VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Denda. Show all posts
Showing posts with label Denda. Show all posts

Friday, December 30, 2022

Akhirnya Kerajaan Mengaku Juga

Kah Kah Kah ....

Ingatkan takmo mengaku... Err... kalu dah tau ada peniaga buat kerja haramjadah macam nih... kenapa dibiarkan sahaja... kenapa takder tindakan dibuat?? Ajer gampang...

Jadi Kerajaan pun penakut pahit dengan peniaga macam SOGO ke?? Adoilah... 
Batalkan jer lesen-lesen peniaga nih... Apa mau takut.... tau la tolo ayam takder la nih... takkan la tolo Menteri Ekonomi dan Menteri KPKT serta Menteri KPDN pon takder?? Hahahaha

Hampeh aaa...

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD


Sebanyak 703 aduan berhubung taktik jualan murah diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) antara 1 Januari hingga 27 Disember 2022.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Azman Adam berkata, taktik jualan murah itu bukanlah modus operandi baharu, meman­dangkan kaedah tersebut sering digunakan peniaga bagi melariskan jualan masing-masing.

“Taktik itu sebenarnya bukanlah satu modus operandi baharu oleh peniaga kerana penjualan barangan dengan harga jualan murah tidak melibatkan bara­ngan dikawal.

“Jadi, taktik tersebut boleh dikatakan sebagai strategi peniaga untuk melariskan jualan dengan kerugian yang minimum,”

“Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah ­Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 iaitu tidak memohon kebenaran atau notis jualan murah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 bagi pertubuhan perbadanan, manakala bagi bukan suatu pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM50,000,”

Tuesday, January 4, 2022

Bila Tukang Masak Tiada Sijil Pengendalian Makanan

Biasa kalu pengendali makanan tidak terlatih dan tidak memiliki sijil latihan ini... dan juga tidak mengambil suntikan Typhoid .... kompaun boleh dikeluarkan oleh Pegawai Kesihatan dibawah Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) ini merupakan Peraturan yang digubal mengikut peruntukan Seksyen 34 di bawah Akta Makanan 1983 dan telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009.

Kesalahan yang dilakukan sama ada oleh tuan punya, pemunya, penghuni premis makanan, pengendali makanan, penyedia makanan, pengendali mesin menjual makanan, serta seseorang yang mengangkut makanan menggunakan kenderaan boleh didenda maksimum RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Antaranya adalah berkaitan kesalahan daripada segi amalan pengendali makanan, reka bentuk dan bangunan dan peralatan yang digunakan.

Ini bukan main-main tuan... ini perkara besar... sebagai contoh... dalam konsep kenduri secara gotong-royong.. katalah ader seorang pengendali yang ada TB atau Taun ... yang mungkin dia sendiri tidak sedar ... atau dia kerap ke tandas ... kemungkinan besar makanan yang disediakan akan mengandungi virus E-Coli atau Salmonella .. atau juga virus Cholera .... atau lain-lainnya...

Silap-silap boleh membawa maut .... tambah lagi kalu ader Pencemaran Silang... adoilah...

Sebab itu sebagai pengendali makanan atau tukang masak dan sebagainya... pastikan mereka yang terlibat telah lulus latihan pengendalian makanan dan telah mengambil suntikan Typhoid.... Jangan benarkan geng-geng yang tiada benda-benda macam nih kendalikan makanan... Tak kira la siapa pengendali makanan itu... waima YB, ADUN, Ahli Parlimen, Menteri atau Permaisuri sekali pun...

Ini kritikal la bhai...




Saturday, May 15, 2021

Gestapo Malaysia

Warning!!!…

Korang hati2 dan kalo boleh jgn la pegi beraya atau ajak sesapa dtg beraya.. smlm rumah mak mertua aku kne ambush dgn polis sbb ade report dari jiran kononnye ada majlis jamuan sedangkan mereka anak beranak je yg ada kat umah…

So hati2 la ye.. kot ada yg dengki ke apa ke.. bkn takut.. tp daripada korang dok byr 25k.. 5k tu utk saman, baik korang kasi kat mak bapak korang atau sedekah jer.. dpt gak pahala… haishhh… manusia… manusia…

Kredit : Inche Adam

PDRM ajar sesama jiran jadi SPY camnie.

Ingatkan Gestapo Nazi jer dulu yang ajar buat camnie... Rupanya PDRM pon dah macam Gestapo Nazi. Adoilah



Saturday, January 30, 2021

Sembang Boleh La KPN Ooi..

Ketua Polis Negara (KPN) kata sudah tiba masa naikkan nilai kompaun ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negara ini.

Anggota PDRM telah diarahkan untuk mengeluarkan saman kepada mereka yang ingkar tanpa memberi ruang dilepaskan dengan amaran.

Tapi pada gua... ini semua setakat sembang bagi bimbang ja... sembang nak takutkan rakyat marhaen mustad'afin... yang mudah digertak dan dibuli.... malah senang gak nak paw...

Walhal biler kes bersangkutan dengan VIP, Kayangan dan Dewa serta orang politik kerajaan... langsung tak berani nak kutip, saman atau denda... Kalu pun ader kes setelah viral oleh netizen.... abis kuat kena denda siap ader diskaun... ataupun amaran jer...

KPN mana ader berani nak tangkap dan lokap VIP semua nih kalu engkar SOP ..... memang tak berani ja... KPN kena buktikan yang KPN berani... barulah rakyat percaya... setakat sembang.... mamak kedai roti canai pon boleh sembang...

So ada brani ka KPN? Tangkap dan dakwa dulu Annuar Musa... gambar dier dah viral... buktikan yang itu dulu...



Saturday, January 23, 2021

Sampai Macam Ni Sekali

Biarlah gambar berbicara... 

Adoilah... takkan la sampai begini berjaraknya... jauh benar...  kalu time lain boleh plak dok dekat-dekat sikit...  macam mana la kalu kat Masjid atau Surau jadi takut sangat camnie... Adoilah..


Adoilah.... 

Tuesday, March 3, 2015

Bila Si Bodoh Menyusahkan Orang Lain

Bodoh bodoh bodoh. Tiada apa yang boleh diperbuat lagi. Kalau sudah dilahirkan bodoh tetap akan kekal bodoh. Ini masalahnya bila orang bodoh ada duit. Kalau tidak menyusahkan orang lain, macam tidak puas hati.

Masalahnya orang bodoh yang menggunakan nama YengNasir nih memang munyusahkan. Nanti tidak pasal-pasal DCA mengetatkan undang-undang. Masalahnya semua kerana sibodoh ini yang tidak mahu hendak ambil tahu tentang prasyarat dan undang-undang. Bodoh lagi bangang.

Menyusahkan warga pemilik drone dan peralatan kawalan jauh sahaja si bodoh ini. Patut si bodoh ini diharamkan membeli atau menggunakan apa-apa peralatan kawalan jauh seumur hidup. Harap PDRM dapat tahan si bodoh ini dan dakwa dia dibawah undang-undang penerbangan.








Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah