VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Macai. Show all posts
Showing posts with label Macai. Show all posts

Tuesday, November 1, 2022

Undi 18 Penentu Hidup Mati Politik

Orang kata PRU15 tak memberikan apa-apa makna terhadap status quo politik di Malaysia.


Tapi ramai orang lupa.... pada PRU15 ini terdapat seramai 1,141,749 orang pengundi baru dari Undi 18 yang layak membuat pilihan semasa membuang undi. Mereka ini mewakili 5.4% dari jumlah keseluruhan undi yang ada.

Ianya bukan satu nisbah yang cukup kecil. Ianya boleh membuat perubahan. Ianya boleh menjatuhkan atau menaikkan sesuatu calon dan parti.

Mereka ini menggunakan Tiktok, WeChat, Twitter, Instagram, Disquss dan pelbagai lagi medium media sosial. Dan mereka ini kurang menggunakan Facebook. YouTube pula hanya digunakan untuk menggapai ilmu... Lazimnya mereka menelekuni TikTok.

Jangan ingat mereka ini mudah untuk digula-gulakan. Betul yang taksub tetap akan ada. Yang walaun tetap juga bersepah sana sini. Tapi bukan semua.

Jadi... silap buat strategi... makan tanah la jawabnya.


Pemilih berdaftar terkini yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah seramai 21,113,234 orang. Daripada jumlah tersebut, 1,141,749 orang (5.4 peratus) adalah pemilih berusia 18 hingga 20 tahun, manakala baki 19,971,485 orang (94.6 peratus) ialah pemilih 21 tahun dan ke atas.

Saturday, January 1, 2022

2022. Takkan Nak Kekal Diperbodohkan?

2022. Takkan Nak Kekal Diperbodohkan?

Harga bahan bakar Petroleum naik lagi. Mana suara bantahan. Mana Walaun dan Macai?. Takkan senyap sunyi ja? Mana dok sembunyi? Sudah seronok ka sampai lupa poket sendiri. Atau sudah kojol? Bodoh betul la...

Pemimpin politik yang lu sokong tetap kaya siap tak abis harta makan tujuh lapan keturunan. Siap boleh menganjingkan lu orang lagi. Bangsat ja sekor-sekor. Depa bangsat pon ader yang kekal disokong.

Lu orang mampos tetap tak cukup duit gak. Hidup sampai terpaksa buat macam-macam kerja. Padan muka lu la. Hidup melarat.. kais pagi makan pagi... kais petang makan malam.... tapi tetap dok bekap dan puja puji pimpinan.... bongok lar... memang bongok.

Kaler Luna pulak langsung tak pernah rasa susah. Time sebelum dijajah ker, masa terjajah ker atau selepas merdeka pun semua tetap kaya. Masuk hutan makan ubi kayu pun tak pernah. Time dijajah pon ader Kaler Luna yang boleh buat rumah baru... Duduk terbongkang enjoy hidup kaya raya makan tak abis 7 keturunan. Siap dipuja puji lagi. Diangkat jadi Mak Som.

Konon bayangan Tuhan di muka bumi la. Tolong aaa jangan nak sabitkan Tuhan dengan Kaler Luna nih aaa... Takpayah nak perasan la..

Lagi siap puak Kaler Luna ada yang menganjingkan marhaen.

Humban dalam Muzium nanti baru tau langit tinggi atau rendah. Itu kira nasib baik kalu humban dalam Muzium. Nasib tak baik kalu ... delete terus.



Monday, February 1, 2021

Bolehlah Sambung Balik Kes Adib Bomba?

Kalu dulu ramai walaun PAS dan macai UMNO kata Pakatan Harapan (PH) dan Peguam Negara (Tommy Thomas) konon menghalang siasatan, pengadilan dan hukuman bagi kes Adib Bomba yang meninggal dunia pada kes rusuhan di Kuil Seafield Shah Alam tue..

Siap macam-macam tuduhan dikeluarkan...  siap macam-macam ancaman telah dibuat..

Tapi selepas dah jadi Kerajaan Tebuk Atap nih... apa story... kenapa tak teruskan siasatan, pengadilan dan hukuman bagi kes Al Marhum Adib Bomba nih?? Kenapa senyap... kenapa tak havoc macam dulu?? Kenapa... kenapa...

Nih bekas Peguam Negara Tommy Thomas dah keluarkan buku dier... dan dier ader tulis pasai dan ulas pasai isu Adib nih.... awat takder sapa nak sanggah... takder sapa nak saman ka.... dan walaun PAS dan macai UMNO kenapa takmo nak sambung balik havoc depa...

Awat senyap serupa babik kenyang?? serupa ular sawa kenyang???

Bila nak berhimpun ramai-ramai mintak Peguam Negara baru dan Kerajaan PN buat balik siasatan, pengadilan dan penghukuman kepada yang tertuduh... bila nak tangkap... bila nak dakwa??

Kalo ader bukti baru.. saksi baru... silalah kemukakan.... awat nak delay.. awat senyap???



Friday, January 22, 2021

Apa Ada Hal Nak Naikkan Harga

Hahaha... Apa ada hal kalu Kerjaan nak naikkan harga bahan bakar hidrokarbon macam Petrol dan Diesel... Sebab walaun dan macai sure tetap akan sokong punya....

Ader korang dengar tak walaun dan macai bising atas kenaikan harga barangan la ni... macam kenaikan harga minyak masak ka?.. kenaikan harga bawang ka?.. inikan pulak kenaikan harga bahan bakar... sure takder meroyan aaa semua walaun dan macai...

Diorang semenjak PN berkuasa nih... dan PAS dapat jawatan dalam kerajaan langsung senyap sunyi... Hahaha

Hebau lagi puak-puak PH dulu... silap sikit ja PH buat... memang tak payah tunggu walaun dan macai bising... puak PH lagi awal tibai Menteri atau Timbalan Menteri... malah PM pon sendiri kena tibai... apa ada hal.... memang tak kasik kesian punya....  

Ini kelakar betul la walaun dan macai nih...


Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen seliter, manakala harga diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 29 Jan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya menyatakan, harga runcit baru petrol RON95 adalah RM1.90 seliter manakala harga baru bagi petrol RON97 adalah RM2.20 seliter.

Harga runcit diesel pula naik daripada RM2.05 seliter kepada RM2.09 seliter.



Friday, April 1, 2016

Macai ProTUN

KahKahKah.

Ingatkan puak UMNO sahaja yang boleh dimacaikan oleh Madey. Tapi rupanya ramai juga penyokong Pakatan yang dok memuja-muja kehebatan Madey. Disanjung diangkat macam nak gila la. Semua macam respek gila kat Madey.

Walhal itu lah mangkuk yang dulunya mereka hina dan keji serta kecam. Madey dikatakan Mahafiraun la....

KahKahKah.

Sekarang bukan main puji lagi. Konon Madey ada plan baik untuk jatuhkan Najib Razak. Peninglah kumpulan macai ProTUN ni. Kesian ada akal tapi tak boleh guna pakai. Kesian sungguhlah. Mudah betul Madey nak memperbodohkan korang.

KahKahKah.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah