VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Statistik. Show all posts
Showing posts with label Statistik. Show all posts

Thursday, August 10, 2023

Mampukah DAP Dapat Undi Dari Pengundi UMNO Sekinchan?

Err... sekejap... mampu kah DAP dapat undi dari pengundi UMNO Sekinchan??? ... Persoalan ini best nak tanya....

Adakah anda yakin??

Hahaha.....

Orang Jawa beragama Islam di kawasan nih yang dulu solid Undi UMNO... nak ker undi DAP kali nih??? Hahaha

Mampukah?


Sunday, August 6, 2023

Wednesday, April 19, 2023

Sekali Baca Nampak Gempak

Kah Kah Kah...

Tengok tajuk ja mesti WalaNON dan Bangsa Slurpp akan teruja .... mesti akan jaja sana sini.... seronok bhai... Hahaha...

Tapi... sample data statistik semasa cuma 500 jer..... 500 responden...

Tu dah rasa gempak konon ader wow factor.... Hahaha... Ini sama macam sample tinjauan Invoke... cap ayam jer data statistiknya... berapa sangat la responden... Hahaha....500 tue apa la sangat... Invoke pon selaku data cuma sekitar beberapa ribu jer...

Hahaha... kelakar la...

Patutnya at least 0.5% responden dari jumlah pengundi.... jumlah pengundi ader dalam 21 juta ... sekitar data persampelan dalam 105k orang.... baru la boleh respek sikit statistiknya...

Hahahaha... lawak aaa ... ini mesti tak pakai SPSS nih... hahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Statistik Lawak

Kajian yang dijalankan oleh firma penyelidikan pasaran antarabangsa Ipsos mendapati dua pertiga rakyat Malaysia yang ditinjau percaya bahawa negara ini bergerak ke arah landasan yang betul, lima bulan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tinjauan terbaharu Ipsos, bertajuk "What worries Malaysia" atau “Apa yang membimbangkan Malaysia” itu mendapati bahawa pandangan umum terhadap negara mula berubah menjadi lebih baik selepas pilihan raya pada November 2022 dan memuncak pada Januari 2023.

“Selepas lima bulan dengan kerajaan baharu, dua pertiga rakyat Malaysia percaya negara berada di landasan yang betul,” kata pengarah urusan Ipsos Malaysia Arun Meron dan pengurus penyelidikan hal ehwal awam Ipsos, Iris Ng dalam satu kenyataan.

Friday, November 18, 2022

VSR Setakat Pukul 5 Petang

Sudah keluar... sekadar menjadi penyeri dan guideline kepada lu orang semua... Tiada yang mustahil..

Keputusan akhir hanya Allah Taala jer yang tahu. Sekian

#PRU15 #GE15 #Undi18 #UndiOrangMuda #UOM #Kempen #Politik #BN #PN #GTA #PH #Warisan 



Thursday, October 27, 2022

Maaflah Sebab Terpaksa Tidak Bersetuju

Mohammad Agus Yusoff adalah orang akademik. Orang akademik bacaannya selalu sekata. Bacaannya hanya sekadar apa yang dilihat dan apa yang boleh dipegang datanya. Tidak lebih dari itu. Nak katakan orang akademik nih turun buat analisis tanpa prejudis dan tanpa diketahui oleh subjek yang dikaji itu memang susahlah..

Sebab orang akademik nih setiap kali kajian pun mereka akan dedahkan siapa mereka dan pastinya akan ada bias daripada subjek yang dikaji dan juga dikalangan data yang dicerakinkan. Pastinya golongan sasaran bagi kajian mereka ini dalam kelompok yang boleh dijangka dan diagak kecenderungannya.

Sebab itu bila gua baca penulisan Mohammad Agus Yusoff kali nih... gua gelak... maaflah sebab terpaksa gelak... bukan apa... dari penulisan dier sahaja dah kelihatan apa yang sebenarnya dikaji olehnya ... dan dapatannya hanya sekadar lingkungan itu sahajalah... benda yang boleh dijangka..

Terutamanya pada frasa ayat dibawah ini

"Mahathir mampu melonjakkan swing sokongan Melayu kepada PH. Kerjasama dengan Mahathir mampu mengelakkan pertandingan di kerusi yang sama."

Tentang benda nih... Mohammad Agus Yusoff telah terkhilaf... Swing sokongan orang Melayu kepada PH yang dikatakan boleh dilonjakkan itu pada gua adalah pada "Pre PRU14" ... selepas Langkah Sheraton... orang Melayu sudah tidak hairan kepada Mahathir Mohamed. Respon dikalangan para pengundi atas pagar mengatakan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Mahathir Mohamed. 

Mahathir Mohamed sudah hilang touch nya...  Mahathir Mohamed sudah tidak di hormati sepenuhnya... Memang ada yang hormat... tapi bukan dikalangan pengundi atas pagar.. Sekadar penyokongnya sahaja yang kini berada dalam Parti Pejuang dan beberapa lagi yang diluar... Tapi dikalangan orang UMNO.... mereka sudah lama menolak Mahathir Mohamed.

Orang PAS lagi la tak suka pada Mahathir Mohamed. Mereka sudah lama berpatah arang berkerat rotan dengan Mahathir sejak dari zaman Fadhil Noor dan Nik Aziz lagi... pastinya susah orang PAS (Melayu) nak bantu berikan undi dan sokongan kepada Mahathir Mohamed.

Maaf cakap... yang kekal ego adalah Mahathir Mohamed. Dan pastinya Mahathir Mohamed sudah mencongak untung rugi Parti Pejuang dalam Gerakan Tanah Air (GTA) yang besar kemungkinan akan banyak hilang wang pertaruhan (deposit) pada PRU15 yang akan hadir pada 19 November ini.

Gua bercakap dari sudut pandang marhaen mustad'afin yang berada diatas pagar dan sekadar nak bagitau satu ja... Belum pernah ada mana-mana calon Pilihanraya di Malaysia yang boleh menang secara solid hanya daripada sokongan ahli dan penyokong parti mereka sahaja. Semua mesti perlu dapatkan sokongan sekurang-kurangnya 20% daripada para pengundi atas pagar yang tidak berparti ataupun yang sekadar tidak partisan pada PRU15 kali ini....

Maaf... tulisan gua panjang sikit nih.



Saturday, November 20, 2021

Nasib Kita

Nasib kita tak sama...  ader yang kaya... ada yang miskin...

Bukan kata yang kaya tu sebab rajin berusaha... dan yang miskin itu malas berusaha... tapi tak semestinya  ... Hidup nih camnie la...  Usaha kena teruskan...

Apa yang pasti... kalu dulu korang ditahap T20 ... maybe sekarang di M40 ....

Tapi ramai yang M40 dah jadi B40 .... bukan setakat semasa dan selepas PKP... tapi impak ekonomi yang gagal ditadbir dengan baik oleh Kerajaan.... Pelabur Asing lama dah ramai yang lari... Pelabur Asing baru ramai yang taknak mari...

Huhuhu...



Tuesday, January 26, 2021

PAS Pandai Ke Buat Kajiselidik Dan Statistik?

Gua gelak biler baca status seperti yang tertera dibawah nih...


Soalan utama gua.... 

Berapa besar test bed data yang diorang gunakan untuk cerakinkan keputusan nih?? Berapa ramaikah responden yang dikaji dan ditemuramah? Macam mana dengan taburan responden? Sosio ekonomi responden? Tahap pendidikan responden?? Bangsa dan keturunan responden?

Malah lokasi responden yang digunakan dalam maklumbalas nih macam mana diorang ambilkira??

Aderkah responden hanya dalam kalangan Muslimat PAS sahaja?? Aderkah kajiselidik ini mencakupi responden dari negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu je?? Berapa lama dan berapa besarkah kajiselidik ini dilakukan??

Sila proofkan la statistik dan data ambilan untuk kajiselidik nih... jangan main cakap serupa bangang ja... ntah kutip dari mana?? Giler betul...

Nak tanya sikit lar... PAS nih pandai ka buat kajiselidik dan statistik?

Friday, January 1, 2021

Ada Sesuatu Yang Pelik Dengan Statistik Covid-19

Ada Sesuatu Yang Pelik Dengan Statistik Covid-19

Betul... Memang pelik... Dulu masa kes jangkitan harian sekitar bawah 300 kes sehari.... Kerajaan Malaysia kuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana semua orang tabley keluar kesana-kesini dengan mudah.

Semua tempat ada roadblock... Askar dan Polis mengawal keadaan dan melaksanakan arahan PKP ... Masa tue memang agak perit jugak la... banyak urusan sangkut... Ingatkan 14 hari jer... tapi rupanya sampai hampir 3 bulan disesetengah tempat.

Tapi sekarang.... bila kes jangkitan harian tak kurang dari 1600 kes.... rakyat bersepah pergi sana sini... siap bercuti... siap berkelah bagai... siap enjoy shopping ... siap balik kampung dan sebagainya.... walhal kes memang banyak... 

Pelik kan bilamana arahan nampaknya terhad...

Apa yang saya nampak adalah .... ini semua serupa macam "Strategi Mengolah Persetujuan" ... yer... ini benar... kelihatan macam tue la... Satu strategi untuk mengolah persetujuan untuk rakyat Malaysia menerima keperluan vaksin untuk Covid-19 ni...

Iya... dengan cara ini ... rakyat Malaysia dah ditanamkan dalam mindset mereka tentang keperluan vaksin dalam menangani Covid-19... vaksin yang nampaknya terlalu cepat dapat dihasilkan.... walhal vaksin untuk selesema yang biasa pun sampai sekarang masih tak boleh nak buat... tetiba vaksin untuk Covid-19 boleh siap... banyak lagi penyakit bawaan virus yang dah berpuluh tahun masih takder vaksin... tetiba yang ini boleh cepat siap... hahaha

Kita juga sedang ditanam dalam mindset untuk risaukan kadar jangkitan kes yang makin tinggi... dimana bila jadi panik... maka kita rakyat Malaysia menjadi tidak marah kalu tetiba harga kos vaksin yang diterima adalah meningkat tinggi. Kita jadi rasa macam perlu... walaupun harga jadi macam tak logik, tetapi kita boleh terima... Ini serupa macam Stockholm Syndrome.

Kita akan percaya sahaja bulat-bulat bila kita sudah panik...

Apa pun....saya saspek ada pihak yang akan untung besar... untung maksima atas pembelian vaksin ini.... dan tidak terkejut kalu pihak dewa pun ader terlibat.... Siapa yang tak mahu untung betul tak... semua orang nak... yang penting... untuk boleh makan besar...

Hahaha



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah