VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Ugut. Show all posts
Showing posts with label Ugut. Show all posts

Saturday, October 29, 2022

Sembang Kencang Di Kawasan Solid Kakitangan Awam

Hahaha... Gua gelak jer bila mamat nih nak sembang katanya yakin akan dapat sokongan besar dari warga Putrajaya...

Hahaha... bukan aper... mana berani kakitangan awam kat Putrajaya tue nak mengundi selain dari Kerajaan yang merintah ... sebab bukan susah pon nak pointkan sapa undi parti mana... Senang nak trace dan tentukan...

Pasai tue Putrajaya tu akan solid menang punya...

Melainkan pengundi Putrajaya ader tolo.... itu ja bezanya... Hahaha .. tambah lagi kali ini anak-anak kakitangan awam tue pon dah ramai boleh mengundi.... hahahaha



Saturday, January 16, 2021

Nak Buat Ugutan Pun Tak Pandai

Kah Kah Kah... Lawak siot... tunjuk macam gangster.., tapi nak buat ugutan pun tak pandai..

Kah Kah Kah... orang pro dier takkan ugut cara camnie.. bagi masa lama sangat.. biasa orang pro bagi masa yang pendek ja... paling-paling pon sekitar 7 atau 14 hari.... ini siap bagi masa selama 3 bulan tue... 90 hari.... apa punya ugutan lar... tak stim langsung.. hahaha


‘Kalau pasar malam tak buka dalam 3 bulan, kami kumpul depan pejabat PM’

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah menggesa kerajaan membenarkan golongan peniaga pasar malam meneruskan operasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, dia menjangkakan PKP akan berlanjutan lebih lama daripada tempoh dua minggu, sedangkan peniaga pasar malam yang tidak memperoleh pendapatan tinggi pasti terkesan jika terus tidak dibenarkan berniaga.

Katanya, sekiranya peniaga masih tak dibenarkan berniaga dalam tempoh tiga bulan dari sekarang, dia dan peniaga-peniaga pasar malam akan berkumpul di hadapan pejabat perdana menteri bagi menyuarakan tuntutan mereka.

“Kita akan tunggu keputusan kerajaan pusat macam mana, sama ada peniaga pasar malam boleh meniaga atau pun tak boleh.

“Kalau PKP dilanjutkan sehingga bulan Mac, sekiranya mereka (peniaga) tak dapat berniaga, kita akan ramai-ramai tunggu depan pejabat perdana menteri. Kita mintalah apa yang kita nak minta.

“Sebab waktu pilihan raya mereka minta undi kita, kita dah bagi. Jadi hari ini kita nak minta dari kerajaan, apa yang boleh bantu kita,” katanya dalam sidang media di Semenyih, Selangor.



Monday, January 4, 2021

Sembang Bikin Bimbang

Lawak ... lawak... UMNO dah mula nak mengugut... Hahaha.. Kan dah bagitau lama dah.. takkannya UMNO nak dikontrol oleh parti picisan macam Bersatu atau PAS ...  UMNO ader berapa kerusi... Bersatu ader berapa kerusi... PAS ader berapa kerusi..

Kerusi yang Bersatu ader hari nih pon bukan kerusi yang memang solid menang kat Bersatu... kalu kerusi tu bukan milik PKR mesti kerusi tu milik UMNO.... itu dah konfirm...

Bersatu nih memang parti picisan... lagi mau sembang abang besar konon....

Hahaha....

Mapoih aaa kat Bersatu... mampoih.... senang-senang kena taji...

Nih UMNO dah bising dah..... PAS pon nampaknya tengah main tarik tali.... hahaha .... takkan la YDP Agong nak benarkan dibuat PRU15 pada bulan Mac/April 2021 nih... takkan la... Covid-19 pon tak tau apa story lagie.. Hahahaha

Gila..



Tuesday, March 12, 2013

Kecoh Sebab Bonus

Saya kurang setuju dengan kumpulan eksekutif kanan. Jawatan mahu gempak. Bonus mahu lebat. Kalau tidak lebat. Lari dari syarikat. Sedangkan yang bertungkus lumus buat kerja adalah pekerja bawahan. Eksekutif kanan pandai memberi arahan sahaja. Perasan diri hebat. Itu lagi mahu ugut syarikat. Boleh berambus dari syarikat. Syarikat tidak perlukan eksekutif kanan yang sebegini.

Lebih daripada 49 peratus pekerja Malaysia yang menerima bonus menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan bayaran bonus masing-masing, demikian menurut kaji selidik tahunan JobStreet.com.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengambilan pekerja online, JobStreet, berkata kebanyakan industri membayar purata bonus 1.5 bulan.

"Bonus tertinggi diterima, yang merupakan enam bulan atau lebih, dibayar oleh syarikat di dalam sektor kewangan dan perbankan, telekomunikasi dan peruncitan," katanya.

JobStreet berkata 40 peratus daripada mereka yang dikaji selidik berkata bonus masing-masing telah meningkat berbanding dengan tahun lepas dan 36 peratus berkata bonus masing-masing kekal sama manakala 25 peratus melaporkan bonus yang lebih rendah.

Katanya 36 peratus daripada responden berkata mereka akan berhenti kerja dari syarikat berkenaan kerana bonus masing-masing lebih rendah daripada jangkaan dan 25 peratus akan berbuat demikian walau apa pun faktor bonusnya.

JobStreet.com berkata bonus dan insentif lain, seperti kenaikan gaji dan manfaat syarikat, kekal menjadi faktor utama mengekalkan pekerja.

Sejumlah 4,543 pekerja, di mana 66 peratus merupakan eksekutif tahap kanan, mengambil bahagian di dalam kaji selidik itu.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah