VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Tentera. Show all posts
Showing posts with label Tentera. Show all posts

Sunday, December 1, 2024

Adakah China berpotensi kalahkan US dalam perang ekonomi?

Sebenarnya... China belum teruji kekuatannya dari segi peperangan secara besar-besaran. Memang dah lama China bersedia dengan kelangkapan perangnya.. Tapi pada gua ianya masih lagi tempang berbanding dengan kelengkapan yang ada pada US dan sekutunya...

Namun begitu China tidaklah lemah seperti yang dijangkakan. Maybe depa boleh mengalahkan US dan sekutunya dengan mudah jer... Huhuhu...

Apa pandangan korang??

Wednesday, April 12, 2023

Memang Sesuai Untuk Malaysia

Ini pandangan gua... pandangan peribadi...

Malaysia perlukan 5 benda jer untuk mengawal keselamatan negara pada keseluruhannya... disamping unit-unit dan perolehan yang sememangnya kita dah ada...

1. Malaysia perlukan drone peninjau jarak jauh dan sederhana.. Drone ini mesti boleh diaturgerak secepat satu jam sahaja dimana-mana ruang udara Malaysia... Dan drone ini mestilah boleh diterbangkan sekurang-kurangnya 24 jam.... Serta Drone peninjau ini juga dilengkapkan dengan peluru berpandu BVR dan Hellfire..  Communication antara command centre dengan drone menggunakan transponder dalam Satelit Measat (Binariang).. Kita kena ada 4 stesen Drone nih... satu di Sabah, satu di Sarawak, satu di Utara Semenanjung dan satu di Selatan Semenanjung. Setiap satu stesen perlu ada sekurang-kurangnya 5 Drone.

2. Malaysia mesti melengkapkan beberapa lokasi strategik dengan sistem Radar dan Peluru Berpandu Darat ke Udara dari jarak sederhana (MERAD) dan dekat (SHORAD).. Beberapa bateri sistem pertahanan peluru berpandu dan radar ini mesti diletakkan dipulau-pulau yang kita kuasai di Laut China Selatan (terutamanya di Spratly) dan di Pulau Gaya. Kesemua bateri ini perlulah dilengkapi dengan sistem pertahanan diri dari jenis meriam Oerlikon 30mm.

3. Kita perlukan Fast Attack Vessel (berkelajuan 60 hingga 80 knot) yang lengkap bersenjata meriam 20mm, mesingan berat 12.7mm dan sistem pelancar torpedo. Setiap bot ini pula mesti dikendalikan dengan seramai 5 hingga 7 anggota dan dilengkapi sistem peluru berpandu SAM jarak dekat macam IGLA dan sebagainya... Kita perlukan lebih kurang 50 buah Fast Attack Vessel nih untuk cover perairan kita disamping LCS dan Corvette serta Frigate yang kita memang dah ader

4. Kita perlu ada pesawat penggempur macam A-10 yang boleh diaturgerakkan pada bila-bila masa... tak perlu banyak ... 6 unit di Borneo (Sabah dan Sarawak) dan 6 unit di Semenanjung... Maybe ada orang tak bersetuju dengan pemilihan aset yang gua beritahu nih... tapi biasa la..  lain orang lain pandangan...

5. Malaysia perlukan banyak Light Tank (berat bawah 20 tan) dan Assault Armored Personnel Carrier dari jenis bertayar yang lengkap bersenjata mesingan berat berkaliber 12.7mm dan grenade launcher ... Kita juga perlu tambahkan banyak unit pelancar roket berganda (MLRS) macam Astros atau Himars yang berkemampuan melancarkan roket sejauh 160km paling kurang...

Tapi .... kalu Malaysia mampu ada macam yang Turkiye nih... best lar... memang sesuai untuk Malaysia...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Kapal Drone


Saturday, March 11, 2023

Pelan Strategik Vietnam Mengenai "Nine Dash Line"

Vietnam adalah salah satu negara yang telah terjejas oleh pertikaian wilayah ke atas Laut China Selatan, khususnya kontroversi "Nine Dash Line" yang dituntut oleh China. Sebagai tindak balas kepada ketegangan ini, Vietnam telah mengambil beberapa langkah strategik untuk melindungi kepentingan negaranya dan menegaskan tuntutan wilayahnya..


Salah satu komponen utama perancangan strategik ketenteraan Vietnam adalah untuk memodenkan angkatan tenteranya dan meningkatkan keupayaan mereka. Ini termasuk melabur dalam teknologi dan peralatan baharu, seperti kapal selam dan jet pejuang, serta meningkatkan bajet ketenteraannya untuk menyokong usaha ini.

Vietnam juga telah berusaha untuk mengukuhkan pakatan dan perkongsiannya dengan negara lain di rantau ini, termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Australia. Hubungan ini telah membantu menyediakan akses kepada Vietnam kepada teknologi dan latihan ketenteraan yang canggih, serta sokongan diplomatik dalam usahanya untuk menentang tuntutan wilayah China.

Sebagai tambahan kepada usaha ini, Vietnam juga telah mengambil sikap yang lebih tegas di Laut China Selatan, khususnya di kawasan yang dipertikaikan dalam "Nine Dash Line." Vietnam telah menjalankan latihan ketenteraan dan mengerahkan kapal tentera laut ke kawasan ini untuk melindungi tuntutan wilayahnya dan menunjukkan komitmennya untuk mempertahankan kedaulatannya.

Di sebalik usaha ini, pertikaian wilayah di Laut China Selatan masih tidak dapat diselesaikan, dan ketegangan terus membara antara Vietnam dan China. Walau bagaimanapun, perancangan strategik Vietnam dan usaha pemodenan ketenteraan telah membantu meletakkannya sebagai pemain yang lebih berkebolehan dan yakin di rantau ini, dan telah memberikannya alat yang diperlukan untuk melindungi kepentingan negaranya dan menegaskan tuntutan wilayahnya.

Memandangkan landskap geopolitik di rantau ini terus berkembang, ia masih harus dilihat bagaimana perancangan strategik ketenteraan Vietnam akan menyesuaikan dan berkembang untuk menghadapi cabaran baharu ini. Bagaimanapun, satu perkara yang pasti: keazaman Vietnam untuk melindungi kedaulatannya dan mempertahankan tuntutan wilayahnya akan kekal menjadi keutamaan utama bagi pemimpin tentera dan politik negara itu pada tahun-tahun akan datang.

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Friday, November 4, 2022

Kepentingan Sabah Dari Sudut Pandang Keselamatan Malaysia.

Kepentingan Sabah Dari Sudut Pandang Keselamatan Malaysia.

Sabah adalah salah satu dari wilayah paling penting bagi keselamatan Malaysia. Ianya berada dibahagian paling hadapan dalam konflik persempadanan serantau yang melibatkan pertembungan kuasa antara Malaysia, Filipina, Vietnam, Brunei, Indonesia dan China.

Ianya sebenarnya melibatkan kawasan kewilayahan kelautan yang terbentang di Spratly.

Pada 1978, sekumpulan jurutera Malaysia telah sampai di perairan Amboyna Cay dan meletakkan batu tanda bersebelahan dengan batu tanda milik Vietnam. Mereka berbuat begitu kerana Vietnam tidak menduduki kawasan itu secara tetap.

Namun pada 1979, Vietnam telah menduduki kawasan itu secara tetap dan membuang batu tanda milik Malaysia. Malah Vietnam siap membangunkan fasiliti ketenteraan mereka disitu.

Pada 1992... YDP Agong ketika itu (Sultan Azlan Muhibbuddin Shah) telah hadir dan merasmikan station kelautan di Pulau Layang-Layang (Swallow Reef) dan tindakan ini mencetuskan konflik diplomatik dengan Filipina dan Vietnam, namun YDP Agong tetap juga hadir. Tindakan ini mengesahkan kedaulatan Malaysia di kawasan ini.

Memanaskan suasana pada 1994 Najib Razak selaku Menteri Pertahanan pula menjejakkan kaki di Pulau Sipadan-Ligitan. Jadi panas juga ketika itu sampaikan Indonesia siap bersedia untuk berperang dengan Malaysia. Nasib baik tak berlaku apa-apa insiden.

Nak lagi menarik... disebabkan kes Lahad Datu... maka ESSZONE diujudkan... dan Skuadron TUDM di Butterworth telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Labuan. Ini termasuk Skuadron MIG29N dan Hawk 100/200. Beberapa bateri Grup Artileri Pertahan Udara juga dipersiapkan di beberapa lokasi.

Untuk mengukuhkan elemen pertahan laut, pangkalan kapal selam dibangunkan di Sepanggar untuk TLDM.

Selain Swallow Reef dan Erica Reef, kawasan terumbu dan beting pasir lain yang dituntut oleh Malaysia ialah Ardasier Reef (Terumbu Ubi), Dallas Reef (Terumbu Laya), Louisa Reef (Terumbu Semarang Barat Kecil), Marivales Reef (Terumbu Mantanani), Royal Charlotte Reef (Terumbu Semarang Barat Besar) dan Investigator Shoal (Terumbu Penyiasat).

Pulau-pulau, terumbu dan beting pasir yang dipertikaikan itu jika digabungkan akan membentuk sebahagian daripada sempadan 12 batu nautika Perairan Wilayah negara, 200 batu nautika Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan 200 batu nautika Pelantar Benua (CS) seperti yang diwartakan oleh Benua Malaysia (Peta Baharu Menunjukkan Perairan Wilayah dan Sempadan Pelantar Benua Malaysia – 1979).

Kita boleh bayangkan sejauh mana potensi ekonomi pulau-pulau yang dipertikaikan ini boleh menyumbang kepada ekonomi Malaysia, secara amnya dan Sabah, khususnya. Walau bagaimanapun, pertikaian itu, Sabah kekal sebagai penerima utama janji kekayaan Spratly, terutamanya melalui industri petroleum dan gas luar pesisir, dilihat sebagai sumber baharu kekayaan Sabah untuk beberapa tahun akan datang.

Spratly amat penting kepada keselamatan Malaysia kerana ia berfungsi sebagai pangkalan pertahanan hadapan negara di tengah Laut China Selatan. Oleh itu, Malaysia telah dan harus berterusan membina beberapa fasiliti penting seperti bangunan, stesen ketenteraan, helipad, landasan kapal terbang, jeti, limbungan pembaikan dan antena radar di semua terumbu dan beting pasir yang dimiliki. Ini penting untuk mengesahkan kedudukan dan kedaulatan Malaysia disini.

Memang risiko Malaysia kehilangan Sabah adalah mustahil. Walau bagaimanapun, dalam hubungan antarabangsa, kemustahilan adalah hanya pendapat. Ia tidak pernah menjadi fakta. Langsung tak tidak pernah. Yugoslavia mengalaminya. Kesatuan Soviet juga. Sudan pun pernah juga. Lebih dekat dengan rumah, Timor Timur (Timur Leste) tidak keberatan berkongsi cerita tentang bagaimana ia membebaskan diri dari Indonesia.

Oleh itu, walaupun dengan sebarang kemungkinan, tidak kira betapa jauh dan remehnya ia boleh dan mungkin terjadi, maka integriti struktur persekutuan Malaysia mesti kekal utuh - tidak kira apa yang diperlukan. Berapa banyak nyawa yang terpaksa digadaikan. Sesiapa sahaja yang berkemungkinan terlibat dan harapnya tidak akan ada apa yang berlaku.

Hakikat yang penting ialah geopolitik Sabah terlalu penting untuk dipandang remeh oleh Malaysia sama ada untuk hubungan antarabangsa rantau ini dan pada tahap yang lebih besar, untuk dunia.

Akhir kata, Filipina tidak pernah secara rasmi menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Ingat?

*** Sedikit Pandangan.

Apa kata kita rakyat Malaysia nih membuat satu Crowd Fund untuk kumpul dana bagi membangunkan fasiliti milik Malaysia (bangunan atau stesen) tambahan di semua pulau, terumbu dan beting pasir yang berada dalam wilayah kelautan kita. Amacam?

Dan kita boleh sediakan dana untuk tempatkan RIMAU disini... Unit Kontraktor Keselamatan tempatan.



Kontraktor Keselamatan Malaysia




Saturday, July 10, 2021

Bila Jeneral ATM Kritik Pengurusan Covid-19 Malaysia

'Perang Covid 19 sengit sebab kurang penyelarasan, lambat bertindak' kata Jeneral ATM

Sebenarnya gua dah lama nak kata macam ni... tapi kalu gua kata camnie.. mesti ader yang akan marah kononnya nak suruh Tentera ambil alih semua proses dan nak jadikan Malaysia dibawah pemerintahan Tentera.

Ramai kawan-kawan yang biasa berhubung dengan gua tahu pandangan gua bab ini. Dan ini memang selalu gua utarakan..

Tapi iya lah... biarlah ATM sendiri yang cakap... Hahaha

#TenteraMengawal #KerajaanGagal #PentingDiri

Saturday, December 19, 2020

TLDM Lakar Sejarah Lantik Anggota Wanita Sebagai Laksamana Pertama

Pergh...

Ini memang jadi sejarah... Sepanjang 86 tahun TLDM diujudkan... inilah kali pertama anggota wanita dalam perkhidmatan TLDM dinaikkan pangkat menjadi Laksamana Pertama. Satu level yang agak tinggi yang dahulunya hanya anggota lelaki sahaja yang dapat menggapainya.

Terbaiklah...



Rohana, 57, antara empat pegawai kanan dinaikkan pangkat dalam majlis disempurnakan Panglima TLDM Mohd Reza Mohd Sany di KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak.

Mohd Reza berkata, pemilihan Rohana membuktikan kemampuan serta kredibiliti wanita itu diiktiraf pengurusan tertinggi TLDM selain sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kemampuannya selama 36 tahun berkhidmat.

“Beliau memegang jawatan pengarah kanan materiel di markas TLDM dan juga asisten ketua staf (AKS) J4 (Logistik) di Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) secara tidak langsung meletakkan dirinya berdiri sama tinggi bersama barisan tertinggi kumpulan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) yang sebelum ini dipelopori lelaki,” katanya selepas majlis pemakaian pangkat pegawai kanan TLDM itu.

Rohana, ibu kepada empat anak berasal dari Tanjong Karang, Selangor mula menyertai TLDM pada 20 Dis 1984 ditauliah sebagai Lt Muda TLDM cawangan bekalan dan urusetia pada 6 Dis 1986.

Kerjaya beliau sebagai pegawai berkepakaran bekalan dan urusetia bermula pada 1988 dengan jawatan pertama sebagai pegawai kawalan rumah stor di depot besar bekalan TLDM.

Rohana memegang beberapa jawatan penting antaranya pegawai memerintah KD Sultan Abdul Aziz Shah; pegawai staf 1 hal ehwal wanita Angkatan Tentera Malaysia dan pegawai memerintah depot bantuan barat.

Beliau turut bertanggungjawab terhadap keperluan perolehan aset penting dalam menentukan Op Benteng dapat dilaksana lebih efisien.

Sementara itu, Rohana berkata selama beliau berkhidmat dalam TLDM ini merupakan satu pengiktirafan besar buat dirinya.

“Saya harap ada ramai lagi calon wanita dapat ikut jejak langkah saya. Ruang sememangya tersedia buat wanita dalam TLDM ini untuk berkembang,” katanya.

Monday, September 23, 2013

Karutnya Perkhidmatan Kerajaan Malaysia

Teruknya. Tidak mungkin sebegini teruk masalah yang dihadapi. Dimana letaknya mutu perkhidmatan awam?

GEMAS – “Sudah 15 tahun saya berusaha untuk memperoleh pengesahan perkhidmatan di sebuah sekolah rendah di Gemencheh sebelum berkhidmat sebagai tentera pada 1979, namun hingga ke hari ini penantian saya seolah-olah tidak berkesudahan,” luah pesara tentera, Bahari Bujal, 56, ketika ditemui di kediamannya di Gemas Indah, dekat sini.

Bahari berkata, sejak 1997, dia sudah berusaha untuk mendapatkan pengesahan perkhidmatannya dari 1 Februari 1978 hingga pertengahan 1979 di Sekolah Rendah Pusat Gemencheh Lama yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, Gemencheh.

Bagaimanapun menurutnya, permohonan pengesahan perkhidmatannya itu tidak berhasil sehingga dia cukup berkhidmat selama 21 tahun dengan Kementerian Pertahanan dan bersara pada 30 November 2000.

“Sebelum bersara saya sudah pergi ke sekolah berkenaan untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan saya, namun pihak sekolah menyatakan maklumat saya berada di jabatan.

"Saya tak berputus asa dan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan tetapi jabatan memaklumkan data saya tiada serta saya boleh menyemak di Arkib Negara," katanya.

Bahari berkata, selepas itu, dia pergi ke Arkib Negara dan dimaklumkan sekiranya belum bersara segala maklumat berada di jabatan.

"Sudah penat saya naik turun jabatan serta agensi selama lebih 10 tahun, akhirnya saya ketengahkan permohonan rasmi kepada Pejabat Perdana Menteri Malaysia pada tahun lalu dan buku perkhidmatan yang dipohon saya itu baru dikeluarkan," katanya.

Katanya, walaupun buku perkhidmatan berkenaan dikeluarkan, pihak yang bertanggungjawab tidak mengisi dengan lengkap dan tarikh dia meninggalkan perkhidmatan di sekolah untuk menjalani latihan ketenteraan.

Menurutnya, susulan maklumat yang tidak lengkap dan namanya juga dieja salah menjadi 'Baharin'.

"Saya sudah bertanyakan kepada pihak berkaitan, namun hampa apabila mereka bersikap tolak menolak susulan tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab.

“Bila saya hubungi, mereka suruh datang ke pejabat. Bila datang mereka rujuk saya ke pihak lain. Sudahnya lebih 15 tahun saya berhadapan dengan masalah sama sedangkan Jabatan Hal Ehwal Veteran hanya menunggu pengesahan untuk menguruskan tempoh perkhidmatan saya selama hampir 23 tahun," katanya.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah