VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label MCO. Show all posts
Showing posts with label MCO. Show all posts

Wednesday, February 10, 2021

Kerajaan Yang Jadi Mangsa Buli

Hehehe...

Kerajaan yang lemah memang akan jadi mangsa buli... nampak sangat dan terbukti... hahaha'

Tak percaya ka??? 

Cuba tengok kenapa tetiba jer Kerajaan Malaysia melonggarkan SOP pada PKP2.0 yang berjalan Darurat 2021 padanya... Hahaha... Tengok macam mana tetiba boleh kedai dibukak... kebenaran itu ini diberi... malah kedai makan pon dibenarkan dine-in macam biasa.... cuma dua orang semeja jer...

Hahaha... patutnya kalu dah PKP2.0 dilabelkan Darurat... mesti lebih tegas dari PKP1.0...

Tapi ini tidak.... hahaha... sebab Kerajaan dah kena buli dan kena tekan oleh pelabur... oleh peniaga... oleh cukong.... Hahaha... tambah lagi nak raya Cina... hahaha... mana boleh kedai makan ditutup... bisnes tak untung la... hahaha...

Nasib la kena tekan ngan Cukong ... tue yang bukak semua tue...  By the way.. gua tak terkejut kalu hari nih atau esok kebenaran rentas daerah dibenarkan..... hahaha... boundary 10km dah tak terpakai.... semua gara-gara tekanan dari Cukong .... hahaha...

Betul-betul "Minority Government Under Duress" .... hahahaha... lawak siot...  nampak sangat la Ciken betul Kerajaan Malaysia nih... memang ciken...

Kalu ini semua dah diberikan kebenaran... apa lanzhow la nak teruskan Darurat..... bangang ka apa nih?? Hahaha ... Teruskan Darurat tapi longgar semua SOP .... itu bangang namanya... hahaha

Hahahaha



Saturday, January 30, 2021

Sembang Boleh La KPN Ooi..

Ketua Polis Negara (KPN) kata sudah tiba masa naikkan nilai kompaun ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negara ini.

Anggota PDRM telah diarahkan untuk mengeluarkan saman kepada mereka yang ingkar tanpa memberi ruang dilepaskan dengan amaran.

Tapi pada gua... ini semua setakat sembang bagi bimbang ja... sembang nak takutkan rakyat marhaen mustad'afin... yang mudah digertak dan dibuli.... malah senang gak nak paw...

Walhal biler kes bersangkutan dengan VIP, Kayangan dan Dewa serta orang politik kerajaan... langsung tak berani nak kutip, saman atau denda... Kalu pun ader kes setelah viral oleh netizen.... abis kuat kena denda siap ader diskaun... ataupun amaran jer...

KPN mana ader berani nak tangkap dan lokap VIP semua nih kalu engkar SOP ..... memang tak berani ja... KPN kena buktikan yang KPN berani... barulah rakyat percaya... setakat sembang.... mamak kedai roti canai pon boleh sembang...

So ada brani ka KPN? Tangkap dan dakwa dulu Annuar Musa... gambar dier dah viral... buktikan yang itu dulu...



Wednesday, January 27, 2021

Open Universiti Pun Gagal Laksanakan PdPR

Isu PdPR Di Malaysia

Camnie la.... macam-macam pandangan dan luahan yang telah dikemukakan untuk membicarakan mengenai PdPR di Malaysia.

Tapi ramai yang terlupa. Terlupa tentang perkara asas paling penting iaitu tahap kebolehterimaan pelajar yang berbeda.

Puluhan tahun Universiti kita di Malaysia mengadaptasikan program Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ). Seingat gua, masa gua ader buat research di USM Tronoh sekitar 1995-1996, sudah ader program PJJ ini dilaksanakan.

Masa itu pelajar PJJ akan hadir di cawangan yang ditetapkan dan akan belajar secara “Video Conferencing” menggunakan sambungan VSAT.  Bayangkanlah ... dengan sistem PJJ ini pun kadar keberkesanan pembelajaran masih boleh dipertikaikan walaupun ianya dilaksanakan pada pelajar yang berpendidikan tinggi dan lebih matang.

Selepas itu kita di Malaysia pula diperkenalkan dengan konsep Universiti Terbuka (Open University) yang juga mengadaptasikan konsep pembelajaran jarak jauh (PJJ) dan pembelajaran kendiri.  Ini juga adalah sebenarnya konsep Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR) juga walaupun sedikit berbeza. Namun asasnya tetap sama.

Bayangkan Open University juga gagal sebenarnya untuk melaksanakan PdPR walaupun menggunakan sistem “Learning Management System” (LMS) seperti Moodle dan sebagainya sama ada yang dibangunkan sendiri atau yang dibeli secara tersedia.

Jika pelajar yang dewasa dan matang seperti yang telah berada di peringkat pengajian tinggi pun agak susah nak belajar secara PdPR, bagaimana pula pelajar di peringkat menengah dan rendah.

Paling kritikal adalah bagaimana nak kendalikan pembelajaran dan pengajaran dari rumah bagi pelajar di peringjat rendah dan prasekolah. Ini satu cabaran yang agak besar. Sembang-sembang sana sini berkenaan isu ini pun hanya sekadar dipermukaan sahaja.

Sebelum pihak-pihak pemegang taruh ini semua nak kritik atau kutuk bagai, sila dalami juga perangai anak-anak anda sendiri. Kalau anda sendiri juga gagal nak kawal pendidikan anak-anak anda di rumah... bagaimana pula pihak guru nak kawal pelajar secara atas talian. Bayangkanlah.

Lain orang lain tahap pemahamannya. Lain juga cara dia berfikir dan berinteraksi. Kematangan pun satu hal lah jugak.

Apa pun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah memperkenalkan dan mengadaptasikan sistem DELIMA sebagai sebahagian dari PdPR.

Moga dengan adanya pengalaman dari impak PKP akibat dari wabak Covid-19, kita dapat membentuk sistem PdPR yang lebih mantap untuk meneruskan cabaran pendidikan abad ke 21 ini.

Mahu tak mahu, kita mesti berusaha untuk menukar sistem penbelajaran di Malaysia kepada campuran sistem konvesional dan digital agar kita kekal berada di hadapan.



Saturday, January 23, 2021

Sampai Macam Ni Sekali

Biarlah gambar berbicara... 

Adoilah... takkan la sampai begini berjaraknya... jauh benar...  kalu time lain boleh plak dok dekat-dekat sikit...  macam mana la kalu kat Masjid atau Surau jadi takut sangat camnie... Adoilah..


Adoilah.... 

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah