VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Saturday, January 30, 2021

Sembang Boleh La KPN Ooi..

Ketua Polis Negara (KPN) kata sudah tiba masa naikkan nilai kompaun ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negara ini.

Anggota PDRM telah diarahkan untuk mengeluarkan saman kepada mereka yang ingkar tanpa memberi ruang dilepaskan dengan amaran.

Tapi pada gua... ini semua setakat sembang bagi bimbang ja... sembang nak takutkan rakyat marhaen mustad'afin... yang mudah digertak dan dibuli.... malah senang gak nak paw...

Walhal biler kes bersangkutan dengan VIP, Kayangan dan Dewa serta orang politik kerajaan... langsung tak berani nak kutip, saman atau denda... Kalu pun ader kes setelah viral oleh netizen.... abis kuat kena denda siap ader diskaun... ataupun amaran jer...

KPN mana ader berani nak tangkap dan lokap VIP semua nih kalu engkar SOP ..... memang tak berani ja... KPN kena buktikan yang KPN berani... barulah rakyat percaya... setakat sembang.... mamak kedai roti canai pon boleh sembang...

So ada brani ka KPN? Tangkap dan dakwa dulu Annuar Musa... gambar dier dah viral... buktikan yang itu dulu...



Betapa Karutnya Sistem APDM Dan KWAPM

Kecoh hari nih cikgu-cikgu susah nak update data Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) sebab banyak ibubapa yang letak status "tidak bekerja" dalam sistem APDM.



Masalahnya.... Kalu ibu bapa buat pilihan status "tidak bekerja" nih dalam APDM ... dan secara otomatik pada ruangan Pendapatan kenalah tick "Tiada Pendapatan/Tidak Bekerja" ...  dan takkan la nak letak ader nilai kat situe... betul dak...??

Tapi...

Kalu tak letak nilai dalam ruangan pendapatan.... maka sistem KWAPM takkan dapat baca data tue... 

Aper ke bodoh sistem yang nak link data tue... dah tick "Tiada Pendapatan/Tidak Bekerja" ... mestila terpaksa tak isi ruangan RM tue...

Adoilah....

Friday, January 29, 2021

Belasungkawa Nunuk Nuraini, Mi Goreng Indomie

Nunuk Nuraini, wanita di belakang "Mi goreng" dan beberapa rasa paling terkenal dari jenama makanan Indonesia Indomie, meninggal pada usia 59 tahun pada 27 Januari.

"Ibu Hajjah Nunuk Nuraini telah meninggal dunia dan kembali dengan damai kepada Tuhan," kata Indofood, syarikat yang menghasilkan Indomie, seperti di akhbar Indonesia Kompas melalui Mothership awal hari ini, 29 Januari. Punca kematiannya tidak diungkap.

Pemergian Nuraini kini disedihkan oleh ribuan peminat jenama klasik Indonesia ketika mereka memberi penghormatan kepada pengurus pengembangan rasa Indomie.

Pertama, pengguna Twitter dengan pegangan @gustirapi menyatakan bahawa karya Nuraini di Indomie meletakkan Indonesia di peta untuk menjadikan "produk terbaik mereka setakat ini."

"Indonesia seharusnya menjadi negara paling membanggakan sejak sekian lama untuk memuji Indomie sebagai produk terbaik mereka hingga kini," katanya dalam tweet pada awal Januari.

Setelah kematian Nuraini, dia menambahkan di laman Twitter: “[Kami] kehilangan Puan Nunuk Nuraini, pembangun rasa genius mi segera yang digemari orang 'Indomie' hari ini. semoga jiwanya tetap cinta dan warisannya pasti akan kekal. anda benar-benar legenda bagi orang Indonesia. "

Selain Mi goreng, Nuraini bertanggungjawab untuk rasa lain seperti Soto, Rendang, Kari Ayam dan Sambal Matah. Dia bekerja di Indomie selama hampir 30 tahun, menurut laporan itu.

Indomie pertama kali melancarkan mi instan berperisa ayam pada tahun 1971. Pada tahun 1982, ia mengeluarkan varian mi kering pertama, Mi goreng, kata syarikat itu di laman webnya.

Sekarang paling terkenal dengan Mi goreng atau rasa mi goreng, Indomie telah menjadi hidangan utama bukan sahaja di Asia Tenggara, tetapi juga di negara-negara lain seperti Australia dan Nigeria



Wednesday, January 27, 2021

Kegilaan Yang Sedang Memutik

Adoilah...

Satu demi satu... sikap ektremis .. sikap taksub melampau nih bukan terhad kepada orang Islam ja bhai... betul.. banyak sangat kita dipotretkan dengan imej jihadist yang ntah apa-apa... yang tatau apa makna jihad.... aper makna tentera Allah Taala... 

Tapi sikap ektremis ... sikap taksub nih juga terdapat dalam banyak agama, bangsa dan budaya...

Kalu kita semak sejarah ekstremis yang ader di dunia nih... rata-rata semuanya disebabkan satu punca jer... satu sebab...  iaitu ader celaka @ bangsat yang dok mengapi-apikan .... yang dok menghasut..  yang dok gunakan macam-macam elemen untuk melakukan huru hara...

Celaka dan bangsat nih la yang patut kita semua carik dan benteras....

Biasanya ianya sama ader orang politik atau orang agama.... jarang terlibat benda-benda camnie adalah kapitalis.... jadi... memang celaka diorang nih semua...

So... apa yang terjadi di Singapura tu sebenarnya baru peringkat pertama... awal-awal lagi team keselamatan diorang cantas....  jangan terkejut kalu diorang letak kes ni dibawah ISA... Internal Security Act.... Akta Keselamatan Dalam Negeri ... Akta yang sama macam di Malaysia dan di India....

Aper??? ingat agensi risikan Singapura cap ayam ka??? Diorang punya ISD dan SID pun cekap gak.... setara gak ngan yang kita punya... (takkan la gua nak kata kita punya cap ayam sedangkan gua pernah sebahagian daripadanya) .... hahahaha

So... terbaek la cantas awal sebelum membiak... kutip dan senyapkan je kalu perlu..




Open Universiti Pun Gagal Laksanakan PdPR

Isu PdPR Di Malaysia

Camnie la.... macam-macam pandangan dan luahan yang telah dikemukakan untuk membicarakan mengenai PdPR di Malaysia.

Tapi ramai yang terlupa. Terlupa tentang perkara asas paling penting iaitu tahap kebolehterimaan pelajar yang berbeda.

Puluhan tahun Universiti kita di Malaysia mengadaptasikan program Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ). Seingat gua, masa gua ader buat research di USM Tronoh sekitar 1995-1996, sudah ader program PJJ ini dilaksanakan.

Masa itu pelajar PJJ akan hadir di cawangan yang ditetapkan dan akan belajar secara “Video Conferencing” menggunakan sambungan VSAT.  Bayangkanlah ... dengan sistem PJJ ini pun kadar keberkesanan pembelajaran masih boleh dipertikaikan walaupun ianya dilaksanakan pada pelajar yang berpendidikan tinggi dan lebih matang.

Selepas itu kita di Malaysia pula diperkenalkan dengan konsep Universiti Terbuka (Open University) yang juga mengadaptasikan konsep pembelajaran jarak jauh (PJJ) dan pembelajaran kendiri.  Ini juga adalah sebenarnya konsep Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR) juga walaupun sedikit berbeza. Namun asasnya tetap sama.

Bayangkan Open University juga gagal sebenarnya untuk melaksanakan PdPR walaupun menggunakan sistem “Learning Management System” (LMS) seperti Moodle dan sebagainya sama ada yang dibangunkan sendiri atau yang dibeli secara tersedia.

Jika pelajar yang dewasa dan matang seperti yang telah berada di peringkat pengajian tinggi pun agak susah nak belajar secara PdPR, bagaimana pula pelajar di peringkat menengah dan rendah.

Paling kritikal adalah bagaimana nak kendalikan pembelajaran dan pengajaran dari rumah bagi pelajar di peringjat rendah dan prasekolah. Ini satu cabaran yang agak besar. Sembang-sembang sana sini berkenaan isu ini pun hanya sekadar dipermukaan sahaja.

Sebelum pihak-pihak pemegang taruh ini semua nak kritik atau kutuk bagai, sila dalami juga perangai anak-anak anda sendiri. Kalau anda sendiri juga gagal nak kawal pendidikan anak-anak anda di rumah... bagaimana pula pihak guru nak kawal pelajar secara atas talian. Bayangkanlah.

Lain orang lain tahap pemahamannya. Lain juga cara dia berfikir dan berinteraksi. Kematangan pun satu hal lah jugak.

Apa pun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah memperkenalkan dan mengadaptasikan sistem DELIMA sebagai sebahagian dari PdPR.

Moga dengan adanya pengalaman dari impak PKP akibat dari wabak Covid-19, kita dapat membentuk sistem PdPR yang lebih mantap untuk meneruskan cabaran pendidikan abad ke 21 ini.

Mahu tak mahu, kita mesti berusaha untuk menukar sistem penbelajaran di Malaysia kepada campuran sistem konvesional dan digital agar kita kekal berada di hadapan.



Tuesday, January 26, 2021

PAS Pandai Ke Buat Kajiselidik Dan Statistik?

Gua gelak biler baca status seperti yang tertera dibawah nih...


Soalan utama gua.... 

Berapa besar test bed data yang diorang gunakan untuk cerakinkan keputusan nih?? Berapa ramaikah responden yang dikaji dan ditemuramah? Macam mana dengan taburan responden? Sosio ekonomi responden? Tahap pendidikan responden?? Bangsa dan keturunan responden?

Malah lokasi responden yang digunakan dalam maklumbalas nih macam mana diorang ambilkira??

Aderkah responden hanya dalam kalangan Muslimat PAS sahaja?? Aderkah kajiselidik ini mencakupi responden dari negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu je?? Berapa lama dan berapa besarkah kajiselidik ini dilakukan??

Sila proofkan la statistik dan data ambilan untuk kajiselidik nih... jangan main cakap serupa bangang ja... ntah kutip dari mana?? Giler betul...

Nak tanya sikit lar... PAS nih pandai ka buat kajiselidik dan statistik?

Monday, January 25, 2021

KSN Pun Wajib Sertai Mesyuarat Politik

Biar betul nih... takkan la kot...

Patut tahu skop tugasan hakiki... Mana boleh penjawat awam ada dalam mesyuarat politik... ini dah salah etika ni... ini dah melanggar Akta Perkhidmatan Awam ... ini sudah salahguna kuasa...

Ketua Setiausaha Negara (KSN) patut letak jawatan nih...

Dan siapa yang arahkan KSN hadir dalam mensyuarat Perikatan Nasional nih pon wajib kena letak jawatan...  benda macam ni boleh diadukan kepada SPRM nih..


Mengapa Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan penjawat awam lain terlibat dalam mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional yang berlangsung secara atas talian petang semalam.

"Mesyuarat politik oleh PN melibatkan ketua setiausaha kerajaan," kata Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang di Twitternya semalam.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh pula menyifatkan tindakan melibatkan penjawat awam dalam mesyuarat politik sebagai tidak profesional.





Saturday, January 23, 2021

Sampai Macam Ni Sekali

Biarlah gambar berbicara... 

Adoilah... takkan la sampai begini berjaraknya... jauh benar...  kalu time lain boleh plak dok dekat-dekat sikit...  macam mana la kalu kat Masjid atau Surau jadi takut sangat camnie... Adoilah..


Adoilah.... 

Friday, January 22, 2021

Apa Ada Hal Nak Naikkan Harga

Hahaha... Apa ada hal kalu Kerjaan nak naikkan harga bahan bakar hidrokarbon macam Petrol dan Diesel... Sebab walaun dan macai sure tetap akan sokong punya....

Ader korang dengar tak walaun dan macai bising atas kenaikan harga barangan la ni... macam kenaikan harga minyak masak ka?.. kenaikan harga bawang ka?.. inikan pulak kenaikan harga bahan bakar... sure takder meroyan aaa semua walaun dan macai...

Diorang semenjak PN berkuasa nih... dan PAS dapat jawatan dalam kerajaan langsung senyap sunyi... Hahaha

Hebau lagi puak-puak PH dulu... silap sikit ja PH buat... memang tak payah tunggu walaun dan macai bising... puak PH lagi awal tibai Menteri atau Timbalan Menteri... malah PM pon sendiri kena tibai... apa ada hal.... memang tak kasik kesian punya....  

Ini kelakar betul la walaun dan macai nih...


Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen seliter, manakala harga diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 29 Jan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya menyatakan, harga runcit baru petrol RON95 adalah RM1.90 seliter manakala harga baru bagi petrol RON97 adalah RM2.20 seliter.

Harga runcit diesel pula naik daripada RM2.05 seliter kepada RM2.09 seliter.



Pemimpin Armada Ikut Saranan PM, Tanam Pokok Ganja

Eh sori....  Perdana Menteri Muhyiddin Yasin baru ni ader plan nak anjurkan program tanam sejuta pokok ... katanya untuk Hijaukan Bumi... 

Jadi...

Nih agaknya pemimpin Armada (BERSATU) telah mengikut saranan tersebut dengan menanam pokok ganja... Haha... okeh gak tue... cuba kalu ader tanam sejuta pokok ganja... baru la untung... masa tumbuh pon singkat... harga jualan lagi mahal dari balak....  sejuta pokok ganja tak perlukan ruang tanah yang terlalu besar...

Hahaha...

Seorang pemimpin Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman polis yang enggan dinamakan memandangkan ia masih dalam siasatan.

Nilai rampasan katanya RM60k... huhuhu.. masyuk...






Jangan Pandang Rendah Dengan MIC

Gua tahu ramai yang pandang rendah dengan MIC ... betul.... ramai yang anggap MIC nih macam parti kucing / anjing kurap jer... orang dah tak heran...

Tapi kena paham satu ja la... mana ader lagi Parti lain yang mewakili kaum India di Malaysia yang berjaya dan senang nak ingat... Makkal Sakhti pon tak pergi ke mana... Hindraf lagi lar.... itu sekadar NGO ja...

So... MIC sebenarnya boleh kuat kembali... cuma dier perlukan pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat marhaen mustad'afin... pemimpin yang boleh dan sentiasa turun padang... pemimpin yang rasa denyut nadi rakyat... pemimpin yang boleh jadi pemimpin...

Jadi ... biler MIC dah sound MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor pasai itu cuti peristiwa Perayaan Thaipusam nih... sepatutnya MB Kedah nih sedar diri la sikit... respek others lar... jangan dok buat ketegaq... jangan dok tunjuk samseng... jangan ingat MIC takder sokongan dan power dah...




Jangan Cari Pasal

Azwan Ali dah banyak kali kena panggil ke Bukit Aman... dier dah mangli... dier dah tak kisah... sebab itu lar dier selamba jer buat macam-macam komen dan post ... sampaikan berkenaan isu Proklamasi Darurat pun dier buat selamba jer... Hehehe

Sapa tak kenal Azwan Ali kan.... mulut takder insuran... mulut laser.... hahaha


Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat satu laporan berhubung rakaman video klip selebriti Azwan Ali, yang dikatakan memperlekeh Proklamasi Darurat yang diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed yang mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung video klip itu berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Hari ini, Azwan Ali telah dipanggil ke pejabat USJT bagi membantu siasatan dan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah menularkan video klip berkenaan.

“PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta mengganggu gugat keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan.

Rakaman video berdurasi 41 saat berkenaan telah ditularkan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Zai Mikail’ pada 12 Januari lepas.

Nasib lar Azwan Ali.... so kepada yang lain... sila jangan cari pasal.. jangan hanya pandai nak buat ugutan macam mamat yang ini.. hahaha



Saturday, January 16, 2021

Nak Buat Ugutan Pun Tak Pandai

Kah Kah Kah... Lawak siot... tunjuk macam gangster.., tapi nak buat ugutan pun tak pandai..

Kah Kah Kah... orang pro dier takkan ugut cara camnie.. bagi masa lama sangat.. biasa orang pro bagi masa yang pendek ja... paling-paling pon sekitar 7 atau 14 hari.... ini siap bagi masa selama 3 bulan tue... 90 hari.... apa punya ugutan lar... tak stim langsung.. hahaha


‘Kalau pasar malam tak buka dalam 3 bulan, kami kumpul depan pejabat PM’

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah menggesa kerajaan membenarkan golongan peniaga pasar malam meneruskan operasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, dia menjangkakan PKP akan berlanjutan lebih lama daripada tempoh dua minggu, sedangkan peniaga pasar malam yang tidak memperoleh pendapatan tinggi pasti terkesan jika terus tidak dibenarkan berniaga.

Katanya, sekiranya peniaga masih tak dibenarkan berniaga dalam tempoh tiga bulan dari sekarang, dia dan peniaga-peniaga pasar malam akan berkumpul di hadapan pejabat perdana menteri bagi menyuarakan tuntutan mereka.

“Kita akan tunggu keputusan kerajaan pusat macam mana, sama ada peniaga pasar malam boleh meniaga atau pun tak boleh.

“Kalau PKP dilanjutkan sehingga bulan Mac, sekiranya mereka (peniaga) tak dapat berniaga, kita akan ramai-ramai tunggu depan pejabat perdana menteri. Kita mintalah apa yang kita nak minta.

“Sebab waktu pilihan raya mereka minta undi kita, kita dah bagi. Jadi hari ini kita nak minta dari kerajaan, apa yang boleh bantu kita,” katanya dalam sidang media di Semenyih, Selangor.



Friday, January 15, 2021

Beli Vaksin Demi Komisyen?

Pihak Gamaleya National Center of Epidemiology and Microbiology (GAMALEYA) dari Russia telah pun mengeluarkan Vaksin untuk Covid-19 atas nama Sputnik V... Ianya adalah berasaskan kepada teknologi Human Adenovirus dan bukannya mRNA.

Dan ianya telah diletakkan harga pada USD10 satu dos (tidak termasuk kos penghantaran dan pemerolehan).

Tapi...

Tapi nampaknya Kerajaan Malaysia tidak mahu nak memilih vaksin ini kerana katanya pihak Pfizer dan BioNTech dari USA dan SinoVac dari China punya vaksin Covid-19 yang berasaskan mRNA adalah lebih bagus. 

Persoalannya sekarang ini... adakah terbukti vaksin berasaskan mRNA jauh lebih baik berbanding vaksin berasaskan Human Adenovirus??

Atau sekadar harga vaksin Covid-19 dari Gamaleya tidak dapat dimark-up harga untuk komisyen orang tengah tak macam vaksin dari Pfizer, BioNTech atau Sinovac yang mudah di mark-up harga???

Ini kerana yang lain memang tak pamerkan harga sebenar mereka di laman web tak macam GAMALEYA ... hahaha



Monday, January 11, 2021

Macam Tak Ada Menteri Pendidikan

Pelik bin ajaib... Macam tak ada Menteri Pendidikan... sampaikan terpaksa Perdana Menteri yang mengumumkan bagi pihak Kementerian Pendidikan.... jauh beza Radzi Jidin ngan Maszlee Malik.... tidak proaktif... lambat bertindak...

Patutnya Menteri Pendidikan dah prepared semua arahan dan tugasan yang nak dibuat bagi Kementerian dier... Contohnya... dah ader satu SOP khas... dah ader satu arahan khas macam mana nak handle sekolah pada 2021 sebelum masuk tahun 2021 nih...

Patut awal lagi Menteri Pendidikan dah umumkan semua sekolah akan berjalan macam biasa tapi menggunapakai format "School From Home" ... anak-anak murid berada di rumah macam biasa... semua online... Cikgu pulak semua beroperasi dari sekolah macam biasa,,.. gunakan Internet dan fasiliti sekolah untuk mengajar secara online...

Bagi pelajar-pelajar yang tiada kemudahan Internet.... boleh hadir ke sekolah macam biasa... tapi ikut giliran.... rotatekan keadaan... minimakan kehadiran bilangan pelajar disekolah... dengan cara nih... kita boleh mengawal dan mengurangkan risiko jangkitan keatas pelajar sekolah...

Bukan tak boleh buat... bukan tak boleh arahkan... tapi kalu dah Menteri Pendidikan pon lemau... blur... memang satu apa pon tak boleh nak diharapkan... Idea takder.... team dalam KPM pon sama lemau.... huhuhu... tak kreatif... aper nak jadi la..

Untuk yang nak hadiri SPM dan STPM .... patutnya buat sistem kuarantin... pelajar hadir di sekolah... dan tinggal di sekolah semasa proses menghadapi Peperiksaan SPM dan STPM.... Boleh disediakan prasarana dan kemudahan dengan bantuan PIBG setiap sekolah... takkan itu pon gua nak bagitau...

Menteri Pendidikan buat apa??? Buat bodo je ka??

Aper daaa....



Penyewa Warga Asing Cuba Buat Taik

Warga asing nih satu hal lar... Dalam time Covid-19 nih... kalu tak buat perangai orang tak kisah sangat... tapi ramai yang buat perangai... tambah lagi penyewa rumah / apartment / kondominium dari warga asing... semua cuba buat taik... perangai taknak bayar sewa tue satu hal la... tapi siap nak suruh pengurusan bangunan langgar SOP aper ke jadahnya??

Sebuah syarikat pengurusan kondominium di Brickfields mendakwa penyewa dari kalangan warga asing menekan pihak mereka untuk cuba melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengurus kumpulan operasi syarikat pengurusan Kondominium Scott Sentral, Chandra L Ramprakash, 53, mendakwa bahawa keadaan semakin tidak terkawal selepas warga asing yang tinggal di kediaman tersebut juga mengugut pekerjanya.

"Sejak PKPB dilaksanakan, warga asing yang tinggal di kondominium itu menekan kami untuk 'melanggar' SOP ditetapkan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

"Jadi, kami minta pihak penguat kuasa segera campur tangan untuk mengawal keadaan," katanya lagi.

"Saya telah membuat laporan polis baru-baru ini. Mesyuarat bersama penduduk juga tidak membawa sebarang perubahan.

"Kami harap pihak penguat kuasa bercampur tangan dengan segera," katanya.

Menurutnya, hampir lebih separuh daripada penghuni di kondominium itu adalah warga asing menyewa daripada pemiliknya yang merupakan warga tempatan.

"Selepas PKPB dikuat kuasa, kami telah menutup kolam renang, gimnasium. Pihak pengurusan juga tidak membenarkan penghuninya berkumpul di kawasan lapangan seperti lobi dan 'club house'.

"Tetapi, mereka enggan mendengar arahan kami. Cuba melanggarnya. Berkumpul secara ramai-ramai. Marah kepada kakitangan kami jika diminta supaya tidak berkumpul.

"Mereka juga memberi tekanan kepada kami dengan menghantar e-mel kepada pemiliknya bahawa mereka akan berpindah sekiranya fasiliti-fasiliti ini tidak dibuka semula," katanya.



Saturday, January 9, 2021

Di Amerika, Kalau Presiden Bersalah Akan Dihukum

Amerika lain... Malaysia lain...

Kalau kat Amerika... Presiden pon boleh kena block akaun twitter dier.... atas alasan mencetuskan kerisauan dan kebimbangan awam... Memang naya lar...

Tapi kalau di Malaysia.... nak buat apa pun lantak pi lah... perkauman ka... agama ka... semua boleh... dan takder siapa berani nak kata apa... siap lagi ramai penyokong ader la...

Tu sebab payah nak bentuk Malaysia nih...




Friday, January 8, 2021

Pentaksub Trump Buat Gila, Empat Maut

Korang ingat pentaksub Trump tak macam perangai pentaksub Anwar Ibrahim ka?? Hahaha... Sama je la bosku... Sama perangai... Gila dan tak berakal... tak percaya ka?? Cuba la kalu Anwar Ibrahim kena tangkap... korang boleh tengok aaa...

Sebab itu lah terjadi apa yang tak sepatutnya terjadi di Amerika Syarikat... Kat US nih... berlaku rusuhan politik sampai ada yang maut dan terbunuh... gila aaa..

Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam insiden rusuhan oleh penyokong Presiden Donald Trump di Capitol Amerika Syarikat (AS), memetik polis pada Rabu.

Terdahulu, polis mengesahkan seorang wanita maut ditembak dan menurut Ketua Polis D.C. Robert Contee, mangsa ditembak oleh pegawai polis Capitol berpakaian biasa, lapor Agensi Anadolu.

Identiti wanita itu belum dikenal pasti.

"Ini kejadian yang tragis dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa," tambahnya.

Walaupun Polis Capitol berada di bawah agensi penguatkuasaan undang-undang yang berasingan dengan Jabatan Polis D.C., namun siasatan mengenai insiden itu akan tetap dilakukan sama seperti kes lain membabitkan tembakan oleh anggota polis.

Contee berkata tiga lagi mangsa - seorang wanita dan dua lelaki, bagaimanapun dia tidak memberikan butiran lanjut mengenai sebab kematian

Sementara itu, sekurang-kurangnya 14 anggota polis cedera, termasuk seorang parah, kata Contee.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 52 orang ditahan, 47 daripadanya kerana melanggar perintah perintah berkurung.

Polis turut menjumpai sebutir bom buatan sendiri masing-masing di Bangunan Jawatankuasa Demokratik dan di Bangunan Jawatankuasa Republik.

Senjata api dan bom botol turut dijumpai di dalam sebuah kenderaan di perkarangan Capitol.



Wednesday, January 6, 2021

Nak Jatuh Tapi Tarik Orang Lain Sama

Lawak... memang lawak...

Kita semua tahu UMNO sedang bergolak secara dalaman... kita tahu UMNO memang tak percaya sama PAS... dan sahih sekarang ni UMNO memang akan lawan PAS secara berdepan one to one masa PRU15... Memang kita semua tahu ini yang berlaku..

Dan yang amat gusar sekarang nih aderlah beberapa warlord dalam UMNO...

Mereka nih akan sanggup berbuat apa sahaja demi untuk mengekalkan jawatan, kuasa dan wang ringgit... Peduli apa orang nak kata... janji diorang dapat semua itu...

Dan sekarang ini diorang nak jatuh dan takkan jatuh sorang diri, sure akan tarik orang lain sama... hahaha ... dah nampak permainan ini... so kita layankan jer la..

Cuma... cuma pelik aaa.. PH yang nampak pandai pasai DAP ader dalam tue pon boleh jadi bodoh dengan mainan UMNO nih... adoilah... takkan la bodoh sangat bhai.... adoilah...




Bahaya Renjatan Elektrik Semasa Banjir

Malang memang tak berbau... jadi sila berhati-hati ketika musim banjir ni... Musibah bukan setakat datang dari air banjir, tapi juga dari peralatan elektrik yang kita guna... Tambah sekarang nih banyak rumah yang dibina dengan sistem soket yang rendah... terletak dibawah... memang mudah jadi mangsa untuk terkena air banjir..

Ingat lagi dulu masa kecik kat kampung... Almarhum Apak gua selalu akan tutup suis besar elektrik (ELCB) kat tepi meter letrik tu kalu rumah gua kena banjir... Walaupun semua soket elektrik di rumah gua memang dipasang tinggi tapi sebagai langkah berjaga-jaga kami off semua peralatan elektrik... walaupun rumah kami dua tingkat... 

Kami lebih menggunakan lampu gasolin dan lampu pelita semasa banjir... kami juga ader lampu kalimantang yang bersambung dengan bateri kereta... yang ini memang selalu on-standby...

Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Paya Kechik, Temerloh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Isyraf Muhammad, 41, dilaporkan memegang tiang besi di garaj kereta di halaman rumahnya.

"Ibu mangsa mendakwa melihat anaknya seperti terkena renjatan elektrik secara tiba-tiba menyebabkan dia terus berlari ke arah anak lelakinya untuk membantu, namun dirinya sendiri tercampak ke belakang.

"Abang mangsa kemudian datang membantu dan membawa dua beranak itu ke Klinik Tanjung Lalang, namun Isyraf disahkan meninggal dunia," katanya semasa dihubungi dari Kuantan hari ini.



Tuesday, January 5, 2021

Pekerja Bersatu Buat Kesatuan Sekerja Kakitangan Google

Sekumpulan pekerja Google telah mengumumkan rancangan untuk bergabung dengan Pekerja Komunikasi Amerika (CWA). Alphabet Workers Union akan dibuka untuk semua pekerja dan kontraktor yang terlibat dengan syarikat induk Google. Tujuannya adalah untuk menangani isu-isu yang sedang berlangsung seperti perbezaan gaji, pembalasan, dan kontrak kerajaan yang kontroversial. 


"Kesatuan ini dibina berdasarkan kepada kerja Organisasi perkerjaan yang berani oleh para pekerja Google," kata Nicki Anselmo, pengurus program Google. "Dari melawan polisi 'real-name', untuk menentang Project Maven, sehingga memprotes pembayaran berjuta-juta dolar tidak masuk akal yang telah diberikan kepada eksekutif yang telah melakukan pelecehan seksual, Kami telah melihat sendiri bahawa Alphabet bertindak balas ketika kami bertindak secara kolektif. "

Hasil kerja Google pada Project Maven, sebuah usaha untuk menggunakan AI untuk meningkatkan sasaran kepada serangan drone, mencetuskan protes di kalangan pekerja yang melihat karya itu tidak beretika. Pada tahun 2018, syarikat itu memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya dengan Pentagon. Google juga mengakhiri kebijakan timbang tara paksa setelah 20,000 pekerja mengadakan demonstrasi "walk-out" untuk memprotes bekas eksekutif Andy Rubin mendapatkan pakej keluar $ 90 juta setelah dia dituduh dipercayai melakukan gangguan seksual.

Setelah usaha kesatuan itu diketahui, penganjur program berkemungkinan akan melancarkan siri kempen untuk mengumpulkan undi dari pekerja Google. Sebelum pengumuman, kira-kira 230 pekerja dan kontraktor Google telah menandatangani kad untuk menyokong kesatuan itu.

Diatur sebagai kesatuan khusus untuk ahli, organisasi baru tidak akan mencari hak tawar-menawar kolektif untuk merundingkan kontrak baru dengan syarikat itu. Sebaliknya, Kesatuan Pekerja Alphabet hanya akan mewakili pekerja yang bergabung secara sukarela, seperti yang dilaporkan oleh New York Times. Struktur itu juga akan memungkinkan untuk mewakili semua pekerja yang ingin berpartisipasi - termasuk pekerja sementara, vendor, dan kontraktor (yang dikenal secara dalaman sebagai TVC) yang akan dikecualikan oleh undang-undang buruh dari perundingan kolektif konvensional.

KONTRAKTOR GOOGLE TELAH LAMA MENGADU AKAN KETIDAKADILAN

Kontraktor Google telah lama mengadu tentang ketidakadilan yang mereka dapat yang tidak sama dengan kakitangan sepenuh masa. Walaupun mereka merupakan sebahagian besar tenaga kerja Google, mereka sering kekurangan faedah pekerja yang bergaji. Pada tahun 2019, kira-kira 80 kontraktor Google di Pittsburgh memilih untuk menyertai kesatuan United Steelworkers.

The Alphabet Workers Union merancang untuk bersatu dengan CWA Local 1400, yang mewakili pekerja di Massachusetts, Maine, New Hampshire, Vermont, dan California.

Berita itu muncul satu bulan setelah Lembaga Perhubungan Buruh Nasional mengemukakan aduan yang menuduh Google memecat dua pekerja secara haram yang menganjurkan tunjuk perasaan pekerja. Pekerja tersebut, Laurence Berland dan Kathryn Spiers, sedang mengatur keputusan syarikat untuk bekerjasama dengan IRI Consultants, sebuah syarikat yang terkenal dengan usaha anti-kesatuan.

Ia juga berlaku setelah pemecatan ahli etika AI terkemuka Timnit Gebru pada bulan Disember. Dalam siaran akhbar yang mengumumkan kesatuan itu, Alphabet Workers Union menulis: "Pemecatan itu telah menimbulkan kemarahan ribuan pekerja kita, termasuk pekerja Hitam dan Brown yang patah hati dengan tindakan syarikat dan tidak yakin akan masa depan mereka di Google."

Awal tahun ini, pekerja di platform crowdfunding Kickstarter memilih untuk bersatu dengan Office and Professional Employees International Union Local 153, seperti yang dilaporkan oleh NBC. Ini adalah kali pertama pekerja kolar putih dalam industri teknologi bersatu.

Kakitangan Google yang memutuskan untuk bergabung memberikan satu peratus pampasan tahunan mereka kepada kesatuan pekerja. Wang itu akan digunakan untuk membayar yuran undang-undang dan menguruskan kakitangan.

Kara Silverstein, pengarah operasi orang di Google, berkata: "Kami sentiasa bekerja keras untuk mewujudkan tempat kerja yang menyokong dan bermanfaat bagi tenaga kerja kami. Sudah tentu pekerja kita mempunyai hak pekerja yang sepatutnya kita lindungi. Tetapi seperti yang selalu kami lakukan, kami akan terus terlibat secara langsung dengan semua pekerja kami. "

Banjir Di Malaysia, Apakah Salah Pemaju?

Di negara asing, mereka membina rumah mengikut kontour mukabumi. Jarang sangat berlaku mereka meratakan bukit untuk menambak kepada kawasan yang lembah (atau paya).

Tetapi itu yang berlaku di Malaysia. Sebab itulah kita mudah dapat banjir sebab kawasan takungan air sudah kita tambak dengan tanah dari kawasan bukit.

Lepas itu kita amat kurang membina “monsoon drain” (bersaiz 6 kaki lebar dan 4 kaki dalam). Pemaju perumahan biasanya cuma membuat longkang biasa je (paling hebat sekadar 1 kaki lebar dan 2 kaki dalam)

Berapa banyak kawasan perumahan yang kecil-kecil yang dibangunkan oleh pemaju (walaupun tanah yang dimiliki oleh pemaju tersebut agak besar) sekitar 20 hingga 30 rumah yang tidak ada “retention pond” atau “monsoon drain”. Pemaju bermain dengan isu teknikaliti semasa membangunkan projek.

Sebab kalu projek perumahan itu sampai 100 buah rumah, pemaju kena menyediakan taman permainan dan “retention pond”. Inilah yang nak dielakkan oleh pemaju perumahan...

Yang penting duit masyuk... peduli apa dengan kemudahan awam dan keselamatan dari bencana banjir... Tambak sahaja tanah lembah mana yang mahu... Boleh buat perumahan baru...

PBT pulak senang disogok. Setel semuanya...

Lepas tu kecoh banjir... Hujan lebat lebih 12 jam terus banjir kilat tahap dewa jalan duta....

Bangkai betul lar.






Monday, January 4, 2021

14 Januari 2021, Majlis Pelancaran Samsung Galaxy S21

Samsung secara rasmi akan mengumumkan barisan terbaru rangkaian telefon bimbit Galaxy - dikhabarkan sebagai Galaxy S21, S21 Plus, dan S21 Ultra - pada 14 Januari, syarikat itu juga mengesahkan melalui jemputan ke acara Galaxy Unpacked baru. Tagline: "Selamat Datang ke Epik Setiap Hari." Acara akan bermula pada pukul 7:00 PT / 10AM ET.

Samsung juga dijangka akan mengumumkan tiga telefon pintar baru pada acara tersebut, sebagai pengganti kepada barisan Galaxy S20 tahun lalu: sepasang telefon bimbit S21 dan S21 Plus yang sepadan (yang diharapkan hampir sama, kecuali ukuran), dan S21 yang lebih premium. Model ultra yang akan menawarkan spesifikasi dan kamera yang lebih baik, serupa dengan rakan sejawatnya pada tahun 2020, selain paparan melengkung dan sokongan untuk stylus S-Pen Samsung.

Walaupun tidak banyak yang dapat dilihat dari video yang dapat anda tonton di bawah ini, yang nampaknya hanya modul kamera Galaxy S21 yang terapung di dalam kiub lutsinar. Akan tetapi hampir setiap butiran telefon baru ini nampaknya telah bocor, termasuk GIF animasi yang lebih tajam seperti yang terdapat pada model itu:


Sembang Bikin Bimbang

Lawak ... lawak... UMNO dah mula nak mengugut... Hahaha.. Kan dah bagitau lama dah.. takkannya UMNO nak dikontrol oleh parti picisan macam Bersatu atau PAS ...  UMNO ader berapa kerusi... Bersatu ader berapa kerusi... PAS ader berapa kerusi..

Kerusi yang Bersatu ader hari nih pon bukan kerusi yang memang solid menang kat Bersatu... kalu kerusi tu bukan milik PKR mesti kerusi tu milik UMNO.... itu dah konfirm...

Bersatu nih memang parti picisan... lagi mau sembang abang besar konon....

Hahaha....

Mapoih aaa kat Bersatu... mampoih.... senang-senang kena taji...

Nih UMNO dah bising dah..... PAS pon nampaknya tengah main tarik tali.... hahaha .... takkan la YDP Agong nak benarkan dibuat PRU15 pada bulan Mac/April 2021 nih... takkan la... Covid-19 pon tak tau apa story lagie.. Hahahaha

Gila..



Saturday, January 2, 2021

Sekolah Akan Dibuka Ikut Jadual

Semua institusi pendidikan di seluruh negara yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan akan dibuka semula mengikut kalendar akademik tahun 2021, kata kementerian itu.

Institusi swasta dan antarabangsa yang berada di bawah kementerian akan dibuka semula mengikut kalendar akademik masing-masing, kata kementerian itu dalam satu kenyataan Sabtu (2 Jan).

“Ini melibatkan semua institusi di negara ini, bahkan yang berada di wilayah perintah pergerakan pergerakan bersyarat.

"Operasi institusi-institusi tersebut tertakluk pada garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Kementerian akan terus memantau operasi institusi-institusi ini bersama dengan Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan Kementerian Kesihatan," tambahnya.

Secara berasingan, dalam surat edaran bertarikh 14.2020 Ogos, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (sektor operasi sekolah) Adzman Talib mengatakan sekolah akan dibuka semula pada 20 Januari dan berakhir pada 9 Disember untuk negeri-negeri yang termasuk dalam kategori A, sementara negeri di bawah kategori B akan dibuka semula pada 20 Jan dan tutup pada 10 Disember.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kalendar akademik, lihat www.moe.gov.my/takwim



Kata Kunci : Vaksin

Ada dua perkara penting dalam mendasari 2020 dan 2021.

Dua perkataan ini telah menyebabkan pasaran global dan ekonomi dalam perjalanan roller coaster pada tahun 2020 dan dua perkataan serupa akan menetapkan nada pada tahun 2021.

Covid-19 dan vaksin akan tetap menjadi tema utama yang membentuk tahun 2021, yang dijuluki sebagai tahun pemulihan ketika ekonomi muncul dari kemunduran wabak.

Vaksin secara harfiah adalah satu suntikan di lengan yang diperlukan sekarang kerana memberikan bukan hanya kekebalan kepada Covid-19, tetapi juga kunci utama untuk butang reset untuk membuka kembali ekonomi dan sempadan negara sepenuhnya.

Berbagai negara telah mengalami penutupan dan pelonggaran sekatan pergerakan secara bertahap, hanya untuk menerapkan penutupan semula ketika kes melonjak atau ketika ada wabah baru.

Bahkan sebelum strain Covid-19 baru ditemukan di United Kingdom pada bulan Disember, pemerintah di seluruh dunia telah bingung memikirkan antara membuka kembali ekonomi atau memperbaharui operasi standard.

Ini semua memeritkan dan kata kuncinya adalah Vaksin



Friday, January 1, 2021

Ada Sesuatu Yang Pelik Dengan Statistik Covid-19

Ada Sesuatu Yang Pelik Dengan Statistik Covid-19

Betul... Memang pelik... Dulu masa kes jangkitan harian sekitar bawah 300 kes sehari.... Kerajaan Malaysia kuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana semua orang tabley keluar kesana-kesini dengan mudah.

Semua tempat ada roadblock... Askar dan Polis mengawal keadaan dan melaksanakan arahan PKP ... Masa tue memang agak perit jugak la... banyak urusan sangkut... Ingatkan 14 hari jer... tapi rupanya sampai hampir 3 bulan disesetengah tempat.

Tapi sekarang.... bila kes jangkitan harian tak kurang dari 1600 kes.... rakyat bersepah pergi sana sini... siap bercuti... siap berkelah bagai... siap enjoy shopping ... siap balik kampung dan sebagainya.... walhal kes memang banyak... 

Pelik kan bilamana arahan nampaknya terhad...

Apa yang saya nampak adalah .... ini semua serupa macam "Strategi Mengolah Persetujuan" ... yer... ini benar... kelihatan macam tue la... Satu strategi untuk mengolah persetujuan untuk rakyat Malaysia menerima keperluan vaksin untuk Covid-19 ni...

Iya... dengan cara ini ... rakyat Malaysia dah ditanamkan dalam mindset mereka tentang keperluan vaksin dalam menangani Covid-19... vaksin yang nampaknya terlalu cepat dapat dihasilkan.... walhal vaksin untuk selesema yang biasa pun sampai sekarang masih tak boleh nak buat... tetiba vaksin untuk Covid-19 boleh siap... banyak lagi penyakit bawaan virus yang dah berpuluh tahun masih takder vaksin... tetiba yang ini boleh cepat siap... hahaha

Kita juga sedang ditanam dalam mindset untuk risaukan kadar jangkitan kes yang makin tinggi... dimana bila jadi panik... maka kita rakyat Malaysia menjadi tidak marah kalu tetiba harga kos vaksin yang diterima adalah meningkat tinggi. Kita jadi rasa macam perlu... walaupun harga jadi macam tak logik, tetapi kita boleh terima... Ini serupa macam Stockholm Syndrome.

Kita akan percaya sahaja bulat-bulat bila kita sudah panik...

Apa pun....saya saspek ada pihak yang akan untung besar... untung maksima atas pembelian vaksin ini.... dan tidak terkejut kalu pihak dewa pun ader terlibat.... Siapa yang tak mahu untung betul tak... semua orang nak... yang penting... untuk boleh makan besar...

Hahaha



Semoga Malaysia Kekal Selamat.

Dah masuk dah tahun 2021... Kapsul Masa Wawasan 2020 pun sampai kesudah tak dibukak.... Tatau la apa isi kandungannya...

Hahaha... yang pasti ... Malaysia makin parah ... parah dari segi pentadbiran... parah dari segi ekonomi... parah dari segi politik... parah dari segi kesihatan... Ini semua macam celaka jer kan.. Hampeh aaa


Payah dah nak diperbetulkan... kronik sudah....



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah