VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining

Monday, January 11, 2021

Penyewa Warga Asing Cuba Buat Taik

Warga asing nih satu hal lar... Dalam time Covid-19 nih... kalu tak buat perangai orang tak kisah sangat... tapi ramai yang buat perangai... tambah lagi penyewa rumah / apartment / kondominium dari warga asing... semua cuba buat taik... perangai taknak bayar sewa tue satu hal la... tapi siap nak suruh pengurusan bangunan langgar SOP aper ke jadahnya??

Sebuah syarikat pengurusan kondominium di Brickfields mendakwa penyewa dari kalangan warga asing menekan pihak mereka untuk cuba melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengurus kumpulan operasi syarikat pengurusan Kondominium Scott Sentral, Chandra L Ramprakash, 53, mendakwa bahawa keadaan semakin tidak terkawal selepas warga asing yang tinggal di kediaman tersebut juga mengugut pekerjanya.

"Sejak PKPB dilaksanakan, warga asing yang tinggal di kondominium itu menekan kami untuk 'melanggar' SOP ditetapkan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

"Jadi, kami minta pihak penguat kuasa segera campur tangan untuk mengawal keadaan," katanya lagi.

"Saya telah membuat laporan polis baru-baru ini. Mesyuarat bersama penduduk juga tidak membawa sebarang perubahan.

"Kami harap pihak penguat kuasa bercampur tangan dengan segera," katanya.

Menurutnya, hampir lebih separuh daripada penghuni di kondominium itu adalah warga asing menyewa daripada pemiliknya yang merupakan warga tempatan.

"Selepas PKPB dikuat kuasa, kami telah menutup kolam renang, gimnasium. Pihak pengurusan juga tidak membenarkan penghuninya berkumpul di kawasan lapangan seperti lobi dan 'club house'.

"Tetapi, mereka enggan mendengar arahan kami. Cuba melanggarnya. Berkumpul secara ramai-ramai. Marah kepada kakitangan kami jika diminta supaya tidak berkumpul.

"Mereka juga memberi tekanan kepada kami dengan menghantar e-mel kepada pemiliknya bahawa mereka akan berpindah sekiranya fasiliti-fasiliti ini tidak dibuka semula," katanya.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah