VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Thursday, October 22, 2020

Lokap Dan Penjara

Gua nak citer satu la.... berkenaan Lokap dan Penjara.

Kat Malaysia nih kita ada lokap dan penjara yang pelbagai dikendalikan oleh pelbagai agensi (APMM, Kastam, Imigresen, Polis dan SPRM)

Tapi penceritaan dibawah ini adalah berkaitan dengan lokap yang dikendalikan oleh Polis dan penjara yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara.

Lokap terbahagi kepada 2 jenis

- lokap balai (yang berada di balai)

- lokap berpusat (central lock-up)

Bagi lokap balai, biasanya ianya berkapasiti kecil yang boleh menempatkan antara 2 hingga 15 orang dalam satu sel. Terdapat sesetengah balai Polis yang besar seperti di IbuPejabat Polis Daerah (IPD) mereka mempunyai beberapa sel (lebih dari dua) untuk mengasingkan suspek mengikut kategori jenayah yang dilakukan.

Suspek juvana akan diasingkan dari suspek dewasa demi untuk keselamatan.

Bagi Ibu Pejabat Polis Kontenjen biasanya mereka mempunyai lokap berpusat. Ini boleh dilihat dibandar-bandar besar seperti di Kuantan dan sebagainya. Lokap berpusat ini lebih teratur yang mempunyai banyak sel lokap yang boleh menempatkan suspek sehingga 25 orang dalam satu sel.

Namun demi keselamatan dan untuk memudahkan pemantauan serta kawalan, setiap sel lokap berpusat tidak akan dipenuhi sehingga ke tahap maksima melainkan hanya pada 10 orang suspek pada satu-satu masa.

Penjara pula hanya ada 4 jenis sel sahaja. Dan ini semua dikendalikan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

  • sel seorang (solitary confinement)
  • sel dua orang (standard)
  • sel empat orang (non-standard)
  • sel akhir (menunggu hukuman gantung)

Bagi pesalah bermasalah (ganas/tidak berdisiplin/berisiko besar) biasanya mereka akan diletakkan dalam sel seorang (solitary confinement)

Bagi majoriti pesalah, mereka akan ditempatkan dalam sel dua orang sahaja. Ini memudahkan pemantauan dan kawalan.

Bagi pesalah jenayah ringan, besar kemungkinan mereka akan ditempatkan dalam sel empat orang. Tapi ini bergantung jika penjara tersebut mempunyai sel yang sebegini. Bukan semua penjara memiliki sel empat orang. Kebanyakan penjara baru memiliki sel yang sebegini.

Bagi pesalah yang menunggu hukuman mati, mereka akan ditempatkan dalam sel akhir sementara menunggu tarikh hukuman akan dijalankan atau pengampunan diberikan oleh YDP Agong.

Ini skema lokap yang dikendalikan oleh PDRM dan penjara yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Jadi...

Berdasarkan maklumat ini, bagaimana boleh dikatakan kes Covid-19 cepat merebak di Penjara yang pada asasnya agak sukar disebabkan adanya penjarakan sosial yang sebenar. Di dewan makan atau di pusat riadah Penjara pun bukan pesalah duduk rapat-rapat sebab risiko pergaduhan amatlah tinggi.

Gua harap lu orang bandingkan ini dengan penjarakkan sosial di Sekolah yang agak lebih tidak terkawal terutamanya di sekolah rendah.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah