Pergh... macam mana la pemilik kilang tu boleh dapat tanah untuk memulakan operasi kilang penghasilan arang di kawasan perindustrian Gua Musang... takkan la main pacak ja kilang kat situ..... biasanya bukan mudah mana-mana syarikat nak dapat tapak dalam kawasan perindustrian...
Kena melalui banyak kerenah birokrasi... pi mohon dan isi borang dengan pihak berkuasa tempatan.. PBT akan semak kesesuaian... lulus kalu baru bayar "premium" sewaan kepada PBT... dan barulah boleh bukak dan bangunkan premis diatas tanah yang diminta... Tanah tu pon sewaan setahun-setahun...
Tambah lagi... PBT akan semak apa jenis kilang yang nak dibangunkan kat situ... bukan sesuka hati jer bukak kilang yang tak sama seperti apa yang diisi dalam borang permohonan kawasan perindustrian tue...
Lainlah kalu kilang tue berada ditanah persendirian... maka logik la kalu berlaku kilang haram tanpa lesen.... sebab susah sikit nak pantau apa yang berlaku di tanah persendirian... Huhuhu... apa ingat senang ka kalu tanpa maklumat awam nak pantau kesalahan di tanah persendirian???
Apa pun... pada pandangan gua... apa yang berlaku dalam kes ini adalah lebih kepada "paw" ... Ada la yang tak puas hati bilangan "paw" yang dapat.... atau ader "paw" yang tak dibayar secukupnya... huhuhu
Pengarah Perhutanan Kelantan Abdul Khalim Abu Samah berkata, serbuan dilakukan oleh Unit Perindustrian dan Pengusahasilan bersama Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Selatan (PHJKS) selepas menerima maklumat.
Menurutnya dalam serbuan pada 11.30 pagi itu, pihaknya menyita sebanyak 77 tanur atau dapur arang, jentera dan lebih 130 tan arang bermutu tinggi yang nilainya dianggarkan melebihi RM500,000.
Beliau berkata ketika serbuan, tiada tangkapan dilakukan kerana pihak pengurusan kilang memberikan kerjasama namun nama pengurus kilang telah dimasukkan dalam laporan polis yang dibuat oleh pihak jabatan untuk siasatan lanjut.
"Berdasarkan maklumat awal, kilang ini sudah beroperasi sejak lapan bulan lepas dan arang yang dihasilkan adalah untuk pasaran luar negara seperti Australia, Kuwait dan Turki untuk tujuan pemanasan pada musim sejuk, selain untuk pasaran tempatan juga,” katanya.
Jelasnya, kilang itu dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Enakmen Industri Berasaskan Kayu (EIBK) iaitu tiada seseorang dibenarkan menempat, mendiri, membina, mengendali, menyelenggara tanpa kebenaran (lesen) yang dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri dan ditandatangani oleh Pengarah JPNK.
No comments:
Post a Comment