VPS Server Pada Harga Rendah

Sponsored

468x60 HNTHold HEC Helium Cloud Mining
Showing posts with label Kementerian Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pendidikan. Show all posts

Wednesday, January 24, 2024

Kenapa Ibubapa Pilih MRSM Dan SBP?

(1) Data -data pendidikan terkini menunjukkan berlumba -lumba ibu bapa bumiputera mahu menghantar anak-anak mereka ke MRSM dan SBP. Jumlah permohonan berkali-kali ganda berbanding tempat yang disediakan. https://shrtm.nu/qVe

(2) Semakin ramai ibu bapa Bumiputera menghantar anak-anak ke Sekolah Cina. Sejak lima tahun lalu, kadar enrolmen murid bumiputera di sekolah Cina telah meningkat dari 18 peratus (2017) kepada 21 peratus murid (2022). Pada tahun 2010, kadar murid bumiputera di sekolah Cina hanya 10 peratus. https://shrtm.nu/qVh

(3) Ibu bapa yang berkemampuan pula semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Antarabangsa. Dulu hanya ibu bapa yang betul-betul kaya sahaja tetapi sekarang ada ibu bapa yang sanggup ambil pinjaman semata-mata untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa. https://shrtm.nu/qVi

(4) Sebahagian ibu bapa yang beragama Islam lebih suka menghantar anak-anak ke sekolah Tahfiz Swasta. Hinggakan bilangan sekolah tahfiz swasta tumbuh seperti 'cendawan selepas hujan' di negara ini, termasuklah pusat tahfiz yang tidak berdaftar.https://shrtm.nu/qVj

(5) Trend terkini juga menunjukkan semakin ramai ibu bapa yang berpendidikan tinggi membuat keputusan mengamalkan pendidikan 'homeschooling' untuk anak-anak mereka. https://shrtm.nu/qVk

(6) Rumusan: Seboleh mungkin, semakin ramai ibu bapa mahu 'mengelak atau'by pass' daripada menghantar anak-anak ke sekolah harian biasa samada sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Soalan: Mengapa semakin ramai ibu bapa yang memilih untuk 'by pass' sekolah harian (SK dan SMK)? 

  • Apakah kerana mereka kurang percaya pada keupayaan sekolah harian? 
  • Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tiada mencapai kualiti yang diharapkan? 
  • Apakah mereka rasa sekolah harian kebangsaan tidak mampu memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak mereka? 
  • Apakah ibubapa merasakan sekolah harian kebangsaan terlalu Islamik? 
  • Apakah ibu bapa merasakan sekolah harian kebangsaan tidak mengembirakan dan terlalu membebankan anak-anak mereka? 
  • Apakah semakin ramai ibu bapa sekarang yang melihat sekolah harian ibarat seekor 'dinosour'? Walaupun bersaiz besar tetapi sudah 'ketinggalan zaman?. Semakin hari semakin 'pupus' (baca:kepercayaan) ibu bapa?

Kita boleh berbeza pandangan. Tetapi data-data yang ada mengesahkan semakin ramai ibu bapa yang telah 'by pass' sekolah harian kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian.



Sunday, June 18, 2023

Kalau Taknak Mati Awal ....

Ramai guru mengeluh... kalau taknak mati awal... lebih baik bersara awal... kalu teruskan juga ... memang mencari nahas... itu pun ader yang mati tak sempat bersara sebab kena stroke... mati sakit jantung... 

Ader kes yang mati ngam-ngam seminggu atau sebulan lepas bersara.... tekanan dier melampau...

Hanya yang mana dikalangan ahli keluarga jer tahu... suami isteri... anak-anak.... mak bapak.... orang luar susah nak tau... atau taknak amik tahu.... huhuhu

Realiti Seorang Guru


Wednesday, June 7, 2023

Ular Dalam Rumah

Hahaha .....

Kita boleh agak apa agenda sebenarnya mamat nih... Hahaha... Dah lama perhatikan dier... Hahaha...
Ini kira macam ular dalam rumah la... bila-bila jer akan mematuk dan membelit kita...

Hahaha... mau simpan lagi ka?? Hahaha

Ada gaya


Wednesday, January 11, 2023

Naya Kat Mak Bapak

Kah Kah Kah...

Bajet sure lari.. pengsan nak carik modal.. Huhuhu... adoilah...
Dana... mana nak cari dana... huhuhu

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD

Wednesday, February 3, 2021

Sesi PdPR Lucah?

Payah juga nak jadi cikgu zaman sekarang nih... kena berdepan dengan pelbagai ragam murid-murid dan pelajar... dari ragam bising semasa sesi PdPR sampailah kepada isu yang lebih kronik...


Adoilah... ini lah jadinya kalu murid terlalu advance... murid yang dah terbiasa akses kepada benda-benda mengarut dan lucah ini... tambah lagi banyak drama yang ditayangkan di TV sekarang nih kualiti content nya agak mengarut (lucah dan separa lucah)... 

Bayangkan la siri drama TV pukul 7 misalnya.... apa yang selalu dipotretkan dalam drama ini... isu seks dan sebagainya memang selalu ader... adegan yang tak senonoh juga mudah dipertontonkan... malah tidak dinafikan semakin hari semakin banyak karya sampah yang diangkat menjadi drama dan filem.

Macam dah takder batasan...  tambah lagi dengan kemudahan Whatsapp dan Telegram... berapa banyak video lucah dan imej lucah dan serta senonoh yang tersebar melaluinya... bukan kata orang dewasa yang menyebarkannya... malah kanak-kanak pun turut sama.... menyebarkan bahan lucah

Itu belum lagi dengan video-video aksi lucah dan tak sopan yang viral melalui media Instagram, TikTok, Bigo, Wechat, Tagged dan sebagainya... Terdapat juga content berkaitan dengan seks juga hadir dalam media ini...

Bayangkan la... ader influencer yang nak jual barang seksual (seks) untuk dewasa.. sanggup pula melakukan aksi-aksi seks lucah dan separa lucah semata-mata nak tarik crowd tonton jualan dia di media sosial.... Melayu pulak tue... Yang influencer perempuan pun sama naik ... sampai sanggup berbogel di media sosial... untuk mendapatkan jumlah tontonan meningkat...

Jadi tak terkejut juga bile sesi PdPR yang sedang berlangsung diancam dengan video-video live lucah oleh murid-murid... tambah lagi kalu ader sesi personal chat dengan cikgu... bahaya betul la gangguan seksual ini semua...

Perlukan satu pendekatan baru dalam menanganinya... ISP juga sebenarnya boleh memainkan peranan.... nak harapkan perisian media sosial memainkan peranan mereka menapis semua content memang mimpilah... jadi polisi di ISP jugak patut diperketatkan...



Monday, January 11, 2021

Macam Tak Ada Menteri Pendidikan

Pelik bin ajaib... Macam tak ada Menteri Pendidikan... sampaikan terpaksa Perdana Menteri yang mengumumkan bagi pihak Kementerian Pendidikan.... jauh beza Radzi Jidin ngan Maszlee Malik.... tidak proaktif... lambat bertindak...

Patutnya Menteri Pendidikan dah prepared semua arahan dan tugasan yang nak dibuat bagi Kementerian dier... Contohnya... dah ader satu SOP khas... dah ader satu arahan khas macam mana nak handle sekolah pada 2021 sebelum masuk tahun 2021 nih...

Patut awal lagi Menteri Pendidikan dah umumkan semua sekolah akan berjalan macam biasa tapi menggunapakai format "School From Home" ... anak-anak murid berada di rumah macam biasa... semua online... Cikgu pulak semua beroperasi dari sekolah macam biasa,,.. gunakan Internet dan fasiliti sekolah untuk mengajar secara online...

Bagi pelajar-pelajar yang tiada kemudahan Internet.... boleh hadir ke sekolah macam biasa... tapi ikut giliran.... rotatekan keadaan... minimakan kehadiran bilangan pelajar disekolah... dengan cara nih... kita boleh mengawal dan mengurangkan risiko jangkitan keatas pelajar sekolah...

Bukan tak boleh buat... bukan tak boleh arahkan... tapi kalu dah Menteri Pendidikan pon lemau... blur... memang satu apa pon tak boleh nak diharapkan... Idea takder.... team dalam KPM pon sama lemau.... huhuhu... tak kreatif... aper nak jadi la..

Untuk yang nak hadiri SPM dan STPM .... patutnya buat sistem kuarantin... pelajar hadir di sekolah... dan tinggal di sekolah semasa proses menghadapi Peperiksaan SPM dan STPM.... Boleh disediakan prasarana dan kemudahan dengan bantuan PIBG setiap sekolah... takkan itu pon gua nak bagitau...

Menteri Pendidikan buat apa??? Buat bodo je ka??

Aper daaa....



Saturday, January 2, 2021

Sekolah Akan Dibuka Ikut Jadual

Semua institusi pendidikan di seluruh negara yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan akan dibuka semula mengikut kalendar akademik tahun 2021, kata kementerian itu.

Institusi swasta dan antarabangsa yang berada di bawah kementerian akan dibuka semula mengikut kalendar akademik masing-masing, kata kementerian itu dalam satu kenyataan Sabtu (2 Jan).

“Ini melibatkan semua institusi di negara ini, bahkan yang berada di wilayah perintah pergerakan pergerakan bersyarat.

"Operasi institusi-institusi tersebut tertakluk pada garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Kementerian akan terus memantau operasi institusi-institusi ini bersama dengan Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan Kementerian Kesihatan," tambahnya.

Secara berasingan, dalam surat edaran bertarikh 14.2020 Ogos, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (sektor operasi sekolah) Adzman Talib mengatakan sekolah akan dibuka semula pada 20 Januari dan berakhir pada 9 Disember untuk negeri-negeri yang termasuk dalam kategori A, sementara negeri di bawah kategori B akan dibuka semula pada 20 Jan dan tutup pada 10 Disember.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kalendar akademik, lihat www.moe.gov.my/takwim



Sunday, March 10, 2013

Jururawat Disekolah Wajib Cun

Hurm. Saya amat setuju. Suka sekali. Tolong hantar jururawat yang cun ke sekolah. Anak murid suka. Guru lagilah suka. Jangan hantar jururawat yang sama spesis macam Timbalan Menteri Kesihatan (Rosnah Shirlin). Saya tidak mahu yang gemuk gedempol. Saya mahu yang slim dan cun. Jongang pun tidak apa janji bukan gemuk gedempol macam Rosmah Mansor. Tapi kalau dapat yang cun dan cute macam Lisa Surihani lagilah bagus. Harap dapat diterima cadangan ini. Terima kasih.

Boleh Hantar Yang Macam Ini?
Kementerian Kesihatan bercadang menempatkan seorang jururawat di setiap sekolah untuk meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan dalam kalangan pelajar.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini, pihaknya masih membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pelajaran. Katanya, pada peringkat permulaan, kemungkinan program itu akan dimulakan di sekolah rendah sebelum diteruskan ke sekolah menengah.

“Cadangan ini boleh membantu memberi pendidikan kepada pelajar berhubung penjagaan kesihatan merangkumi kebersihan diri dan pemakanan sihat.

“Sebelum ini, jururawat hanya datang ke sekolah untuk mengajar pelajar cara gosok gigi dan sebagainya. Namun selepas ini, mereka boleh terus merujuk kepada jururawat ditempatkan di sekolah masing-masing sekiranya berdepan masalah kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Dapat Ajar Semua Subjek A (Dasar) Dalam Peperiksaan Awam bagi kawasan Parlimen Bentong di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong. Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong berkata, kementeriannya juga bercadang memperkenalkan subjek berkaitan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran pelajar termasuk menangani tekanan dalam pelajaran.

Katanya, kini tekanan dalam kalangan pelajar sangat serius dan beliau berharap subjek tersebut dapat membantu mereka berdepan serta menangani segala tekanan dengan bijak.

“Pelajar perlu dibantu menangani tekanan, manakala guru pula perlu didedahkan dengan kemahiran yang betul untuk membimbing mereka.

“Antara punca tekanan dalam kalangan pelajar disebabkan harapan tinggi ibu bapa dan guru yang mahukan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam setiap subjek, walaupun sedar ia kadangkala di luar kemampuan pelajar,” katanya.

Tiong Lai berkata, ibu bapa sepatutnya menanamkan minat belajar dengan cara betul, manakala guru pula perlu sentiasa kreatif dan inovatif ketika mengajar, bukannya terlalu menekan pelajar.

"Kebolehan guru mengajar secara kreatif juga penting supaya sesi pembelajaran berjalan lancar dan tidak menekan pelajar," katanya.

Popular Posts

Freemarket.com Marketplace
468x60 HNTHold HEC Cloud Mining Animated Banner

YouTube Playlist KakiBelasah