VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Skandal. Show all posts
Showing posts with label Skandal. Show all posts

Wednesday, February 26, 2025

Adoilah ... IMDB nih

1MDB Batalkan Pertuduhan Terhadap Riza Aziz

Hangpa bayangkan la... ini punya kes pon boleh lepas... huhuhuh

Tuesday, November 28, 2023

Mydin Silap .... Patut Ambil Teega

Kah Kah Kah....

Mydin nih memang trending lar.... bijak mengambil peluang...  Kah Kah Kah



Thursday, September 14, 2023

Hanya Kerana Gedebe

Kes ini simple...

Si mati adalah pegawai pendidikan daerah.... Suspek pula katanya adalah suami kepada perempuan yang dikatakan berskandal dengan si mati...

Benda boleh berbincang .... tapi pasai amarah dan sikap gedebe... jadi kes bunuh ...

Silap-silap kena hukum gantung.... Yang confirm sekarang nih jel...

Dan Perempuan lepas tu kawin lain...

Selesai.....

Soalan : Mesti ada yang bawak citer kepada suspek nih... siapa yang hasut? Syaitan?

Clear cut punya case... senang dalam proses perbicaraan ....



Wednesday, January 11, 2023

Mahkamah Arahkan Yusoff Rawther Beri Bukti Penuh Kes Di Liwat Anwar Ibrahim.

Mahkamah Arahkan Yusoff Rawther Beri Bukti Penuh Kes Di Liwat Anwar Ibrahim.

Semua bukti termasuklah mesej, gambar atau audio perlu diberikan kepada Mahkamah untuk proses pengesahan dan pembuktian.

Mahkamah arah Yusoff dedah mesej kepada Anwar

#YusoffRawther #AnwarIbrahim #Liwat #Skandal #Mahkamah #Bukti #Perbicaraan #Jenayah #PM10 #JenayahLiwat
#react #reaction #reactionvideos #newsreaction #reaksi
#khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD 

Saturday, December 10, 2022

Ada Berani Ka Walanon Dan Bangsa Slurpp Nak Bising?

Kah Kah Kah...

Projek Kapal LCS sebanyak 6 bijik nih kalu ikut ceritanya dah abis bayar... Tapi haram satu pon tak siap... Tempohari bukan main Walanon dan Bangsa Slurpp dok bantai BN dan UMNO pasai benda nih... dok tibai Hishamuddin Hussein.. dok tibai Dr Latif ... Malah semua Walanon dan Bangsa Slurpp nih teruja dengan pembantaian ini dengan sokongan dari Rafizi Ramli...

Kah Kah Kah...

Sekarang apa cerita?? Senyap saja ka? Tak nak sambung pembantaian dan penyelongkaran lagi ka?? 

Takkan la sebab dah sekapal... sebantal... sekelambu... malah sekedudukan.... takkan la tabrani nak teruskan bawak isu skandal Kapal LCS nih... takkan la kot?? Hahaha.... patut lagi galak la... kan kan kan..

Hahaha.... Ada berani ka Walanon dan Bangsa Slurpp nak bising??

Kos tambahan nak siapkan Projek LCS nih nak cekau duit mana?? Sapa nak taja? Sapa nak sponsor? Lubuk mana nak kena korek nih??  Menteri Pertahanan Mohamad Hasan ader kata camnie hari nih... Ayat "tiada guna cerita perkara lepas" tue kira macam mana?? Tutup kes ka?? Hahaha

“Saya akan mendapatkan taklimat (LCS) berkenaan daripada pihak berkaitan agar saya boleh benar-benar melihat latar belakang dan apa isunya.

“Kita akan pastikan supaya kapal-kapal (LCS) ini dibina, tiada guna cerita perkara lepas. Yang penting, kerana (LCS) ini merupakan aset strategik bagi ATM (Angkatan Tentera Malaysia),”



Saturday, July 17, 2021

Drama tipu paling hebat!

Drama tipu paling hebat!

Jangan kata di luar negara ada drama tipu paling hebat. Di Malaysia pun ada banyak drama tipu hebat... Hahaha... Cukup banyak ... dar sekecil-kecil penipuan jalanan... sampailah penipuan level tinggi melibatkan ratusan juta dan bilion ringgit.

Itulah Malaysia... Darul Scam ... penuh dengan scammer. Nak harapkan SPRM? Hahaha... siap ada yang lolos dari pejabat SPRM ada la.... hahaha .... lawak... Drama tipu paling hebat nih memang klasik... dan itu yang menjadikan suspek penipu itu lejen... Hahaha... memang lejen

Itu belum masuk drama tipu yang dibuat oleh golongan berserban dan berlebai atas label agama.. Hahaha... Tipu Haji la... Tipu Umrah la.. Tipu Kurban / Qurban lah... Tipu Air ZamZam la.. segala macam mak nenek penipuan berasaskan agama. Hahahaha

#DramaTipu #TipuHaji #TipuQurban

Thursday, December 17, 2020

RM6.083 Bilion Telah Dibayar, Barang Tak Sampai?

Gila aaa.

Duit dah dibayar sebanyak RM6.083 Bilion... tapi satu barang pon tak sampai... Kontrak harga barangan tue aderlah RM9 bilion.... Maybe PosLaju atau GDEX lambat nak antar barang kot... Hahaha....

Duit rakyat tue bhai.... Order 6 bijik kapal LCS ... satu pon tak dapat.... harga macam lahanat punya la mahal... barang tak siap... Bangang ker aper bayar dah sampai banyak tu....

Ini kalu kat China... sure ader yang dah mampos kena tembak sebab khianat kepada negara.... huhuhu

Berita : Kapal tak sampai: PAC akan panggil Zahid Hamidi



Tuesday, April 7, 2015

9M-1GB : Makin Misteri Cerita Nahas Ini

Allah Taala jua lah yang menentukan segalanya. DIA yang memperlihatkan sesuatu. Dia yang menguasai sesuatu. Yang pasti ada sesuatu yang Allah Taala takdirkan kita semua tahu. Jika tidak berlaku nahas ini, mungkin sampai bila-bila kita tidak tahu.

Semalam saya membawa persoalan ini dan ianya tiada jawapan tuntas dari mana-mana pihak berkuasa. Jika wanita ini bekerja di Malaysia, siapa majikannya. Jika ada majikan, bagaimana tiada seorang pun wakil dari majikannya tampil untuk pengecaman mahupun membawa waris. Ini menunjukkan ada sesuatu yang rahsia dan misteri dalam cerita insiden nahas ini. Apa kaitan Aidana Baizeiva dengan mana-mana individu dalam nahas ini. Atau adakah Aidana Baizeiva mempunyai kaitan dengan keluarga Najib Razak.

Pening saya memikirkannya. Nampaknya Malaysia makin banyak terlibat di Asia Tengah dan Eropah seperti di Krygyztan, Kazakhstan, Mongolia, Ukraine. Adakah ianya melibatkan pemerolehan senjata? Adakah ianya melibatkan minyak mentah? Adakah ianya melibatkan elemen komisyen dan rasuah? Hanya Allah Taala dan pelaku sahaja yang tahu.


KUALA LUMPUR - Mayat dua mangsa kemalangan helikopter di Semenyih Sabtu lepas masih belum dituntut.

Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL), sehingga jam 6 petang hari ini, pihak pengurusan belum menerima laporan tentang kehadiran waris terdekat mangsa bagi menjalankan proses pengecaman dan penuntutan mayat.

Katanya, wakil dari Kedutaan Kyrgyzstan hadir kira-kira pukul 10.30 pagi di bilik mayat HKL bagi membantu siasatan ke atas satu daripada mayat berkenaan, seorang wanita yang disebut sebagai 'pembantu operasi' dari negara berkenaan.

"Bagaimanapun pihak pengurusan tidak dapat memberi sebarang pengesahan sehingga kemunculan waris terdekat dan disusuli proses bagi pengesahan mayat berkenaan," kata jurucakap itu.

Dipercayai usaha sedang dibuat bagi menghubungi waris mangsa itu.

Beliau berkata, wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat yang hadir semalam untuk proses pengecaman mayat dan dokumentasi juruterbang warga negara itu Kapten Clifford William Fournier, telah menghubungi waris mangsa.

Kedutaan AS ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberikan sebarang maklumat mengenai ketibaan waris berkenaan atas alasan privasi. - Bernama




Wednesday, March 11, 2015

Zeti Aziz Blur Mengenai Ekonomi

Kah Kah Kah. Pening kepala kita semua bilamana Gabenor Bank Negara Malaysia (Zeti Aziz) pun blur mengenai ekonomi. Tidak mungkin belian tidak tahu mengenai status kewangan negara yang kini dibelenggu hutang yang amat besar akibat dari skandal 1MDB? Bagaimana beliau boleh kekal menjadi Gabenor kalau perkara sebesar ini pun beliau tidak tahu.

Hancur negara ini.


Thursday, March 20, 2014

Insiden MH370 Membuatkan Malaysia Dipandang Hina

Kah Kah Kah. Bilalah Kerajaan Malaysia akan jadi matang. Kalau dengan media dan wartawan dalam negara bolehlah tunjuk ego. Ini wartawan dan media luar negara. Memalukan sungguh.

Kerajaan Malaysia sekali lagi menjadi perhatian media antarabangsa ekoran pengendalian situasi kecoh semasa taklimat harian kepada media berhubung perkembangan MH370 semalam.

Beberapa wartawan asing terkejut dengan situasi itu dan bingung berhubung halangan supaya waris kepada keluarga warganegara China dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu tidak bercakap dengan media.

Koresponden TV2 Denmark Benjamin Kurstein berkata, cara pihak berkuasa Malaysia menguruskan keadaan itu “amat malang”.

“Mereka ini jelas kecewa dan datang untuk luahkan kekecewaan itu... saya lihat mereka dikeluarkan daripada bilik persidangan itu.

“Tidak kira sama ada untuk melindungi mereka, atau menghentikan mereka daripada bercakap dengan akhbar, ia akan memberi imej buruk kepada Malaysia,” kata Kurstein kepada Malaysiakini semalam.

Mengingat kembali apa yang disaksikannya semalam, beliau menambah, “hampir-hampir terdapat pergaduhan antara polis dan wartawan.”

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah