VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label E-Commerce. Show all posts
Showing posts with label E-Commerce. Show all posts

Friday, February 25, 2022

Cubaan Scam Guna Carousell

Nampaknya ada orang nak cuba scam gua guna Carousell. Scammer nih nak scam gua. Ini memang lawak. Dia ingat gua bodoh. Nak bayar pakai CASH ... sedangkan Cash Deposit Machine ada berlambak sana sini. Dia nak cuba jadi scammer.

Tak beragak pun nak scam gua. Adoilah scammer Carousell nih ... cek la dulu sapa bakal mangsa lu.

#Carousell #SCAM #Scammer #CubaanScam #Maybank #CashDepositMachine #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Sokong saya dengan cara SUBSCRIBE channel YouTube ini

Monday, July 5, 2021

ID Digital Kebangsaan (NDID)

NDID (National Digital ID) nampaknya sedang berapa pada landasan yang betul. Kita harapkan ianya boleh menjadi satu tambahan bagi pengesahan pembeli dan penjual dalam e-dagang (e-commerce).

Tapi kita amat berharap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dapat melaksanakannya dengan cermat, teratur dan selamat (secure).

#NDID #JPN #MyKAD

Monday, December 21, 2020

Lesen Bank Digital Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) nampaknya sudah bersedia untuk mengeluarkan tender untuk lima (5) lesen bank digital Malaysia kepada syarikat / konsortium yang berminat pada 2021

Antara syarat yang ditetapkan oleh BNM adalah penender mestilah
  • Mempunyai kewangan tunai yang kukuh
  • Mempunyai kemampuan prasarana teknologi
  • Mempunyai kemampuan keselamatan yang termaju
  • Mempunyai kemampuan beroperasi secara kendiri
Jadi... banyak pihak nampaknya berminat untuk terlibat dan memiliki lesen bank digital ini... Khabarnya ada pihak asing pun akan bekerjasama dengan pihak tempatan secara konsortium bagi lesen bank digital ini.

Gua dengar... pihak yang terlibat dengan payment gateway, payment processing, e-commerce platform dan e-wallet sedang dalam proses perbincangan.... ini belum lagi termasuk dengan pihak telekomunikasi dan ISP.. Malah pihak Koperasi macam ANGKASA pun berminat dengan lesen bank digital ni nampaknya..

Semoga dengan adanya lesen bank digital ni... maka urusniaga perbankan berteknologi tinggi akan dapat beroperasi dengan jayanya di Malaysia yang akhirnya akan melonjakkan lagi ekonomi dan peluang pekerjaan di Malaysia.

Harapnya lah...



Friday, February 15, 2013

Lazada Jamin Hantar Dalam 48 Jam

KUALA LUMPUR - Lazada.my, peniagaan dalam talian yang berkembang pantas di Malaysia, memberi jaminan penghantaran produk dalam masa dua hari perniagaan di kawasan Lembah Klang melalui kempen, "Lazada’s Promise Campaign".

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata kiraan 48 jam itu bermula pada masa pengesahan melalui telefon pembelian sehingga percubaan pertama penghantaran.

"Dengan pertumbuhan dua angka yang meningkat kukuh dan pelaburan baru-baru ini daripada AB Kinnevik, JP Morgan, dan Tengelmann, kami percaya dengan usaha menaik taraf perkhidmatan kami dapat memberi kembali dengan lebih lagi kepada pengguna," kata pengasas bersama dan Pengarah Urusan Lazada.my Dr Mahmoud Fouz.

Lazada.my menjelaskan bahawa produk yang terlibat dalam kempen berkenaan akan mudah dikenali kerana kehadiran tanda '48 jam Jaminan Penghantaran' pada thumbnail.

Menurut syarikat itu, jika penghantaran mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan, Lazada.my akan memberi pelanggan baucar tunai RM75.

"Lazada.my komited untuk menyerahkan barangan dalam tempoh 48 jam untuk pembelian prabayar yang dilakukan melalui kad kredit, pemindahan bank atau iPay88," katanya.

Berikutan beberapa siri kempen yang berjaya, seperti "12-12-12 Cyber Wednesday", "Tawaran Tahun Baharu Cina" yang sedang berlangsung dan promosi "Be my Valentine", Lazada.my merancang untuk melaksanakan kempen "48 jam jaminan penghantaran" secara jangka panjang dan sebagai bukti kualiti kepada pelanggan untuk menjadi syarikat yang memberi tumpuan kepada pelanggan.

Lazada.com.my merupakan tapak e-dagang bagi pelbagai barangan dan telah disenaraikan antara atas 100 laman web yang paling banyak dikunjungi di Malaysia oleh Alexa Rating System.

Ia turut berada di Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah