VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Untung. Show all posts
Showing posts with label Untung. Show all posts

Thursday, November 3, 2022

Tak Ada Siapa Nak Ambil Tahu ..

Payah bhai... Payah...

Orang politik nih payah... diorang cuma nak untung depa jer.. nak kuasa .. nak jawatan... nak pendapatan... nak bisnes...

Diorang mana ader pikir pasai masalah yang dialami oleh Marhaen Mustad'afin... memang takkan amik port pun... buat derk jer...

Tambah lagi kalu dah menang...



Friday, January 1, 2021

Ada Sesuatu Yang Pelik Dengan Statistik Covid-19

Ada Sesuatu Yang Pelik Dengan Statistik Covid-19

Betul... Memang pelik... Dulu masa kes jangkitan harian sekitar bawah 300 kes sehari.... Kerajaan Malaysia kuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana semua orang tabley keluar kesana-kesini dengan mudah.

Semua tempat ada roadblock... Askar dan Polis mengawal keadaan dan melaksanakan arahan PKP ... Masa tue memang agak perit jugak la... banyak urusan sangkut... Ingatkan 14 hari jer... tapi rupanya sampai hampir 3 bulan disesetengah tempat.

Tapi sekarang.... bila kes jangkitan harian tak kurang dari 1600 kes.... rakyat bersepah pergi sana sini... siap bercuti... siap berkelah bagai... siap enjoy shopping ... siap balik kampung dan sebagainya.... walhal kes memang banyak... 

Pelik kan bilamana arahan nampaknya terhad...

Apa yang saya nampak adalah .... ini semua serupa macam "Strategi Mengolah Persetujuan" ... yer... ini benar... kelihatan macam tue la... Satu strategi untuk mengolah persetujuan untuk rakyat Malaysia menerima keperluan vaksin untuk Covid-19 ni...

Iya... dengan cara ini ... rakyat Malaysia dah ditanamkan dalam mindset mereka tentang keperluan vaksin dalam menangani Covid-19... vaksin yang nampaknya terlalu cepat dapat dihasilkan.... walhal vaksin untuk selesema yang biasa pun sampai sekarang masih tak boleh nak buat... tetiba vaksin untuk Covid-19 boleh siap... banyak lagi penyakit bawaan virus yang dah berpuluh tahun masih takder vaksin... tetiba yang ini boleh cepat siap... hahaha

Kita juga sedang ditanam dalam mindset untuk risaukan kadar jangkitan kes yang makin tinggi... dimana bila jadi panik... maka kita rakyat Malaysia menjadi tidak marah kalu tetiba harga kos vaksin yang diterima adalah meningkat tinggi. Kita jadi rasa macam perlu... walaupun harga jadi macam tak logik, tetapi kita boleh terima... Ini serupa macam Stockholm Syndrome.

Kita akan percaya sahaja bulat-bulat bila kita sudah panik...

Apa pun....saya saspek ada pihak yang akan untung besar... untung maksima atas pembelian vaksin ini.... dan tidak terkejut kalu pihak dewa pun ader terlibat.... Siapa yang tak mahu untung betul tak... semua orang nak... yang penting... untuk boleh makan besar...

Hahaha



Wednesday, May 22, 2013

Ini Mesti Bisnes Kroni

Kroni buat duit. Kroni makan duit. Kroni buat bisnes. Pukul keliling. Makan keliling. Modal kecil untung berjuta. Memang untung kalau dapat jadi kroni. Tambah lagi kalau duduk dalam lubuk duit, Memang menguntungkan. Tujuh keturunan makan tidak habis.

22 Mei 2013

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memberi kebenaran untuk semakan kehakiman kepada 55 institusi pengajian tinggi swasta bagi mencabar keputusan Ketua Pendaftar institusi itu berhubung sistem kemasukan pelajar antarabangsa.

Peguam David Methew yang mewakili kesemua pemohon memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Seri Zakaria Sam membuat keputusan itu di dalam kamar berikutan tiada bantahan awal dari pihak Peguam Negara.

Pada 30 April lalu, Persatuan Universiti dan Kolej Malaysia, Persatuan Institusi Pendidikan Kebangsaan, Berjaya University College Of Hospitality dan 52 yang lain memfailkan semakan kehakiman itu dengan menamakan Ketua Pendaftar Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan Menteri Pengajian Tinggi (ketika itu)sebagai responden.

Mereka memohon satu perintah untuk membatalkan pekeliling bertarikh 23 Januari tahun lepas yang mengenakan syarat tambahan bagi pendaftaran pelajar antarabangsa.

Mengikut afidavit sokongan, pemohon mendakwa menerusi pekeliling itu, semua institusi swasta diwajibkan menggunakan sistem STARS (Student Applications and Registration System) yang dikendalikan syarikat Educational Malaysia Global Services (EMGS).

Selepas penyerahan permohonan bagi pas pelajar, isntitusi swasta akan dikenakan yuran memproses sebanyak RM1,000, yuran pemeriksaan perubatan RM250 dan polisi insurans perubatan yang dipilih oleh pelajar (bergantung kepada syarikat insurans berdaftar di bawah Education Malaysia Global Services (EMGS).

Kesemua pemohon mendakwa pekeliling berkenaan `ultra vires' kerana ia mengenakan levi tidak sah dalam bentuk yuran memproses sebanyak RM1,000 dan ia mewujudkan monopoli syarikat EMGS.

Pelaksanaan budi bicara dan kuasa oleh Ketua Pendaftar adalah tidak wajar dan tidak sah dari segi prosedur kerana ia telah diputuskan tanpa sebarang rundingan dengan mereka yang berkepentingan iaitu institusi pengajian tinggi swasta sebelum mengenakan syarat-syarat tambahan baru untuk pendaftaran pelajar antarabangsa, kata mereka.

Sebelum ini, pelajar antarabangsa hanya perlu mengisi borang permohonan dan menghantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan ke institusi swasta masing-masing dan pihak institusi berbabit akan menyerahkan permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Imigresen untuk mendapatkan pas pelajar.

Selepas memperoleh surat kelulusan visa pelajar, institusi pendidikan swasta akan menghantar surat kepada pelajar terbabit untuk memohon pas masuk daripada Kedutaan Malaysia di negara asal mereka dan setelah tiba di negara ini, pihak istitusi tersebut akan mengaturkan pasport pelajar yang akan disahkan dengan visa pelajar selama setahun. - Bernama

Tuesday, March 12, 2013

Kecoh Sebab Bonus

Saya kurang setuju dengan kumpulan eksekutif kanan. Jawatan mahu gempak. Bonus mahu lebat. Kalau tidak lebat. Lari dari syarikat. Sedangkan yang bertungkus lumus buat kerja adalah pekerja bawahan. Eksekutif kanan pandai memberi arahan sahaja. Perasan diri hebat. Itu lagi mahu ugut syarikat. Boleh berambus dari syarikat. Syarikat tidak perlukan eksekutif kanan yang sebegini.

Lebih daripada 49 peratus pekerja Malaysia yang menerima bonus menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan bayaran bonus masing-masing, demikian menurut kaji selidik tahunan JobStreet.com.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengambilan pekerja online, JobStreet, berkata kebanyakan industri membayar purata bonus 1.5 bulan.

"Bonus tertinggi diterima, yang merupakan enam bulan atau lebih, dibayar oleh syarikat di dalam sektor kewangan dan perbankan, telekomunikasi dan peruncitan," katanya.

JobStreet berkata 40 peratus daripada mereka yang dikaji selidik berkata bonus masing-masing telah meningkat berbanding dengan tahun lepas dan 36 peratus berkata bonus masing-masing kekal sama manakala 25 peratus melaporkan bonus yang lebih rendah.

Katanya 36 peratus daripada responden berkata mereka akan berhenti kerja dari syarikat berkenaan kerana bonus masing-masing lebih rendah daripada jangkaan dan 25 peratus akan berbuat demikian walau apa pun faktor bonusnya.

JobStreet.com berkata bonus dan insentif lain, seperti kenaikan gaji dan manfaat syarikat, kekal menjadi faktor utama mengekalkan pekerja.

Sejumlah 4,543 pekerja, di mana 66 peratus merupakan eksekutif tahap kanan, mengambil bahagian di dalam kaji selidik itu.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah