Popular Sungguh la |
Saturday, August 26, 2023
Najib Razak Masih Kekal Popular
Monday, October 24, 2022
Gua Sokong Perdana Menteri Dari Borneo
Benda nih gua amat sokong...
Cukup-cukuplah kita dapat Perdana Menteri (PM) dari Semenanjung.... cukup-cukuplah... Sudah sampai masa Borneo (Sabah dan Sarawak) pulak dapat peluang jadi Perdana Menteri...
Ini kalilah kita tengok ader Perdana Menteri dari Borneo...
Baru betul berpakatnya... sebab selama ini ader PM dari Semenanjung pun semua tak boleh pakai... Tolak tepi Tunku Abdul Rahman... selain dari Tunku ... semua PM dari Semenanjung tak boleh diharap... Rasuah dan Salahguna Kuasa memang berlaku dah lama...
Tak payah jauh la.... malas nak ungkit kes orang yang dah mati...
Ayoh lakukan perubahan kali nih... PM dari Sabah atau Sarawak.... PM dari Borneo.
Saturday, August 27, 2022
Azalina Cabar Ismail Sabri?
Biar betul. Hebat betul la tomboy sorang nih. Hahaha. Siap cabar Ismail Sabri. Siap cabar Perdana Menteri (PM)
Sunday, February 20, 2022
Malaysia Darul Rasuah
Huhuhu... Takder apa dah nak dikatakan lagi... Ianya adalah satu rahsia terbuka. Makin kronik dah Malaysia nih... Dah tatau nak mula dari mana... Pembersihan tahap macam mana? Kronik sungguh la...
Memang dah sah Malaysia Darul Rasuah.
Thursday, January 13, 2022
Mampukah Ismail Sabri Bertahan?
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memutuskan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 diadakan pada 16 hingga 19 Mac nanti.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perasmian Perhimpunan Agung Wanita Umno, Pergerakan Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 16 Mac nanti.
"Pada 17 Mac pula, Perhimpunan Agung Wanita Umno, Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno berlangsung, manakala keesokannya Ucapan Dasar Presiden dan Perasmian PAU oleh Presiden Umno sebelum PAU bermula.
"Pada 19 Mac nanti pula, berlangsungnya PAU hari kedua," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad Maslan berkata, semua 14 perwakilan setiap bahagian akan dijemput untuk menghadiri PAU 2021 dan tidak diadakan perhimpunan secara hibrid.
Beliau berkata, semua lima perwakilan bagi setiap sayap akan menghadiri PAU kali ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan aplikasi MySejahtera, pensanitasi tangan dan sebagainya.
Saturday, January 1, 2022
Ini Niat Gua
Nih niat gua dalam BM la Zafrul ooi. Gua tak reti Bahasa Arab.
Wednesday, November 24, 2021
Harga Sayur Naik?
Monday, August 23, 2021
#PMGagal Yang Datang Dari #KerajaanGagal
Macam mana lah boleh orang gagal dilantik menjadi Perdana Menteri... Hahaha... Kutip dari #KerajaanGagal maka dapatlah #PMGagal
Friday, August 13, 2021
Bomoh Santau Diperlukan
Nampak gaya kita perlukan perkhidmatan bomoh santau la.... rakyat perlukan bomoh santau... hahaha... nak kena bukak tender ker? kalu masuk dalam e-Perolehan boleh ka??
Friday, January 22, 2021
Pemimpin Armada Ikut Saranan PM, Tanam Pokok Ganja
Eh sori.... Perdana Menteri Muhyiddin Yasin baru ni ader plan nak anjurkan program tanam sejuta pokok ... katanya untuk Hijaukan Bumi...
Jadi...
Nih agaknya pemimpin Armada (BERSATU) telah mengikut saranan tersebut dengan menanam pokok ganja... Haha... okeh gak tue... cuba kalu ader tanam sejuta pokok ganja... baru la untung... masa tumbuh pon singkat... harga jualan lagi mahal dari balak.... sejuta pokok ganja tak perlukan ruang tanah yang terlalu besar...
Hahaha...
Seorang pemimpin Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman polis yang enggan dinamakan memandangkan ia masih dalam siasatan.
Saturday, January 16, 2021
Nak Buat Ugutan Pun Tak Pandai
Kah Kah Kah... orang pro dier takkan ugut cara camnie.. bagi masa lama sangat.. biasa orang pro bagi masa yang pendek ja... paling-paling pon sekitar 7 atau 14 hari.... ini siap bagi masa selama 3 bulan tue... 90 hari.... apa punya ugutan lar... tak stim langsung.. hahaha
‘Kalau pasar malam tak buka dalam 3 bulan, kami kumpul depan pejabat PM’
Katanya, dia menjangkakan PKP akan berlanjutan lebih lama daripada tempoh dua minggu, sedangkan peniaga pasar malam yang tidak memperoleh pendapatan tinggi pasti terkesan jika terus tidak dibenarkan berniaga.
Katanya, sekiranya peniaga masih tak dibenarkan berniaga dalam tempoh tiga bulan dari sekarang, dia dan peniaga-peniaga pasar malam akan berkumpul di hadapan pejabat perdana menteri bagi menyuarakan tuntutan mereka.
“Kita akan tunggu keputusan kerajaan pusat macam mana, sama ada peniaga pasar malam boleh meniaga atau pun tak boleh.
“Kalau PKP dilanjutkan sehingga bulan Mac, sekiranya mereka (peniaga) tak dapat berniaga, kita akan ramai-ramai tunggu depan pejabat perdana menteri. Kita mintalah apa yang kita nak minta.
“Sebab waktu pilihan raya mereka minta undi kita, kita dah bagi. Jadi hari ini kita nak minta dari kerajaan, apa yang boleh bantu kita,” katanya dalam sidang media di Semenyih, Selangor.
Friday, August 7, 2015
Penasihat Najib Razak Sengaja Menjatuhkannya.
Wednesday, April 1, 2015
Mengarut Sungguh
Atau pun dengan harga ini kita boleh membeli sekurang-kurangnya 20 buah helikopter baru untuk kegunaan TUDM menggantikan NURI yang sudah boleh dijual timbang kati sahaja tu.
SHAH ALAM - Kos penyelenggaraan jet baharu untuk kegunaan Perdana Menteri mencecah RM690 juta bagi tempoh 15 tahun, dakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini..
Menurut Rafizi, jumlah itu berdasarkan kiraan kos penyelenggaraan jet yang berjumlah RM46 juta setahun.
"Jika ditambah dengan kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) bagi jet sedia ada ACJ319 bagi tempoh tujuh tahun akan datang, jumlah OMM bagi dua buah jet peribadi Perdana Menteri adalah RM1.098 bilion.
“Jika jumlah ini dicampur dengan pembayaran kos sewa beli bagi jet baru ACJ320 sebanyak RM465 juta, jumlah yang perlu ditanggung rakyat bagi dua buah jet peribadi kegunaan Perdana Menteri ini akan mencecah RM1.563 bilion bagi tempoh 15 tahun akan datang,” dakwanya.
Terdahulu, Rafizi pernah mendedahkan sebelum ini kerajaan Malaysia telah membeli sebuah jet peribadi baharu untuk kegunaan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri melalui satu perjanjian sewa-beli. Jet ACJ320 ini telah dibeli pada harga RM465 juta. - SUMBER
Sunday, March 10, 2013
Anwar Ibrahim Juga Adalah Perogol?
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata beliau bersedia untuk menghadapi serangan fitnah baru dibawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno termasuk cubaan melabel beliau sebagai dalang insiden warga Filipina menceroboh Lahad Datu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu tegas Anwar, walaupun sejak akhir-akhir ini banyak tipu muslihat BN dan Umno satu-persatu terbongkar, namun ia tidak bermakna cubaan mereka untuk menghancurkan karier politik beliau akan terhenti.
"Cara media perdana mainkan saya (kaitkan) isu Lahad Datu, saya akan hadapinya, namun undur tidak sekali.
"...tipu muslihat mereka terbongkar satu persatu, saya tak rancang pun, tapi ALLAH tunjukkan.
"...muncul (isu klip video) Lingam, kemudian (ahli perniagaan permaidani) Deepak, (penyiasat bebas) Bala dan terkini bapa Saiful Bukhari, beliau sendiri minta maaf kepada saya dan keluarga," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelima pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, lewat malam tadi.
Menurut Anwar, pendedahan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim tidak diketahuinya malah ia juga tidak dirancang kerana beliau yakin ia adalah pertolongan ALLAH dan berkat doa yang tidak putus-putus daripada rakyat.
Pagi semalam sambutan yang serupa diadakan di Pulau Pinang.
Di Georgetown, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, dari awal lagi beliau menegaskan bahawa tidak bersalah.
"Mahkamah juga membuat keputusan yang sama apabila ia membebaskan saya tahun lepas," kata Anwar.
"Bagi saya, tiada apa yang berubah kerana dari awal lagi saya telah menegaskan bahawa saya tidak bersalah, bahawa ini adalah satu fitnah yang berniat jahat," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Anwar mendakwa baru-baru terbongkar lagi usaha yang dilakukan BN apabila dana sebanyak RM1.2 juta dibayar kepada seorang penulis berbangsa Yahudi semata-mata untuk memburuk-burukkan dan memfitnah beliau menggunakan pengaruh individu tersebut.
"Dua minggu lalu terbongkar lagi tipu daya Umno apabila wang jutaan ringgit dibayar kepada penulis berbangsa Yahudi untuk membuat kerja-kerja memfitnah dan mencemarkan nama Anwar.
"...dakyah dibongkarkan penulis akhbar New York Times," dakwanya.
Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut hadir pada majlis terbabit mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak diberikan mandat dan tidak dipilih oleh rakyat.
Menurut beliau, Najib hanya mendapat mandat daripada Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi secara lantikan terus sekali gus ia tidak menjunjung semangat demokrasi yang kerap kali diuar-uarkan pemimpin BN.
Kata Kit Siang, Najib bukan Perdana Menteri yang sah kredibilitinya dipertikaikan banyak pihak susulan beliau mengambil masa yang lama untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-13.
"Buat pertama kali dalam sejarah negara ini yang nasih tidak laksana pilihan raya selepas lima tahun atau habis penggal.
"...mungkin Najib takut dengan ramalan Prof Rahman jadi kenyataan BN apabila hayat BN akan berakhir," katanya.
Selain itu, beliau yakin sekiranya rakyat bersatu padu nescaya kawasan "fixed deposit" Umno-BN di beberapa negeri akan dapat dipecahkan.
"Bukan senang nak ambil alih Putrajaya, tapi ia boleh dicapai, jika rakyat bersatu padu, kita boleh pecahkan fixed deposit Johor, Sabah dan Sarawak," tegasnya.
Popular Posts
-
1MDB Batalkan Pertuduhan Terhadap Riza Aziz Hangpa bayangkan la... ini punya kes pon boleh lepas... huhuhuh
-
Sebenarnya... China belum teruji kekuatannya dari segi peperangan secara besar-besaran. Memang dah lama China bersedia dengan kelangkapan pe...
-
Pada awal abad ke-20, nelayan Jerman di atas kapal Seastorm membuat penemuan luar biasa di Laut Utara: megalodon hidup, makhluk yang diperca...
-
Sebenarnya ada banyak cara nak jemur kasut bagi kering. Ada yang jemur direct kepada Matahari... ada yang letak atas bumbung rumah atau kere...
-
Kebelakangan ini, nama “Bluesky” semakin kerap disebut di media sosial, mencetuskan pertanyaan ramai. Bluesky merupakan alternatif kepada X,...