VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Monday, December 21, 2020

Lesen Bank Digital Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) nampaknya sudah bersedia untuk mengeluarkan tender untuk lima (5) lesen bank digital Malaysia kepada syarikat / konsortium yang berminat pada 2021

Antara syarat yang ditetapkan oleh BNM adalah penender mestilah
  • Mempunyai kewangan tunai yang kukuh
  • Mempunyai kemampuan prasarana teknologi
  • Mempunyai kemampuan keselamatan yang termaju
  • Mempunyai kemampuan beroperasi secara kendiri
Jadi... banyak pihak nampaknya berminat untuk terlibat dan memiliki lesen bank digital ini... Khabarnya ada pihak asing pun akan bekerjasama dengan pihak tempatan secara konsortium bagi lesen bank digital ini.

Gua dengar... pihak yang terlibat dengan payment gateway, payment processing, e-commerce platform dan e-wallet sedang dalam proses perbincangan.... ini belum lagi termasuk dengan pihak telekomunikasi dan ISP.. Malah pihak Koperasi macam ANGKASA pun berminat dengan lesen bank digital ni nampaknya..

Semoga dengan adanya lesen bank digital ni... maka urusniaga perbankan berteknologi tinggi akan dapat beroperasi dengan jayanya di Malaysia yang akhirnya akan melonjakkan lagi ekonomi dan peluang pekerjaan di Malaysia.

Harapnya lah...



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah