VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Tangkap. Show all posts
Showing posts with label Tangkap. Show all posts

Thursday, July 20, 2023

PHD Tu Signature Orang Melayu

Kah Kah Kah...

Kalu tak dengki... tak hasad... bukan lah orang Melayu la namanya... Hahahaha..
Pelik sungguh la Orang Melayu nih... PHD tak abis... dah jadi Signature...

Nak hasut suruh Sultan lucutkan title tue pasai apa... Tahu la Sultan kerja dier... nak buat apa... Hang tak payah hasut la... Hang buat jer la kerja hang .... Satu apa pun kerja tak jalan...

Hahaha...



Tuesday, July 18, 2023

Bukan Sanusi Sorang Ja Hina Sultan

Ini memang lawak...

Rupanya bukan Sanusi sorang ja yang hina Sultan.. hahaha... Saja nak peringatkan WalaNON dan Bangsa Slurpp la... Hahaha... ader jugak mamat nih pon menghina Sultan gak... 



Friday, December 31, 2021

Betapa Celakanya Sesetengah Majikan

Sistem buruh paksa dihapuskan oleh British di Malaya pada tahun 1911. Maka sejak dari itu tidak ada mana-mana Pembesar Melayu dibenarkan menggunakan perkhidmatan buruh paksa. Sebelum tahun itu ramai orang-orang Melayu dan orang Asal yang berhutang dengan Pembesar Melayu telah dipaksakan bekerja tanpa upah (hanya menerima makanan ala kadar sahaja) di ladang-ladang dan lombong bijih timah milik Pembesar Melayu.

Sebelum 1911 jika seorang bapa terlibat berhutang walau secupak beras dengan Pembesar Melayu, maka semua ahli keluarga itu akan menjadi hamba berhutang dengan Pembesar tersebut. Dan mereka perlulah bekerja dengan Pembesar tersebut sehingga hutang selesai. Biasanya nilai kerja yang dibuat adalah berlipat kali ganda dengan nilai hutang yang termetrai.

Pembesar Melayu memang terkenal memanipulasikan buruh paksa ini dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati maka akan hilanglah nyawa mereka. Orang-orang kampung tidak mampu berbuat apa-apa atas kebejatan perangai Pembesar Melayu atas sebab patuh dan hormat dengan waad Sang Sapurba.

Sebab itulah juga Partai Buruh Malaya di haramkan oleh British bila mana partai ini cuba mencorak politik negara dengan memberikan penekanan terhadap dasar dan imbuhan serta polisi pekerjaan. British dan Pembesar Melayu berpandangan tindakan Partai Buruh Malaya ini jika dibenarkan akan menghilangkan dan meminggirkan Kolonial dan Pembesar Melayu.

Itu dulu... Sekarang sistem buruh paksa jugak dikenakan kepada para pekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan. Ini berlaku bilamana Kerajaan sedia ada tidak memantau dan membenarkan pekerja asing memenuhi sektor perkilangan. Apa yang berlaku, setiap pekerja warga asing yang masuk bekerja telah ditetapkan ada hutang yang perlu dilunaskan (dengan macam-macam cara manipulasi) termasuklah hutang levi, hutang transit dan hutang permit kerja.

Paspot mereka ditahan oleh Majikan dan mereka perlu bekerja ikut apa yang dipaksakan kepada mereka yang mana biasanya nilaian kerja tersebut amat berganda dengan nilaian hutang para pekerja warga asing ini. Gua ingat kat satu team pekerja Nepal yang pernah gua berkawan. Mereka bercerita yang makan, minum dan tempat tinggal disediakan kepada mereka dan mereka perlu menjadi pengawal keselamatan lebih 16 jam sehari. Gaji disekat oleh Majikan (kononnya Majikan membayar RM1800 sebulan) walhal apa yang mereka dapat sebenarnya adalah RM200 sahaja sebulan... selebihnya dikira tolak bayaran makan, minum, tempat tinggal dan pengangkutan mereka.

Ini satu contoh buruh paksa. Sama jugak seperti yang berlaku di Synergy Drive (Sime Darby) dan Top Glove serta banyak lagi syarikat besar di Malaysia termasuklah didalam industri pembinaan.



Saturday, January 30, 2021

Sembang Boleh La KPN Ooi..

Ketua Polis Negara (KPN) kata sudah tiba masa naikkan nilai kompaun ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negara ini.

Anggota PDRM telah diarahkan untuk mengeluarkan saman kepada mereka yang ingkar tanpa memberi ruang dilepaskan dengan amaran.

Tapi pada gua... ini semua setakat sembang bagi bimbang ja... sembang nak takutkan rakyat marhaen mustad'afin... yang mudah digertak dan dibuli.... malah senang gak nak paw...

Walhal biler kes bersangkutan dengan VIP, Kayangan dan Dewa serta orang politik kerajaan... langsung tak berani nak kutip, saman atau denda... Kalu pun ader kes setelah viral oleh netizen.... abis kuat kena denda siap ader diskaun... ataupun amaran jer...

KPN mana ader berani nak tangkap dan lokap VIP semua nih kalu engkar SOP ..... memang tak berani ja... KPN kena buktikan yang KPN berani... barulah rakyat percaya... setakat sembang.... mamak kedai roti canai pon boleh sembang...

So ada brani ka KPN? Tangkap dan dakwa dulu Annuar Musa... gambar dier dah viral... buktikan yang itu dulu...



Wednesday, January 27, 2021

Kegilaan Yang Sedang Memutik

Adoilah...

Satu demi satu... sikap ektremis .. sikap taksub melampau nih bukan terhad kepada orang Islam ja bhai... betul.. banyak sangat kita dipotretkan dengan imej jihadist yang ntah apa-apa... yang tatau apa makna jihad.... aper makna tentera Allah Taala... 

Tapi sikap ektremis ... sikap taksub nih juga terdapat dalam banyak agama, bangsa dan budaya...

Kalu kita semak sejarah ekstremis yang ader di dunia nih... rata-rata semuanya disebabkan satu punca jer... satu sebab...  iaitu ader celaka @ bangsat yang dok mengapi-apikan .... yang dok menghasut..  yang dok gunakan macam-macam elemen untuk melakukan huru hara...

Celaka dan bangsat nih la yang patut kita semua carik dan benteras....

Biasanya ianya sama ader orang politik atau orang agama.... jarang terlibat benda-benda camnie adalah kapitalis.... jadi... memang celaka diorang nih semua...

So... apa yang terjadi di Singapura tu sebenarnya baru peringkat pertama... awal-awal lagi team keselamatan diorang cantas....  jangan terkejut kalu diorang letak kes ni dibawah ISA... Internal Security Act.... Akta Keselamatan Dalam Negeri ... Akta yang sama macam di Malaysia dan di India....

Aper??? ingat agensi risikan Singapura cap ayam ka??? Diorang punya ISD dan SID pun cekap gak.... setara gak ngan yang kita punya... (takkan la gua nak kata kita punya cap ayam sedangkan gua pernah sebahagian daripadanya) .... hahahaha

So... terbaek la cantas awal sebelum membiak... kutip dan senyapkan je kalu perlu..




Thursday, August 13, 2015

#TangkapKhirToyo

KahKahKah. Kalau betul sistem Mahkamah di Malaysia, sudah lama rasanya Khir Toyo merengkok didalam penjara. Banyak betul helah dah putar belit yang berlaku sampaikan walaupun dah bertahun dijatuhkan hukuman, Khir Toyo masih lagi bebas dan enjoy di luar penjara.

Inilah sebenarnya standard hukuman Mahkaman Malaysia. Kalau orang yang bukan UMNO, belum sempat melangkah bebas sudah Black Maria angkut pergi penjara. Ingat tak kes OKZ (orang kena zalim) demonstrasi depan Istana Perak. Jatuh sahaja hukuman terus dibawa ke penjara tanpa dolak dalih....

Khir Toyo pula lepas bebas selamat tanpa digari mahupun tidup barang semalam di mana-mana penjara di Malaysia...

Jadi kalau orang sekecil Khir Toyo tidak akan masuk penjara, bagaimana pula Najib Razak akan sangkut dan merengkok dalam penjara. Pastinya susah perkara ini berlaku. Sampai kucing bertanduk pun pastinya tidak akan berlaku.

KahKahKah.

#TangkapNajib
#hukumKhirToyo



Tuesday, March 3, 2015

Bila Si Bodoh Menyusahkan Orang Lain

Bodoh bodoh bodoh. Tiada apa yang boleh diperbuat lagi. Kalau sudah dilahirkan bodoh tetap akan kekal bodoh. Ini masalahnya bila orang bodoh ada duit. Kalau tidak menyusahkan orang lain, macam tidak puas hati.

Masalahnya orang bodoh yang menggunakan nama YengNasir nih memang munyusahkan. Nanti tidak pasal-pasal DCA mengetatkan undang-undang. Masalahnya semua kerana sibodoh ini yang tidak mahu hendak ambil tahu tentang prasyarat dan undang-undang. Bodoh lagi bangang.

Menyusahkan warga pemilik drone dan peralatan kawalan jauh sahaja si bodoh ini. Patut si bodoh ini diharamkan membeli atau menggunakan apa-apa peralatan kawalan jauh seumur hidup. Harap PDRM dapat tahan si bodoh ini dan dakwa dia dibawah undang-undang penerbangan.








Monday, May 13, 2013

Ada Apa Dengan Pisang?

Jangan curi pisang. Mahal. Benda berharga. Kalau jual di pasar minggu harganya mencecah belasan puluhan ringgit setandan. Semua orang suka pisang. Budak kecik suka pisang. Orang dewasa suka pisang. Gadis pun suka pisang. Boleh dapat pisang percuma di Masjid pada hari Jumaat. Orang akan tangkap pencuri pisang tapi jarang orang tangkap pemberi dan penerima rasuah. Tambah lagi kalau yang rasuah itu bertaraf Yang Berhormat.

CHETOK – Gara-gara mahu mendapatkan wang lebih, seorang pemuda ditangkap ketika mencuri seguni pisang di Kampung Pohon Gelugor, semalam.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 43, berkata, dia bersama beberapa pemuda lain, terkejut apabila dipanggil oleh Pok Mat untuk menyiasat kehadiran seorang lelaki di dalam kebunnya.

“Mereka ternampak lelaki berkenaan sedang memikul guni manakala seorang lagi rakan subahatnya, menunggu di motosikal.

“Kami berjaya menangkap suspek namun rakannya berjaya melarikan diri. Telahan kami benar apabila mendapati guni berkenaan berisi pisang,” katanya, semalam.

Abdullah berkata, ini bukan kejadian pertama berlaku di kawasan ini, sebaliknya semua petani sudah menjadi mangsa, apabila hasil pertanian seperti pisang dan getah sering hilang.

Katanya, penduduk mengesyaki penjenayah mencuri di waktu subuh atau awal pagi, bagi mengelak daripada ditangkap.

Menurutnya, suspek yang juga penduduk tempatan, ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis pada jam 11.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah