VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Murid. Show all posts
Showing posts with label Murid. Show all posts

Wednesday, January 24, 2024

Kenapa Ibubapa Pilih MRSM Dan SBP?

(1) Data -data pendidikan terkini menunjukkan berlumba -lumba ibu bapa bumiputera mahu menghantar anak-anak mereka ke MRSM dan SBP. Jumlah permohonan berkali-kali ganda berbanding tempat yang disediakan. https://shrtm.nu/qVe

(2) Semakin ramai ibu bapa Bumiputera menghantar anak-anak ke Sekolah Cina. Sejak lima tahun lalu, kadar enrolmen murid bumiputera di sekolah Cina telah meningkat dari 18 peratus (2017) kepada 21 peratus murid (2022). Pada tahun 2010, kadar murid bumiputera di sekolah Cina hanya 10 peratus. https://shrtm.nu/qVh

(3) Ibu bapa yang berkemampuan pula semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Antarabangsa. Dulu hanya ibu bapa yang betul-betul kaya sahaja tetapi sekarang ada ibu bapa yang sanggup ambil pinjaman semata-mata untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa. https://shrtm.nu/qVi

(4) Sebahagian ibu bapa yang beragama Islam lebih suka menghantar anak-anak ke sekolah Tahfiz Swasta. Hinggakan bilangan sekolah tahfiz swasta tumbuh seperti 'cendawan selepas hujan' di negara ini, termasuklah pusat tahfiz yang tidak berdaftar.https://shrtm.nu/qVj

(5) Trend terkini juga menunjukkan semakin ramai ibu bapa yang berpendidikan tinggi membuat keputusan mengamalkan pendidikan 'homeschooling' untuk anak-anak mereka. https://shrtm.nu/qVk

(6) Rumusan: Seboleh mungkin, semakin ramai ibu bapa mahu 'mengelak atau'by pass' daripada menghantar anak-anak ke sekolah harian biasa samada sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Soalan: Mengapa semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk 'by pass' sekolah harian (SK dan SMK)? 

  • Apakah kerana mereka kurang percaya pada keupayaan sekolah harian? 
  • Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tiada mencapai kualiti yang diharapkan? 
  • Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tidak mampu memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak mereka? 
  • Apakah ibubapa merasakan sekolah harian kebangsaan terlalu Islamik? 
  • Apakah ibu bapa merasakan sekolah harian kebangsaan tidak mengembirakan dan terlalu membebankan anak-anak mereka? 
  • Apakah semakin ramai ibu bapa sekarang yang melihat sekolah harian ibarat seekor 'dinosour'? Walaupun bersaiz besar tetapi sudah 'ketinggalan zaman?. Semakin hari semakin 'pupus' (baca:kepercayaan) ibu bapa?

Kita boleh berbeza pandangan. Tetapi data-data yang ada mengesahkan semakin ramai ibu bapa yang telah 'by pass' sekolah harian kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian.



Sunday, October 16, 2022

Justice For Cikgu Mohd Fadli Salleh

Simple je gua nak cakap.

Riak air yang kecil jangan disangka tidak mampu menenggelamkan Kapal Tangki / Kargo.

Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal. 

#pru15 #justiceforteacher #voter



Friday, December 24, 2021

Pembukaan Sekolah Di Lewatkan

Macam ni la kita nak... takmo la last minit baru nak buat keputusan... At least kalu macam ni ader la nampak proper planning...

Cuma pada gua la... seminggu lewat tu macam tak berapa kena la...

Why don't di lewatkan lagi lebih dua minggu... supaya bukan sahaja dapat selesaikan isu berkaitan banjir nih.. tapi para guru pulak dapat bersiap sedia dengan segala yang diperlukan untuk pembukaan sekolah kembali...

Sebab bukan sahaja rumah guru dan kakitangan pendidikan ramai yang terkena banjir... tapi banyak sekolah yang telah menjadi Pusat Perpindahan Sementara (PPS) masa banjir... Jadi itu semua kena dibetulkan dan dibersihkan serta disediakan untuk menerima para pelajar...

Harap idea ini mendapat sokongan dari semua..



Wednesday, February 3, 2021

Sesi PdPR Lucah?

Payah juga nak jadi cikgu zaman sekarang nih... kena berdepan dengan pelbagai ragam murid-murid dan pelajar... dari ragam bising semasa sesi PdPR sampailah kepada isu yang lebih kronik...


Adoilah... ini lah jadinya kalu murid terlalu advance... murid yang dah terbiasa akses kepada benda-benda mengarut dan lucah ini... tambah lagi banyak drama yang ditayangkan di TV sekarang nih kualiti content nya agak mengarut (lucah dan separa lucah)... 

Bayangkan la siri drama TV pukul 7 misalnya.... apa yang selalu dipotretkan dalam drama ini... isu seks dan sebagainya memang selalu ader... adegan yang tak senonoh juga mudah dipertontonkan... malah tidak dinafikan semakin hari semakin banyak karya sampah yang diangkat menjadi drama dan filem.

Macam dah takder batasan...  tambah lagi dengan kemudahan Whatsapp dan Telegram... berapa banyak video lucah dan imej lucah dan serta senonoh yang tersebar melaluinya... bukan kata orang dewasa yang menyebarkannya... malah kanak-kanak pun turut sama.... menyebarkan bahan lucah

Itu belum lagi dengan video-video aksi lucah dan tak sopan yang viral melalui media Instagram, TikTok, Bigo, Wechat, Tagged dan sebagainya... Terdapat juga content berkaitan dengan seks juga hadir dalam media ini...

Bayangkan la... ader influencer yang nak jual barang seksual (seks) untuk dewasa.. sanggup pula melakukan aksi-aksi seks lucah dan separa lucah semata-mata nak tarik crowd tonton jualan dia di media sosial.... Melayu pulak tue... Yang influencer perempuan pun sama naik ... sampai sanggup berbogel di media sosial... untuk mendapatkan jumlah tontonan meningkat...

Jadi tak terkejut juga bile sesi PdPR yang sedang berlangsung diancam dengan video-video live lucah oleh murid-murid... tambah lagi kalu ader sesi personal chat dengan cikgu... bahaya betul la gangguan seksual ini semua...

Perlukan satu pendekatan baru dalam menanganinya... ISP juga sebenarnya boleh memainkan peranan.... nak harapkan perisian media sosial memainkan peranan mereka menapis semua content memang mimpilah... jadi polisi di ISP jugak patut diperketatkan...



Saturday, January 2, 2021

Sekolah Akan Dibuka Ikut Jadual

Semua institusi pendidikan di seluruh negara yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan akan dibuka semula mengikut kalendar akademik tahun 2021, kata kementerian itu.

Institusi swasta dan antarabangsa yang berada di bawah kementerian akan dibuka semula mengikut kalendar akademik masing-masing, kata kementerian itu dalam satu kenyataan Sabtu (2 Jan).

“Ini melibatkan semua institusi di negara ini, bahkan yang berada di wilayah perintah pergerakan pergerakan bersyarat.

"Operasi institusi-institusi tersebut tertakluk pada garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Kementerian akan terus memantau operasi institusi-institusi ini bersama dengan Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan Kementerian Kesihatan," tambahnya.

Secara berasingan, dalam surat edaran bertarikh 14.2020 Ogos, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (sektor operasi sekolah) Adzman Talib mengatakan sekolah akan dibuka semula pada 20 Januari dan berakhir pada 9 Disember untuk negeri-negeri yang termasuk dalam kategori A, sementara negeri di bawah kategori B akan dibuka semula pada 20 Jan dan tutup pada 10 Disember.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kalendar akademik, lihat www.moe.gov.my/takwim



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah