Malang memang tak berbau... jadi sila berhati-hati ketika musim banjir ni... Musibah bukan setakat datang dari air banjir, tapi juga dari peralatan elektrik yang kita guna... Tambah sekarang nih banyak rumah yang dibina dengan sistem soket yang rendah... terletak dibawah... memang mudah jadi mangsa untuk terkena air banjir..
Ingat lagi dulu masa kecik kat kampung... Almarhum Apak gua selalu akan tutup suis besar elektrik (ELCB) kat tepi meter letrik tu kalu rumah gua kena banjir... Walaupun semua soket elektrik di rumah gua memang dipasang tinggi tapi sebagai langkah berjaga-jaga kami off semua peralatan elektrik... walaupun rumah kami dua tingkat...
Kami lebih menggunakan lampu gasolin dan lampu pelita semasa banjir... kami juga ader lampu kalimantang yang bersambung dengan bateri kereta... yang ini memang selalu on-standby...
Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Paya Kechik, Temerloh, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Isyraf Muhammad, 41, dilaporkan memegang tiang besi di garaj kereta di halaman rumahnya.
"Ibu mangsa mendakwa melihat anaknya seperti terkena renjatan elektrik secara tiba-tiba menyebabkan dia terus berlari ke arah anak lelakinya untuk membantu, namun dirinya sendiri tercampak ke belakang.
"Abang mangsa kemudian datang membantu dan membawa dua beranak itu ke Klinik Tanjung Lalang, namun Isyraf disahkan meninggal dunia," katanya semasa dihubungi dari Kuantan hari ini.
No comments:
Post a Comment