bandar.

“Selepas selesai menunaikan solat Jumaat, ramai jemaah merungut dan melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan khatib tersebut.

“Kita perlu ingat, masjid adalah tempat untuk beribadat dan bukannya untuk berpolitik dan menghasut orang yang datang untuk beribadat,” katanya.

Beliau berharap agar perkara ini disiasat dengan selanjutnya polis.

Friday, September 5, 2014

Terbongkar Rahsia Kematian Ahmad Sarbaini

Akhirnya.

Akhirnya kita semua tahu kenapa Ahmad Sarbaini mati. Dia bukan mati membunuh diri. Dia bukan mati atas sebab tidak sengaja jatuh dari tingkap. Tapi sebenarnya ada yang bunuh dia semata-mata nak cover-up rahsia rasuah dalam Agensi Kastam. Dan rasuah ini bukan hanya berlegar dikalangan kakitangan Kastam semata-mata tetapi ada hubungkait dengan kakitangan SPRM.

Kini terbongkar rahsia kematian Ahmad Sarbaini.


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan 207 akaun bank berjumlah RM6 juta milik pegawai kastam dan ahli sindiket penyeludupan rokok serta arak yang ditahan kelmarin.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya turut menyita 10 buah kenderaan mewah, beberapa buah gudang serta unit rumah kedai termasuk wang tunai RM3 juta.

Setakat semalam, katanya, seramai 24 individu berusia 36 hingga 56 tahun ditahan dalam operasi terbabit yang mana satu tangkapan dibuat di Ipoh, Perak.

“Mereka yang ditangkap terdiri daripada 12 anggota kastam pelbagai pangkat serta 12 individu dipercayai sindiket yang terlibat dengan penyeludupan rokok dan arak secara haram dan kesemua mereka direman selama seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM, Kuala Lumpur, semalam.

Difahamkan, penyeludupan keluar rokok serta arak dari Zon Perdagangan Bebas Cukai (PKFZ) di Pelabuhan Klang menyebabkan kerajaan kerugian kira-kira RM1.2 bilion.

Perkara ini terbongkar setelah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat pemeriksaan ke atas nilai rokok dan arak masuk ke dalam PKFZ sejak 2011 dengan jumlah keseluruhan RM1.6 bilion.

“Daripada jumlah itu, hanya RM400 juta arak dan rokok sahaja yang diisytihar keluar daripada PKFZ sejak 2011,” katanya.

Menurutnya, arak serta rokok yang dikenalpasti diseludup daripada negara Sweden, Scotland, India dan beberapa negara lain.

Susulan itu, pihaknya menubuhkan sebuah Taskforce yang diketuai SPRM dan terdiri daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), LHDN, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan lain-lain lagi dengan kekuatan 200 anggota dan membuat operasi secara besar-besaran di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, operasi ini turut mendapat kerjasama daripada Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad yang mahu membanteras aktiviti ketirisan di kalangan anggota kastam secara habis-habisan.

Katanya, operasi ini dijalankan secara berterusan dan menjangkakan akan ada beberapa tangkapan lain yang akan dibuat berdasarkan siasatan lanjut

Thursday, September 4, 2014

Macam-Macam Jenis Gila

Kah Kah Kah.

Manusia ini ada banyak jenis gila. Gila ingin jadi Sultan dan Raja pun ada. Gila ingin disembah pun ada. Satu penyakit kronik rasanya.

Kah Kah Kah.


KUANTAN - Seorang peniaga yang dituduh menceroboh Istana Mahkota, Jalan Teluk Sisek di sini Julai lalu memberi alasan tidak tahu istana itu kawasan larangan bagi orang awam.

Kerana itu, Emsabil Jaafar, 34, dari Jalan Penor, Kampung Kempadang, dekat sini, masuk bersiar-siar dalam kawasan istana itu sebelum ke ruang tamu dan berehat sambil menonton televisyen sedangkan ketika itu, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom berada dalam istana tersebut.

Emsabil, yang ditahan pengawal peribadi istana, diserahkan kepada polis. Dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan dan mengaku bersalah, semalam.

Majistret Jesseca Daimis menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atasnya bermula dari tarikh dia ditangkap, iaitu 26 Julai lalu.

Lelaki itu masuk kawasan istana dengan kereta jenis Proton Persona hitam dengan mengekori sebuah kenderaan MPV milik seorang kerabat.

Kehadirannya di kawasan larangan itu disedari kakitangan istana kira-kira jam 9.10 malam yang kebetulan mengiringi Sultanah Pahang masuk istana.

Emsabil, yang ketika itu duduk di bangku di tepi kolam renang diberi isyarat tangan oleh pekerja terbabit bahawa orang diiringi itu adalah Sultanah Pahang, tetapi dia tidak mengendahkannya dan terus di situ.

Ketika sultanah masuk ke dalam istana diiringi seorang pekerja, tertuduh mengekori mereka dan berhenti di tepi pintu sambil memandang pekerja itu.

Dia kemudian masuk ke ruang tamu istana dan mengunci pintu sebelum ditangkap pengawal.

Ketika ditahan, dia sedang berehat di atas sofa dalam ruang tamu tersebut sambil menonton televisyen.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam mahkamah sama, Emsabil juga didakwa bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal mengemukakan Mykad yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dihukum penjara sebulan, juga dari tarikh dia ditangkap. Kedua-dua hukuman penjara dijalankan serentak.

Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar sebelum itu memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman maksimum memandangkan tempat diceroboh itu adalah istana raja yang merupakan kawasan larangan bagi orang awam.

Emsabil merayu supaya hukuman dikurangkan dan dia memilih untuk membayar denda memandangkan dia kini berada di pusat serenti selama dua bulan sejak ditahan.

“Saya minta maaf kerana masuk ke dalam istana tanpa kebenaran disebabkan tidak tahu istana adalah kawasan larangan,” katanya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya memandangkan tiada sesiapa hadir untuk menjelaskan denda jika hukuman dikenakan.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah