VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Wednesday, January 27, 2021

Open Universiti Pun Gagal Laksanakan PdPR

Isu PdPR Di Malaysia

Camnie la.... macam-macam pandangan dan luahan yang telah dikemukakan untuk membicarakan mengenai PdPR di Malaysia.

Tapi ramai yang terlupa. Terlupa tentang perkara asas paling penting iaitu tahap kebolehterimaan pelajar yang berbeda.

Puluhan tahun Universiti kita di Malaysia mengadaptasikan program Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ). Seingat gua, masa gua ader buat research di USM Tronoh sekitar 1995-1996, sudah ader program PJJ ini dilaksanakan.

Masa itu pelajar PJJ akan hadir di cawangan yang ditetapkan dan akan belajar secara “Video Conferencing” menggunakan sambungan VSAT.  Bayangkanlah ... dengan sistem PJJ ini pun kadar keberkesanan pembelajaran masih boleh dipertikaikan walaupun ianya dilaksanakan pada pelajar yang berpendidikan tinggi dan lebih matang.

Selepas itu kita di Malaysia pula diperkenalkan dengan konsep Universiti Terbuka (Open University) yang juga mengadaptasikan konsep pembelajaran jarak jauh (PJJ) dan pembelajaran kendiri.  Ini juga adalah sebenarnya konsep Pembelajaran dan Pengajaran dari Rumah (PdPR) juga walaupun sedikit berbeza. Namun asasnya tetap sama.

Bayangkan Open University juga gagal sebenarnya untuk melaksanakan PdPR walaupun menggunakan sistem “Learning Management System” (LMS) seperti Moodle dan sebagainya sama ada yang dibangunkan sendiri atau yang dibeli secara tersedia.

Jika pelajar yang dewasa dan matang seperti yang telah berada di peringkat pengajian tinggi pun agak susah nak belajar secara PdPR, bagaimana pula pelajar di peringkat menengah dan rendah.

Paling kritikal adalah bagaimana nak kendalikan pembelajaran dan pengajaran dari rumah bagi pelajar di peringjat rendah dan prasekolah. Ini satu cabaran yang agak besar. Sembang-sembang sana sini berkenaan isu ini pun hanya sekadar dipermukaan sahaja.

Sebelum pihak-pihak pemegang taruh ini semua nak kritik atau kutuk bagai, sila dalami juga perangai anak-anak anda sendiri. Kalau anda sendiri juga gagal nak kawal pendidikan anak-anak anda di rumah... bagaimana pula pihak guru nak kawal pelajar secara atas talian. Bayangkanlah.

Lain orang lain tahap pemahamannya. Lain juga cara dia berfikir dan berinteraksi. Kematangan pun satu hal lah jugak.

Apa pun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah memperkenalkan dan mengadaptasikan sistem DELIMA sebagai sebahagian dari PdPR.

Moga dengan adanya pengalaman dari impak PKP akibat dari wabak Covid-19, kita dapat membentuk sistem PdPR yang lebih mantap untuk meneruskan cabaran pendidikan abad ke 21 ini.

Mahu tak mahu, kita mesti berusaha untuk menukar sistem penbelajaran di Malaysia kepada campuran sistem konvesional dan digital agar kita kekal berada di hadapan.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah