VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Tanah. Show all posts
Showing posts with label Tanah. Show all posts

Sunday, April 16, 2023

Salute Buat OA

Memang gua salute aaa buat OA nih.. diorang sudah berani... berani menegakkan dan mempertahankan hak mereka... Syabas buat Orang Asal / Orang Asli nih...

Sudah sampai masanya mereka melawan daripada dibuli dan dianaktiri ditanah mereka sendiri... Mereka yang lebih lama berada di tanah ini... Mereka yang mewarisi tanah ini daripada nenek moyang mereka... Cukup-cukuplah selama ini diperdaya... ditipu... dan diperdajal.... cukup-cukuplah...

SALUTE..

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Sekumpulan Orang Asli di Johor kekal tegas menentang rancangan untuk menukar tanah mereka menjadi "tanah kesultanan".

Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) bercadang untuk menyerahkan surat bantahan rasmi kepada kerajaan negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) tidak lama lagi.

"Ini bukan soal derhaka kepada Sultan tetapi atas dasar demokrasi dalam menyuarakan hak sebagai warganegara Malaysia," kata JPOAJ dalam satu hantaran di Facebook, semalam.

Resolusi membantah penukaran tanah itu dicapai pada mesyuarat yang disertai 90 wakil dan pembesar Orang Asli Johor dari pelbagai kampung dan daerah di Kluang pada Jumaat.

Pada 16 Mac, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah menyarankan kerajaan negeri Johor mengklasifikasikan semua penempatan dan rizab Orang Asli di negeri itu sebagai ‘tanah kesultanan’ bagi mengelak ia disalahgunakan.

Baginda bertitah ini perlu kerana menurut baginda segelintir Orang Asli telah menjadikan hutan simpan negeri sebagai ladang kelapa sawit dan getah berskala besar.

Rizab Orang Asli dilindungi di bawah Akta Orang Asli 1954, yang menyatakan bahawa tanah tersebut tidak boleh diberi milik atau dilupuskan, kecuali untuk Orang Asli yang tinggal di atas tanah tersebut.

Kerajaan negeri, bagaimanapun, boleh membatalkan status tanah tersebut.

Sementara itu, di bawah Seksyen 2 Enakmen Tanah Kesultanan Johor, tanah yang diklasifikasikan sebagai ‘tanah kesultanan’ adalah milik Sultan dan tidak dianggap sebagai hak milik negeri.

Enakmen itu juga memperuntukkan bahawa tiada bahagian tanah kesultanan boleh dijual, dipajak, atau dilupuskan kecuali dengan kebenaran bertulis sultan.

Pengerusi JPOAJ, Dolah Tekoi sebelum ini berkata pihaknya membantah cadangan itu dengan alasan bahawa rizab Orang Asli telah pun dilindungi di bawah Akta Orang Asli 1954 dan Kanun Tanah Negara - undang-undang yang terpakai di seluruh negara.

Katanya adalah tidak benar bahawa semua Orang Asli menggunakan rizab mereka untuk ladang yang dieksploitasi oleh orang luar.

Katanya, sebilangan Orang Asli menggunakan rizab untuk ladang bagi menyara diri.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dalam mempertahankan rancangan itu, mendakwa bahawa ‘tanah kesultanan’ tidak akan menjadi hak milik peribadi Sultan Johor, sebaliknya bertindak sebagai penjaga kepada tanah tersebut.

Friday, January 14, 2022

KDN Capai 100% KPI?? Hahaha

Ini lawak... Memang lawak...

Mana taknya... Kementerian Dalam Negeri (KDN) katanya capai 100% KPI (Key Performance Index) terutamanya dalam usaha membenteras rasuah.... Hahahahahahahahahahahahahahaha

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Gua terpaksa gelak... sebab inilah Kementerian yang nombor 2 paling kuat rasuah dalam perkhidmatan Kerajaan.... yang nombor 1 adalah yang terkait dengan Hutan dan Tanah.... Hahahahaha

Macam mana boleh kata capai 100% KPI sedangkan semua orang tahu... berapa banyak dalam KDN yang terlibat dalam rasuah... sama ada secara terang-terangan mahupun terselindung... Hahaha... Institusi Polis dan Penjara yang dok bawah KDN memang terkenal dengan rasuah... belum masuk lagi yang lain-lain... 

Sampaikan Ikatan Relawan (RELA) pon ader dikenalpasti sangkut rasuah... ini semua jentera dibawah KDN.... lagi Menteri Dalam Negeri (Hamzah Zainuddin) sembang lebat kata KDN capai 100% KPI terutama dalam usaha benteras rasuah...

Lawak siot...



Friday, June 18, 2021

Ada Tangan Ghaib Dalam Isu Tasik Chini

Susah dan lama rupanya proses pengwartaan Hutan Simpan nih yer amik masa 2 tahun pun tak setel lagi...... tak semudah nak luluskan pembalakan atau perlombongan yang boleh dibuat tak sampai seminggu. Huhuhu

Nampak sangat macam ader tangan ghaib... kan kan kan..

Kalau tidak tak jadi la camnie...



Tuesday, January 5, 2021

Banjir Di Malaysia, Apakah Salah Pemaju?

Di negara asing, mereka membina rumah mengikut kontour mukabumi. Jarang sangat berlaku mereka meratakan bukit untuk menambak kepada kawasan yang lembah (atau paya).

Tetapi itu yang berlaku di Malaysia. Sebab itulah kita mudah dapat banjir sebab kawasan takungan air sudah kita tambak dengan tanah dari kawasan bukit.

Lepas itu kita amat kurang membina “monsoon drain” (bersaiz 6 kaki lebar dan 4 kaki dalam). Pemaju perumahan biasanya cuma membuat longkang biasa je (paling hebat sekadar 1 kaki lebar dan 2 kaki dalam)

Berapa banyak kawasan perumahan yang kecil-kecil yang dibangunkan oleh pemaju (walaupun tanah yang dimiliki oleh pemaju tersebut agak besar) sekitar 20 hingga 30 rumah yang tidak ada “retention pond” atau “monsoon drain”. Pemaju bermain dengan isu teknikaliti semasa membangunkan projek.

Sebab kalu projek perumahan itu sampai 100 buah rumah, pemaju kena menyediakan taman permainan dan “retention pond”. Inilah yang nak dielakkan oleh pemaju perumahan...

Yang penting duit masyuk... peduli apa dengan kemudahan awam dan keselamatan dari bencana banjir... Tambak sahaja tanah lembah mana yang mahu... Boleh buat perumahan baru...

PBT pulak senang disogok. Setel semuanya...

Lepas tu kecoh banjir... Hujan lebat lebih 12 jam terus banjir kilat tahap dewa jalan duta....

Bangkai betul lar.






Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah