VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Tuesday, December 29, 2020

Dimana Silapnya Malaysia?

Tuan/Puan yang saya hormati.

Tulisan saya kali ini sebenarnya akan menjadi satu titik perbalahan diantara kita semua. Ya saya faham bahawa penulisan ini seakan mencabar puak-puak yang telah dan sedang mempromosikan kefahaman taksub dan ekstrem dalam Malaysia.

Ok. Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum (multi-racial) dan ini telah dibuktikan dengan kita melihat percampuran adat, budaya dan bahasa pelbagai kaum serta ras-ras yang ada didalamnya. Contoh di Kuala Lumpur, kita boleh temui 1 Dunia. Ada semua bangsa (mungkin bangsa Inuit Eskimo sahaja yang tiada) ada... 

Oleh itu sistem pendidikan kita sewajarnya menjadi satu penghubung yang baik bagi semua kaum dan bangsa ini. Disini saya melihat bahawa kita perlukan satu bentu sistem pendidikan yang berteraskan pelbagai kaum. Untuk itu wajarlah sistem pendidikan rendah dan menengah kita diubah menjadi satu sistem yang telus (transparent) bagi membentuk sebuah sistem negara bangsa.

Ada baiknya saya menamakan sistem persekolahan yang baharu ini dengan nama "Sekolah Malaysia" dimana di peringkat rendah kita namakan sebagai "Sekolah Rendah Malaysia" manakala di peringkat menengah kita namakan dengan "Sekolah Menengah Malaysia".

Apa yang boleh kita ketengahkan dalam usaha membentuk sistem "Sekolah Malaysia" ini.

Antaranya, kita mestilah memastikan semua sekolah selain "Sekolah Malaysia" ini ditutup sepenuhnya dan ditukarkan kepada sistem "Sekolah Malaysia". Sepatutnya tiada lagi sekolah vernakular, sekolah agama dan sekolah pondok. Semuanya jadi satu sistem sahaja. Dan juga sistem "personal home school" serta swasta ditarikbalik pengesahannya. Kita tidak boleh ada macam-macam sistem yang tidak piawai.

Semua guru-guru dan tenaga pengajar (aliran akademik atau aliran agama) pelu dilatih, diuji dan ditauliahkan untuk menjadi pendidik. Tiada lagi jalan pintas (shortcut). Tiada lagi pilihan. Mana-mana guru atau tenaga pengajar yang tidak bertauliah didapati mengajar boleh diambil tindakan keras seperti denda dan penjara. Tak kisah la nak mengajar secara persendirian, mereka perlu dapat tauliah mengajar dan mesti pernah dilatih di Maktab/Kolej Perguruan.

Sesi persekolahan kita perpanjangkan dengan sesi sebelah pagi adalah sesi "Sekolah Malaysia" yang piawai. Sesi persekolahan sebelah petang pula adalah sesi pilihan (Sesi Agama, Sesi Kaum/Bangsa). Mana-mana pelajar diwajibkan memilih semua sesi petang ini. Dalam sesi Agama Islam misalnya, pelajaran tentang Syariah, perbankan Islamik, hafazan Al Quran, ilmu Hadith, Bahasa Arab dan yang berkaitan adalah diwajibkan kepada semua pelajar beragama Islam.

Begitu juga sebaliknya bagi agama lain mengikut kesesuaian. Bagi sesi Kaum/Bangsa pula, sesi persekolahan sebelah petang dijadikan tempat untuk mencanai bangsa dan kaum dari segi bahasa, tulisan malah budaya dengan lebih mendalam. Diwajibkan kepada semua mengikut etnik mereka. Namun dalam sesi waktu pagi semua elemen kaum dan bangsa juga ada diterapkan kepada semua pelajar supaya mereka peka dengan keberadaan dan kesamaan sesama warganegara.

Matapelajaran teras yang bukan sahaja wajib lulus dalam peperiksaan bertulis tetapi termasuk juga peperiksaan lisan adalah Matapelajaran Kenegaraan/Patriotisma/Sivik. Ini perlu jadi teras paling utama bagi semua pelajar. Dan ianya juga adalah satu syarat penting untuk melayakkan pelajar menyambung pelajaran di peringkat tinggi seperti di IPTA/IPTS.

Malah ianya wajar kekal sebagai satu matapelajaran utama di sepanjang tempoh belajar di IPTA/IPTS. Semua semester perlu ada matapelajaran Kenegaraan/Patriotisma/Sivik ini. Dan syarat untuk memperolehi Sijil, Diploma, Masters dan Doktor Falsafah mestilah lulus peringkat kepujian bagi matapelajaran ini.

Tidak dinafikan kepentingan program "Khidmat Negara" yang kita perlu ubah konsep perlaksanaannya supaya rakyat lebih boleh bercampur gaul dengan baik dan bijak. Kita perlu jadinya mandatori kepada semua rakyat tanpa mengira status sosial atau agama. Ianya wajib. 

Mereka boleh pilih waktu bila mereka hendak ambil program "Khidmat Negara" ini (dari umur 18 tahun sampai umur 30 tahun). Mana-mana orang yang tidak mahu ambil program ini, Kerajaan Malaysia boleh menggantung (atau boleh membatalkan jika tetap engkar tidak mahu sertai selepas berumur 30 tahun) taraf kerakyatan pelaku tersebut. 

Dengan cara ini kita akan dapat melahirkan bangsa yang bermaruah, bijak bernegara dan patriotik kepada Malaysia. Ini penting jika kita nak kekalkan kestabilan dan keamanan di Malaysia.

Walau siapa pun anda, walau apa pun pilihan kecenderungan politik dan agama anda. Malaysia perlu diutamakan. Perlembagaan Malaysia perlu menjadi yang utama diantara yang utama. 

Maju dan Makmurlah Malaysia Negara Berdaulat



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah