VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Mati. Show all posts
Showing posts with label Mati. Show all posts

Thursday, September 14, 2023

Hanya Kerana Gedebe

Kes ini simple...

Si mati adalah pegawai pendidikan daerah.... Suspek pula katanya adalah suami kepada perempuan yang dikatakan berskandal dengan si mati...

Benda boleh berbincang .... tapi pasai amarah dan sikap gedebe... jadi kes bunuh ...

Silap-silap kena hukum gantung.... Yang confirm sekarang nih jel...

Dan Perempuan lepas tu kawin lain...

Selesai.....

Soalan : Mesti ada yang bawak citer kepada suspek nih... siapa yang hasut? Syaitan?

Clear cut punya case... senang dalam proses perbicaraan ....



Sunday, June 18, 2023

Kalau Taknak Mati Awal ....

Ramai guru mengeluh... kalau taknak mati awal... lebih baik bersara awal... kalu teruskan juga ... memang mencari nahas... itu pun ader yang mati tak sempat bersara sebab kena stroke... mati sakit jantung... 

Ader kes yang mati ngam-ngam seminggu atau sebulan lepas bersara.... tekanan dier melampau...

Hanya yang mana dikalangan ahli keluarga jer tahu... suami isteri... anak-anak.... mak bapak.... orang luar susah nak tau... atau taknak amik tahu.... huhuhu

Realiti Seorang Guru


Thursday, June 1, 2023

Ingat Tu, Tiada Unsur Jenayah

Korang jangan memandai-mandai... Polis kata tiada unsur jenayah...

Mangsa mati akibat dari komplikasi darah tinggi yang mengakibatkan stroke,...


Baca dan fahamkan


Wednesday, May 31, 2023

Jeng Jeng Jeng ...

Pergh... Mati mengejut eh...

Tak sampai sebulan pun.... Huhuhuhu....  Dulu Penyiasat Persendirian PI Bala pun mati sudden masa kes Altantuya ... Huhuhu

psssst.... jangan tanya gua aaa...



Saturday, December 31, 2022

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun ...

Dari Allah Taala kita semua datang dan kepadaNYA lah kita dikembalikan.


Bekas Pope Benedict, yang menjadi paus (pope) pertama gereja Katolik dalam 600 tahun meletak jawatan pada 2013, meninggal dunia pada hari Sabtu, lapor Reuters.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun di sebuah biara terpencil di Vatican tempat dia tinggal sejak berundur, kata jurucakap Vatican.

Vatican berkata jasadnya akan dibaringkan mulai Isnin di Basilika St Peter. Vatican mempunyai istiadat terperinci apabila seorang paus Kristian meninggal dunia tetapi tiada yang diketahui umum untuk bekas paus.

"Dengan kesedihan, saya memaklumkan kepada anda bahawa Pope Emeritus, Benedict XVI, meninggal dunia hari ini pada 9.34 pagi di Biara Mater Ecclesiae di Vatican," kata jurucakap Matteo Bruni pada satu kenyataan.

Friday, November 11, 2022

Tangkal Terbaek

Macam ni la cara terbagoosh untuk test @ uji tangkal... bagi sesapa yang rasa ader tangkal terhebat.... patut kena uji camnie...

Macam contoh yang ader silat atau seni pertahankan diri yang ader macam kuasa magik tue... patut kena uji dengan orang lain.. bukan dengan geng sendiri...  baru la terbukti power atau tidak azimat, tangkal atau kebal yang ader...

Hahaha... 

Terbaeklah...


Wednesday, June 8, 2022

Doktor Gigi Haram

Bahayanya khidmat Doktor Gigi Haram. Risiko yang boleh menyebab nyawa melayang.

#doktorgigi #braces #pendakapgigi #haram #kkm

#BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Sila layari laman blog saya di https://kakibelasah.blogspot.com/

Saturday, February 26, 2022

TIKTOK - Mati Tertembak Sebab "CONTENT"

Gila orang nih ader macam-macam. Ader yang gila nak kejar glamer... Ader yang gila kejar duit... Ader yang gila mengejar viral dan terkenal... Walaupun begitu... jangan sampai maut menjemput.. Jangan sampai mati tertembak sebab "CONTENT" untuk media sosial macam TikTok, Instagram atau Facebook.

Jangan mati hanya kerana TikTok... dan jangan main senjata api semasa nak buat content TikTok. Bahaya wei..

Remaja maut tertembak diri sendiri ketika rakam video TikTok

#TikTok #Maut #Mati #KejarViral #KejarContent #CariNahas

Sunday, January 2, 2022

Berapa Korban Sebenarnya?

PDRM mengatakan bahawa seramai 50 orang telah terkorban akibat bencana banjir... dan 2 masih lagi hilang.... Itu adalah dapatan rasmi dari Polis Di Raja Malaysia..

Tapi..

Adakah ianya satu nilai yang sebenar?? Adakah ianya satu nilai yang tepat.. Adakah ianya satu nilai yang telah mengambil kira tentang keberadaan orang tak berumah @ gelandangan (homeless) atau terbiar akibat masalah kesihatan mental? Gua pernah menulis tentangnya sebelum ini (pada 27 Disember)..

Takkan di Lembah Klang langsung tiada gelandangan yang hilang atau maut? Takkan semuanya dapat menyelamatkan diri? Takkan semuanya telah berjaya berpindah ke tempat selamat atau Pusat Perpindahan Sementara??

Bagaimana pula dengan pelancong asing atau warga asing yang tiada rekod keberadaan mereka di Lembah Klang ataupun di Shah Alam?? Bagaimana pula dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bersepah dan berterabur di Lembah Klang, Shah Alam atau bandar-bandar lain yang terjejas macam di Mentakab atau Temerloh... tentunya ada kenalan mereka pun tak berani nak membuat laporan di mana-mana Balai Polis berhampiran atas sebab risiko ditangkap atas masalah Imigresen??

Takkan lah langsung tak ada??

Maybe nak kena tunggu ada jumpa mayat yang kembung perutnya dimana-mana kawasan perangkap sampah ataupun ada mayat yang dah terbenam dalam lumpur yang tebal lalu susah untuk dikesan dan dikenalpasti.

Mungkin kita takkan tahu angka dan nilaian sebenar...

Tapi... yang sedih... ramai orang anggap banjir lumpur dan banjir balak ini sekadar impak alam jer... yang berlaku secara "alami" ... bukan atas sebab-sebab kebejatan dan celakanya pihak tertentu yang bertongkatkan kuasa dan waad. Sampai sanggup mereka tegar untuk menidakkan perlakuan sebenar pihak-pihak celaka ini.

Allahuakbar.... Semoga semua mangsa yang maut diangkat dan dihapuskan dosa oleh Allah Taala walau siapa pun mereka lalu diletakkan bersama para syuhada atas sebab syahid dunianya ini.



Wednesday, December 22, 2021

27 Nyawa Melayang

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun...

27 nyawa telah melayang akibat dari malapetaka banjir yang melanda Malaysia dalam seminggu ini... Satu bilangan yang agak besar dalam keadaan negara kita ini dikhabarkan sudah mencapai tahap negara membangun yang agak moden.

Dua perkara yang gua lihat menjadi punca masalah ini.

1. Sistem amaran awal yang agak kelam kabut dan tidak terancang. Sepatutnya masalah ini bukanlah satu masalah yang teruk. Masalah yang boleh dikawal dan di rancang dengan eloknya... Dana bukannya tak ada... Cukup banyak dana yang sudah diperuntukkan selama ini... tapi tatau kemana jalannya...

2. Aturgerak penyelamatan yang lambat. Betul ... ini adalah masalah utama kita... Semuanya nak bergerak kena tunggu arahan... arahan yang lambat sebab team yang buat arahan kean mesyuarat terlebih dahulu... Sepatutnya bukan masa tu baru nak buat mesyuarat... tapi dah lama... Lagi satu... masih-masing yang diatas nak tunjuk kuasa dan autoriti... tu yang jadi masalah.....

Bayangkan... kebanyakan kes-kes kematian nih bukanlah jatuh dalam longkang besar atau parit besar atau sungai... tapi semuanya di kawasan kediaman dalam rumah, jalan masuk... malah ada yang dijumpai maut dikawasan lampu isyarat....

Tak logik lah air banjir nih naik serupa macam Tsunami.... memanglah naik laju tak taklah sampai jadi macam Tsunami...

Ini adalah kematian yang direkodkan... yang tak direkodkan kita tatau ... nak kena tunggu sampai air betul-betul surut di semua kawasan... barulah kita boleh semak dan tahu... Masalah betul lah.



Friday, July 16, 2021

Maut selepas buat rawatan peluh

Maut selepas buat rawatan peluh

Jangan main-main ambil perkhidmatan kesihatan di klinik tak bertauliah dan berdaftar.. tambah lagi kalau doktor yang mengendalikannya juga tidak bertauliah. Boleh jadi maut. Boleh mati.

Ini kes maut selepas buat rawatan peluh. Tak pasai-pasai je selepas bius terus kena serangan jantung. Ini akibat dari penggunaan Steroid.... dan mesti jantung akan failed... Umur muda lagi dah maut sebab sakit jantung.

So jangan cari pasai.

#Steroid #BinaBadan #Kecergasan #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Thursday, July 8, 2021

Haiti isytihar darurat lepas Presiden Jovenel Moise dibunuh.

Gila... Sampai ada pihak yang telah berjaya membunuh Presiden Haiti (Jovenel Moise). Macam mana dengan pasukan keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan Presiden?

Takkan la diorang takder jaga keselamatan Presiden. Pelik aaa..

#PresidenDibunuh #Politik #KeselamatanPresiden

Friday, January 8, 2021

Pentaksub Trump Buat Gila, Empat Maut

Korang ingat pentaksub Trump tak macam perangai pentaksub Anwar Ibrahim ka?? Hahaha... Sama je la bosku... Sama perangai... Gila dan tak berakal... tak percaya ka?? Cuba la kalu Anwar Ibrahim kena tangkap... korang boleh tengok aaa...

Sebab itu lah terjadi apa yang tak sepatutnya terjadi di Amerika Syarikat... Kat US nih... berlaku rusuhan politik sampai ada yang maut dan terbunuh... gila aaa..

Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam insiden rusuhan oleh penyokong Presiden Donald Trump di Capitol Amerika Syarikat (AS), memetik polis pada Rabu.

Terdahulu, polis mengesahkan seorang wanita maut ditembak dan menurut Ketua Polis D.C. Robert Contee, mangsa ditembak oleh pegawai polis Capitol berpakaian biasa, lapor Agensi Anadolu.

Identiti wanita itu belum dikenal pasti.

"Ini kejadian yang tragis dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa," tambahnya.

Walaupun Polis Capitol berada di bawah agensi penguatkuasaan undang-undang yang berasingan dengan Jabatan Polis D.C., namun siasatan mengenai insiden itu akan tetap dilakukan sama seperti kes lain membabitkan tembakan oleh anggota polis.

Contee berkata tiga lagi mangsa - seorang wanita dan dua lelaki, bagaimanapun dia tidak memberikan butiran lanjut mengenai sebab kematian

Sementara itu, sekurang-kurangnya 14 anggota polis cedera, termasuk seorang parah, kata Contee.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 52 orang ditahan, 47 daripadanya kerana melanggar perintah perintah berkurung.

Polis turut menjumpai sebutir bom buatan sendiri masing-masing di Bangunan Jawatankuasa Demokratik dan di Bangunan Jawatankuasa Republik.

Senjata api dan bom botol turut dijumpai di dalam sebuah kenderaan di perkarangan Capitol.



Tuesday, August 11, 2015

Kes Sosilawati Semakin Misteri

Kalau budak dibunuh dan dibakar, kemana agaknya Sosilawati Lawiya ditahan atau dikurung? Tidak mungkin sampai ke hari ini dia ditahan dan dikurung? Siapa pula yang kena bunuh, kena bakar dan kena buang tulangnya itu?

Semakin pelik dan semakin bermisteri kes kehilangan dan pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya. Adakah ianya ada unsur-unsur dendam, dengki atau hasad sesama peniaga? Siapa agaknya dalang yang terlibat? Apakah motif dan tujuan ianya dibuat.

Pelik lagi misteri.


Monday, April 6, 2015

Aidana Baizieva, Satu Lagi Klon Altantuya?

Pelik lagi ajaib. Siapa sebenarnya Aidana Baizieva? Apa pekerjaan dia? Apa tujuan dan tugasan dia berada di Malaysia? Dia masuk atas visa pelancong atau visa pekerjaan (expatriate) kah? Bila kali terakhir Imigresen Malaysia mengesan kemasukan Aidana Baizieva? Kenapa dia berada dalam helikopter tersebut? Kenapa dia berada di majlis resepsi anak Najib Razak di Pekan? Siapa yang jemput dia naik helikopter itu? Adakah ianya ada kaitan dengan agensi risikan tertentu? Adakah dia terlibat dengan mana-mana projek berkaitan keselamatan negara? Mana satu gambar sebenar Aidana Baizieva?

Saya lihat Aidana Baizeiva ini tidak lebih dari satu lagi klon Altantuya. Sampai sekarang kita tidak tahu kenapa dia dimatikan dan siapa yang memberikan arahan untuk mematikan Altantuya. Adakah Aidana Baizeiva ini sama seperti Altantuya?



KUALA LUMPUR - Mayat mangsa nahas helikopter, Aidana Baizieva akan dituntut oleh ahli keluarganya, kata jurucakap kedutaan Kyrgystan.

Menurut sebuah laporan media, kedutaan tidak dapat memastikan pekerjaan mangsa namun memberitahu Aidana sudah bekerja di Malaysia lebih dari setahun.

"Menurut rekod kami, mangsa masih belum berkahwin," kata jurucakap berkenaan.

"Mangsa adalah beragama Islam, tapi kami tidak pasti sama ada jasadnya akan dibawa kembali ke kampung atau dikebumikan di sini," tambahnya.

Sementara itu, ibu bapa kepada Clifford Fornier juga dijangka akan menuntut jasad anak mereka, hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam orang terkorban selepas helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka terhempas di Semenyih.

Selain Aidana dan Fornier, empat lagi mangsa nahas berkenaan adalah Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.



Friday, September 5, 2014

Terbongkar Rahsia Kematian Ahmad Sarbaini

Akhirnya.

Akhirnya kita semua tahu kenapa Ahmad Sarbaini mati. Dia bukan mati membunuh diri. Dia bukan mati atas sebab tidak sengaja jatuh dari tingkap. Tapi sebenarnya ada yang bunuh dia semata-mata nak cover-up rahsia rasuah dalam Agensi Kastam. Dan rasuah ini bukan hanya berlegar dikalangan kakitangan Kastam semata-mata tetapi ada hubungkait dengan kakitangan SPRM.

Kini terbongkar rahsia kematian Ahmad Sarbaini.


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan 207 akaun bank berjumlah RM6 juta milik pegawai kastam dan ahli sindiket penyeludupan rokok serta arak yang ditahan kelmarin.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihaknya turut menyita 10 buah kenderaan mewah, beberapa buah gudang serta unit rumah kedai termasuk wang tunai RM3 juta.

Setakat semalam, katanya, seramai 24 individu berusia 36 hingga 56 tahun ditahan dalam operasi terbabit yang mana satu tangkapan dibuat di Ipoh, Perak.

“Mereka yang ditangkap terdiri daripada 12 anggota kastam pelbagai pangkat serta 12 individu dipercayai sindiket yang terlibat dengan penyeludupan rokok dan arak secara haram dan kesemua mereka direman selama seminggu bermula semalam untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM, Kuala Lumpur, semalam.

Difahamkan, penyeludupan keluar rokok serta arak dari Zon Perdagangan Bebas Cukai (PKFZ) di Pelabuhan Klang menyebabkan kerajaan kerugian kira-kira RM1.2 bilion.

Perkara ini terbongkar setelah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat pemeriksaan ke atas nilai rokok dan arak masuk ke dalam PKFZ sejak 2011 dengan jumlah keseluruhan RM1.6 bilion.

“Daripada jumlah itu, hanya RM400 juta arak dan rokok sahaja yang diisytihar keluar daripada PKFZ sejak 2011,” katanya.

Menurutnya, arak serta rokok yang dikenalpasti diseludup daripada negara Sweden, Scotland, India dan beberapa negara lain.

Susulan itu, pihaknya menubuhkan sebuah Taskforce yang diketuai SPRM dan terdiri daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), LHDN, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan lain-lain lagi dengan kekuatan 200 anggota dan membuat operasi secara besar-besaran di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, operasi ini turut mendapat kerjasama daripada Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad yang mahu membanteras aktiviti ketirisan di kalangan anggota kastam secara habis-habisan.

Katanya, operasi ini dijalankan secara berterusan dan menjangkakan akan ada beberapa tangkapan lain yang akan dibuat berdasarkan siasatan lanjut

Saturday, August 3, 2013

Macam Zaman Koboi

Betul-betul macam zaman koboi. Tembak sana sini. Sudah makin ramai yang mati. Nampak gayanya selepas ini semua orang kena pakai baju kalis peluru. Siapa yang tembak dan kenapa menembak pun susah hendak cari sebabnya. Mungkin juga mangsa dibawah ini tahu siapa yang membekalkan senjata kepada penjenayah. Pembunuhannya sememangnya dirancang untuk menutup rahsia.


KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak seorang lelaki di Lorong C 3/24 di Cheras Perdana, Kajang di sini, menjadikannya kejadian tembakan kelima yang berlaku minggu ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 1.30 petang tadi, Balamurali Balakrishnan, 36, yang berada di ruang tamu rumahnya maut selepas suspek melepaskan empat das tembakan yang mengenai dada mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata mangsa mati di tempat kejadian manakala ibunya yang berada di bilik tidur rumah itu tidak diapa-apakan.

"Suspek yang datang ke rumah mangsa menggunakan kereta Iswara berwarna hitam dipercayai masuk melalui pintu yang tidak berkunci sebelum melepaskan empat das tembakan yang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Rashid berkata mangsa merupakan bekas banduan serta dibebaskan dari penjara pada Jun dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah stesen LRT dekat sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa pernah terbabit dengan lima kes dadah dan polis akan menyiasat sama ada kejadian itu berunsurkan dendam atau sebaliknya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu, isteri mangsa, S.Punavaneswari, 28, berkata ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana balik ke kampungnya di Seremban bersama anak lelaki mereka.

"Kali terakhir saya bercakap dengan dia ialah semalam, tetapi dia tidak menunjukkan reaksi yang pelik kerana selama ini pun dia memang jarang bercerita mengenai hal peribadinya kepada saya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kejadian itu merupakan yang kelima minggu ini. Semalam, seorang peniaga emas nyaris maut apabila tembakan orang yang cuba membunuhnya tersasar dan terkena bahu kanan mangsa, yang ketika itu memberhentikan kenderaan di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah di sini.

Pada 29 Julai, Pengasas Arab Malaysia Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, 49, cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon di sini. - Bernama

Tuesday, July 16, 2013

Kuala Besut Boleh, Dengkil Pula Tidak Boleh?

Rumah terbakar dan rumah musnah akibat banjir di Kuala Besut semua dapat pembelaan. Semua dapat bantuan. Semua dapat dana. Kalau rakyat di Kuala Besut boleh, macam mana pula rakyat di Dengkil pula tidak boleh? Double Standard.

Doakan cepat wakil rakyat (ADUN) BN kawasan Dengkil padam (meninggal dunia) dengan cepat. Pastinya para penduduk di Dengkil terbela kehidupannya.


DENGKIL - “Kami bukan mahu Yang Berhormat (YB) datang bertanyakan keadaan kami sihat atau tidak, tetapi mahukan kenyataan susulan supaya dapat membina rumah teres kos rendah untuk penduduk di sini,” Demikian gesaan seorang penduduk yang bersuara lantang ketika melihat kunjungan Adun Dengkil, Shahrum Mohd Sharif tiba di pekarangan Pangsapuri Taman Permata, Dengkil, semalam.

Penduduk, N Kumaran berkata, kualiti rumah dibina pada masa singkat itu tidak selamat memaksanya terus bersuara bagi membantu kebajikan seluruh penduduk di sini.

Menurutnya, penduduk tidak mahu pihak berkenaan berdolak dalih tetapi menggesa menunaikan janji membina rumah teres kos rendah di tanah yang diperuntukkan kerajaan negeri selain menetapkan tarikh pelaksanaan projek dengan segera.

“Kami kesal dengan jaminan keselamatan diberikan kerana tiada pihak yang berani membuat kenyataan kediaman kami selamat sekali gus menyebabkan penduduk bertindak tinggal di khemah.

“Bagaimanapun, jika terdapat pihak yang prihatin dengan masalah penduduk, sudah tentu tidak mahu membiarkan kami terus tinggal di sini,” katanya.

Sementara itu, Shahrum ketika ditemui berkata, beliau terkejut apabila penduduk meluahkan rasa tidak berpuas hati sejurus tiba di pekarangan Blok 5 Pangsapuri Taman Permata semalam namun berusaha memanjangkan perkara tersebut kepada pihak berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri sudah bersedia menyediakan tanah sekali gus menjadi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat untuk berusaha meyakinkan kerajaan negeri dan persekutuan untuk membina rumah mampu milik.

“Melalui panggilan telefon bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang di lokasi semalam, beliau turut memaklumkan selain menerima arahan pertama Ikram bangunan itu selamat diduduki sementara waktu terdapat satu lagi laporan daripada konsultan kejuruteraan berhubung status bangunan tersebut.

“Kedua-dua laporan itu bakal dimaklumkan kepada penduduk selewat-lewatnya minggu hadapan bagi menyelesaikan masalah penduduk di sini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut menafikan dakwaan beliau tidak serius mengenai masalah penduduk di sini kerana beliau sendiri telah menyuarakan masalah ini kepada menteri besar dalam Sidang Dun.

Katanya, dalam perbincangan tersebut exconya sendiri memaklumkan kajian sedang dijalankan manakala laporan lengkap sama ada bangunan itu boleh dibaiki atau tidak selamat bakal dimaklumkan kepada penduduk dengan segera.

Sunday, July 14, 2013

Kalau ADUN Tidak Mati?

Kalau ADUN tidak mati agaknya sampai PRU14 pun masih tidak akan dapat apa-apa bantuan. Kena ada ADUN atau Ahli Parlimen yang mati. Jadi sepanjang Ramadhan ini, doakan sahaja ADUN kawasan anda cepat meninggal dunia. Lagi cepat ADUN itu mati, lagi untung rakyat jelata. Amin.


KUALA BESUT - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan peletakan batu asas projek pembinaan 72 unit pangsapuri empat tingkat bagi penempatan semula mangsa air pasang besar di Kampung Pengkalan Atap di sini.

Projek pembinaan pangsapuri tiga bilik melibatkan kos lebih RM10 juta itu dibina di kawasan seluas 720 kaki persegi di atas tanah milik kerajaan di Kampung Lay Out Tok Saboh di sini.

Berucap pada majlis perasmian itu, Timbalan Perdana Menteri berkata pembinaan rumah tersebut membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno tidak pernah meminggirkan golongan kurang bernasib baik sebagaimana yang didakwa parti politik tertentu.

Beliau berkata apa yang dilaksanakan itu merupakan dasar yang diterapkan kerajaan BN sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, selaras dengan syiar Islam iaitu menangani soal kediaman dan membantu umat Islam memiliki kehidupan lebih baik.

"Projek ini memberi pengertian cukup besar kepada masyarakat dan bagi kerajaan ia merupakan satu tanggungjawab dan pilihan yang akan diteruskan tanpa mengehadkan peluang kepada golongan tertentu sahaja.

"Pilihan ini tidak boleh diabaikan kerana setiap rakyat mahu merasa lebih selamat dan selesa, jadi tugas kerajaan ialah terus penuhi tuntutan itu," katanya.

Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Muhyiddin, yang juga pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, berkata projek itu merupakan inisiatif yang amat dialu-alukan penduduk setempat kerana mereka dapat melihat kerajaan BN tidak membezakan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindakan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mendakwa dasar kerajaan BN tidak selaras dengan tuntutan Islam dan mencabar mereka mengatakan bahawa usaha seperti menyediakan rumah kepada rakyat sebagai tidak selari dengan tuntutan agama.

Timbalan perdana menteri berkata pembinaan institusi tertentu sehingga tertegaknya syiar Islam di Malaysia dan pembangunan sosial serta pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah pembangunan dan bantuan yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

Malah apa yang dilakukan kerajaan itu tidak pernah ditakrif oleh para mufti, tokoh agama dan majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram atau tidak harus dilaksanakan, katanya.

"Saya bukan nak kempen pilihan raya tetapi saya ada mendengar pemimpin politik parti tertentu mencabar dan kata apa yang dibawa oleh Umno tidak Islam dan bercanggah dengan agama, Umno tidak berjuang berlandaskan Islam.

"Kenapa mereka kata begitu, kerana dari segi akidah ia perkara berat, menuduh seorang Islam berbuat sesuatu yang dikatakan bertentangan dengan agama walaupun ia adalah suatu ibadah. Saya tidak boleh nak sebut apa hukumnya, terserah pada kebijaksanaan masing-masing untuk menilai," katanya.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat supaya tidak terpedaya dengan tuduhan sebegitu hanya kerana seseorang itu 'memakai baju biru' dan tidak berjubah.

"Pimpinan dalam BN sebahagian besarnya faham, mereka juga dipandu oleh hukum, rukun dan tuntutan agama.

"Jadi, apabila tibanya pilihan raya, sokonglah BN, tidak salah," katanya.

Muhyiddin kemudian menunaikan solat Asar di Masjid Al-Muhajirin, Kampung Beris Lampu di sini.

Ketika bertemu kariah masjid dan penduduk sekitar selepas solat, timbalan perdana menteri sempat menjelaskan mengenai pelbagai program pembangunan dan kemajuan yang dirancang kerajaan demi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Penduduk juga mengambil kesempatan mengetengahkan masalah mereka dan Muhyiddin berjanji bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sedia membantu dan menunaikan janji manifesto pilihan raya BN. - Bernama

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah