VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label MKN. Show all posts
Showing posts with label MKN. Show all posts

Sunday, July 11, 2021

Bantuan Kit Kebersihan Wanita

Bantuan Kit Kebersihan Wanita

Nampaknya kempen #BenderaPutih telah berjaya mengilhamkan kempen bantuan kit kebersihan wanita.... Alhamdulillah... Program Bantuan Kit Kebersihan Wanita ini adalah bagus untuk menangani satu keperluan yang meruncing bagi set kebersihan wanita.

Tuala wanita, pil menstrual, ubat gigi, deodoran dan pencukur adalah sesuatu yang penting dimana banyak pihak terpaksa melupakannya disaat genting ini demi kepada keperluan bahan makanan.

So... yang masih mampu silalah berikan kerjasama dan bantuan.

#KitKebersihanWanita #TualaWanita

Saturday, July 10, 2021

Tak Beraya Lagi Lah Kita

Tak Beraya Lagi Lah Kita

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 20 Julai. Beraya dalam SOP, PKPD, EMCO, PKP, PPN dan PPV .... apa lagi akronim yang kita boleh gunakan..

Tak best betul lah.

#AidilAdha1441 #RayaHaji2021 #BalikKampung

Bila Jeneral ATM Kritik Pengurusan Covid-19 Malaysia

'Perang Covid 19 sengit sebab kurang penyelarasan, lambat bertindak' kata Jeneral ATM

Sebenarnya gua dah lama nak kata macam ni... tapi kalu gua kata camnie.. mesti ader yang akan marah kononnya nak suruh Tentera ambil alih semua proses dan nak jadikan Malaysia dibawah pemerintahan Tentera.

Ramai kawan-kawan yang biasa berhubung dengan gua tahu pandangan gua bab ini. Dan ini memang selalu gua utarakan..

Tapi iya lah... biarlah ATM sendiri yang cakap... Hahaha

#TenteraMengawal #KerajaanGagal #PentingDiri

Friday, July 9, 2021

Siapa bocorkan maklumat?

Siapa dalang? Siapa petualang? Siapa yang bocorkan maklumat? Takkan sesama yang ader dalam meeting tak boleh nak siasat. Bukannya ramai kot yang ader dalam meeting tue.

Patut sure boleh tahu....

Adoilah

#BocorMaklumat #InfoDalaman #Viral

Tuesday, July 6, 2021

69 penduduk larikan diri ketika dibawa ke PKRC

Siap lari la pulak. Adoilah. Jangan la buat macam ni. Please la.

Kita nak pastikan pengawalan wabak ini dari merebak... Korang pulak boleh melarikan diri. Adoilah.... pi la kuarantin... pi la buat medical test.. jangan ketegaq.

#PulauGaya #KampungPondo #PKRC

Saturday, January 2, 2021

Sekolah Akan Dibuka Ikut Jadual

Semua institusi pendidikan di seluruh negara yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan akan dibuka semula mengikut kalendar akademik tahun 2021, kata kementerian itu.

Institusi swasta dan antarabangsa yang berada di bawah kementerian akan dibuka semula mengikut kalendar akademik masing-masing, kata kementerian itu dalam satu kenyataan Sabtu (2 Jan).

“Ini melibatkan semua institusi di negara ini, bahkan yang berada di wilayah perintah pergerakan pergerakan bersyarat.

"Operasi institusi-institusi tersebut tertakluk pada garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Kementerian akan terus memantau operasi institusi-institusi ini bersama dengan Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan Kementerian Kesihatan," tambahnya.

Secara berasingan, dalam surat edaran bertarikh 14.2020 Ogos, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (sektor operasi sekolah) Adzman Talib mengatakan sekolah akan dibuka semula pada 20 Januari dan berakhir pada 9 Disember untuk negeri-negeri yang termasuk dalam kategori A, sementara negeri di bawah kategori B akan dibuka semula pada 20 Jan dan tutup pada 10 Disember.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kalendar akademik, lihat www.moe.gov.my/takwim



Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah