VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Insuran. Show all posts
Showing posts with label Insuran. Show all posts

Wednesday, December 28, 2022

Janji Boleh Buat Duit ...

Kah Kah Kah ...

Kira okeh lagi nih... hehehe... cuba kalu depa pajak keranda terpakai siap dengan ada jenazah skali didalamnya....... macam mana la gamaknya... 

Jahanam dunia nih...

Kah Kah Kah ...


Mengejutkan apabila keranda terpakai ditemukan di syarikat pajak gadai di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Daily Star melaporkan, keranda kelabu yang besar dengan hiasan emas muncul di Kedai Pajak Pasternack di Aurora, Colorado, dan dijual pada harga AS$499 (kira-kira RM2,347).

Menurut KDVR-TV, barang pelik itu ditukar dengan pinjaman tunai, awal tahun ini.

Salah seorang petugas kedai, Scott Pasternack berkata, keranda itu hanyalah sebahagian daripada perkara yang digadai pelanggan, baru-baru ini, kerana krisis kos sara hidup di negara itu semakin meruncing.

"Pinjaman (diberikan) kami melonjak dengan ekonomi yang merosot dan orang ramai memerlukan lebih banyak wang," katanya kepada stesen televisyen (TV) berkenaan.

Seorang pelanggan tanpa nama juga menjelaskan bagaimana mereka terpaksa menggadai barangan dengan lebih kerap daripada biasa.

"Ketika masa semakin sukar, kadar inflasi menyebabkan saya datang sebulan sekali sekarang menjual barangan," katanya.

Seperti semua krisis sekalipun, seseorang cenderung mendapat manfaat dengan pelanggan mendapatkan tawaran murah daripada peningkatan pilihan barangan kedai.

Roxi Kessler berkata kepada stesen televisyen itu "Anda tidak mampu membeli apa-apa kerana harga petrol sangat tinggi sehingga menaikkan harga segala-galanya. Makanan, insurans, semuanya.

"Harganya melambung tinggi. Anda tidak mampu untuk membeli sesuatu yang baharu," katanya.

Sunday, March 20, 2022

Apa justifikasi keluarga Adib Bomba dapat pampasan RM1.5 juta?

Satu perkara pelik bilamana keluarga Adib Bomba (Muhammad Adib) telah dibayar pampasan oleh Kerajaan Malaysia sedangkan kes ini belum lagi disabitkan kesalahan dan dihukum pelakunya. Hanya sekadar inkuiri oleh Koroner sahaja...

Biasanya pampasan akan diberikan jika kesalahan telah jatuh disabitkan. Dan ianya pastinya memerlukan penghakiman di Mahkamah. Kalu wang RM1.5 juta ini dikatakan datang dari duit insuran... bagaimana pula dengan 6 orang anggota bomba yang tewas lemas di Puchong tempohari. Semuanya meninggal dunia semasa bertugas. Sewajarnya lah waris mereka ini mendapat RM1.5 juta setiap seorang jika kita mengikut precedent yang dibaut dalam kes Adib.

Bagaimana pula dengan kematian seorang anggota bomba dan penyelamat yang pakar dalam pengendalian binatang berbisa. Dia meninggal dunia ketika bertugas akibat dipatut ular tedung. Tentunya dia juga patut mendapat pampasan dari Kerajaan bernilai RM1.5 juta.

Something tak kena disini.

Keluarga Muhammad Adib terima pampasan RM1.5 juta.

#AdibBomba #KuilSeafield #Pampasan #Bomba #Koroner #KesKuil #Khyrole #BeritaSemasa #KritikSosial #KakiBelasah

Friday, January 22, 2021

Jangan Cari Pasal

Azwan Ali dah banyak kali kena panggil ke Bukit Aman... dier dah mangli... dier dah tak kisah... sebab itu lar dier selamba jer buat macam-macam komen dan post ... sampaikan berkenaan isu Proklamasi Darurat pun dier buat selamba jer... Hehehe

Sapa tak kenal Azwan Ali kan.... mulut takder insuran... mulut laser.... hahaha


Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat satu laporan berhubung rakaman video klip selebriti Azwan Ali, yang dikatakan memperlekeh Proklamasi Darurat yang diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed yang mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung video klip itu berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Hari ini, Azwan Ali telah dipanggil ke pejabat USJT bagi membantu siasatan dan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah menularkan video klip berkenaan.

“PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta mengganggu gugat keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan.

Rakaman video berdurasi 41 saat berkenaan telah ditularkan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Zai Mikail’ pada 12 Januari lepas.

Nasib lar Azwan Ali.... so kepada yang lain... sila jangan cari pasal.. jangan hanya pandai nak buat ugutan macam mamat yang ini.. hahaha



Thursday, August 22, 2013

Wang Pendahuluan Pembelian Kereta Kini 20%

Membaca berita akhbar di Malaysia perlukan satu sudut pandang yang berbeda. Kita kena membacanya diluar dari konteks berita yang tersedia. Sebab biasanya kalau cerita A yang dihebahkan, maknanya cerita sebenarnya adalah cerita B. Penat. Terlalu Penat.


SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan telah mengarahkan bank-bank mengurangkan tempoh bayaran balik bagi pinjaman kereta untuk tempoh maksimum tujuh tahun.

Selain itu, BNM turut menafikan arahan untuk meningkatkan nilai wang pendahuluan 20 peratus daripada 10 peratus.

Laporan Bisnes Times dipetik, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin yang tidak disahkan itu.

"Kami telah tidak pernah memberikan apa-apa arahan kepada mana-mana bank.

"Terma pembiayaan semasa dan syarat-syarat tempoh pembiayaan maksimum adalah tidak lebih daripada sembilan tahun di bawah Garis Panduan Pemberian Pinjaman juga masih tidak berubah," kata jurucakap BNM.

Sebelum ini, laporan di media-media sosial dan blog mendakwa bank-bank telah dikeluarkan memo untuk mengurangkan tempoh pembiayaan dan pendahuluan untuk pembelian kereta baru berkuatkuasa September.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah