VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Payment. Show all posts
Showing posts with label Payment. Show all posts

Monday, December 21, 2020

Lesen Bank Digital Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) nampaknya sudah bersedia untuk mengeluarkan tender untuk lima (5) lesen bank digital Malaysia kepada syarikat / konsortium yang berminat pada 2021

Antara syarat yang ditetapkan oleh BNM adalah penender mestilah
  • Mempunyai kewangan tunai yang kukuh
  • Mempunyai kemampuan prasarana teknologi
  • Mempunyai kemampuan keselamatan yang termaju
  • Mempunyai kemampuan beroperasi secara kendiri
Jadi... banyak pihak nampaknya berminat untuk terlibat dan memiliki lesen bank digital ini... Khabarnya ada pihak asing pun akan bekerjasama dengan pihak tempatan secara konsortium bagi lesen bank digital ini.

Gua dengar... pihak yang terlibat dengan payment gateway, payment processing, e-commerce platform dan e-wallet sedang dalam proses perbincangan.... ini belum lagi termasuk dengan pihak telekomunikasi dan ISP.. Malah pihak Koperasi macam ANGKASA pun berminat dengan lesen bank digital ni nampaknya..

Semoga dengan adanya lesen bank digital ni... maka urusniaga perbankan berteknologi tinggi akan dapat beroperasi dengan jayanya di Malaysia yang akhirnya akan melonjakkan lagi ekonomi dan peluang pekerjaan di Malaysia.

Harapnya lah...



Thursday, July 4, 2013

PERCUMA : 60 Ribu Kad MyPlusMile

Boleh saya dapat satu? Pasti boleh kot? Tolong la bagi kepada saya satu yang bernilai RM200.


KUALA LUMPUR - Glaxosmithkline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK) mengadakan kerjasama dengan Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) dan Plus Malaysia Bhd (PMB) untuk mengedar 60,000 kad prabayar MyPlusMiles bernilai RM1 juta kepada pengembara.

Ia diedar melalui kempen Panadol 'Be Prepared', yang dilancar hari ini untuk tahun kedua sejak 2012, bersempena sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

"Kami berharap kerjasama kami ini akan terus meningkatkan kesedaran pengembara tentang perlunya mereka menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing sepanjang tempoh berkenaan untuk memastikan mereka dapat menghayati bulan mulia itu dan sambutan Raya," kata CEO Touch 'n Go Abdul Karim Md Lassim.

GSK berkata melalui kempen ini dan kempen lain, mereka menjangka dapat mencatat pertumbuhan hasil sebanyak dua angka, mengulangi prestasi tahun lepas dengan pertumbuhan hasil sebanyak 20 peratus.

Kad berkenaan akan diedar di plaza tol Sungai Besi, Subang, Duta, Damansara dan Sungai Buloh dalam tempoh tertentu, di gedung peruncitan yang menyertainya seperti Mydin Hypermarts dan Guardian serta melalui Hot FM Zoomers dari 2 hingga 4 Ogos. - Bernama

Friday, February 15, 2013

Lazada Jamin Hantar Dalam 48 Jam

KUALA LUMPUR - Lazada.my, peniagaan dalam talian yang berkembang pantas di Malaysia, memberi jaminan penghantaran produk dalam masa dua hari perniagaan di kawasan Lembah Klang melalui kempen, "Lazada’s Promise Campaign".

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata kiraan 48 jam itu bermula pada masa pengesahan melalui telefon pembelian sehingga percubaan pertama penghantaran.

"Dengan pertumbuhan dua angka yang meningkat kukuh dan pelaburan baru-baru ini daripada AB Kinnevik, JP Morgan, dan Tengelmann, kami percaya dengan usaha menaik taraf perkhidmatan kami dapat memberi kembali dengan lebih lagi kepada pengguna," kata pengasas bersama dan Pengarah Urusan Lazada.my Dr Mahmoud Fouz.

Lazada.my menjelaskan bahawa produk yang terlibat dalam kempen berkenaan akan mudah dikenali kerana kehadiran tanda '48 jam Jaminan Penghantaran' pada thumbnail.

Menurut syarikat itu, jika penghantaran mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan, Lazada.my akan memberi pelanggan baucar tunai RM75.

"Lazada.my komited untuk menyerahkan barangan dalam tempoh 48 jam untuk pembelian prabayar yang dilakukan melalui kad kredit, pemindahan bank atau iPay88," katanya.

Berikutan beberapa siri kempen yang berjaya, seperti "12-12-12 Cyber Wednesday", "Tawaran Tahun Baharu Cina" yang sedang berlangsung dan promosi "Be my Valentine", Lazada.my merancang untuk melaksanakan kempen "48 jam jaminan penghantaran" secara jangka panjang dan sebagai bukti kualiti kepada pelanggan untuk menjadi syarikat yang memberi tumpuan kepada pelanggan.

Lazada.com.my merupakan tapak e-dagang bagi pelbagai barangan dan telah disenaraikan antara atas 100 laman web yang paling banyak dikunjungi di Malaysia oleh Alexa Rating System.

Ia turut berada di Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah