Wednesday, August 31, 2022
Kalaulah Hadi Awang Dipenjarakan?
Sekadar memikirkan satu senario yang tak terjangka.
Sunday, December 26, 2021
Kronik Dah Malaysia Ni...
Wednesday, January 27, 2021
Kegilaan Yang Sedang Memutik
Satu demi satu... sikap ektremis .. sikap taksub melampau nih bukan terhad kepada orang Islam ja bhai... betul.. banyak sangat kita dipotretkan dengan imej jihadist yang ntah apa-apa... yang tatau apa makna jihad.... aper makna tentera Allah Taala...
Tapi sikap ektremis ... sikap taksub nih juga terdapat dalam banyak agama, bangsa dan budaya...
So... apa yang terjadi di Singapura tu sebenarnya baru peringkat pertama... awal-awal lagi team keselamatan diorang cantas.... jangan terkejut kalu diorang letak kes ni dibawah ISA... Internal Security Act.... Akta Keselamatan Dalam Negeri ... Akta yang sama macam di Malaysia dan di India....
Thursday, October 22, 2020
Lokap Dan Penjara
Gua nak citer satu la.... berkenaan Lokap dan Penjara.
Kat Malaysia nih kita ada lokap dan penjara yang pelbagai dikendalikan oleh pelbagai agensi (APMM, Kastam, Imigresen, Polis dan SPRM)
Tapi penceritaan dibawah ini adalah berkaitan dengan lokap yang dikendalikan oleh Polis dan penjara yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara.
Lokap terbahagi kepada 2 jenis
- lokap balai (yang berada di balai)
- lokap berpusat (central lock-up)
Bagi lokap balai, biasanya ianya berkapasiti kecil yang boleh menempatkan antara 2 hingga 15 orang dalam satu sel. Terdapat sesetengah balai Polis yang besar seperti di IbuPejabat Polis Daerah (IPD) mereka mempunyai beberapa sel (lebih dari dua) untuk mengasingkan suspek mengikut kategori jenayah yang dilakukan.
Suspek juvana akan diasingkan dari suspek dewasa demi untuk keselamatan.
Bagi Ibu Pejabat Polis Kontenjen biasanya mereka mempunyai lokap berpusat. Ini boleh dilihat dibandar-bandar besar seperti di Kuantan dan sebagainya. Lokap berpusat ini lebih teratur yang mempunyai banyak sel lokap yang boleh menempatkan suspek sehingga 25 orang dalam satu sel.
Namun demi keselamatan dan untuk memudahkan pemantauan serta kawalan, setiap sel lokap berpusat tidak akan dipenuhi sehingga ke tahap maksima melainkan hanya pada 10 orang suspek pada satu-satu masa.
Penjara pula hanya ada 4 jenis sel sahaja. Dan ini semua dikendalikan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
- sel seorang (solitary confinement)
- sel dua orang (standard)
- sel empat orang (non-standard)
- sel akhir (menunggu hukuman gantung)
Bagi pesalah bermasalah (ganas/tidak berdisiplin/berisiko besar) biasanya mereka akan diletakkan dalam sel seorang (solitary confinement)
Bagi majoriti pesalah, mereka akan ditempatkan dalam sel dua orang sahaja. Ini memudahkan pemantauan dan kawalan.
Bagi pesalah jenayah ringan, besar kemungkinan mereka akan ditempatkan dalam sel empat orang. Tapi ini bergantung jika penjara tersebut mempunyai sel yang sebegini. Bukan semua penjara memiliki sel empat orang. Kebanyakan penjara baru memiliki sel yang sebegini.
Bagi pesalah yang menunggu hukuman mati, mereka akan ditempatkan dalam sel akhir sementara menunggu tarikh hukuman akan dijalankan atau pengampunan diberikan oleh YDP Agong.
Ini skema lokap yang dikendalikan oleh PDRM dan penjara yang dikendalikan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
Jadi...
Berdasarkan maklumat ini, bagaimana boleh dikatakan kes Covid-19 cepat merebak di Penjara yang pada asasnya agak sukar disebabkan adanya penjarakan sosial yang sebenar. Di dewan makan atau di pusat riadah Penjara pun bukan pesalah duduk rapat-rapat sebab risiko pergaduhan amatlah tinggi.
Gua harap lu orang bandingkan ini dengan penjarakkan sosial di Sekolah yang agak lebih tidak terkawal terutamanya di sekolah rendah.
Wednesday, July 17, 2013
Pegawai Polis Cuai
![]() |
sekadar hiasan |
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian 2.30 petang itu lelaki tersebut yang baharu hendak direman mengaku dia adalah pemilik nama tahanan yang dipanggil untuk dibebaskan.
Lelaki yang sepatutnya dibebaskan berkenaan tidak menyahut walaupun dipanggil beberapa kali oleh majistret, menyebabkan suspek yang sebelum itu dibawa bersama 20 lagi ke bilik reman tersebut mengambil kesempatan, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
"Suspek kemudiannya keluar dari bilik reman selepas garinya dibuka. Selepas beberapa ketika baru disedari berlaku kesilapan dan anggota polis yang bertugas memeriksa bangunan mahkamah bagi mengesan suspek namun gagal," katanya.
Beliau mengulas kejadian seorang tahanan yang dilapor meloloskan diri ketika proses reman semalam.
Suspek yang berusia 61 tahun itu sepatutnya direman mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah berbahaya. Dia yang berambut panjag dan berjanggut memakai baju-T biru berbelang putih ketika kejadian.
Gan berkata polis telah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan suspek yang berasal dari Gelugor itu.
Dalam pada itu beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Rashid Abdul Rahman agar menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2282222 atau balai polis berdekatan. - Bernama
Popular Posts
-
1MDB Batalkan Pertuduhan Terhadap Riza Aziz Hangpa bayangkan la... ini punya kes pon boleh lepas... huhuhuh
-
Sebenarnya... China belum teruji kekuatannya dari segi peperangan secara besar-besaran. Memang dah lama China bersedia dengan kelangkapan pe...
-
Pada awal abad ke-20, nelayan Jerman di atas kapal Seastorm membuat penemuan luar biasa di Laut Utara: megalodon hidup, makhluk yang diperca...
-
Sebenarnya ada banyak cara nak jemur kasut bagi kering. Ada yang jemur direct kepada Matahari... ada yang letak atas bumbung rumah atau kere...
-
Kebelakangan ini, nama “Bluesky” semakin kerap disebut di media sosial, mencetuskan pertanyaan ramai. Bluesky merupakan alternatif kepada X,...