Gua tak nampak akan adernya Sidang Khas Parlimen berkenaan isu Banjir yang melanda Malaysia baru-baru ini... Memang gua tak percaya Kerajaan Perikatan Nasional kepimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri nak membuat Sidang Khas Parlimen. Tambah lagi bila mana kawan gua yang dulu gua respek macam Azhar Harun (Art Harun) pun nampaknya dah hilang integriti diri...
Sori aaa... gua memang tak percaya Kerajaan Persekutuan PN ader telor nak buat Sidang Khas Parlimen. Maaflah.
Serupa juga gua memang tak percaya langsung akan adanya satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (Royal Commission of Inquiry @ RCI) akan cuba diadakan... tambah lagi ianya perlu mendapat perkenan YDP Agong...
Dikala mana RCI sebegini yang akan membawa perbincangan dan siasatan terkait Banjir dan Balak... yang juga setidaknya akan menjurus kepada beberapa permit, lesen dan compartment balak yang dimiliki oleh YDP Agong itu sendiri secara personalnya atau melalui proksinya (Kerabat Istana Pahang).
Sesuatu yang agak kontradik sebenarnya jika ada usaha-usaha untuk melaksanakan RCI dalam pada masa yang sama pihak yang berkuasa juga tersabit dalam isu ini
Ini open secret.... Ini rahsia terbuka... ramai orang tahu... tapi tak mampu nak berkata apa-apa atas imuniti dan kekebalan yang ada pada pihak tertentu. Betul kita ada Mahkamah Khas yang boleh diujudkan untuk membicarakan kes-kes tertentu... tapi bagaimana jalan nak menuju kepada Mahkamah Khas itu jika sekatan perlaksanaan memang sesuatu yang jelas kelihatan.
Ini persoalannya.
Apa pun... walaupun Sidang Khas Parlimen dan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berjaya dibuat dan dilaksanakan... adakah hasil dari kedua-dua ini akan dapat dituntaskan menjadi satu yang boleh dijadikan kayu pengukur untuk tindakan proaktif? Takut ianya hanya sekadar menjadi satu keputusan "Gajah Putih" jer semata-mata.
Susah nak dipercaya.
Sekadar pandangan dari sudut pandang seorang rakyat dan warganegara Malaysia. Takkan pandangan kritis pon satu kesalahan?
Berkaitan |